My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Tuesday, August 31, 2010

Cara terbaru Spa & Skrub badan

Dengan menggunakan Susu Kambing Hi-Goat + Garam Bukit or else


1 kotak = 15sachet
RM 36.90 (bukan ahli)
RM 29.90 (ahli)

Hanya perlu bancuhkan 1 sachet susu kambing hi-goat
Tambahkan sedikit air (terpulang mahu pekat atau tidak)
Lumurkan 1 badan sebelum mandi
Gosokkan ke seluruh tubuh & biarkan seketika
Then, jirus ke seluruh badan dengan air garam tadi
Bilas dengan air seperti biasa

Boleh diamalkan setiap hari
InsyaAllah kulit akan kelihatan putih, gebu & sihat.

Lebih mudah & selamat pastinya. Yang paling penting, murah & menjimatkan.

Susu Kambing minuman kegemaran Rasulullah s.a.w

Susu Kambing Minuman Kegemaran Rasulullah S.A.W


Di antara minuman yang sentiasa diminum oleh Rasulullah saw ialah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (Kisah Abdullah bin Mas'ud pada masa remaja, pengembaala kambing milik Uqbah Mu'aith)*dipetik dari Tulisan Dr Indah Kristanti-Alhikmah.com

Peristiwa Israj & Mikraj, Nabi Muhammad saw telah disediakan tiga jenis minuman oleh Jibrail, iaitu Arak, Madu & Susu Kambing. Baginda memilih susu kambing (minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu)



[hi+Goat+2.jpg]

Alhamdulillah, melangkah setapak lagi ke hadapan.

Assalamualaikum...

Feel free to visit http://groupkambing.blogspot.com

Monday, August 30, 2010

Dah banyak kali join, menangnye tak jugak!

Assalamualaikum & morning..

Oh oh duit, datanglah..! hahaha.. Ade pulak seru duit kan. Duit tak turun melayang dari langit kalau tak kait. *betul eh cmtu? Diibaratkan seperti, manakan dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyung.

Tapi biasenya contest mengisi minyak untuk memenangi wang tunai ni ade cara ke nak menang eh. Isi contest form & sumbat banyak-banyak dalam box tu tak yah cakap la kan. Yelah, sebulan isi minyak paling kurang pun 4x. Contest berlangsung 1-2 jugak. So, agak banyak la jugak tu kan. Isi minyak pun bukannya RM10-RM20, mesti isi full tank maaaaa....

Tapi, bile pengumuman pemenang... semuanya orang yang dah berumur. So??? Ape kriteria yang perlu sebenarnye eh. Bukannye lucky drawkah? Abis tu yang muda-muda ni tak merasa la eh. Mungkin ade la yang dapat, tapi mungkin tak ramai & jugak bangsa lain yang lebih ramai dapat compare to Melayu.

Takpelah, rezeki masing-masing kan. Mungkin rezeki kite kat tempat lain. InsyaAllah :)


Skin Perfectionist HR - 3x FREE FACIAL

PRODUCT YANG SETARAF DENGAN PRODUCT MAKEUP ANTARABANGSA, TETAPI IANYA LEBIH HEBAT DARI ITU...!!! DIAKUI OLEH RAMAI JURU MAKEUP YANG TELAH MENGGUNAKANNYA.

JANGAN LEPASKAN PELUANG YANG ADA. DAPATKAN SEKARANG KERANA IA LEBIH BERBALOI DAN RUGILAH ANDA JIKA TIDAK MEMILIKINYA.


HARGA:


Gabungan bedak asas dan bedak dwi cara.

Bedak Asas- sapuan yang sekata, halus dan memberi kesan lembapan pada kulit.

- Sapukan pada wajah yang kering.

Bedak Dwi Cara- beserta SPF 15 bagi perlindungan sinar UV, kulit tampil lebih halus dan wajah kian anggun dengan impak lekapan kilauan lutsinar yang tahan lebih lama.

- Boleh disapukan pada wajah menggunakan span muka basah atau kering.


Untuk apa-apa pertanyaan, boleh hantarkan kepada miss.izah@yahoo.com

Thanks...

Friday, August 27, 2010

Yang orang tak suruhlah dia buat...

Well... its normal kan. Orang cakap 'JANGAN'.. yang tu lah dia buat. Bila orang suruh buat pulak, dia langsung takmo ikut. erkkk!

Tak ke pelik tu. Same la cam aku ni haaaa. 2x5 je pon perangai! hahahaha! Tapi certain2 jelaa yang aku buat perkara 'JANGAN' tu. ahakss! Nak tau contoh??? Haaa meh aku bagi...

Mak aku selalu pesan... JANGAN biar perut kosong, tapi itulah yang aku suka buat. Last2 penuh angin satu badan! hahaha

p/s: bosannyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! eh tetibe pulak! hahaha


Surat layang: Aku cari publisiti murahan???

Oh man..... apekah tuduhan itu berasas?? hohoho! Nak tergelak pun ada dengan orang camni. Apa dia faham ke tak makna 'publisiti murahan' tu??? Or dia sendiri yang cari publisiti... :)

Kalau publisiti murahan tu ala-ala tutttttt.. yang femes serta merta dengan cerita-ceritanya yang annoying. Camtulah baru betul. Kalau aku menjaja cerita peribadi aku memang patutlah aku dilabel cari publisiti murahan.

Kepada saudari yang berkenaan.. aku lampirkan sekali surat untukmu :) I believe u'll read this msg.

"FYI, this's my personal blog. So, terpulanglah pada I untuk letak apa-apa pun selagi tak melanggar policy. & I pun tak mengaibkan sesapa jua, tiada jugak nak mengata pasal orang. Ape yang I jadikan topik adalah apa yang terjadi disekeliling I. I tak dedahkan identiti u kan? So, buat ape nak menggelabah? Or u terasa something? One more thing, dont be such a coward. Datang tanpa diundang, pergi pun tak berhantar. I bukan nak cari pasal dengan U sebabnya U yang dtg pada I dulu tanpa diundang. So, watch ur mouth. Dont be so rude, dear. Kalau U ikhlas nak bagi peringatan kat I, U takkan cakap ayat camtu, right? But if one day, U lagi nak cari pasal dengan I.. takkan I nak duk diam je, kan? Please bear in ur mind.. Thanks alot."

p/s: nape datang cari pasal dengan aku hari jumaat eh.. nasib baik aku puasa today!


Eh eh makcik, jangan sampai nampak betis!

Assalamualaikum...

Erk..... rasa kelakar pun ada jugak. Tengok motor yang lalu lalang kiri kanan, yang dibonceng oleh makcik-makcik yang memakai baju kurung. Elok je kan.... ayu je tengok. Nampak macam anak muad pun ada.

Tapi..................... yang tak sedap mata memandangnye tu. Nape makcik angkat kain sampai ke lutut tu makcik oi......... adoilaaa. Kan dah jadi santapan mata-mata orang sekeliling. Kot ye pun makcik nak selak sampai atas lutut, makcik pakai la seluar kat dalam ke, patty coat ke. seluar fit ke... Sopan la sikit makcik. Tak kurang jugak yang ternampak isi-isi gebu (kulit-kulit kedut) makcik tu... erkkkkk!

Haaaaaaaaaaaaaaaa... kan dah termengumpat pagi-pagi! adehhh! MasyaAllah......


Thursday, August 26, 2010

Best sangat ke nama glamor???

Huh... buat ape nak pakai nama glamor. Mak aku dah bagi nama elok-elok..sedap disebut & makna yang elok.. guna jelah nama tu. Takyah nak tukar-tukar lagi. Nanti ramai orang kompius pulak. adehh!

Nak bajet glamor kah?? Aku bukan somebody pun nak bajet-bajet glamor. Glamor susah wooo... Better low profile... rilek saja! ahaksss!

Kalau glamor belom tentu orang suka... Memang ade yang suka.. tapi suka mengata & mencela. Tak gitu eh korang? hohoho! Nama kan melambangkan diri kita. Kalau panggil pelik-pelikkan, kan dah jadi lain maknanya tu. Memanglah nama sedap disebut di mulut. erkkk.... Terpulanglah pada korang kalau nak guna jugak.. hehehe!


Takde polis trafik lagi bagus!

Aiyaaaaaa...... makin ade polis makin sesak jalan la weiii! Biar jelaa keadaan normal. Dah ade trafik lite tu, biarkan jela..

Macam kat roundabout. Aiyo.... camne nak control 4 penjuru. Nampak berselerak gile kot. Ape guna letak trafik lite kat situ. Ni tak, datang je abang-abang polis trafik........ sesak macam ade konsert Linkin Park je. Stresss tol lah.

Bukan cakap takleh jaga, kan xde keje pulak nak buat kan. Tapi pegi la, highway ke yang jalan lurus bendul tu.... At least kalau kereta berderet beratur pun tak menghalang jalan yang lain. Kalau dah bulatan tu... sah-sah la sangkut sana-sini.

Yang paling best tadi masa kat Bulatan Kayangan Shah Alam, aku tengok ade 2 orang abang polis & sorang akak polis. Berdiri macam patung kt 1 sudut. Tengok je kerete berderet dah tak leh gerak. Dah kacau bilau jadinya......... Itu je ke kerja mereka????????????????????????????



Notakaki: Haishhhhhhhh!

Demam paper beg di bulan puasa

Hoho..... kalau time lunch break, tengok ade perempuan, wanita & awek-awek bawak paper beg.... then pegi ke kedai-kedai yang berhampiran. hehehehe!

Agak-agak mane dorang pegi?? hohohoho! Beli makanan untuk lunch......................! hahaha! Tapi tak semua la yang bawak paper beg tu pegi beli makanan. hehehe! Yelah, takkan nak bawak makanan tu camtu cam bulan-bulan tak puasa kan. Malu la nantiiiii....

So, cara yang paling selamat.. lepas order makanan kat McD, KFC ect terus bawak masuk paper beg. haaaa... kan senang tu. Tak menimbulkan syak wasangka orang lain kan. hehehe!
Jom-jom pegi usha kul 1 jap lagi sape yang bawak paper beg then masuk kedai... :P


Aku tak pernah ada hubungan dengan dia!

Assalamualaikum...

Erk.... tadi bukak-bukak FB tengok ade 1 msg dari seseorang yang tak dikenali. Meh tengok ni meh...

Erk........ soalan tak logik ditanya... adekah aku ade ape-ape ngan mamat tu???? aiyaaa..... FYI, aku tak pernah ade ape-ape hubungan dengan mana-mana lelaki yang pernah wujud dalam FB. HARAP MAKLUM.

Camtu jelah aku boleh cakap. Aku ber'FB' hanya untuk berkawan. Tak pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan mana-mana pemilik account FB yang ada...

Tapi, pelik gak kenapa 'orang' tu datang bagi msg camtu. Mungkin dia lebih mengenali lelaki tersebut kot. erkkkk! Yesss.. aku mmg kenal lelaki tu tapi hanya dalam FB. Tak pernah kenal mendalam, tak pernah caling2 apetah lagi untuk berjumpa... adehh!

Mungkin jugak 'orang' tu pernah dikenakan oleh lelaki tu??? Mungkin la kan.. Dia hanya bagi peringatan kat aku agar jangan dekat ngan laki tu kot. erkkkk....! Tapi aku tak kisah mane pon, sebab aku xde ape2 kaitan dgn laki tu. So, dengan semua orang aku kawan.

"Takpe.. jangan risau. Saya langsung tak mengenali lelaki tu. Kalau layan pun hanya membalas komen-komen di wallpost setelah dia mengomen page sy... erkkk! Thanks for ur msg nway..."

Mungkin aku akan menunggu berita selanjutnya dari 'orang' tu... :)

Wednesday, August 25, 2010

Gambar: Gemparrrrrr! Orang minyak MM2H!

Erkkkkkkkkkkkkk..... Aku sempat tangkap bahagian kakinye aku...... Nasib baik dia tak terajang akuuuuuu! aiyaaaaaaaaaa! Meh tgk ni.... huhuhuuhh






p/s: kepada tuan empunya diri... jangan marah eh... gurau-gurau di bulan puasa.... :D


Nak berjaya tapi.....

MALAS! Satu perkataan yang dah biasa keluar dari mulut setiap orang. Tipula kalau korang xpenah cakap perkataan ni kan.

Kalau ade MALAS ni semuanya tak jalan.. abis terbengkalai! Mana ade dapat sesuatu tanpa berusaha dengan jayanya. Kata orang.. "bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudia.." hehehe!

Tiada kejayaan & hasil tanpa usaha. Even nak makan pun kene usaha tau. Basuh tangan dulu, gaul nasi, kene ambik bawak masuk dalam mulut. haaaaa! Takkan itu pun nak kene ajar. Kalau MALAS????? Lapar la jawabnyeeeee.... sape rugi?? Diri sendiri jugak, kan. Samelah dengan sesuatu perkara yang kita nak, mesti kene kerja keras utk dptkan mende tu.

Amboi..amboi... ngorat awek boleh pulak berhempas pulas. Sanggup sengkang mata, ikat perut. Tapi nak cari duit untuk masa depan susah pulak.. adehh! Haaaa.. kan dah terkeluar topik semasa! hahahaha

So, peringatan untuk aku jugak. If nak berjaya mesti kene usaha lebih. Kalau orang lain boleh buat, nape kite takleh? Dorang pon manusia cam kita jugak. Sama je.... yang bezanya adelah effort! :)


Baju cinta untuk si dia

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.

Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu
tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!"

"Yang kau telanjang tu kenape!!!??? " marah si nenek.

" Ala nek, ini la BAJU CINTA saya," balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu
melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.."
Pinta si cucu dengan penuh hormat.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami...

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ..Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah
tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai
minyak wangi sewangi- wanginya..Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.

Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si
nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???" marah si Atok.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek.

"BAJU CINTA???..... . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt nampaknya.

p/s: gurau pepagi... hehehe




Tuesday, August 24, 2010

Tak perlu nak cakap banyak

.... Masa untuk tidur!!!!! .....

Mata takleh nak bukak la wehhh. Esok pagi kene bangun pulak.. aiyoooo! Selalu aje missed tau. sob..sob..sob!

Set alarm... tapi bila bunyi kuat-kuat langsung tak endah. Camne tu... aiyaaa! Kene disiplinkan diri neh.. memang tak leh jadi cengginih.

Oklaa korang.. BW akan berlangsung pada hari esok pulak.. hehehe!

Gudnite everybody... Assalamualaikum

Perlukah control cun ketika makan??

Hohoho... time bukak puasa tadi, aku ada perasan akan sorang awek ni. Sedang makan-makan bersama BF nye. Ok... sepadan. hehehe!

Tapi yang tak leh blahnye, control bagai kot nak suap makanan dalam mulut. 10 minit sekali masuk mulut. aiyaaa! Bape lame tu nak abis satu pinggan... erkkkkk! Asik tersipu-sipu sengihnye. Tak tahulah ape yang dipuji oleh pakwenye.. ngeh3... Bukan mengumpat ok. Jeles pun tak sesekali. Cuma...... nak cakap ni, tak yah la kot control-control sangat. Suap je terus macam biase. Alahai... dia dah terima anda tu kira dia dah terima semuanya la tu... kehkehkeh.....


Notakaki: tak reti nak control-control.. aku memang out of control! hahahaha

Batangnya bukan panjang sangat pun!

Aduhai.... jangan salah faham pulak ye... Persoalan kecuakkan aku pagi tadi terjawab akhirnya. Masa balik opis tadi, macam mana dari jauh aku boleh nampak seketul mende bulat terlekat elok je kat tayar depan. Tadi masa duk kelam kabut belek, takde pulak dia menonjolkan diri. haishhh!

* tengok tu haa... tembus abis tayar aku! sape la buang skru atas jalan! haishhh!

Batang skrunya tu pun bukan panjang sangat. Sedang-sedang saje, tapi bila menusuk tayar tu... mak aihhhh! Bersedup angin keluar.... hahahaha!

Aku pun plan mau cari kedai yang berdekatan. Takkan nak balik Shah Alam dengan getaran di tayar pulak. aiyooo! Bikin gegaran otak aku. Pikir punya pikir, singgah jela Bandar Baru Sentul... tempat paling dekat dengan PWTC kot dan senang nak singgah. Alhamdulillah.. nasib baik ade beberapa buah kedai masih bukak. Masa tu pun dah hampir pukul 6 petang. Risau jugak kot kedai tutup. huhuhu!

* encik apek ni sedang tampal tayar

Sian kat tayar kete aku ni. Dah tercedera. huhuhu! Kejap je pun tampalnye, melayang RM5. adehh! Then, dengan jayanya bergerak pulang ke Shah Alam. huhuhu.....

Sekian laporan malam saye.. hehehehe!


Rasa getar-getar!

Assalamualaikum...

Haiyaa... tadi tengah-tengah drive. Aku rasa tayar belakang belah kiri gegar-gegar. Aku dah turn off the radio. Risau gak weh... Kot-kot tayar pancit ke ape. Dalam hati berdebor-debor gile kot. Tapi kalau tayar aku pancit, takde pulak orang sekeliling bagi signal ke ape kan. aiya....! Cuak meh!

Memang time tu tengah slow sebab jammed kat Federal.. cam biase la kan. Try jenguk ikut tingkat kete, erkkkk..... Elok je tayarnye. Takde pulak nampak kempis ke ape. Jalan lagi... still bunyi maa. haishhh! Tak puas hari betul aku.

Aku teruskan perjalanan. Speed laju-laju. Tak bunyi pulak mendalah tu. Bila slowwwww je terkedek-kedek bunyinye...... apekah ituuuuuuuuuuuuuuuu!

Aku pikir ade something melekat kat tayar, sebab tetibe kan. Tak tercapai akal aku pikir. Cuak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......! Nak cepat-cepat sampai opis. Bila sampai Putra then parking kete. Cepat-cepat turun chek tayar........ erkkkkkkkkkk! Takde ape-ape pun. Apekah ituuuuuuuuu. Aku tak sempat nak belek ape yang tersangkut kat tayar ke ape sebab dah sampai opis pun dah 8.40. Aiya..... asalkan tayar tak pancit, alhamdulillah laa. Tapi pelik mane datangnye gegeran di tayarku itu.....


Notakaki: balik karang kene belek betul-betul kiri kanan depan belakang ape yang ade... cuak wehhhh!

Harapkan pagar, pagar makan padi! Nafsuuu

Ape nak jadilah dengan orang sekarang ni. Orang bagi amanah tu jagalah baik-baik. Ni tak, makin diberi amanah, makin mengambil kesempatan. Susahlah nak tahu pemikiran orang cengginih. Nampak luarannya baik aje, tapi kat belakang... masyaAllah! Tak tahu nak gelarkan sebagai ape.

Haaa.. kalau korang nak tahu baca jela eh..

Berita selanjutnya kat sini..<---

Sudah terasakah bahang Aidilfitri?

Tapi aku belum merasainya lagi. Entah laa... kene selalu pasang lagu raya kuat-kuat kot. Banner-banner raya pun kurang aku tengok. Selalunya banyak jugak disangkut di sana sini.

Tapi kalau pegi Jalan Tar or anywhere yang buat jualan untuk hari raya mesti terasa bahangnya. Lebih-lebih lagi ramai gile orang berpusu-pusu, dengan alunan lagu raya segala bagai. wooooooo! Memang syoklaa... Kalau kat kampung pun best jugak keadaannya. Biaselah, kampung lagi meriah.. hehehe! Sape takde kampung jemputlew ke kampung ku... hohohoho!

Biasenya aku takde pun wat prepation granddd2 punye. Biase-biase sudah cukup. Tapi, ni second time raya sejak bekerja. Dulu zaman belajar lain rasa, sekarang bile dah keje lain pulak. hehe!

p/s: tak sabar nak raya.. kejap je rasa, kan.. ehhee

Monday, August 23, 2010

MasyaAllah.. kecik-kecik lagi dah bernafsu!

Aiya... tergamam kejap aku baca paper hari ni. Korang bace tak tajuk "Gadis sunti bermukah". OMG!

Jarang jugak kes budak perempuan seawal 12 tahun ni ketagih seks. Dah la tu, dibuatnya pada bulan puasa. Bukan dengan sorang..... tapi dua orang! erkkkkkkk....

Aku tak leh imagine camne budak umur 12 tahun boleh ade nafsu camtu. Sang lelaki ni pulak, pantang dihulur mesti rembat punya. Yelah... rezeki depan mata takkan nak tolak maaaa. aiyaaa!

Di mana silapnya semua ni...? Ibu bapakah or budak kecik tu sendiri??? Rasanya budak ni banyak terdedah dengan mende-mende negatif ni. Kalau tak masakan dia teringin nak merasai semua tu.. betul tak?????

Mereka bikin aku sebak…

Assalamualaikum...

Rasa janggal sikit bila dah balik rumah & takde aktiviti nak buat. Yelah, a week ago still kat kem. So, pagi-pagi dah bangun pegi kelas. Layan kerenah mereka semua. Tersangatlah rindu akan suasana sebegitu… huhuhu!


Pagi2 dah bangun sama dengan dorang. Pukul 4.30 dorang bangun, camtu jugaklah aku. Masa hari last, sebak jugak rasa dalam hati nak berpisah dgn dorang semua especially student kelas KI 4.


Mungkin jumlah kekuatan siri kali ni agak sikit, so sebab tu lah aku lebih rapat dengan dorang. Hanya 141 orang wira-wirawati & each class ade dalam 17-18 orang saja.
Dapat kenal sorang-sorang. Tak kurang jugak yang duk bercerita tentang diri masing-masing. Memang agak rapat la. Lagipun aku dah anggap dorang macam adik-adik aku jugak.

Dorang buat reunion untuk batch dorang on 2 October ni, tapi tak tahu lagi dapat datang ke tak. InsyaAllah.. kalu takde aral melintang. Rindu nak jumpe Siri 7 Kumpulan 2 & Kumpulan 3 yang penah aku ajar.






Notakaki: siri seterusnya akan terus berada di Bidor... :)

Lagi sesak dari biasa....

Aiyo... time bulan puasa jalan lagi teruk jammed kah? erkkkk! After 5pm je ramai kot orang turun pegi bazar ramadhan. Jalan yang biase smooth je boleh jadi sesak teruk. Dah tu nak gune jalan mane lagiiiiiiiii.....? aiyaaaa!

Bila sampai bazar lak, masyaAllah.......... rasa nak pengsan. Nak bergerak pun takde space. Apetah lagi nak bernafas. Nasib bek aku tak bawak tong oksigen gelas kat belakang masuk bazar. First time aku p bazar area Stadium Shah Alam........... tobat takmo pegi lagi dah. Kalau makcik aku suh pegi pon, aku takmo dah... haish! Ape punya manusia la ramai sangat membeli belah juadah... Semua tak masak eh?? wakakkakakaka!

Yang tak leh blah tu, siap bawak anak kecik dalam stroller tu haaaa... Mau lemas anak ekau tu nanti tak cukup oksigen nak bernafas. Kat kampung aku pun tak seramai ni orang wooooo.... Bazar pun lebih kurang sama gak besaunye.. adehhh!

p/s: pegi cari bazar lain pulak yang lebih selesa untuk membeli.. hohoho!


Sunday, August 22, 2010

Jangan malu mengaku salah

Kekadang orang kita ni, bila dah buat salah malu nak mengaku. Malu kene hembur balik. Tapi, sepatutnya si pesalah mestilah bersedia untuk dihukum. Kalau takut, jangan buat salah. Tapi, manusia tak terlepas dari salah. Terimalah kenyataan tu.

Aku respek betul dengan orang yang tampil ke depan, face to face & mengakui silap dia. Sekurang-kurangnya dia jujur. Dia tak kisah akan di marah ke ape. Tapi biasenya, kalau dah berani jujur tu, mustahil orang akan marah dia balik. Mungkin agak sejuk hati & akan memaafkan salah orang tu.

Kalau berterusan buat macam tak bersalah, memang lah nak kene hembur. Hati orang pon nek panas jugak dengan sikap hati batu camtu.


Notakaki: Kalau dah rasa tak senang hati tu, better pegi mintak maaf dengan sesapa yang anda rasa anda bersalah. Moga-moga orang tu cepat memaafkan anda…….

Perasan bagus???

Hoho… ramai kot yang berperasaan camni. Lebih-lebih lagi bila dia rasa diri dia hebat sangat. Tapi, bila tengok orang lain lagi hebat & mantop dari dia…. barulah tercengang!

Mungkin rasa tak percaya pun ada kan. Yang lagi kelakar, siap berterus terang depan orang…

"Wah… sangat ingatkan saya paling hebat kat sini. Rupanya ada yang lagi hebat!"

Ayat-ayat kekaguman keluar dari mulut sendiri. Yang mendengar hanya tersenyum. Tak tahu lah senyum sinis ke senyum ikhlas.. hahahaha!

Tulaa.. nextime jangan pikir diri sendiri terlalu hebat bilamana datang orang lain baru kita menyedarinya. Lepas tu…. erkkkk! Tapi bagus gak la kan, berani untuk berterus terang mengatakan anda hebat.. ngeh3


Notakaki: Perasaan hebat & bagus dalam dunia sendiri. Tak layak nak compare ngan orang lain… :)

Boleh tahan jugak budak zaman sekarang!

Hohoho.. agak berani jugak eh budak pompuan zaman sekarang. Tapi, bila pikir-pikir balik kelakar pon ada…

Situasi pertama:
4 orang remaja india jatuh hati pada sorang lelaki melayu…. erkkk! Dengan tidak segan & silunya meluahkan isi hati pada cikgunya. hahaha! Memang dah terbiasa student ada hati pd cikgu, tapi masalahnya kenal baru 3 hari dah boleh jatuh hati eh?? hohohoho!

Situasi kedua:
Student perempuan ajak cikgu kawin.. baru hanya beberapa hari kenal. aiyooo! Ni lagi parah ni. Tak kenal apa-apa tetibe ajak kawin. Meremang jugak bulu roma.

Situasi ketiga:
Remaja berumur belasan tahun jatuh hati pada lelaki berusia 50 tahun! waaaaaaaa! Ni lagi tak leh blah ni. Ayat bunga-bunga cinta semua terluah. erkkkk! Advance betul dorang sekarang. adehh!

p/s: Biaselah.. perempuan ni pantang diambil berat, mesti akan disalaherti. Lagipun, naluri keperempuanannya tu mengatasi segalanya.. ahaks!


Notakaki: Aku dulu zaman remaja penah gak la suka-suka kat orang tapi takde la sampai meluahkan perasaan! haahahaha

Eleh.. sikit-sikit nak cover!

Hahaha… cover cun?? Cover ensem?? Cover baik punya kan.. ahaks! Biaselaa kan. Depan orang mesti kene cover sikit. Kalau tak, jatuhlah saham. wekkkk!

Nak menguap ke bersin ke batuk ke mesti cover punya. Sampai merah hidung. Ade sekali tu ade dalam kelas time nak mengajar ni, nak menguappppppppp! haishhhh! Time ni lah dia nak rasa ngantuk. Tapi menten cung je kan. Nasib baik depan adik-adik… wakakaka!

Tahan menguap tu haaa.. kembang kempis hidung. Naik merah hidung tahan menguap. aiyooo!

Notakaki: Kalau nak bersin siap tutup hidung takmo kasi bersin.. erkkkkk

Wednesday, August 18, 2010

Teruknya aku ni!

Aduhai... kat Perak ni petang-petang asyik hujan je. Memang syok jeeeee. Sejuk cam duk UK je.. ahakss! Kelas habis pukul 4.30. Balik bilik terus terbungkang, engko! Buruk tol perangai....

Takde ape nak buat... tidur aje la yang mampu. Lepas tidur, tidur... bosan gile kot. Jadilah ia 'Tidur Marathon' yang sangat berjaya! huahahaah! Stress akak-akak bilik aku tengok aku tidur. Memang dasat wooo.. lebih dari orang pegi larian 5KM! Dorang pon takleh nk tidur camtu. wakakakka! Camtulah gaya hidup tidur aku dikala tiada apa untuk dibuat.

Nasib baik rezeki melimpah ruah... Alhamdulillah. Rezeki dari Allah swt.

Jangan gunakan kekerasan...

Anak-anak muda jiwanya mudah memberontak. Aku pon tak terlepas dari mempunyai sikap camtu. Tapi sekarang ni situasinya berbeza. Aku yang harus bersabar dengan kerenah anak-anak remaja.

Ok... bercerita tentang remaja-remaja di dalam kem PLKN ni. Aku lebih senang menganggap mereka macam adik-adik aku sendiri. Apa saja yang dorang ingin kongsikan, aku sudi mendengar luahan mereka. Aku faham 3 bulan terkurung di dalam kem ni amat menyesakkan dorang. Kalau aku di tempat dorang pon, mungkin aku mengalami keadaan yang sama... tapi fikirlah dari sudut positif.

Apabila mereka memberontak untuk tidak mengikuti ape-ape program yang dijalankan... kita tak boleh terus tengking dorang. Tapi, cuba untuk berlembut tapi tegas. Jangan gunakan kekerasan atau paksaan pada dorang.. sebab mereka akan jadi lebih keras. So, gunakan psychologi untuk mengumpan mereka. Bagi nasihat secara lembut tetapi mampu membuatkan mereka tersentap! Mereka akan terfikir dengan sendirinya.

Sebab tu lah aku tak suka marah-marah sangat kat dorang. Tapi cuba dekatkan diri dengan mereka, menyelami ape yang mereka rasa. So, dorang akan lebih menyenangi anda & kemesraan tu akan datang dengan sendirinya.... :)

p/s: tersangatlah happy kat sini bersama-sama dorang semua.... suka, gelak tawa bersama :)

Monday, August 16, 2010

Penutupan My Pocketful of Sunshines...

Berkecil hati... Sedih... Kuciwa....

Dalam 5 hari ni, blog ni memang tak akan beroperasi sepenuhnya. Kerana...... aku sekarang masih bertapa dalam hutan Bidor ni. Coverage punyelah amat nazak. Nak loading 1 pagi setengah jam..........! Bertahankah anda..?? Tidak bagi aku...

So, ambik keputusan tutup blog ni buat sementara waktu. Sehinggalah aku pulang ke KL dis Friday. hukhukhuk.....

p/s: So sorry to everybody.. tak dapat nak BW dulu wat masa sekarang. Hanya focus pada tugas mendidik anak bangsa agar jadi orang berguna.. mudah-mudah... adehhh!


Sunday, August 15, 2010

Ke'blur'an aku membawa padah!

Assalamualaikum....

Haiyaaa.... first time dalam hidup aku mengalami situasi ni. Sengal aku rasa. Ampeh punye pak polisi. Tapi time tu aku memang blurrrr... Aku ingatkan nape la Pak polis ni duk follow aku. Rupanya bagi signal suh pakai seat belt. Dia dah bagi peluang kedua tapi aku blur jugak..

Last-last dia dah tak tahan kot... terus saman! wakakakakkaakka

p/s: Padan muke aku..... Tenkiu pak polis kene menyaman saye okeh!

Saturday, August 14, 2010

Kita yang masih hidup ni beringatlah...

Alhamdulillah... masih dipanjang umur olehNya untuk menikmati hidup yang serba indah. Syukur kepadaNya. Tapi haruslah diingat, dunia ni pinjaman semata-mata. Kita hanyalah penghuni sementara. Bila-bila masa kita akan dijemput pulang.

Semalam, mungkin sudah ramai yang tahu tentang berita ni. Tentang pemergian seorang rakan blogger kita. Arwah Zaza. Korang boleh baca berita selanjutnya di sini.

Al fatihah & salam takziah untuk keluarga arwah. Bertuahnya arwah dijemput di bulan yang mulia ni. Semoga arwah tenang disisiNya.

Kita yang masih hidup ni haruslah sentiasa bersedia melengkapi diri untuk mengadapNya kembali. Sebab kita tak tahu bila kite akan pergi. Ajal takkan dapat dilengahkan or dicepatkan walau sesaat.


Nak tanya korang semua....

Ade penah sesiapa guna Tretunoin Gel 0.05% tak?
Acceli, dia adalah sejenis gel utk acne prevention,
tapi nak tanya if ade sesapa penah gune gel ni...
Adakah ianya sama dengan Retin A???

Mujarab ke tak or ade side effect ape-ape..
Yelah kan.. kulit orang masing-masing berbeza..
So, if ade yang penah guna jadi, ade yang guna tak seswai..
Kalau ade sesapa yang tahu details bout this gel mintak share eh.. hehe


Ehhhhh... tak bangun lagi keeee?

Assalamualaikum & morning...

On wiken bulan puasa ni korang buat ape eh??? Dah la cuti kan. Or korang kuar hangout gak? adehh! Yelah, tapi buat penat je pon. Nak makan-makan pun takleh kalau lapar / dahaga.

Ke korang ni tidur aje manjang hari minggu ni? aiyaaa... Janganlah begitu. Bangun kene awal ok. Kalau tak mane rezeki nak masuk. hohoho!

Bangun.... bangun weiiii! hahahaha!


Orang memberi kita menerima??

Huhuhu..... tak semua yang orang beri aku nak terima dengan mudah. Kalau pun aku yang nak, memang aku serba salah nak ambik pemberian orang. Aku jarang meminta-minta, tapi kalau ade yang sudi memberi........ rezeki jangan tolak kata orang. erkkkk!

Tapi, kalau tetibe ade seseorang yang tak dikenali ingin memberikan sesuatu tanda perkenalan.... haruskah aku menerimanya?? Musykil 44juta kali kot aku rasa. Bukan ape, dah la tak kenal.. baik ati pulak dia nak memberi aku sesuatu???? erkkk..... Aku bukan cakap dia jahat, tapi aku tak biase menerima pemberian dari orang yang tak dikenali eventho dia ikhlas memberi...

Tapi.... aku taknak terhutang budi dengan orang. Eerkkkkk.... Takot pun ade jugak rase.. hohoho! Tetibe nak bagi sesuatu tanpa sebab kan... adehhh!


Friday, August 13, 2010

Aku selalu bayangkan..

Bila aku drive atas jalan pagi-pagi buta, ada sebuah dua je kereta yang lalu lalang. Jalan pulak gelap gelita, hanya bergantung pada lampu kereta semata-mata... ternampak kelibat sesuatu di tepi jalan, di tengah-tengah kegelapan... erkkkkk!

Agak-agak ape korang buat time tu... Takkan nak pengsan pulak, sah-sah terbabas... nauzubillah. Mintak dijauhkan dari segala keburukkan. Tapi, aku selalu jugak la duk bayangkan mende camtu. Tapi alhamdulillah, setakat ni aku dijauhkan dari melihat mende-mende camtu.

Yelah, kite selalu dengar orang duk cakap penah nampak pocong la ape la kat tepi jalan tengah-tengah malam. Serius jugak.. cuba jugak bayangkan if aku yang berada dalam situasi tu. Ape yang akan terjadi pada aku...................................................................................................

Aku tak tahu nak cakap ape weiiiiiiii....... sebab tak pernah alami. & mintak dijauhkan jugak... huhuhu!

Bila orang kampung mula bercakap...

Semua orang kampung mesti tanya....

"eh, ade balik rupenye.. balik berkumpul ramai-ramai ye. bile balik nie..?"

Biaselah tu pertanyaan dari acik-acik umah-umah sebelah bila nampak kite ade kat umah. Maklumlah, dorang pun tahu kite keje jauh kat Kay Ell nu haa.. So, bila dah balik kampung tu, riuh la umah-umah jiran sebelah. Ade yang pandang tak berkelip.. bukan ape. Dah kurang cam rupa kita. Dulu masa kecik-kecik selalu ade kat kampung, dah lame berhijrah ke bandor orang kampung pun dah tak cam rupe kite.. adehh!

Siap ade yang datang umah mau jenguk lebih dekat siape 'orang baru' yang bertandang. hohoho! Kita pun ape lagi.. sapa jelaa acik-acik jiran tu kan. Kang kata dah lupe diri pulak.. hohoho! *tomahan tuuuuuu namanye.. ngeh3!

p/s: biaselah... aku kan terkenal sikit kat kampong! muahaahaha


Malu ke kalau muka tak cantik?

Semua ciptaan Yang Maha Esa cantik di sisiNya. Manusia je yang membuat penilaian sendiri.. ade yang cantik, ada yang hodoh. Seolah-olah menyangkal ciptaanNya.

Si 'hodoh' pada pandangan mata orang lain janganlah terlalu merendah diri. Kerana kau tetap sama di sisi Pencipta. Yang penting indahkan peribadimu agar orang terpegun padamu. Biarpun luaran tak seindah rupamu, apa yang penting... bukan kerjasama ok.. hehehe! Kesucian rohani mesti ada. Bila dah bersih dalaman, luaran pun akan lebih berseri dipandang orang.

Pedulikan ape kata orang. Dorang tak berhak menilai siapa anda pada hanya luarannya. Yang penting, kita tahu apa yang terjadi antara kita dengan Dia....


Aku amat menyayangimu....

Dia terlalu berharga buat aku.
Tanpa dia aku takkan ada di dunia ni.
Mengecapi kebahgiaan hidup selama lebih 20 tahun.

Tanpa dia patahlah sayap kanan ku...

Dialah yang aku maksudkan...

Pengarang jantung hatiku sampai mati....
Selamat hari lahir, Umi..
Semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik..

Murah rezeki & Allah sentiasa merahmati Umi..
AMIN

Kami semua amat menyayangimu....

Isteri berubah jadi seksi???


Erk.... Sebelum ni mesti sopan kan? Jadi seksi kerana apekah?? Parah gak ni kes camni.... Mesti ade sebab kan? Kalau jadi seksi kat depan mata suami takpe jugak Kalau dia pegi buat hal.. menyeksikan diri kat luar camne? erkkkkk!

Seksa mata-mata yang melihat... orang akan tanye...

"Bini sape tu weh...."
"Ala... bini pak tettttt la...."

Haaaa... tak malu ke orang cakap-cakap pasal bini camtu? Tapi kalau ade suami yang suka kes camtu terjadi.... no komen lah... hehe!

p/s: Salah siapekah dalam hal ini??


Orang melayu jenis ape ni???

Hurm.... sedih aku dengar story dari kawan aku ni. Dia penah kerja kat satu company besar katanya, milik Melayu! Tan Sri ape ntah... adehhh!

Tapi ape yang mengecewakan aku, si bos melayu ni terlalu zalim terhadap staff2 yang sama kaum. Tapi amat menitikberatkan kebajikan kaum lain. adehh! Ade ke patut suruh stay kat opis sampai pukul 11-12 malam????? Gile ke ape neh.. ade dalam agreement keeeeeee?

Tapi yang peliknye, dia suruh staff2 melayu je yang buat camtu, staff lain-lain bangsa tu takpe je nak balik awal. Ade ke patut???? Tak fair langsung! Tapi kawan aku ni bertahan jugak keje situ selama setahun 1 hari.. huhuhu! Aku pulak yang emo dengar citer dia.

Buat staff melayu macam kuli batak!


Everything I do, I do it for u....

Saya akan lakukan apa saja untuk kebahgiaan awak,
pabila sampai masa saya akan pergi....

Selagi saya ada nyawa, saya takkan biarkan awak susah,
itu janji saya....


Related Posts with Thumbnails