My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Thursday, September 30, 2010

Don't Rush!

Assalamualaikum & morning....

Bengang tol dengan manusia ni. letak sticker 'Dont Rush' kat cermin belakang bukan main lagi kan. Tapi dia yang menyondol-nyondol bagai nak rak. Ke tepi ke tengah. Tak tahu nak pa mane satu.

Macam nak terkucil ke ape ntah. Stress betul dengan manusia macam ni. Kalau harapkan orang len je ikut peraturan tapi dia sendiri tak.. memang sengal la kan!


Rase macam nak pi sembur atas muka dia....

"Hoi.................. don't rush la! Tgk sticker kat blakang kete hang tu apeeee???"


Wednesday, September 29, 2010

Saman dah hilang??!!

Yohoooo..... eh eh eh eh... Tak tahu nak happy ke tak. Aritu ade check saman, ade la seketul. Memang betol la kene saman. Tapi arini pulak bila check balik...... KOSONG! No record! Haaaa camne tu???

Dah la time balik raya aritu byk kali ke speed trap. Tapi xde records pulak. Ajaib kan?? Erkkkk. Or dah ada yang tolong bayarkan untuk sayeeeeeee??

p/s: kepada orang yang sungguh dermawan itu, time kasih sy ucapkan. budimu tak dapat ku balas. ku doakan anda murah rezeki.. amin.


Rasa macam penah nampak.....

Assalamualaikum & morning...

Jalan-jalan nak masuk opis tadi. Aku terpandang sorang encik ni. Boleh tahan la hensemnye.. wakakaka! Gedix gile kan.. Tapi dah kawin laaaaa..... sebab perut dia ROI-ROI! hahahahaha!

Aku jalan belakang dia. Terkedek-kedek dia jalan sambil isap rokok. Aku duk pikir jugak la kan, macam aku penah nampak incik ni. Tapi di mane yeeerrrr?

Lepas tu masuk lif, sempat aku bolos lif sama. Aku nak tekan button 23, tengok dah ade orang tekan. Aku ingatkan makcik sebelah aku... so aku biarkan jela.

Lif pun kedek-kedek naik ke tingkat 23..... ting....... pintu terbukak!

Erkkk...... aku nak kuar lepas tu ade sorang incik ni pon nak kuar jugak! Waaaaa incik tu lah........... MasyaAllah.... rupenye incik tu jiran opis aku la weiiii! Patutlah macam penah nampak je kan. Sengal alam betol lah...

Cepat-cepat masuk opis sebab segan tadi nak berlaku pelanggaran di pintu lif.. ahahahha!


Sunday, September 26, 2010

Babi & keturunannya!

MasyaAllah.... lihatlah betapa banyaknya kegunaan haiwan ini dalam kehidupan kita semua. Tidak pernah terfikirkah anda tentang barang-barang yang anda gunakan selama hari ini. Terfikirkah anda untuk mengubah keadaan ini? Dari menggunakan barangan buatan luar yang diragui HALAL nya & berpindah kepada barangan buatan orang islam sendiri yang sememangnya HALAL. Halal & suci....

*klik untuk tumbesaran

*klik untuk tumbesaran

Halal & suci... Bersamalah kita menuju ke arahnya.

(Tak rugi meluangkan masa seminit dua untuk menghayati mesej panjang ini)

Assalamualaikum...

Terlalu banyak produk kecantikan, makanan, minuman, dll yang berada di pasaran sekarang. Bermula dari harga yang cukup rendah sehinggalah harga yang berlipat-lipat kali ganda mahalnya. Tapi permasalahan utama sekarang, pernahkah anda terfikir setiap barangan yang anda gunakan sepanjang hidup anda adalah barangan yang HALAL atau HARAM? Memang mempunyai COP HALAL, tapi tidak sedarkah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya dicampur dengan gelatin & lemak BABI walaupun hanya 0.05%. Tapi itu belum tentu sukatan itu, mungkin lebih dari itu.

Seperti yang kita tahu, mostly barang yang kita guna seharian adalah mengandungi benda-benda yang HARAM untuk digunakan oleh kita UMAT ISLAM. Tapi mengapa UMAT ISLAM masih berdegil untuk menggunakan apa yang HARAM sedangkan ianya terang lagi nyata. Tidakkah rasa bersalah di hati kalian semua?

Anda kata BABI itu HARAM, tapi mengapa anda masih mengagung-agungkan setiap barangan yang dibuat dari haiwan tersebut? Seandainya anda hidup selama 40 tahun dengan bergantung hidup menggunakan setiap barangan yang diperbuat dari setiap inci badan haiwan ini, diibaratkan SEEKOR BABI sudah bersarang di dalam badan anda! MasyaAllah......tidak dapat dibayangkan oleh akal bagaimanakah rupanya.

Kenapa masih lagi menyokong barangan keluaran ISRAEL, sedangkan duit-duit dari belian kalian semua disalurkan untuk MEMBUNUH SAUDARA-SAUDARA ISLAM anda sendiri, MEMBINA TOKONG-TOKONG & KUIL-KUIL HINDU, MEMBELI SENJATA UNTUK BERPERANG & MENGHANCURKAN UMAT ISLAM! Sanggup anda berbuat demikian?? Dan sudah pasti itu akan lebih menguntungkan mereka.....

Di mana kesungguhan ORANG ISLAM untuk menguntungkan UMAT ISLAM sendiri??? Inilah masanya.....

Masih belum terlambat untuk mengubah kehidupan anda... membela nasib UMAT ISLAM sendiri. Berjuang ke jalan Allah swt. Siapa lagi kalau bukan kita sebagai UMAT ISLAM... INSYAALLAH.

Sebab itulah HR MARKETING SDN BHD.. satu-satunya syarikat orang islam yang mengeluarkan produk-produk sendiri KHAS untuk ORANG ISLAM.... dari luaran hinggalah dalaman, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dan duit-duit dari belian anda juga akan disalurkan kepada ANAK-ANAK YATIM ORANG ISLAM, SEKOLAH-SEKOLAH TAHFIZ, SEKOLAH PONDOK dan sebagainya... Tidakkah itu suatu fardhu kifayah. Secara tidak langsung, anda telah berjuang ke jalan Allah. InsyaAllah.... niat yang ikhlas akan dipermudahkan segala urusan ke jalanNya....

Sekian.. Semua yang baik datangnya dari Allah swt, & segala kelemahan datangnya dari saya sendiri...Wssalam

Notakaki: Notes seterusnya saya akan lampirkan info berkaitan haiwan ini.. fungsi seluruh badan seekor haiwan ini yang menghasilkan barangan yang kita gunakan sehari-harian... TQ

Friday, September 24, 2010

Aku kene sita?????!!!!!!!!! OMG

Erkkkkkkkkk.... ape mende ni?

I've received 1 missed call & 1 SMS from +01928037**

"En Morgan, Notis ke 2, untuk mengosongkan permis kedai no. A-G-K 14 Villa Laksamana sebelum 30 Sept. 2010 di atas kegagalan pihak tuan menjelaskan sewa bulanan selama 2 bulan berturut-turut dan tunggakan bil api serta air. Sata akan mensita permis ini pada 1hb Oct. 2010 tanpa apa-apa notis lagi"

Mak aih... sejak bile aku tukar jantina????????? Dah betukar bangsa sekaligus??? Sesak napas betol la dengan orang ni.

Boleh dia main-main salah antar mende cam ni? Cuak kejap aku baca. Bila 2-3 kali baca baru paham sebenarnya notis ni untuk Mr Morgan!!!!!!!!! Sejak bile pulak aku ade lot kedai entah. Nak cakap kedai jual Hi-Goat pon tak... aku bukak kat rumah aku je. adehhhh!

Aku reply balik kat no tu.....

"Sorry. Wrong number. Im not Mr Morgan"

Terus dia diam..... kang aku saman dia balik baru tau.... hohohoho! Demam la seminggu kalu jadi OKB! hahahaha!


HIGOAT-SUSU KAMBING PILHAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

SUNNAH RASULULLAH... LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK SAMA-SAMA MENGHAYATI SEDUTAN VIDEO INI... THANKs

Alim pun tak guna!

Assalamualaikum & morning...

Terbakar pulak hati aku baca berita pagi ni. Klik sini. Ape punya manusia lah macam ni. Alim la sangat kan. Bini dah lew 4! Tak cukup lagi ke?? Saudara sendiri yang boleh dianggap anak pun sanggup dia 'sebat'! MasyaAllah.....

Ape nak jadi la dengan manusia sekarang. Dah status guru Al-guran tu jaga la elok-elok. Ni tak, lagi nak buat perangai buruk camtu. Dah mencemarkan status tu & memalukan agama Islam. Tak patut betul lah... geramnye aku!

Entah-entah nanti jadi haruan makan anak pulak. Nauzubillah.... Mintak dijauhkan dari makhluk sebegini.


Wednesday, September 22, 2010

Perlu sedaya upaya?

Aduhai... jap lagi ade jamuan hari raya & makan-makan free kat opis ni haaa. Perut memang kosong sekosongnya ni, tapi dah masuk angin. Alamatnye isi sikit mesti dah rasa kenyang tapi dalam masa singkat akan kelaparan balik. aduhaiiiiii!

Memang kalau ikut nafsu serakah mau pulun abis-abis semua jenis makanan yang ade tapi kang ade yang tak larat nak berjalan.. hahahah! Buruk perangai ini orang.... adeh!

Tapi tengok la dulu, kalau ade yang boleh ditelan aku sebat aje.. hohohoho! Dah siap-siap nak p melantak! :P




Kentut tak renti-renti!

Assalamualaikum

Hahahaa.... ni bukan entry lucah mahupun 18sx ye adik kakak pakcik makcik. Ni sekadar nak berkongsi cerita menarik... hahaah! Menarik la sangat kalau kentut kan...

Best ape dapat lepaskan angin.. samada sendawa or kentut. Tapi kalau rase nak terkentut time dating ngan boipren & galpren camne? hahaha! Tapi orang cakap time bercinta, bau kentut pon wangi kan.. :P

Takpun kalau malu sangat, buatlah bunyi sudu garpu tu, lepas tu kentut laaaa.. so xde orang pasan! erkkkk! Kalau nak kentut kat public, lepaskan aje. Jangan risau, bau tu dibawa angin lalu sepoi-sepoi bahase. So, xde orang pandang anda if anda kentut! hahaha! Eh... eh... aku bukan nk story cerita pasal kentut semata-mata ni...

Aku nak cakap, punyelah banyak angin dalam badan aku ni haa.. ahhahaha! Dah macam belon dah... Angin atas bawah semua keluar... kahkahkah! Semuanya gara-gara lepas minum mendalah ni.......

Alhamdulillah... Lepas minum sure terkentut dengan sendirinyeeeee.... muahahah! Lega yang amat rasenye. Disamping mempunyai khasiat2 yang lain... Boleh tgk sini. Jom ramai-ramai kite pakat minum & ramai2 kite berkentut.... hihihiih

Talam 2 muka? Pergi Mam!

Haish... lepas puasa mulalah mulut nak jadi rabak & jahat ni! Aku paling menyampah & benci orang yang TALAM 2 MUKA! MasyaAllah.... sabar je lah aku dengan perangai orang camni. Rasa macam nak p sembur je depan muka dia... tapi masih waras lagi aku ni.

Orang cakap, kalau kita layan orang bodoh, kite pon akan jadi bodoh. So, biarlah dia membodohkan diri sendiri utk kesenangan hidup dia.

Depan bukan main baik lagi kan.... cakap bukan main elok. Tapi kat belakang....................... mengata berkargo-kargo! Napelah tak datang cakap depan-depan? Meh sini meh... aku cabar ckp terus terang dgn aku... kite bersemuka. Adekah itu lebih baik??? :)


Tuesday, September 21, 2010

Suka ke tak suka???

Adeh.... tak suke bile orang yang tak dikenali terlalu mengambil berat! hahahah! Itulah aku... so what?? Sebab ape tak suke??? Memang aku tak suke laaaa... Mau cakap camne lagi.. Lagipon dia bukan famili aku pon.

Tak salah nak care bout others tapi janganlah terlalu eh... Bikin aku jadi annoying la bro! haahaa! Gua tak kenal lu sape... haaaa! Dah dah kuar ayat brutal tang tang aku...

Tak perlu nak details segala bagai ok. Sebab aku sememangnya tak nak tahu semua. Cukuplah ape yang perlu saja untuk diutarakan.

PERIOD.

Ingat, niat tu mesti betul.

Ish... ingat ke korang. If nak p mane-mane kene gtau parents korang betul-betul. Jangan tipu-tipu. In case ape-ape jadi sape yang susah... Terbaca dalam Bharian Online pagi tadi.... Klik sini.

Biaselah orang kite ni, if nak pegi rendek-rendek, njoy-njoy selalu tak gtau parents betul-betul kan. Yang duk jauh-jauh dari parents ni. Kalau nak pegi ke sesuatu tempat yang jauh tu, better gtau jelaa parents tu sepatah dua kata. Erkk macam buat ucapan pagi kat assembly pulak kan. ngeh3! Yelah, kalau ape-ape jadi at least parents kita tahu serba sedikit.

Before keluar rumah, niat tu mesti kene betul. Kalau dah tersalah niat tu mesti something akan jadi. Lagi-lagi kalau niat nak buat mende tak elok or mende jaat. haaaaa! Contohnye macam story kat atas tu laaa... Katanya baru dapat baby 2 bulan lepas kan? 2 bulan tu dah boleh pegi berhibur di kelab malam??? aiyooo... anak ditinggalkan?

Kalau orang melayu kita ni, 2 bulan tu kata orang masih awal lagi utk nak pegi joget-joget zapin ke ape. Kene jaga betul-betul after deliver. Sian si anak tu... dah jadi yatim piatu... adehh!


Eh eh.. kerek pulak dia!

Assalamualaikum....

Dah lame tak panas hati pagi-pagi. adehh! Tadi stop kat traffic lite... lampu merah ok! Dengan berhemahnya aku stop. Dah memang kene stop pon kan, kalau tak lenyek la aku kt tgh2 jalan tu... hahaha!

1....2....3... buah motor dah lalu tepi kete aku dengan 'slow motion' nye..... Tetibe ade sorang pakcik membonceng bininya... nampak muda. Bini muda kot! hahaha! Cuba melalui lorong kecik antara dua buah kete. Aku intai je dengan ekor mata... nak tengok lepas ke tak pakcik tu nak lalu..

Tetibe....... pangggg! Haaaaa.. ambik nko. Even bunyinya tak camtu tapi motor dia dah langgar side mirror aku! Dengan muka selumberrrrr OAG dia lalu lalang depan kete aku.... aku pandang pakcik tu. Tapi dengan muka yang biase -biase sajeeee..... ko tahu ape reaksi pakcik tu???

Hahahaha..... muke kerek selengeeeeeeeeeee dia toleh aku then dia blah ke depan. Aduhaiiiii....... Walhal dia dah tau dia salah... ape salahnye angkat tangan ke ape kan. Aku bukannya harap sgt tp beradab la sikit bak kata orang. Takkan nak tunggu langgar side mirror sampai pecah kot baru nak say anything.... hurm.

Aku pon buat muka rilek je.... nak marah tp pikir balik ilmu yang aku dpt malam tadi..... Terus tak jadi nak marah... sebab pikir dia sesama saudara Islam. hehehe!

p/s: tapi adab tetap adab eh.. jangan lupe adat & adab :)


Monday, September 20, 2010

Eh nak tanye sikit ni...

Ade sesapa tau tak kat mane butik / any kedai yang buat servis sewa pakaian... khas untuk upacara penerimaan pingat darjah kebesaran... hohoho! Yelah, nak pegi mengadap Agong nieh.. kene pakai lawa & segak. Kalau boleh nak pakai bukan kain biase ye.. alang-alang tu biarlah kain mahal, baldu ke... ahhaha! Demand lak tetibe... Erkk... aku cuma sampaikan pesanan orang je. Bukan aku yang mintak...

Tapi nak mintak tolong kepada sesapa yang tahu kat mane tempat tu, boleh la inform aku eh. & make sure harga pun affordable lah... hahahaha! Takde la sampai 2-3K sewa aje.. 1K tu okla lagi... hohoho!

Tenkiuuuuuuuuuuuuu..... :)
Notakaki: Nak cuba p tanye kat Den Wahab punye butik... agak-agak ade tak?? huhuh

Sunday, September 19, 2010

Mode raya tak rasa, mode kerja apetah lagi

Assalamualaikum....

Adehh... parah gini. Orang duk sibuk-sibuk beraya, pegi open house sane sini tapi rilek je kat umah. Takpe..takpe... tunggu melayan kawan-kawan makcik aku datang umah je laaa. Nak bertandang ke rumah orang tak tahu lak nak ke mane arah tuju. Sebab takde sorang pon yang jemput datang open house ke ape.. wahaahah!

Tapi kalau kuar jalan-jalan then terserempak dgn RUMAH TERBUKA sesapa, agak-agak boleh tak aku redah masuk makan? hohoho! Dah name open house kan, tak kire la sape nak dtg pon kan? erkkk.... Tapi janganlah dimintak undangan orang yang tak berkenaan lak tiba. adehh!

Waaaaa... esok dah start keje!
"Bosss... saye malas nak dtg keje.. boleh tak sy cuti sebulan lagi?! hahahahahah!"

Mamposss kene bantai dgn kayu besbol dgn boss aku... Tapi kalau lulus cuti aku tuuuuu, terus aku bungkus beg balik kampong woo... hahaahahhahaa! *dalam mimpi jelaaa mek oiiii!

Camnilah gaya orang lama bercuti.. gedik ah weii! Kalau nak cuti lelame jadi bosslah! hohoho!
Tapi serius.. esok mood kerja melantun-lantun entah ke mane. Tak nampak ekor pon nak tarik, selagi tak jumpe selagi tu mood kerja tu tersasar... hahahaha!

Dah-dah... jangan nak mengarut byk sgt. Pergi jelah keje sok dengan tenang & rela hati okeh... :P


Saturday, September 18, 2010

Makin ramai yang meninggalkan kita

Assalamualaikum...

Tanpa sedar, makin ramai yang berada di sekeliling kita pergi meninggalkan kita. Tak sempat reda lagi dengan berita pemergian Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 rakan yang lain, kita dikejutkan pula dengan pemergian seorang pelakon veteran, M. Rajoli yang telah mengadap Illahi malam tadi. Al-fatihah.....

Tup..tup tadi terbaca entry Ben, seorang lagi rakan blogger yang telah pergi meninggalkan kita. Even aku tak mengenali arwah, tadi kita sebagai sesama saudara Islam sama-sama mendoakan agar arwah tenang di sisi Penciptanya.

Tak termasuk lagi dengan kes-kes kemalangan maut sepanjang raya ni. Jumlah yang terkorban semakin meningkat dari hari ke hari. Kadang-kadang terfikir jugak.... bila Dia akan cabut nyawa kita semua. Yelah, dalam sekelip mata pun Dia boleh hilangkan apa yang ada di sekeliling kita.

Kepada kengkawan semua, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah & doa untuk mereka yang telah pergi... giliran kita entah bila pulak kan.


Notakaki: Sentiasa berdoa agar Allah masih memberikan peluang untuk terus beroleh pahala sebelum sampai masa dijemput olehNya.... AMIN

Thursday, September 16, 2010

Karna Cinta

Jatuh hati pendengaran pertama pada lagu ni... waaaaaaaaa


video

Telah ku temui banyak cinta

Di hati ini datang & pergi

Selimuti kisahku yang biru

Yang dalam di hati...

Biarku rentangkan cintaku

Menariku di atas senduku

Sendirinya aku tak berkasih

Yang dalam di hati...

Karna cinta aku jadi sepi

Karna cinta aku jadi riang

Karna cinta aku jadi pilu

Karna cinta kini ku sendiri

Karna cinta pelangi pun hilang

Karna cinta matahari pergi

Namun ku yakin dalam hatiku

Cintaku tak boleh membunuhku...

Bye Bye Terengganu

Sob...sob...sob...

Terpaksa melangkah meninggalkan bumi Besut pagi ni... menuju ke tanah Hulu Terengganu pulak. Tinggallah 'rumah ku syurga ku'... Tak puas lagi kot stay kt umah. Rasa macam dah lame ambik cuti seminggu. Tapi tak cukuppppppp..........

Oklah... mau bersiap-siap pulak. Nanti update later.... huk huk huk


Wednesday, September 15, 2010

Haish... ape la asyik duk skodeng orang!

Haish... ape nak jadi laa eyh. Yang duk asyik skodeng orang tu nape?? Nampak spender makcik pulak yeeeee???

Sape punye keje ni... Baik ngaku... aduhaiiiii.....


*klik untuk tumbesaran

Ingat pun awak kat saya kan...

Oh, tak sangka terima SMS dari student aku kat PLKN aritu..
Thanks Sue for sending me SMS..
Ingat jugak Sue kat Cekgu Izah eh... hihihihi
Rase cam best je dipanggil cikgu.. hahahah! Poyosss


p/s: entry bosan.. sbb tak tahu nak letak entry ape.. huahahaha! Cehh... tetibe nampak msg lam inbox aku ade byk tu je... hahaha! Menunjukkan aku kurang berSMS dgn orang.. lalalala

Ramai orang duk cakap mende sama...

Orang cakap muka kami adik-beradik tak sama... erkkkk! try korang tengok betul-betul... Memang tak same ke??? Ramai yg cakap camtu... huhuuh! Campuran umi & abahku kot.. Bukannya ikut muka umi or abah ku sorang... ngeh2!

Meh kite layan 3 koping asam keping ni... ngeh ngeh ngeh!






Haruskah diterima apa yang mendatang? Bantulah dia...

Dari Fatehah, (bukan nama sebenar)

Babe.. aku tak tahu ape yg ptt aku buat skrg. Aku mmg tak dapat lupakan dia. Aku dah try tp aku tak boleh. Aku masih sygkan dia even tho dia buat aku camni. Dah lama aku digantung tak bertali. Ko pun tau kisah aku camne kan? Aku tak tahu ape perasaan dia kat aku sekarang. Tapi aku masih setia tunggu dia. Dia penah ckp suruh aku tunggu dia sampai dia kembali tapi sampai sekarang dia tak muncul. Ape aku ptt buat? Or mungkin aku banyak lepaskan peluang yang datang sekarang...

Aku masih tak dpt petunjuk. Entah-entah ade jodoh yang sememangnya utk aku.. tp aku sendiri yang tolak. Aku buntu gile.. Kalau aku terima org lain, tapi kalau dia dtg balik ape aku nak buat? Sememangnya aku pun nak rasa bahgia macam orang lain jugak. Aku penah fikir, kalau dia dah lupakan aku sia-sia je aku tunggu dia hampir 2 tahun ni. Tapi, bodoh ke aku sebab masih pegang kata-kata dia untuk tunggu dia...? Sedangkan dia langsung tak sedar dia sebenarnya ada aku.

Tup..tup nanti aku tahu-tahu je dia dah bahgia dengan orang lain.. aku macamane???? Dan jugak aku banyak lepaskan kebahgiaan aku sebab dia. Eh, bodoh ke aku ni babe?? Ya Allah, seriusly aku tak nampak apa-apa jalan untuk aku pilih. Aku sentiasa berdoa agar Allah berikan aku petunjuk yang betul.. seharusnya aku terima walau pahit camne pun aku hadapi sekarang.

Babe, aku mintak tolong sangat. Aku nak kekuatan aku balik. Aku nak ko ade dengan aku sentiasa. Aku tak pernah terfikir aku akan jadi selemah ni kerana seorang lelaki...! Babe, bodohkan aku ni. Aku tak kisah aku takde pasangan sekarang pun. Aku tak jeles tgk orang bahagia, tapi apa yang buat aku sakit sangat sebab dia tak lepaskan aku tapi dia gantung aku tak bertali................................................................................. Babe, berdosa ke aku benci lelaki walhal bapak aku pun lelaki jugak. Lepas apa yang aku lalui ni, aku rasa serik sangat nak rapat dengan lelaki. Aku jadi fobia, babe.... Ko jelah harapan aku sekarang. Tempat aku mengadu... Sekurang2nya aku reda bila aku luahkan kat ko.

Babe, bantu aku utk teruskan ape yang aku lalui sekarang ni....

Notakaki: Ya Allah....... permudahkanlah segala urusan sabahatku ini. Aku mohon kasihMu & Kau redakanlah apa yang terbuku di hatinya. Bebaskanlah segala penderitaan yang dia tanggung & Kau berikanlah sinar kebahgiaan kepadanya... Amin Ya Rabbalamin.

Monday, September 13, 2010

Masih terkejut - Rentetan Kes Bunuh Datuk Sosilawati

Assalamualaikum...

Dalam keghairahan kita menyambut raya, jangan dilupa pulak pada mereka yang sedang berduka. Seriouly aku terkejut sgt dgn berita yang sgt HOT sekarang ni. Di TV & dada2 akhbar terpampang berita yang sama. Kes Bunuh Datuk Sosilawati bersama rakan2nya. Al-Fatihah...

Mende nak jadi kita tak tahu bila. Aku pun masih terfikir camne keadaan anak-anak arwah yang ditinggalkan. Anak sulung arwah, Erni Dekritawati.. aku memang kenal sebab dia study sama kat UiTM Machang dulu dengan aku. Sama-sama turun ke padang kawad untuk Kesatria... yes, aku masih igt walau hanya pernah bertegur sapa tak begitu kerap. Even tak begitu rapat dengan Kak Rita, tapi aku turut bersimpati dengan apa yang menimpa arwah ibu dia. Hope Kak Rita & famili yang lain tabah menempuh dugaan ini.

& sudah pasti kite semua pun tak sabar menunggu ape yang bakal dibicarakan kelak. Aku pun harap si pesalah-pesalah tu semua dapat hukuman yang setimpal dengan ape yang telah dilakukan oleh mereka.. Sungguh kejam okay... Manusia bertopengkan iblis!

Hope pihak yang bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan adil & saksama untuk menuntut keadilan....

Saturday, September 11, 2010

Selamat hari raya 2010

Assalamualaikum...

Erk... baru sempat nak hapdet blogkah?? Tu la pasal.. bizi kot hari raya pertama. Saudara mara datang berkunjung. Pakai baju lawa-lawa kene basuh pinggan kat dapor jugak.. hohoho!

Yelah, tetamu datang kene layan baik-baik. Ni kan hari baik bulan baik. Bermaafan lah sesama kita. Tapi ade jugak yang tak mengingati sesama insan, entahlah. Tak tahu nak cakap ape. Ok..ok.. abis cerita lupa melupai.. hehehe!

Awal-awal lagi aku dah terbungkang. Penat kot buat kerja hari raya pertama. Nak berjalan umah member pon tak sempat. Nasib baik ambik cuti seminggu! hhohoho! Masih ade masa lagi untuk pergi mintak duit raye... ngeeee~

Oklah... petang ni mau gerak umah saudara mara len pulak. Semalam dorang datang, today kitorang pulak pergi menziarah... Fair & lovely gituh... heehe

Daa~.....

Thursday, September 9, 2010

12 jam yang amat menyesakkan!

Assalamualaikum...

Yeay! Esok rayeeee.... hohoho! Macam kanak-kanak riang lak. adehh! Tak sangka dapat bertemu lagi dengan lebaran kali ni. Alhamdulillah....

Semalam bertolak dari Shah Alam pukul 12 lebih. hadoi.... Bajet takde la sesak sangat kan. Dari Shah Alam ke KL still ok. Speeding je... tup tup sampai depan tol gombak...... hambek hang! Berkoyan-koyan deretan kereta. Dah agak dah, ramai yang start bertolak lewat malam.

Tapi, oklaaa.. still move. Takde lah stuck lame. Cume boring sikit la kan kalau stuck dalam jammed balik raya ni. Siap ade boleh yang duk berborak-borak dari tingkap kereta sebelah pulak tu.. haahhaah! Yelah, majoriti orang Pantai Timur.

" eh kak.. nok balik mano tu? Klate ko?" hahaha Aku sengih je laa, sebab tergamam tetibe ade orang tak dikenali tegur.. :P

Adoilaaa... sengkang mata nak drive malam-malam. Pukul 4.30 pagi baru sampai R&R Gambang. Stop untuk rest, sahur & solat subuh. Pukul 6.30 pagi gerak balik then selamat sampai Besut pukul 11.45 pagi.... erkkkkkkkkkk!

12 jam tuuuuuuuu..... macam nak balik dr utara ke selatan kan. adehh! Bape kali singgah stesen minyak sebab nak gosok-gosok mata. hahahaha! Macam nak letak batang mancis je kat mata tu taknak bagi tutup. Yelah, b4 dis ade driver, aku tukang tidur. Sekarang ni, aku pulak yang drive diri sendiri... hohoho! Tapi alhamdulillah... selamat sampai sudah di kampung halaman.

Monday, September 6, 2010

Tak nak tak ape....kita tak rugi ape

Ehem..... aku tak rugi ape pon if ko tak mo. Tapi nanti bila orang lain dah jauh ke depan jangan pulak ade perasaan iri hati ok. Tak baik dengki. Ade peluangdi depan mata disia-siakan pulak. haishhh! Peluang keemasan ni tak datang berkali-kali.... mungkin hanya 1-2 seumur hidup.

Tapi, kalau kita tak cuba mane kita nak tahu peluang itu emas ke karat. Even besi buruk pun berharga tau, apetah lagi emas permata.. hohoho! Betul tak... Orang yang berjaya ni tak takut untuk jatuh, bila jatuh baru dia tahu pengalaman yang akan dijadikan pengajaran. Tapi bukannya bila dia berada di atas, dia tak pandang ke bawah. Bersedia jugak untuk landing... kata orang la kan.. hehehehe!

So, apa yang terbentang depan mata jangan dilepaskan. Yakin & percaya pada diri, mesti ada hasilnya...

Kepala duk pikir lain dah

Assalamualaikum & morning...

Aduhai... mode raya semakin membuak-buak. Kepala dah tak leh nak focus sangat.. asik ingat kat kampung saje. huhuhu! Tak sabar mau pulang ke kampung halaman hari rabu nanti. Dah terasa bahang nak beraya ni. Pasang pelita... main bunga api... buat kuih ramai-ramai... tukar langsir segala bagai! hohohoho! Meriah kan??

Sape takde kampung tu meh la bertandang ke kampung aku.. hehehehe! *bukan ajak-ajak ayam yo.. :D

Tak sabar nak merasa meriahnya berkumpul ramai-ramai... family, saudara mara, sepupu sepapat & jugak jiran tetangga...

Kepada sesiapa yang ingin pulang ke kampung tu, berhati-hatilah di jalan raya ok. Ingatlah orang tersayang. Biar lambat asal selamat. Ingat, ramai yang menanti kepulanganmu dengan perasaan girang...


Sunday, September 5, 2010

Kejayaan hak milik semua... InsyaAllah

Assalamualaikum & happy weekend.

Biasanya, kalau kita tengok Disable People a.k.a OKU ni mesti kita pikir dorang tak mampu nak buat apa-apa. Allah jadikan dorang camtu ada hikmah. Bukannya dengan ketidakupayaan dorang tu, dorang terpaksa bergantung harap kepada orang lain sepenuhnya.

Aku tertarik untuk berkongsi 1 kisah tentang pasangan suami isteri yang mengalami kecacatan pekak & bisu. Tapi masih punya kesempurnaan anggota badan yang lain. Allah Maha Adil.

Namun, tidak disiakan-siakan segala anugerah yang dikurniakan walaupun mereka pekak & bisu. Mungkin kita pikir mereka hanya hidup dalam kelompok mereka saja. Tapi mungkin hanya sesetengah darinya. Macam pasangan Roslan & Sue ni, boleh bergaul dengan kelompok normal cam kita ni. Malah, dorang memang dpt menyesuaikan diri dengan persekitaran tu.

Aku nak kongsi apa yang mereka berjaya lakukan sama jugak macam kita boleh buat. Pasangan ni menceburi bidang jualan langsung under HR MARKETING SDN BHD. Apa yang mengagumkan, hasil yang diperolehi mereka lebih dari apa yang kita jangka. Kejayaan luar biasa. Dengan hanya menggunakan bahasa isyarat mereka boleh menarik perhatian manusia normal. Dan sekarang mereka sudah mampu berdiri sama tinggi dengan orang lain. Kagum betul aku dengan dorang.

Jangan perlekehkan kekurangan orang. Aku sematkan dalam diri, jika dia boleh.. takkan aku tak boleh. Aku jadikan mereka sebagai pendorong untuk aku berjaya. Yang penting usaha luar biasa yang dilakukan. Lakukan apa cara dalam kehidupan kita dengan gaya luar biasa agar hasilnya juga LUAR BIASA! InsyaAllah... semoga dipermudahkan dalam semua urusan ke jalanNya....

Saturday, September 4, 2010

Alahai.. banyak mende nak kene buat!

Assalamualaikum & morning...

2,3 hari lagi nak balik kampung. Perjalanan jauh pulak tu. Yang biasenye makan masa 6-7 jam, mungkin akan jadi 10-12 jam or maybe lagi lebih. huhuhu! Tengoklah keadaan penyakit jammed yang teruk ke tak. adehh!
Tapi.... ade pulak masalah dengan tayar kete. haishhh! Yang aku duk story dalam entry ni. Actually, aku dah perasan jugak lepas 2-3 hari tampal tayar tu. Ingatkan biase, tapi aku pikir-pikir balik, luar biase neh. Tiap-tiap hari kene pam tayar. Ape kesssss?! huh!

Semalam, call abah aku. Bla...bla....bla.... kene bagi ceramah tentang kereta! hahahaha! Biaselah aku ni pandai guna je. Nak buat mende len xreti weh. Tukar tayar pon tak reti! wakakkaakak! Inesen gile kan budak sorang neh.. Then, call abang aku pulak. Bla...bla...bla... dia explain same cam abah aku gtau. hohohoho!

Ok, so pagi ni memang kene tukar sementara takde kerja nak buat ni. Ajak pulak adik aku yang teman! ahahaha! Sib bek ade adik laki yang dekat weh. Kalau takdeeeee?? Naya la aku nak cekau mane... hohoho!

Kalau pikir tak balik kampung, takdelah aku nak pi repair tayar bersungguh sangat... erkkk! Tap bahaye gak kan, even aku duk pusing-pusing dalam KL pon... kalau dah tayar tak elok, better pegi repair je.. haishhh! *marah diri sendiri yang sengal! hahaaha!



Dapat duit raya dari nuffnang!

Alhamdulillah..... cek dah dihantar oleh pihak nuffnang. Walaupun takde lah sebanyak mana yang dapat, tapi syukurlah dapat jugak duit raya dari nuffnang... Dah dapat duit raya 1st, sape lagi yg budiman nak bagi aku duit raya neh... hohoho...

Tak sabar nak balik umah ambik cek ni.. hehehe!

Friday, September 3, 2010

MasyaAllah.. ape dah jadi dengan orang sekarang?

Semoga Allah swt memberi petunjuk & hidayah kepada golongan begini. Amin....







Wednesday, September 1, 2010

Pak Imam yang rude!

Assalamualaikum...

Huhu.. tetibe aku hilang respect pada Tok Imam salah satu masjid area Subang Jaya. Kawan aku pun rasa nak hentak je muka dia. Ape daaa punya tok imam.

Aku park kete dalam kawasan masjid semalam, tapi aku pegi terawih kat Masjid Al-Falah USJ. Around pukul 11.30, aku pergi balik kat masjid tu untuk ambik kereta, tetibe aku kereta Satria Neo Oren ni block kete aku. So, aku takleh nak bawak kuar kete aku. Then, my fren try p tanya orang dalam masjid siapa punya kereta, mintak alihkan sekejap.

Then, afte 10minit dia turun sambil membebel-bebel. Dia cakap aku tak boleh letak kereta kat situ sepatutnya.. haloooooooooooooo encik!
Abis tu ape guna orang buat space parking kalu tak guna??? Sengal punye orang. Dia siap cakap, kitorang menggangu dia nak 'moreh'.

Erkkkkk.... moreh pun berpada-pada la. takkan sampai sejam kot! Bukak puasa pon tak camtu la. Memang agak rude sikit la kata-kata dia tu. Buat kitorang rasa nak hentak je dia..

MasyaAllah... sabar je la.


Related Posts with Thumbnails