My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Thursday, December 30, 2010

Aku tak suka KAU!

1. Jerit panggil nama aku berulang kali walhal aku dah dengar...

2. Remind apa yang aku dah tahu melebihi 3x..

3. Bising waktu aku tengah nyenyak tidur... mengganggu aku nak mimpi! haishhh

4. Gaduh laki bini depan aku.. sebab aku rasa korang tak respek aku yang ternampak insiden tu..

5. Lebih dari 4x suruh aku makan sebabnya aku akan makan bila aku nak.. jgn paksa..

6. Ganggu aku time aku tengah focus pada something.. tak kirelah ape aktiviti pun aku buat..

7. Tanya aku lebih-lebih dalam banyak perkara personal aku (if ur a strangers).. Kalau nak tahu lebih, kene close dulu.. ahakss!

8. Bercakap kasar dengan aku dengan niat sengaja nak naikkan marah aku.


9. Tetibe datang macam nak cari gaduh dengan aku... be gentle sikit ok!


10. Nak puji aku lebih-lebih... sebab aku xde duit nak bagi! hehee! <--- melawak sikit!


Andainya lelaki tahu perasaan ini…

Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andai lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi

Andainya lelaki tahu
Di sebalik 1001 rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh

Kerana andainya lelaki tahu
Hati itu akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak kan sekali pantai hati itu berubah...

Sumber: AMIR SAID 7

Memang tak disangka-sangka!

Wahhh... akhirnya! Tadi umi aku ada call. Memberitahu perkhabaran gembira bagi family kitorang. Jeng.. jeng.. jeng...

Tak sangka ye.. akhirnya, bakal meriah lah umah aku suatu masa nanti. Tak sabar betul nak menikmati saat-saat itu..

Ku doakan semuanya berjalan dengan lancar.. Ape-ape pun kene tunggu majlis 'tettttt' bulan Februari nanti. Wahhh.... first time ahli keluarga aku melangsungkan majlis besaran... ahahahaha!

Korang mesti dah dapat teka kan... *wink* Tahniah untuk abang sulung aku.. weuuuuu! So lepas ni, boleh lah turn aku pulak...! wakakakakkaka (mimpi lagi la kau! ade ke orang nak kat aku? uhuk)

Cara berkasut stail baru.. jalan kedek-kedek cam itik!

*abaikan se'dot' scar di kaki itu! bekas gatal! hahaha

Agak-agak kalau korang berkeadaan begini pegi ofis, ade orang kisah tak? hahahaha!

Punye lah laju berjalan, tetibe rasa pelik semacam.. Takkan jalan tak rata kot? Tetibe nak salahkan lantai yang elok ituuuu!

Sebelah wedges, sebelah lagi platform! Omaigod..omaigod!

Kawan aku duk bantai gelak.. haishhh!

Tapi nasib baik time ni aku berlari-lari anak dalam opis je.

Kalau dari umah aku pakai camni aku tak tahu la orang nak pikir aku apeeee!

Dah pakai cantik-cantik tapi kurang siuman pulak! ahhahaha! (eh..cantik keee? lalalala)

Tak abis-abis lagi ke???

Assalamualaikum & morning...

Adeh.... masih panas lagi peristiwa malam tadi, kemenangan Malaysia  untuk AFF Suzuki Cup di Indonesia. Tak cukup dengan tu, PM kite mengumumkan hari Jumaat sebagai cuti umum sempena kemenangan skuad Malaysia. Memang dah agak dari hari tu lagi....

Haish.. malas dah nak cite pasal bola. Boleh tak? hehehe! Cukup-cukup lah tu ye. Bekerja dengan baik untuk hari ni, then anggap la cuti esok adalah hadiah Tahun Baru 2011 untuk kite semua.. Hoyeeeehhhh! So, bolehlah spend time dengan family & orang tersayang esok kan. Wah... kalau balik kampung best jugak neh.... tp dah terlambat dah. huhuhuhu....

 
Notakaki: Adehhh... datang opis arini sakit perut lak. Silap makan ke apeeee?? huuuuuuu

Wednesday, December 29, 2010

Breaking News: PM bagi CUTI on FRIDAY! Yeayyyyyy!


Yunkkkkkk! i pinjam ye...  TQ! Hehe... 
Credit to Nadea Emerald

Haaaa... SAH...... Cuti weiiii cutiiiii! Den dah cakap dah haaa.... I lap u lah Sir! (NajibRazak) Wah.. tetibe... ahaksss!

SAH confirm!


KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Dis 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki rabu malam.

– BERNAMA

Perhatian: Kepada sesapa yang ingin menyambut kepulangan wira-wira negara

First of all.... TAHNIAH MALAYSIA, TAHNIAH HARIMAU MALAYA! Yeehaaaaa......... Proud to be Malaysian! Ok, let me 'mengarut' sekerat dua ok. :P

Eh eh... tetibe teruja lebih. Yelah, even tho aku bulan peminat fanatik football, tapi if melibatkan TANAH TUMPAH DARAHKU, kene ambik port skali wooo... At least ucapan TAHNIAH tu jangan kedekut nak luah! hehehe! I bangga ok....

Ok... since AFF Suzuki Cup ni, ramai pulak duk 'meroyan' kat Khairul Fahmi Che Mat. adehh.. aku sebenarnya malas nak join bab-bab camni tapi terpaksa taip jugak dalam blog. hahahaha! Memang terbaekkk ah, tak dapat disangkal lagi. Femes tetibe mamat neh. Ok, fullstop! Tujuan sebenar bukan nak cite pasal dia ke ape.. Cukuplah orang lain dah ramai bercerita pasal dia... aku tukang baca je. hohoho! 

Pasal bola pon aku xmo hapdet. Cukup sekadar nak ucap TAHNIAH untuk team HARIMAU MALAYA untuk malam ni. Ok.....???? Memang tabiat aku akan post satu entry before tidur, kang takot ngigau duk ketuk keyboard laptop... haishh! Perangai ape ntah camni... hahaha!

Oklaa korang, kepada sesapa yang nak poi jemput kepulangan wira-wira negara esok, pegilah tunggu kat KLIA ok... Esok aku keje, tak leh pegi.. Kalau aku off pun aku tak pegi jemput jugak... ehehehe.

*dari laman twitter
Gudnite world!

Dup dap dup dap.. lagi hebat dari nikah ni!

Hoho.. mesti korang semua duk terpaku je depan TV kan. Aku ni siap ada kerepek pisang sebalang kat tepi. Nak kunyah sambil tengok bola. Gile ahhhh.... tak senang duduk kot weii! Rase nak melompat-lompat je.. ahahaha! Aku lah yang overacting...haishhh!

Time baju merah bawak bola depan gol je, aku tak tengok langsung! Kalau ade lemah jantung dah leh pengsan dah tu... tak pun tercungap nyawa-nyawa ikan.

Oh serius.. aku cuak betol tengok bola sepak ni. Rasa nak menjerit, takut ter'over' pulak. Kang jiran-jiran sebelah umah dengar, malu wei... Anak dara duk melalak-lalak tengok bola.. haishh......

Sabar jelaaa... Mudah-mudahan Malaysia menang malam ni! Amin


Andai dapat ku putar kembali waktu itu.....

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, aku turun ke Pejabat Pos PWTC di tingkat 2. Suasana agak lengang. Hanya ada 2 orang di kaunter. Segara aku beratur, takut nanti ramai pulak orang. Selang seminit dua lepas tu, kelihatan 2 orang memasuki ruang pejabat pos tu. Kelihatan juga seorang perempuan yang agak berusia di pengakhiran barisan...di tangannya memegang sehelai kain buruk. Aku fikir dia adalah seorang cleaner.

Makcik Tua: "Nak beli kad telefon..." sambil tersenyum dia menghulurkan duit

Akak P.O: "Beratur dulu ye.." dengan suara yang agak keras & mendatar.

Tiba giliran aku untuk ke kaunter. Bungkusan dihulurkan untuk ditimbang oleh akak post office tu. Setelah ditimbang & dikira...

Akak P.O: "RM12." hanya sepatah kata

Aku menghulurkan duit & everything selesai. Tetibe sayup kedengaran suara di belakang aku...

"Oh, tak cukup duit la..." terus perempuan itu berlalu keluar dari pejabat pos.

OMG... serius terpaku aku sekejap. Aku sayu dengar perkataan yang keluar dari mulut makcik tua tu. Aku nampak dia memegang sekeping wang kertas RM5, sambil digulung-gulungnya. OK, aku faham.. dia nak beli topup tapi xde jual amount RM5. Bila aku dengar dia cakap camtu, maknanya memang dia langsung tak punya duit lebih. Memang dia nak beli topup tu RM5 je!

Sayu sangat kot tengok makcik tu makin menjauhi post office tu. Aku toleh balik.. kaki aku kuat nak melangkah ke arah makcik tu.... AKU NAK TOLONG DIA!!!!!!! Tapi kenapa entah kaki aku terus melangkah perlahan ke depan menuju balik ke opis.

Dalam kepala aku duk fikir, mungkin dia ada nak call sesapa. Mungkin dia betul-betul terdesak nak call orang. OMG! Serius, sampai skrg aku igt raut wajah makcik tu.....



Notakaki: Andai dapat aku putar balik waktu tadi.......... :(

Pembakar roti jenama baru... HP!

Wah.... jom pakat-pakat mai beli. Pembakar roti alaf baru kot keluaran HP! hahaha!

Rasa nak gelak guling-guling jap tadi. Okay, rilek... jangan gelak dulu ye! Ade sorang mak buyung dalam opis aku ni buat lawak antarabangsa.. hadoilaaaaa! Masuk Raja Lawak la Ida ye. hohohoho!

Tetibe ade 2 orang lelaki masuk opis.. dengan membawa kotak gedabak besar yang diseret di atas lantai. Memang berat kot kotak tu sebab tak boleh dipikul.. I mean barang dalam kotak tu yang berat! haha!

*lebih kurang camnilah kotaknya.. nampak kan brand HP?

Tetibe mak buyung tersebut bersuara dengan kondifennye... adehhh!

"Eh, tu pembakar roti ke?"

Erkkkk.... ade sorang mamat kat sebelah dia tahan gelak kot.

"Ko dah nampak jenama HP, lagi ko nak cakap pembakar roti?"

Kitorang pon bantai gelak same... adoilaaaa.. Kelakar la mak buyung oi. Takkan la besar sangat pembakar rotinye tu. Nak bakar orang pon boleh tuuuuu!.. hahaha! Mak buyung bersuara lagi..

"Alaa.. aku saje je nak uji ko. Pandai jugak ko ni ye.." (tergelak sama)

Aduhai... tapi sebenarnya kota gedabak yang tiba tadi merupakan mesin faksimili kot. Lebih kurang camni la kot rupenye.. Tak sempat nak snap pic, sebab orang tu tengah duk pasang dalam bilik fotostat.. hehehe!



Notakaki: Loyar buruk sungguh la Mek Ida ni... makin membesar perutnya makin terserlah keloyaran ituu.. ahahah!

Dulu penah meroyan 'Dua Kerat'!

Hoyehhh...... masa tu study diploma. Tak tahu lah dapat dari mane stail camtu. Stail ape?? Haa.. jap la nak story ni. Tak sabar-sabar u ols kan. hahaha!

Ni haaa.... duk berpantun dua kerat dalam percakapan seharian. If nak berdialog tu mesti kene guna pantun dua kerat. Korang boleh ke? hahaha... Tak kisah la ape statement sekali pun, yang penting mesti jadi pantun 2 kerat ok...

Meh sini den bagi contoh.. hohoho!

A:Pak Kadir belah kelapa,
Ko nak makan ape?

B:Dollah dah on the way,
Tak tahu lagi la wei!

A:Kambing pak mat kene tambat,
Ko ni nak pikir yang tu pon lambat!

hahaha... best kan. Macam kene sawan 2 kerat je rase. Yelah, orang lain dengar pon pelik. Ape ke pekdah nye budak ni duk berpantun-pantun ni. Tapi memang syokk wooo. At least boleh tajamkan otak. hahaha! Baru lah otak bergerak sikit nak berfikir. Ni tak... asyik selow motion je kan.. adehhh!

Kalau time nak berseronok2 try la cube berpantun 2 kerat dgn semua orang di sekeliling anda, pastinye anda membuat semua orang tersenyum riang.. hahhahaha! Njoy beb...

p/s: if korang nk komen sile gunakan pantun dua kerat ciptaan korang sendiri ye.. lalalalala....


Maafkan aku.....


Maafkan aku andai aku pernah menyakiti kamu,
Maafkan aku andai ada perbuatan aku menyinggung hati kamu,

Maafkan aku andai membuat kamu merasa rimas dengan tingkah laku ku,

Maafkan aku andai terlalu mengikut kata hati,
Maafkan aku andai ada yang kamu tidak sukai tentang ku,
Maafkan aku andai pernah membuat kamu meluat dengan ku,

Maafkan aku andai ada gurauan yang melebihi batasan,
Maafkan aku andai aku terlalu memaksa kamu untuk mengikut kehendakku,
Maafkan aku andai aku tak terlalu sempurna buat kamu,
Maafkan aku andai terlalu banyak kelemahan dalam diri ku,

Maafkan aku andai aku tak punya waktu yang banyak untuk kamu,
Maafkan aku andai aku tidak dapat bersamamu di lain waktu,

Ketahuilah... kamu tetap di hati aku.


Tuesday, December 28, 2010

Nape dulu tak jadi detektif je?

"Nak ke mane tu?"

"Balik kampung.."

"Oh.. dengan sape?"

"Dengan abang saya..."

"Oh.. naik ape?"

"Dengan keretalah...."

"Eh kereta ape...?"

Erkkkkkkkkkkkkk.... ini sudah lebih weh. Even di bawah satu bumbung pun rasenye tak perlu nak bertanya terlalu details.

Prinsip aku.. aku tak kisah orang nak ambik berat tentang aku, tapi tak perlu sampai terlalu details. Sebabnya, dia bukan ahli keluarga aku. Takkan nak tanya sampai nak pergi naik ape, kete ape... ish. Stress weh.. Asalkan family aku tahu aku dengan sapa & di mana. Tapi, kalau dah dengan keluarga sendiri pon disiasat bertubi-tubi... camne tu? Tak ke namanya terlalu BUSYBODY?

Masa aku study dulu pun camni, even duk sebuah rumah 8 orang. Kitorang akan sentiasa saling mengingati antara satu sama lain. Tapi kalau melibatkan hal peribadi, aku takkan masuk campur sangat. Cukup tahu sikit-sikit & tak perlu nak jaga tepi kain orang. Melainkan tuan empunya badan sendiri yang bercerita...

Yes... aku rimas bila orang yang takde kaitan dengan aku banyak bertanya tentang aku. Cukup sekarang wish 'Take Care' or 'Jaga diri elok-elok'.. Biasenya aku akan beritahu mane aku nak pergi, but not too details. Yelah nanti mesti keluar statement....

"eh ko ni, kang jadi ape-ape kitorang jugak susah..."

For me, bukan nak berlagak sangat or bukan nak ego terlalu tinggi. Tapi apa yang patut diberitahu, memang akan diberitahu, ape yang tak patut, cukuplah aku & famili je yang tahu. Tapi masih ade orang yang berperangai camni sekarang ni. Biaselah, sebelum jumpe kite tak kenal orang tu camne... Bila dah tinggal bersama, baru tahu.... hehehehe!


Amboi makcik..overactingnyeeee!

Eh... ni sape yang nak kawin ni? Makcik ke anak makcik? Kenapa makcik pulak yang sibuk lebih? Aturkan itu ini? Nak kene buat itu ini... Semua makcik nak tentukan.... Kalau ye pon makcik nak atur, sikit-sikit dah la cik ye. Kang terasa pulak hati anak makcik a.k.a bakal pengantin tu...

Adehhh...bukannya cakap tak leh masuk campur langsung. Tapi lagaknya macam dia yang nak kawin. Serba serbi nak diatur.. abis tu? Buah fikiran anak dia selaku bakal penganin ape je? Semua ditolak mentah-mentah. Anak dia pilih nak buat tema itu... dia tak kasi. Dia nak tema ikut citaras dia jugak. aduhai.... Anak dia suka kaler pink, dia nak suh tukar kaler hijau. erkkkk!

Ok.. baju pulak. Dia nak jugak buat 5-6 kali persalinan. Wah.... tu berapa jenis baju nak tukar tu? Anaknya nak sederhana saja, tapi maknya pulak nak gerandddd-gerandddd! OMG...

* Mak datukkkk! Try tgk ni... Kalau mak dia nak suh buat gaun panjang cengginih, byk mane kain nk kene gune niii??? WOW!

Ok pelamin pulak... Si bakal pengantin mahukan sederhana saja tapi tetap meriah & anggun...


Tapi maknya pulak yang melebih-lebih mahu pelamin yang gah. Katanya ramai kawan-kawan dia yang datang. Nanti nak tunjuk kat kawan-kawan semua anak dia duk atas pelamin yang serba indah. aduhai.... makcik-makcik.

Oh man..... bawak bertenang ye makcik. Tak perlu berlebih-lebihan dalam membuat majlis. Cukuplah buat secara sederhana saja. Kalau dah rasa tak berapa nak mamou sangat tu, elok lah kite buat yang mane patut je...... Ni tak, dia pulak yang overacting... Kalau dia nk sponsor semua takpe gak.. hahaha!

p/s: Ade ke stail mak yang cengginih eh.. huhuhu! Harap-harap my mum tak camni.. adehh.. Huru hara haru biru jadinye cekkk oiii.... Kan jadi mangsa tersepit tengah-tengah anak makcik gak.. terus kansel nak kawin.. hohohoh!


Dari mana datangnya suara itu?

Assalamualaikum & morning...

Huh.... aku kehairanan kejap pagi tadi. Dah la bangun lembat (lewat+lambat)... Bila aku keluar bilik air, aku terdengar suara sorang perempuan. Aku fikirkan makcik aku bercakap dengan aku. Tapi bila aku jenguk, xde pulak orang. Tapi aku pasti makcik aku belom keluar rumah sebab pintu bilik masih menyala..

Lepas tu, berjalan menuju ke bilik. Kedengaran lagi.. makin jelas cuma aku tak dapat tangkap ape yang dicakapkan tu. Pelik tol... Kedengaran suara macam sedang bercakap dengan orang lain, mungkin bercakap phone kot? erkkkk..... tapi pelik laaaa.. Clear kot dengar suara pompuan tu. Or cuma ilusi aku je... hurm....

Tapi pelik nie.... Tak penah pulak aku dengar suara pelik camtu pagi-pagi.. huuuuuuuuuu! Tetibe seram bulu roma... hohoho! Sebab sejuk sangat kat opis kot.. heheheh!


Monday, December 27, 2010

Segenggam tabah... setabah sekeping hati.


Kalau korang dengar & hayati betul-betul bait-bait lirik lagu ni,memang akan menenangkan jiwa yang dalam keresahan. Serius, sungguh syahdu.....

2 tahun lepas.... 1st time aku diperdengarkan lagu ni oleh besfren aku. Sebab dia sememangnya tahu ape yang terjadi dalam hidup aku. OMG... malas nk ingat mende lepas. huhuhu!

Tapi seriously, time tu aku memang down gile. Rasa macam putus harapan segala bagai. Nasib baik iman di dada masih teguh sebagai muslimin. Tak pernah terfikir untuk membuat perkara BODOH, tapi kalu sesapa yang pernah rasa KOSONG dalam jiwa, haaa camtu lah rasa. Bukannya kosong tanpa arah tuju... tapi perasaan yang tak tau nak explain camne. adehhh!

Korang try la dengar lagu ni... memang best! Menusuk kalbuuu... hehehe~ Jangan sedey-sedey hokeyy :D


Ish... gelojoh punye orang!

MasyaAllah.... please la jangan duk cucuk-cucuk bontot orang! Opsss.. bukan bontot orang ye, tapi bontot kereta orang. Sengal ke ape ntah... Dah tau jalan sesak pun still nak rushing pegi mane???? Takkan nak terkucil kot. haishhh! Stress aku makhluk spesis cengginih.

Gamaknye kalau kerete dia ade sayap, dah lame dia terbang pergi depan. Tak penyabar betul. Dia ingat dia sorang nak cepat kot. Ish... korang jangan la duk buat perangai camni. Silap-silap haribulan, duk sondol-sondol tu kang.... tercium betul-betul baru la korang tau. Jangan nak tunjuk X sangat la ye. Kite ni bukan duk dalam hutan.. kalau rase takmo ade orang lain atas jalan raya tu, pegi lalu jalan air ke jalan udara ke.. Haaaaa... kompem selesa & tenang perjalanan korang.. ahakss!

Bawak-bawak bersabar ye tuan puan...... Ingat tuuuuuu!


Api sama api jangan dilawan

Bila orang berkasar dengan kita? Takpe, biarkan saja. Jangan dibalas dengan kekasaran. Takut nanti ada yang tak sabar, terus makin marak api. Bila dalam diri kita dah ada bara-bara api, bila ditambah minyak, makin besarlah api tu.

Jangan takut untuk menjadi air sebagai penyejuk.. Jangan kisah apa orang akan pandang kita. Belajar untuk menjadi setenang air yang mengalir, jangan mengganas seperti ombak tsunami. Bila orang lain beremosi, jangan kita tambah bebanan emosi dalam diri kita jugak. Hadapi dengan senyuman. Sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah kita dapat menanganinya dengan baik.

Orang cakap senang sungguh berkata-kata tapi nak melaksanakannya susah kan. Tapi, bila kita motivate diri kita, bermonolog sendiri dalam hati. Lama kelamaan, mende tu akan sebati dengan tindakan kita. Secara tak langsung, kita akan lebih cool & xdelah mengganas seperti rimau! Hehehe...

Peace.....


Serius,aku tak tahu cerita.. kesiannya

Duk asyik-asyik seronok tengok Malaysia menang semalam, aku terima 1 msg dlm inbox FB. from a lady. Alhamdulillah.. ade orang tanya pasal Higoat. Dia mintak contact num semua... so, aku bagilah. Tapi dia cakap, dia kawan (guy) kepada sorang fren dalam FB aku jugak yang nak tahu pasal susu tu. Memang aku kenal that guy tapi just dalam FB. Memang tak pernah jumpe pun, cuma yang aku tau dia orang senegeri dengan aku... Ganu kite! hehehehe...

Lepas 10 minit berlalu. Aku terima panggilan dari nombor yang tak dikenali. Bajet macam takmo jawab, tapi bila aku pikir mungkin orang yang mintak no phone aku tadi called, terus aku jawab.

Memang betul pun.. kawan FB (lelaki) yang called aku. Rupanya-rupanya dia eksiden last week.. langgar lari katanya. OMG.. memang aku tak tahu cerita. Lebih menyedihkan lagi, motor dia yang dihantar di workshop pulak hilang kene kebas! Ishh... dugaan betul kawan aku tu. Sabar jela ye. So, akibat eksiden tu tulang paha dia patah & terpaksa dimasukkan besi. So, dia story la sikit-sikit kat aku. Sangat bersimpati.

So, dia cakap nape tetibe dia bertanyakan pasal susu kambing tu. Sebab ade imam di kampungnya suh dia cari susu kambing. Sebab tu la kot dia cari aku sebab dia tahu aku jual susu kambing.. adehh! Disebabkan keadaan dia sekarang, aku mmg suggest sangat2 dia amalkan susu kambing tu, insyaAllah mudah-mudah dia cepat sembuh. Yang penting, usaha & tawakal. Yakin denganNya.

Dengan rela hati, dengan niat ingin membantu kawan.. aku akan poskan 4 kotak Higoat tu untuk dia. Korang doakanlah supaya kwn aku tu cepat2 sembuh ye.

p/s: even kita tak mengenali seseorang itu dengan dekat, tapi adalah menjadi tanggungjawab kite sesama saudara Islam untuk membantu yang terdaya.... Mudah-mudah amalan kita diberkati olehNya.. Amin


Tak pernah bersyukur kan?

Assalamualaikum & morning guys!

Fuhhh...rasa macam tak cukup tido even dah tido awal. Tapi takde la awal mane pun, 12.30 light off. Waktu tido biase aku 10.30 okay! adehh...

Nak lelap mata semalam tetibe terfikir..... mengapakah laki tak boleh stick dgn seorang je? Mengape mesti cari lain... cari 2 lepas tu 3 lepas 4 lepas tu...! Haaa, kalau nak tambah lagi tu tak tahu la ajaran mane ajar tuh. Oh sensitif ke kalian?? Heee... sape makan cili dia rasa pedas. Tapi, ucapan tahniah untuk para 'PENCINTA SETIA'... ngeeee~

Ok, kalau kes pasangan dia buat hal still boleh diterima. Sebab mungkin ade salah di pihak yang satu lagi. Tapi, manusia mane boleh terlepas dari buat silap. Macamlah dia baik sangat kan if nak punish orang bila buat silap je kene reject terus. Try tengok if dia yang buat silap??? Huhhhh... merayu2 mintak peluang 6-7 kali. Tu pun kemungkinan pasangan dia tu ade kepentingan pada dia. Kalau tak... hurm! Ape lagi.. pucuk dicita ulam mendatanglah!

Kalau kes pasangan dia ni dah cukup baik dah pada dia. Tapi still laki tu buat hal. Ape kes pulak tu? Haaa... orang tu dah cukup elok jaga dia macam raja, tapi tak pernah bersyukur langsung. Hati perempuan memang lembut, tapi tegasnya ada. Kalau dia dah cakap TAK, janganlah dipaksa2. Dah sekali korang sakitkan hati perempuan, jangan nak datang merayu2 lagi bilamasa korang rasa memerlukan dia kembali. (cewahh... macam ade pengalaman je! hahaha)

Ok..ok. Bukan nak emo pepagi. Hehehe.. cuma terfikir tetibe. Sebab ramai orang di sekeliling aku sekarang ni diperlakukan sebegitu. So, aku bersimpati sungguh dengan nasib dorang. Nak tolong pegi ganyang laki-laki tu semua takde daya. So, kata-kata semangat & kekuatan jelah boleh bagi... huhuhu!

Jom breakfasttttttttttt.... :)

Sunday, December 26, 2010

Last entry!

Fuhhhh... last entry untuk hari ni, penutup 26 December 2010. Hohoho... Sebabnya aku dah termengantuk.. aik?? TER?? hahaha! Memang laa termengantuk sebabnya terpaksa tidur sebabnya esok terpaksa kerja sebabnya tak sabar nak dapat gaji... ahahah! Berape banyak sebabnya daaa... dush!

Okla korang.. mesti ramai dah senyum sampai telinga, ade yang masih membuak-buak sebab Malaysia menang tadi kan. Tapi jangan rasa selesa sangat, ingat 29hb ni.... hope for the miracle. So, penyokong kuat Harimau tu banyak2 la buat solat hajat yo. Kang menangis tak berlagu pulak.. Hohoho! (ish.. aku tak suke buat entry pasal bola!) hahaha... terpaksa untuk malam ni saje...

Okay... Gudnite eberybody & assalamualaikum! sweet dream

p/s: dah-dah pegi tido.. jangan duk ngigau GOLLLL GOLLLL pulak kang.. hohoho!


Kan best kalau esok hari cuti SEMALAYSIA!

Wahhhh..... serius aku eksited berlari keluar tengok setiap kali Malaysia masuk GOLLLLL! ahakss! Bile bunyi orang bersorak GOLLLL je terkedek-kedek keluar meloncat depan TV! OMG...

Good job, Malaysia! Im proud to be Malaysian! O yeahhhh! Lagi syokkkk kalau esok diisytiharkan cuti peristiwa if Malaysia menang besar malam ni. Berdebor tunggu bunyi visel penamat je ni.

Kalau dah 3 GOL... cuti 3 hari okay tak?? hohohoho.... Kalau dapat bolos lagi 1, 4 hari lah jadinyeeeee... Yehaaaa..... (mimpi la kau!) hahahaha..... Tapi rasanya ramai yang buat cuti sendiri esok ni. Gara-gara pegi Bukit Jalil... Tak cukup tidur, bos..! hahaha! Tengok2 bos pun cuti esokkkk! hahaha!


Tak rela sungguh aku!

Fuhhhh... mesti ramai gile kan pegi Bukit Jalil malam ni. Mestilah... sesapa yang fanatik bola tu sure tempah seat punya malam ni. Ish.... aku? Bola pun tak minat, inikan pulak nak ke tempat crowded camtu. Oh nehi...nehi. Tak sanggup menzalimi diri sendiri.

Lagipun sepanjang hidup, tak pernah pergi tengok ape-ape event or game live. Semuanya layan dekat TV saje. Nak kene potong kaki kat umi aku try la jejak kaki skali. hahahaha! Kuno tol kan aku? Tapi tak kisah la... asalkan aku bahgia. hohoho...

Tapi tak salah pun nak pegi tengok. Minat masing-masing. Takde halangan dari sesapa pun. Cuma diri aku je yang terbatas, and aku rase for sure ade jugak yang berkeadaan macam aku kan. hehehe! Biaselah tuuu.......

Ape-apepun yang pegi sokong Malaysia malam ni kat Bukit Jalil nuuuuu... Sokong kaw-kaw punya. Yang duk kat umah ni, bersorak depan TV sambil makan kacang & popcorn ok. Hehehehe! InsyaAllah.. kalau ade rezeki dapatlah team Malaysia bawak balik piala tu malam ni...

Malaysia Boleh! wahhh tetibe eksited lebih aku...! hahahaha! All de bestttttttt...



500 BLOG!!

Eh eh.. orang duk kalut-kalut join ni, aku pon tumpang dua kaki runcing aku ni join same...

Serba sedikit tentang diri aku?
Hohoooo... aku ni sorang gadis kampung yang begitu pemalu. Tapi bile dah kenal aku, baru la korang tahu aku ni 'pemalu' or 'tak tahu malu'! hahahaa.. Tak kenal maka tak kenal kata orang... lalalala

Tujuan aku blogging?
Mula-mulanya sekadar suka-suka je. Sonok tengok orang ade blog. Aku pon nak jugak buat blog. So, terhasillah blog cunggg aku ni since Oct 2008! Hasilnya, puas hati sangat dapat involve dalam dunia blog! cewahhhhh.....

Ok done! Settle ye bro! Hehehe....



Saturday, December 25, 2010

Aku jahat... aku penghasut!

Wahhhhh... ade gaya-gaya cam evil tak? hahahaha! Tapi evil sopan je kot. adehh! Haaaa... aku memang jaat okey.. Opsss... notty je kot. :P Menyakat orang kerja no satu aku.. selain dari membebel. OMG.. macam nenek yang menopause!

Dijadikan cerita.. aritu ade sorang akak ni tumpang balik umah dengan aku. Bila dah masuk kereta. Aku cam biaselah.. lock pintu, bukak purse kuarkan duit parking, start enjin then click button ON radio. hehehe!

Then, akak kat sebelah aku ni duk bersungguh-sungguh tarik seat belt. lalalala! Korang tau aku cakap ape....? hahahaha.....

"eh akak... ape bende ni pakai seat belt ni?" <---- nada macam akak tu buat salah besar je!

"eh nape lak awak ni. akak nk pakai la utk keselamatan akak.."

"akakkkkkk! tak payah pakai laa.. ape barang pakai seat belt." <--- sambil gelak2 jahat

"ishh awak ni.. akak taknak nanti kene saman. mane akak ade duit nk byr 300!" <--- sambil gelak jugak tp geram ngn kerenah aku!

Hadoilaaaaaa... sian kat akak tu kan. Aku saje je cakap cmtu. Sebab aku mmg hantu yang degil nk pakai seat belt. Tapi bila nampak polis barulah kelam kelibut tarik taliii! Haaaa.... takot jugak rupenye... waaakkaka! Tapi berlagak HEROIN kan... adehhh!



Notakaki: Dah pernah kene sekali, polis duk usha dari jauh je aku tak pakai seat belt. Last-last kene saman! Ambik engko! hahhahaa... Padan muke aku... Tu first time lah selama aku dah ade lesen kete since form 5.. hahahaha.. Tapi still xserik jugak.. adehh!

Aku tak keluar abiskan duit, tapi duk rumah buat duit...

Tak bosan ke terperap kat umah je? erkkkk! Agak bosan gak la, asyik pandang siling, lampu, tingkap & bantal... dah xde mende len dah disekeliling aku. Depan mata lappy aku lah. Kekadang rasa macam mati kutuuuuu je. hehehehe!

Sib bek encik berukben ade menjadi peneman setia time aku kesunyian. cehh! Serius, takde 'dia' aku mati weh. Kang aku nak bercakap dengan sape. Even macam orang tak betul duk bercakap sorang-sorang, at least aku tak stress bila senyap saje.. ahakss!

Tengok orang keluar jenjalan dgn pakwe-makwe & kengkawan, enjoy je kan. Tapi aku rilek je. Kuar sorang-sorang pon best gak cuma kemalasan saje. hehehe! Bile duk umah duit pon tak bergerak, duk diam-diam dalam purse tu. Tak melayang sesen pun. Tapi duk umah sesaja pon ade pekdah gak pe. Ni haaaa..... dah ade blog & nuffnang. Ape lagi..... bantai la buat duit kaw-kaw. hehehehe!

* tengok ni haa... macam acik ni. santai je duk umah hapdet blog! hehehe! (alamak, gmbr sedikit sexy disitu bagi sesiapa yang perasan! muahaahah!)

Alhamdulillah.... BE aku ade lah 3 ketul. Tu yang pulun habis hapdet entry tuuu. hehehe! Tunggu nak cashout duit tahun baru ni. lalalala...InsyaAllah...

*alhamdulillah... kene ikut cara sifooo! hehehe

Biarku derita, biarku merana, biarku kecewa... asal kau bahagia

Ohhhhh.... sedihnya bunyi. Melalak-lalak tak berlagu la kalau camni. Ramai ke yang sanggup berkorban demi orang yang disayangi? Sanggup lepaskan orang yang tersayang demi melihat kebahgiaan orang tu? Berapa kerat je yang sanggup buat camtu eh? hurmmm.........

Aku pun salah sorang dari makhluk yang terpaksa berfikir panjang untuk buat keputusan camtu.... NAK atau TAK! OMG.... susah kot. Mesti berderai-derai airmata tak renti-renti 40 hari 40 malam. Tak makan sampai kurus cam jerangkung. Mata bengkak sampai kene pakai sunglasses nak cover. Terbaring macam orang lumpuh la gamaknya. adehh! Jangan sampai buta sudah la ye.......

Aku pernah ada kawan mengalami situasi camni. Aku tak tahu sekuat & setabah mana dia menghadapi mende ni sendiri. Berkasihan bagai nak rak kan... lastly kene lepaskan untuk kebahgiaan orang tu. Tapi diri dia???? Rela menderita.... walau mungkin satu masa nanti Allah akan gantikan sesuatu yang hilang itu dengan sesuatu yang baru. Tapi, kesakitan terpaksa dialaminya terlebih dahulu........ Insan terpilih.



Notakaki: Tak pernah terfikir untuk aku alami... tapi andai Dia nak bagi ujian sekuat ni pada aku, aku harap Dia tabahkanlah hati aku. Aku nak pasrah & redha dalam iman.......

Umi aku jadi penyiasat!

Blog tu ape mende??
Haaaa..... aku pon explain la pung pang pung pang. Segala mende aku explain, dengan harapan umi aku faham kan. ahaks! Takpe, dia tau sikit-sikit pon xpe dah..

Ish, ade pekdah (faedah) ke buat mende ni?
Ehhhh... mesti la umi! Boleh buat duit tau dengan blog ni. (sambil tunjuk cheque2 nuffnang yang penah aku dapat.) Umi aku tahu aku dapat cheque dari Nuffnang sebab sampai kat umah, cuma dia tak tahu dari mane sumber duit tu.

Dah tu tulis ape mende je dlm blog tu?
Erkkkk... Taip jela ape-ape pun. Semua cerita boleh masuk. Terpulang pada citarasa masing-masing. (cehh, statement skema!) Tang ni xleh nak explain detail. Kang umi aku masuk SPY pulak. Parahlaa kantoi banyak mende. Bab jiwang karat aku tu nak sorok mane. hehehe!

*Tetibe*.... "Ooooo... ni lah blognya ye?" (duk tgh scroll down sambil senyum2)
Aaaaalaaaamaaaaakkkkkk! hahahaha! Kantoi sudah.. dah la kebetulan duk baca entry 'perasaan' aku. hadoiiii! Mane nak letak muka ni.... Terus aku klik entry lain! hahaha!
(pesanan kpd umiku: walaupun anakmu ini nampak begitu kental, tapi dalam hati ada tamanlah! hahahaha! menyampah tak? ;p)


Notakaki: Jangan sampai mak aku set 'Bookmark' blog aku dah la.. Kang tetiap hari duk baca.. wuwuwuwu. Parents aku sportim motim je. Bukan ape, maluuuuuuuuuu! Parents korang ade ke yang baca blog korang? hehehe...

Mengada ke manja?

Aku nak dua-dua sekali boleh tak? hehehe... Kalau dengan my umi, aku memang manja & mengada. Dah besar panjang pon nak camtu lagi kan. Adik berderet-deret kat bawah. adehh! Takpelah, aku pon anak dia jugak. Ape salahnya aku nak manja2 & ngada2.. Abis-abis pun umi aku malas nak layan kerenah aku je... ahakss!

Tapi takde la manja lebih dari budak kecik. Kang meluat pulak adik-adik aku tengok aku. hahaha! Ade yang kene pelempang free kang. Even aku sorang kakak yang sungguh berdikari, tapi bila ada sesuatu, ribaan umi aku jugaklah jadi tempat sandaran.

Dulu masa kat kampung, time tak sihat je... mesti jadi ngada2 nak bermanja. Suh urutkan badanlah, sapukan ubat, masakkan sedap-sedap. Rindunyeeeeeeeeeeeee......... Ada je orang yang tengokkan kita setiap masa. Dah tanya OK ke tak... Sakit lagi ke tak... Tapi bila kesorangan kat sini, semua tu takde lagi. Nak bermanja, jauh pulak. Tapi dah cukup terubat bila dapat dengar suara my umi dalam phone..... bertanyakan keadaan dari phone pon dah cukup buat diri aku kuat.

Umi......... rindunye. Nak balik kampung! :(


Cinta pura-pura

Assalamualaikum & morning everyone!

Bila tertido memang susah nak lena balik. Kalau terjaga malam, lagilah parah. Lagi2 hari kerja, mau layan ngantuk time driving. adehh! Ok, pagi2 ni kite layan kisah cinta dulu. Bukan sebab aku dilamun cinta ye. Harap maklum!

Sedih kan...tengok orang bercinta, dia pun nak bercinta jugak. Semua nak ikut orang. Tapi, dia sendiri tak tahu apa yang dia nak. Tapi lebih malang apabila cintanya dipermainkan. OMG! (sendiri jugak pernah merasainya). Turut bersimpati!

Tapi, seriously aku tak paham kenapa ada manusia SANGGUP berpura2 dalam bercinta. Apa yang dia dapat ye? Or dia rasa senang & puas hati bila berbuat demikian? Yang menanggung kesakitan tak lain tak bukan.. pasangan! Tak kisah la lelaki ke perempuan. Dua2 ada perasaan. Tp dalam hal ni, for sure lah aku nak backup kaum HAWA. ahakss!

Perempuan... berhati lembut & kalau dia menyayangi seseorang, dia amat ikhlas. Tapi disebalik keikhlasan hati dia, ada jugak makhluk yang sanggup menghancurkan hatinya. Aku taknak tunding jari pd sesiapa. Tepuk dada tanya selera. Or mungkin ade kalangan korang yang bercita2 untuk menjadi 'PENIPU CINTA' yang berjaya, lupakanlah.... fikir masak2 dulu b4 bertindak. Kalau betul2 tak sudi, jelaskan sejujur mungkin agar tiada hati yang terluka.

Kalau dah ada niat nak berPURA, nape perlu meluahkan perasaan & memberi harapan setinggi gunung? Orang kurang bijak memang camtu. Tak berfikir sebelum bercakap. Kalau orang WARAS dia tak berkelakuan camtu. (emo ke??? enggakkkkk! hahaha!)

Wahai kalian semua, usahlah berpura dalam bercinta. Nanti bila tiba masa korang 'DIPURAKAN' barulah korang rasa camne sakitnya. Time tu, melututlah datang mintak ampun pada orang yang korang mainkan tu. Kalau orang tu dah takde???? Sampai bila korang nak hidup merana???? Haaaaaaaa... meh kite pakat-pakat pikir reramai.

Notakaki: Mengapa perlu 'Lembut gigi dari lidah'.....

Rintihan hati tak semua yang peduli....

Tak semua benda akan mengembirakan hati kita,
Tak semua orang boleh buat kita happy & ceria,
Tak semua kata-kata boleh buat hati kita berbunga-bunga,
Tak semua ungkapan manis bisa mencairkan jiwa,
Tak semua orang faham apa yang kita rasa,
Tak semua tahu merawati hati yang terluka,
Tak semua kisah perasaan duka & lara kita,
Tak semua ambil kisah di balik hati yang menangis hiba,

Tak semua......................


Notakaki: Suka duka nangis hiba, semua akan kita rasa sepanjang hidup kita.
Related Posts with Thumbnails