My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Wednesday, March 16, 2011

Periksa samada purse or wallet anda sentiasa ada bersama...

Aduhai... ni kejadian 1st jugak yang terjadi semalam. Balik dari ofis, perut memang dah berirama dangdut segala bagai dah. Dalam kepala dah set nak makan tomyam sedap. Pha Pha Seafood kat Gombak.. ngeee~

Sampai restoran tu, terus order ko. hahaha! Tak nyempat-nyempat. 

Waiter: Nak order ape..
Aku: Tomyam campur ayam & daging utk sorang makan ye,, nasi putih & telur dadar..
Waiter: Semua bungkus ke?
Aku: Aah....

Wahhh.. dengan kondifennye aku order banyak gitu. Lenggang kangkung jap sambil tunggu order siap. Dah jadi tabiat aku, mesti gagau handbag cari purse. Walaweiii... apekah??? Purse xde dalam handbag? aduhaiii..

Aku dah cuak, nasib baik kawan aku ade duit. Kalau takde duit?? Tak ke malu dengan orang tu. Order bagai nak rak, tetibe duit xde. adehh! Sib bek tak order ketam, sotong, udang.. hahahaha!

Dalam kepala duk pikir, tak mungkin aku tertinggal purse kat ofis. OMG. Call Kak Annin

Aku: Akak.. dah balik belom?
Kak Annin: Belom.. nape?
Aku: Akak, try tgk dalam laci meja no 2 ada tak purse saya...
Kak Annin: Jap...

Aku menunggu dengan penuh tabah... (rupanya talian telah diputuskan) hahaha... Kak Annin call aku balik...

Kak Annin: Haa.. ada.
Aku: Haa... akak letak la bawah kertas sikit. 
Kak Annin: Haa.. ye. Ok.

Aduhaii... camnelah aku boleh tak ingat nyawa aku tu. Selalunye aku memang tak pernah lupe kot. Dasyattt betol. Kalau time lalu kat tol, tambah pulak T n G aku xde duit camne tu??? Camne aku nak U-turn?? aiyooo...

Serius.. sangat takut if terjadi perkara camtu. So, korang sentiasalah check purse korang tu ade ke tak dalam poket or bag korang. Susah yang amat kalau purse tu tertinggal kt mane2.. kalau tercicir tu lain pulak ceritanya... Ish.. serik rasa. Kalau berseorangan mmg parah la. Mati kutu di situ. Kalau ade teman xpe....

Jom makan angin ke Sabah. Hanya dengan RM50!

Pagi-pagi dah terima msg dari my girlfren... ikuti perbualan dua sahabat ini.. hehehe!

Klik utk tumbesaran yang hebat... :)
Bukak web Air Asia...

Klik utk tumbesaran... :)
Memang terbaiklah... tengah promo ni. Pegi balik baru RM50. Berbaloi-baloi ok! Kalau burn or tak dapat nak pergi pun tak rasa ralat sangat.. muahahahah! Teruja lebey ni.. sempat kompol duit ribu raban ni dalam masa 9 bulan.. ngeh3

Jom la kepada sesapa nak p melencong sambil beristirehat & berhabisan duit. Book tiket sekarang sementara Air Asia buat promo tiket ni.. hehehe

Oh.. sungguh seksa menaiki bus bocor

Assalamualaikum & morning...

Aduhai... senak otak aku pagi ni. Rasa nak pitam dah ni. Alhamdulillah.. hujan lebat kot pagi ni tadi sangat membataskan perjalanan aku ke ofis. Today, perjalanan ke ofis dengan menaiki bus bersama Zaza. adehh!

Oh.. sungguh hebat ok dugaan pagi ni. Naik-naik je, pelik nape banyak je seat kosong. Rupa-rupanya memang xde orang duduk la sebab air jatuh atas kepala! hadoiiii...... Dah la cara pemanduan driver ni dasyatttttt! ahahaa! Abis bonggol unta dia langgar, tak break dah. Ampeh tol... sib bek kawalan medula oblongata aku elok. So boleh mengimbangi badan dengan sempurna.. cehhh!
Selang 5 minit terhuyung hayang, orang pulak makin penuh. Ramai yang berdiri.. tetibe bus tu kasi lap baring sikit. aduhhh! Macam sebaldi air yang disimbah ke cermin. Banyak kot air masuk dalam bus tu. Aku dah fikir, kalau lama lagi bergerak dalam hujan lebat ni boleh naik air dalam bus ni.. terus banjir. aduhaiiii! Yang buat aku pening tu, bau-bauan yang bercampur-baur dalam bus tu. Macam-macam bau ade.. adehh!

Ade pulak mamat bangla ni.. asik duk sengih-sengih tepi aku. Walhal aku xsengih pun la kat dia. Last-last kawan aku ni jeling sikit. Terus xsenyum dah! Nak makan pelempang la tu.. hahaha! Adventure sungguh pagi ni.. lagi dasyatttt dari pengalaman ni. hahaha!






Notakaki: Bilelah 'My Baby Putih' ni nak kembali ke pangkuan saya... sob..sob..sob...

Tuesday, March 15, 2011

Aku dah redeem TOKEN.. terima kasih CELCOM!

Cewahhh... korang mesti tau kan yang CELCOM SALE REDEEM TOKEN tu kan. Lupa la since when Celcom ni buat sale ni. Sebab banyak sangat kot Celcom ni buat sale. Macam-macam.. biaselah nak attract customer kan. Tapi aku memang PENGGUNA SETIA Celcom pun.. ahakss!


Sejak form 4 dulu, 1st time gune handphone pun aku memang pengguna no celcom. Time tu masih nama TMTouch kot if i'm not mistaken. And no tu sekarang masih ada & masih aktif. Aku bagi abah aku guna. Aku ingat lagi, time tu harga nak beli starter kit prepaid bukan murah. RM150 hokey! Korang bayangkan aku cekau mana duit RM150 plus beli handphone lagi... (guna duit sendiri) masa berumur baru 16 tahun. Masa tu parents aku langsung tak tahu aku punye plan.. Last-last kantoi jugak! hahaha...

Semalam first time aku berjaya redeem token aku yang terkumpul sejak beberapa bulan lalu. hehehe! Takde lah teruja yang teramat sangat pun. Sebab yang ni pun aku guna account untuk broadband. Tadaaaa....


Setakat ni dah kumpul 24 token. So semalam dah guna 20 token untuk diskaun RM50. Okla tu kan. Jimat sikit bill payment untuk bulan ni. So, perlu bayar RM18 je lagi. hehehe! Tenkiu lah celcom.

Notakaki: Sekarang ni pun aku guna UOX since aku study. Jimat & memang berbaloi-baloi lah. Bonus airtime pun selalu je dapat. Banyak guna byk la dapat. hehehe! Tapi sekarang ni tunggu UOX nak bertukar jadi Xpax balik.. huhuhu... Tinggal lagi setahun... sob..sobbb

En Fauzi beri aku no telefon dia!

Ini bukan En Fauzi. Sekadar gambar hiasan. lalala
Assalamualaikum & morning....

Hokeyy... aku tak suh korang teka siapakah gerangan orang kat atas. hehehe! Nak citer pasal sorang Encik ni. Aku keluar je dari lif, ternampak sorang lelaki ni.. duduk di kerusi depan lif. (ape ntah yang dia buat)

Aku terus pegi beli makanan. Dah selesai bayar semua, lalu depan lif lagi. Eh.. eh ade lagi dia di situ. Masa kitorang melintasi dia, punye lah kerek Encik ni. Tetibe pintu lif terbuka, dia hulurkan sekeping kertas berserta no telefon dia??? Eh..eh! Untuk ape ni.. aku tak mintak pon. ahakss! (orang nak masuk lif baru nak hulur.. apedaaa)

Tengok nii.....








Haaa tengok? tak caya ye? hehehe :p
Alaaaa.... promote life insurance lah. Prudential BSN Takaful. Tenkiu lah ye Encik. Sy memang dah ade life insurance dah. hehehe! Tapi aku memang tak ambik tahu sangat mende-mende camni. Setiap kali ade orang promote insuran kat aku, aku mampu cakap.. No thanks.. :)

Kalau korang berminat, sila lah call En Fauzi ye. Aku tolong promote bagi pihak dia. hehehe! (hye encik.. xde komisenkah? ahakss)
Hari tu pun ade sorang minah ni call aku dari Maybank. Offer insurance jugak. Almost 10 minit dia duk explain from A-Z kat aku, last question dia tnya aku...
"so, cik berminat ke tak?"

Jawapan aku.... "oh xpelah, sy tak berminat..." LOL
Mesti orang tu bengang kan.. hehehe! Tapi dah kerja dia kan. So, terpaksa la dia menjalankan tugas dia menelefon semua orang. Kene marah ke kene reject ke, tu terpaksa dorang terima.. :)

Notakaki: Teringin nak beli insuran untuk setiap anggota badan aku.. wakakaka! Berangan lebih hokey. Lebih dari Celine Dion aku ni... well! Kerana diriku begitu berharga.. ahaksss

Senyum... 1001 makna akan terungkai

Assalamualaikum & morning...

Cute je kucing ni senyom... ;)

Senyum tak bererti kita happy. Menangis pun tak bermakna kita bersedih. Tapi senyum mampu memberikan 1001 jawapan kepada orang sekeliling.

Kadang-kadang, kita tak mampu merungkai jawapan secara terang-terangan kepada sesiapa pun yang bertanya. Namun, secalit senyuman sudah cukup untuk membuatkan orang sekeliling berhenti dari bertanya. Tak semua orang dapat berkata-kata dalam semua keadaan.. sedih, gembira, kecewa, terluka. Namun, ekspresi or riak wajah yang kita pamerkan jelas menunjukkan apa yang sedang kita alami sekarang.

Senyum kan satu sedekah. Tak perlu membayar walau sesen pun, lagi pulak ditambah dengan ganjaran pahala. Tak salah murah memberikan senyuman kepada sesiapa pun yang memandang, asalkan jangan murah harga diri. hehehe!

Senyum jugak akan membuatkan anda cukup-cukup rilek, walau terlalu banyak beban yang menghimpit diri. Bila kita senyum, dunia pun turut tersenyum. Mana tau, dengan senyuman anda tu, ada pula yang terjatuh hati dengan senyuman tu kan... So, setiap senyuman yang diukirkan akan pasti ada yang akan menyukainya. Even orang cakap senyum kambing sekalipun, tetap cantik pe... sape cakap senyum kambing tu buruk? huh!

Nak tengok kambing senyum ke?? hehee

Manje gituuuuu kambing ni senyom! ;)

So, after this.. rajin-rajinlah tersenyum k. Kalau senyum sorang-sorang pun ada makna jugak. Tapi bukan dalam topik sekarang. ahakss! Senyum mampu menceriakan hidup kita & orang-orang di sekeliling kita. 

Senyum.... senyum.... senyum.... auwwww chomelnye! hehehe!

Monday, March 14, 2011

Mak aih... kenapa aku tak sedar ni???!

Tengok tuuu BE aku... walawehhh!
Fuhhh... bila masa BE aku ni ade pun aku tak sedar. Rasa-rasanya check last week takde langsung pon. Petang ni connection kat ofis OK lak after 5pm... Gatal tangan nak bukak Nuffnang... tengok-tengok ade 4 ketul BE tuuu! Alhamdulillah... Siap ade ciputttt-ciputtttt dah... :p

Ahaks.. tetibe tahap ke'kobar'an aku meluap-luap. (punah bahasa melayu aku). Kene carik bahan utk sentiasa dihapdet ni.. ahaks!
Tapi laptop tertinggal kat Shah Alam.. nak hadpet dengan apo jang??? BB?? huwaghhhh... Abis-abis aku buat auto post suda... ngeh3.. :D

Happy blogging to everyone (~_~)


Wednesday, March 9, 2011

Ada ke orang alergi nasi lemak?

Assalamualaikum & morning semua...


OMG.... nasi lemak memang sedap okay! Makan pagi-pagi sambil layan lagu.. ahakss! Malam pun boleh layan gak. Lepas tu kilang lemak terus beroperasi dengan jayanya! Yehaaaaaa!

Ade ke orang alergi nasi lemak?? ahakss.. Macam scary je bunyinye. Takde la scary mane punnn.
Tapi ni kes alergi paling teruk pernah aku alami sepanjang aku menikmati nasi lemak yang lemak berkrim disukai ramai tu.. aduhaiii! Tak pernah lagi rasa seteruk ni... memang tahap kritikal dah ni. Rasa takde ubat dah boleh rawat ni.

Alergi camne?? Tak sampai 15 minit aku kunyah nasi lemak yang sedap ni, badan aku dah lemau semacam. Mulut dah berat nak bukak, macam terminum susu getah pulak. Mata pun dah macam digam dengan gam kasut dah. adehh! Serius weh.. tak tahan la cengginih.

Aku MENGANTUKKKKKK la weiiiiiiiiiii........... tulun tulun tulun! Mane doraemon ni??? >.<


Notakaki: Tekan keyboard gigih nak taip entry sambil tutup mata laaaaa........................

Tuesday, March 8, 2011

Ewah..ewah! ingat kitorang ni adik guard ek?

Semalam dinner hanya makan yong tau foo kat Giant Batu Caves. Perut mmg dah berdondang sayang plus metalica dah. Punya lame duk tunggu kazen kawan aku sampai dari Damansara. Sementara duk berlegar kat situ, aku nampak stall keropok lekor ganu... (macam tak pure je)

Takpelah.. sebab lapar punya pasal. Sampai rasa nak pitam dah ni. Nasib baik orang tolong bawakkan. Pergi depan stall tu, ade sorang abe guard ni. Segak bergaya tu dengan senapang patah dia tu. Aku buat non verbal communication je, sib bek dia faham.

"jap ye.. tuan kedai pegi toilet..."

Owh.. pandai tuan kedai ni ye. Pegi toilet suh pak guard tu pulak yang jaga kedai dia. hahaha! Rasa nak capai je sebijik keropok yg dah ada dalam bekas tu. (punyelaaa laporrr) So, kitorang pun control cun la berdua depan kedai tu. Alih-alih pak guard tadi tu pegi bercakap dgn sorang saleman ni. Erkkk.... terus tak datang-datang jaga stall tu balik.

Abis tu??? Kitorang yang duk berdiri sambil lenggang kangkung depan ni pulak ke kene jadi adik guard stall tu? Ampeh btol... aku bantai gelak jela ngan kawan aku tu. aiyooo! Bertuah punya pak guard. Sib bek melayu. Kalau 'tetttt' mmg dah $^%#$^)@#^&! wakakakaka (mulut jahat tapi hati baek) ;p

Agak lame la kitorang berdua jadi adik guard gerai keropok lekor tu. haishhh! Sempat kot 10 minit. 10 minit jeeee??? halooo... lame la tu bagi kitorang as a customer ok. Not a guard! aiyoo.... 

Bila dapat tu, terus makan tak hingat donia.. seterusnya menyentap pulak YONG TAU FOOOO! ngeeee~ Dah kenyang, balik umah & ZzzzzZzzzzz.... Ahhhh nikmatnye... :p

Pagi yang sungguh adventure! Yehaaaa

Assalamualaikum & morning semua...

Pergh... pertama kali dalam hidup aku pergi keje dengan penuh mencabar. hahaha! Bagi orang len dah biase laaa, tapi bagi aku sesuatu yang baru. Korang nak tau ape????

Hahahaa.... pergi keje nek motor! Tapi aku membonceng di belakang sajeeee. ahakss! Aku sekarang kan sedang mengalami tahap 'keterbatasan' yang amat maksimum. So, faham-faham jelah. Dah la ujan rintik-rintik air bergelora... takpe lah.. Bak kata seseorang ni.... "takpe, belajarlah utk bersusah sekejap.." :)

Aku dah risau gile kot. Macam tak yakin orang ride motor even aku tau orang tu dah mmg minah rempit. hahaha! Aku ni blaja bawak motor pun masa skolah rendah. Lagipun abah aku tak kasi anak-anak perempuan dia ambik lesen motor. Bak kata lain, tak kasi tunggang motor la tu. hehehe!
Tapi best lah... aircond semulajadi woooo. Sejukkkkkkk! Even kaki terketar-ketar, lutut aku kuat kot cengkam badan kawan aku tu. hahaha! Tapi mmg bestlahhh... Memang pengalaman yg tak pernah aku dapat b4 this. Tapi bila aksi mencelah tu aku takleh blahhh... pejam mata rapat-rapat, mulut kumat-kamit baca doa! Wakakaka....

Notakaki: Mesti akan jadi rindu lepas ni bila dah bawak kete balik... wuwuwuwu

Monday, March 7, 2011

Kata-kata saya untuk awak...

" Di mana pun saya berdiri, awak tetap saya ingati..
Awak selalu dekat dalam hati saya..
Walau saya selalu berjauhan dari awak, 
Jangan sekali awak lukakan hati saya..
Doa saya sentiasa mengiringi hari-hari awak,
Walau tiada sepatah kata dari saya..
Awak sentiasa dekat di hati saya.... 

Saya mungkin bukan yang terbaik utk awak..
Mungkin juga bukan yang terhebat pernah awak miliki..
Saya hanya ingin menjadi diri saya,
Untuk awak menerima saya seadanya..
Hanya itu yang saya ada untuk awak..."

Takde orang lain ke.. Melayu jugak!

Wah... awal kot bangun pagi ni. 4.30 ok u olss! Macam mimpi pun ade.. (sambil gosok-gosok mata) Selalunya if aku terjaga time tu sebab ngigau or mimpi pelik-pelik je. hehehe! Ni bangun utk memandikan diri sendiri. Yehaaaaa...!

Satu kejadian di pagi yang hening.... Langit masih gelap. Kereta pun masih memancarkan lampu di jalanan. Dari jauh aku nampak sorang akak ni berlari turun tangga. Owhh... be careful kak oi. Dengan memakai jubah labuh tu dia berlari turun tangga. Aku rasa ade la dalam 10 anak tangga. Laju kot.. Sedar-sedar je dah ada depan aku.

Agak kelam kabut kot. Aku saling berpandangan dengan Kak Hanim. Tersenyum je kami berdua. Sedar-sedar dia dah membolosi masuk ruang 'ulat panjang' tu ketika orang dari dalam sedang keluar. Bila aku masuk je.. aku dengar 'conversation' antara 2 orang india ni.(husband & wife mungkin) 

Yang sempat aku dengar ayat ni je... "so rude!" haa memang bengang tuh nadanya.

Ahaks.. aku dah agak dah. Mesti terpacul ayat camtu dari mulut org tu. Manakan tidak, gelojoh kot! Tak nyempat nak masuk, macam la dia sorang nak cepat. Abis tu orang len ni ape? Tunggul kayu ke? ishhhh

Dari kaum ape??? Haaaa.. itulah MELAYU kite. Tapi mmg hakikat pon. Kalau situasi gelojoh, tolak menolak, nak cepat, jerit-menjerit.. kebanyakkan mmg MELAYU kite. Dah la bangsa majoriti, orang nak respect kite pun mmg susah la kalau dah perangai camni kan....
Notakaki: malas nak ulas lanjut.....

Alamak... sape pulak Lutfi Fadil Lokman ni???

Keyword for today... erkkkk
Dah lame kot aku tak selak-selak keyword blog aku. Pagi ni rasa sangat gatal tangan pegi bukak Nuffnang. Mulanya nak check duit je.. (berangan duit byk la konon). Lps tu klik keyword skali. ahakss! Tengok-tengok ade keyword nama sorang jejaka di atas... erkk! Ape lagi.. tangan laju je p search kt En. Gugel. hahaha!



Bila aku search je nama penuh beliau. 1st link yang tersembul keluar adalah spt di atas.. hohoho! Ok, ape lagi. Tangan laju lagi klik url tu. wakakaka! Ok.......!

Haha.. tak pasal-pasal mamat ni femes arini :p
Kuar la account FB beliau. Siapekah beliau? Entah... aku langsung tak kenal. Sape la yang p cari beliau ini kat belog aku. hehe! Memang beliau takde kaitan ape-ape dgn aku ok... Bila aku selak-selak info dia.. (aku mmg gaya seorang spy oke!)... Oh, ade belog rupenye dia ni... Haa.. kalau nak terjah, terjah je kat sini.

Eh saya oke laa... ok sangat! ;)

Thanks buat kengkawan yang tersangatlah prihatin bertanyakan tentang keadaan 'tenat' aku sekarang. ahakss! So sorry ye kengkawan, ade mende yang kite boleh share.. ade mende yang kita xdapat nak share terang-terangan. Cukuplah korang tahu setiap manusia ada masalah-masalah tersendiri. hehehe! Terlalu personal ke tidak, memang tak dapat nak diexplain details ye. :p

Tapi, cukup pasti I'M OK right now. Sorrylah, xde niat taknak jawab call korang, taknak reply SMS or PM u olss. Keadaan tak mengizinkan. hehehe! Sangat bertuah aku memiliki kalian semua sbg KAWAN... ;)

Apa guna kawan kalau tak dapat meredakan kesedihan kawannya.. ;)


Keadaan amatlah kritikal buat masa sekarang


Mood sekarang...... Tersenyum kelat dalam kepayahan.

Kesusahan yang terlampau. Bukan aksi terlampau oke! Oh no... Sekarang semua pergerakkan amatlah terbatas. Sangat-sangat terbatas. 150%!

Susahnye laa.. takpe lah. Orang cakap, bersusah payah dahulu, bersenang lenang kemudian. Kan...?? huk3

Dulu Dia dah bagi kesenangan, so kita dah merasainya. So, if sekarang ni Dia bagi rasa sedikit kesusahan tu, terima jelaaa. Set mind, ada orang yang lagi susah dari kita... Smileeee ;)

Sunday, March 6, 2011

Pagi yang indah, hati yang tenang & dada yang lapang.. I miss u!

Assalamualaikum...

"Sleeping is the best solution for your problem until u wake up & u'll forget everything..."

Tidolah terapi yg tbaik utk aku lupakan apa yg serabut di kepala. Sometimes, bila aku bgn mmg aku takkan igt lagi dah mende yg ngarut2 tu. Sebab tu, bila aku ada prob, aku suke tido. Hehehe! Tpulanglah org nk ckp teruk ke x.. Tapi selagi aku selesa dgn cara aku & aku tak ganggu org sekeliling...

Aku harapkan sesuatu yang baru utk aku hadapi esok & hari seterusnya.. Dah penat rasanya duk fikir mende lepas. And from now on, aku nak 'samak' memory lama aku.

Pagi td bila bgn rasa cam janggal sikit. Mcm ada sesuatu yg dh aku lupakan. Thanks God... U make me free from thinkin all the craps!

Esok.. permulaan hari baru. Memory baru. Kisah perjalanan hidup yg baru. Everything is new.

"Thanks A.W.A.K pnh bg nasihat kt sy. Even tkdg sy mmg degil utk dgr ckp awak, sometimes sy melawan. Tapi sy xde niat pun. Cuma sy xconfident dgn diri sy. Sy xkuat. Sy tau awak letih asyik ulang mende sama kt sy. But now, sy jd lebih bdikari. Cuba utk mlakukan smua bende sendiri... I did it!"

Notakaki: "When I say everything's alright, actually I'm trying to reach out for your help."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 5, 2011

Far away from others...

Relax my mind...
Heal everything...
Im alone here...

I just accompanied by my BB... that always make me feels so cool.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts with Thumbnails