My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Tuesday, October 4, 2011

Bila hati sudah berubah...

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Yang kaler rambut biru, merah, kuning tu lagilah tak sama kan. But, hakikatnya takde siapa yang tahu hati orang. Hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Hanya dia & Yang Maha Esa saja tahu mengapa ianya berubah. Kita tak boleh nak buat andaian sendiri. Mungkin ada sebab musababnya.

Bila hati sudah mula berubah, sepatah kata pun takkan diendah. Apa yang kita usahakan langsung tak dipedulikan. Pendek kata, segala-galanya akan berubah.

Wahai manusia, di manakah letaknya perasaanmu?

Sedih.. sangat sedih. Lately banyak sangat story buang anak. Sometimes, perkara ni macam bermusim. Selepas reda sekejap, dia naik balik. Setiap helaian newspaper, ada je berita yang boleh meruntun jiwa bila membacanya. Hanya orang yang tiada perasaan je yang tak merasa itu semua.

Di mana silapnya? Sekarang bukan masa untuk nak tunding jari kepada sesiapa. Semua dah terjadi. Kalau nak dibendung, di awal-awal lagi sudah dikawal. Bukan setelah ianya terjadi. Perkara seumpama ini memang takkan pernah pupus selagi manusia bernyawa di muka bumi.


Sources: Harian Metro Online

Kasihan pasangan yang berkahwin sudah lama namun masih tidak dikurniakan anak. Berlainan pula segelintir kelompok yang zalim. Sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri. Sebelum 'terlanjur' tidakkah mereka terfikir? Bila sudah susah, mulalah buat sesuatu yang diluar kawalan.

Fikir-fikirkanlah ya...

Related Posts with Thumbnails