My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Sunday, October 25, 2009

Tak sabar....!

Salam...

Dua tahun mengejar cita-cita murni..
Segala perit jerih bersengkang mata & memerah otak..
Pelbagai dugaan dan rintangan dihadapi..
Bermacam-macam ragam manusia ku kenali..
Kerenah rakan taulan yang sentiasa dikenang..
Gurau senda suka duka bersama..
Tak mungkin ku lupa sampai bila-bila..

Ada yang masih setia menemani..
Ade jua yang telah menjauh pergi..
Namun, semuanya lumrah dunia & manusia..
Tak semua yang kita miliki kekal abadi..
Selagi hayat dikandung badan, segalanya tetap akan terpatri..

Kerana dialah aku di sini..
Kerana dialah aku mampu menggapai bintang ini..
Kerana dia jua lah aku mampu merasai kegembiraan ini..
Kerana dikaulah wahai lilin yang sentiasa membakar diri..

Tidak dilupakan pada kedua insan ini..
Yang senantiasa menemani di sisi..
Memberikan segala yang aku perlukan tanpa keluhan di bibir..
Umi & Abah.. dikaulah permata hatiku yang tiada ganti..

Esok, 26 Oktober 2009..
Tarikh keramat yang sudah lama di nanti..
Yang menyaksikan detik aku bergelar GRADUAN secara rasmi..
Dan menggenggam segulung ijazah..

~Happy Convocation Day~

Footnote: Selamat berkonvo kpd rakan-rakan seperjuangan dan siswa-siswi yang akan diiktiraf sbg GRADUAN. Semoga hidup kite smua akan lebih sukses! Amin =)

6 comments:

Related Posts with Thumbnails