السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tertarik aku pada satu rencana ni. (korang baca lah dulu ye)
Lelaki.. terlalu inginkan pasangan yang boleh memasak. Kalau tak reti masak, katanya tak boleh kawin. Then diugut pulak untuk cari lain. Biasalah tu kan. Pengikat suami adalah dengan masakan. Orang tua-tua pun selalu berpesan. Kalau taknak suami cari makan kat lain, isteri mesti pandai masak.
Tapi.... sedarkah mereka kaum lelaki. Layakkah mereka untuk menerajui rumah tangga dengan sempurna & menjadi nakhoda... dengan kata lain menjadi IMAM. Alhamdulillah bagi mereka yang sudah layak untuk berada di tahap itu.
Lelaki hanya mengharapkan sesuatu yang sempurna dari wanita, untuk melakukan yang terbaik sedangkan mereka hanya berada di takuk lama. Tak nak untuk sama-sama berjalan seiring untuk sama-sama jadi yang terbaik.
Memasak... boleh belajar. Boleh ditingkatkan dari masa ke semasa. Begitu jugak dengan belajar ilmu agama. Bukannya hanya lelaki yang perlu belajar, kedua-dua sekali. Tapi sebagai seorang lelaki yang akan memegang jawatan ketua keluarga, dia perlu menjadi contoh yang baik utk isteri & anak-anak yang bakal dilahirkan.
Tepuk dada tanya selera ye para jejaka-jejaka malaya yang rasanya belum sampai ke tahap itu. hehehe! Biarlah yang datang itu ikhlas dari hati anda sendiri, niat kerana Allah Taala. Bukan kerana paksa atau suruhan orang.
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment