My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Monday, August 1, 2011

Peristiwa sahur hari pertama...nasib baik dah makan dulu.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan utk kita menjalankan ibadah puasa pada kali ini..tanggal 1 Ogos 2011, bersamaan dengan 1 Ramadhan..

Nak dijadikan cerita, hari 1st sahur dah membuatkan kitorang 1 famili kelam kabut. Mau tak nye, semalam siap-siap masak dah pukul 12. So, ingatkan semua nak makan terus. Abah aku dah memang lama dibuai mimpi indah.
Umi aku pun dah masuk tidur. Aku dengan adik perempuan aku bertiga boleh layan muvie "Tolong! Awek Aku Pontianak" sampai pukul 3 lebih. Tergerak hati nak makan nasi dulu seround. ahakss! Adik aku pun sama, so berduet la kitorang berdua. Makan sampai kenyang.

"Ok.. dah makan ni, karang bangun sahur kalau tak sempat kite minum air jelah..." (monolog sendiri)

Lepas makan nasi, continue tengok muvie pulak. Lepas abis tengok terus light off. Selalunya aku akan set alarm, tapi takde pulak mlm tadi. Tidolah aku dengan nyenyaknya tanpa gangguan nyamuk. ahaksss! Tetibe..... ade suara gesa-gesa tanya aku puasa ke tak esok.

Ayih: "Eh, mu puasa tak esok??"
Aku: "Puasa laaaa..." (dalam keadaan mamai terus bangun)
Ayih: "Cepat sikit kalau nk makan, dah nak abis sahur, bape minit je lagi..."

Aku tengok Umi aku kelam-kabut duk siapkan air.

Umi: "Ishh tak sedar langsung. Bunyi jam pun xbangun.."
Abah: "Tulaa.. abah dgr bunyi jam tapi xbgn gak.."
AKu: "hehehe... nasib baik dah makan nasi mlm tadi."
Abah: "Tu la... sebab dah ckp nak minum air je kan. Sebab tu la tak bangun." (nada separa bgurau)
Umi: "Cepat-cepat minum... dah nak azan dah ni. Lagi brape minit."

Begitulah al-kisahnya.. nasib baiklah ade yang dah mengisi perut lewat tengah malam tadi. Tapi kesian la kat abah & umi... tak makan apa pun dari petang kot. After terawih, dorang tak isi perut. Takpe... orang tua boleh je tahan. hihihihi
Notakaki: Nextime kene ready jam dinding besor tu, kasi gegar bunyi. Baru semua sedar. ahahahah! Yang kesian adik kecik aku 2 orang tu, rasanya separuh hari je dorang ni, xpun mmg lembik lesu time balik sekolah nanti.... Jom solat subuh & mengaji quran. :)

4 comments:

  1. gua pun kengkadang camtu gk,terbabas je

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan.
    kak, dinding zaman dulu tu yg besar + bunyi kuat (jam antik) ha3.

    ReplyDelete
  3. hihi, sufy bangun awal pagi tadi, excited sahur..hee..btw happy fasting day sis..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails