Assalamualaikum & morning...
Semua orang inginkan kebahgiaan. Tapi dapatkah dicari kebahagiaan sebenar, bukan sekadar kebahagiaan di dunia, malah di akhirat jua. Kehidupan sekarang semuanya memerlukan wang ringgit. Bak kata omputih, "No Money, No Talk". Pergi ke mana-mana sekalipun, kalau tak menggunakan duit memang tak sah. Even duduk di rumah sekalipun, bil air & bil elektrik sudah semestinya. So, pendek kata setiap detik yang bergerak sehari-hari memerlukan duit.
Bila dah terlalu kaya-raya mesti menjadi perbualan orang ramai. Wah, betapa gahnya masuk paper, magazine, siap ada ranking Orang Terkaya lagi. Lengkap dengan rumah sebesar mahligai & kereta-kereta mewah. Terlalu banyak duit pun hidup tak senang. Sentiasa menjadi perhatian orang sekeliling. Perompak, penyamun, pencuri, penculik & pembunuh. Bahgiakah mereka? Sentiasa diburu ketakutan.
Hidup dalam kesederhaan lebih selesa. Biarpun tak mempunyai wang ringgit yang melimpah ruah, tapi masih mampu mengecapi hidup dengan penuh harmoni. Betul orang cakap, disebabkan duit manusia boleh bertengkar. Takde duit pun orang jadi susah hati. Pada aku, duit itu perlu tapi cukup memadai memenuhi keperluan hidup. Terlalu mewah akan berlaku pembaziran, riak, menunjuk-nunjuk. Kalau pun banyak duit yang ada, humble sudah.
Alhamdulillah bagi mereka yang menghabiskan duit untuk kebajikan, tapi seharusnya dengan ikhlas kerana Allah. Tapi kekadang, niat kita baik dengan ikhlas tapi ada pula yang menghebahkan cerita. Dah jadi lain. Tak mengapa, yang penting Allah tahu apa niat kita sebetulnya. InsyaAllah....
Thank's Sob Infonya !!!!
ReplyDeletewww.kiostiket.com