My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Tuesday, August 20, 2013

Alhamdulillah... sempurna semuanya.

Allahuakbar.. Syukur alhamdulillah... Tak terucap oleh kata-kata betapa nikmatnya perasaan yang Allah kurniakan. Tanpa sebarang paksaan, airmata mengalir laju tatkala lafaz akad dibacakan oleh abahku, sebagai wali. Moment paling indah dalam hidup, namun jauh di sudut hati terasa amat sayu sekali.

Kini aku telah sah menjadi isteri kepada suami tercinta. Alhamdulillah, pada 8 Ogos 2013 tepat jam 11.15 malam dalam keadaan hujan renyai. Dengan hanya sekali lafaz, aku kini di bawah tanggungjawab suamiku. Bermulalah kehidupan baru sebagai sorang isteri. Semoga Allah mempermudahkan jalan untukku menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Suamiku... dialah syurga bagiku. InsyaAllah...





Notakaki: Perkahwinan itu adalah menyempurnakan sebahagian dari agama. Indah bukan? Semoga sentiasa diberikan ketabahan dalam mengharungi suka duka alam rumahtangga.. Amin... :)

4 comments:

  1. tahniah & selamat pengantin baru izah & suami

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. cntik akak :)
    semoga bahagia hingga ke akhirat.

    ReplyDelete
  3. izah, tahniah. tak tau pulak izah dah kawen. alhamdulillah, efa doakan semoga ikatan perkahwinan izah dan suami mendapat keberkatan dari Nya dan mudah-mudahan sampai ke Jannah. inshaa Allah, amin yarabbal alamin.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails