My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Wednesday, May 18, 2011

Dah penat nak tegur kalau diri sendiri tak sedar...

Bila dah besar panjang, pandai-pandailah berfikir. Rasional & matang. Tak perlu lagi orang nak tegur banyak kali. Setiap kali ditegur, muncung sedepa. Tak nak mengaku salah. Anggap diri terlalu hebat. Selalunya bila orang tegur, kene fikir kenapa... ada baiknya. Semua orang tak perfect. Cuba terima teguran tu dengan hati terbuka dan berfikiran positif.

Orang tegur bukan untuk menjatuhkan air muka. Lainlah kalau dilaungkan di khalayak ramai. Tapi sikap masih jugak tak berubah. Bukan sekali dua, tapi dah lebih 10 kali. Masih di takuk yang lama. Kalau tak dapat terima teguran orang, better duduk dalam hutan rimba sorang-sorang. Buatlah ape pun, takde orang kisah. Lagi tak semak otak kan.....

Susah betul la bercakap dengan orang yang mmg payah nak terima teguran orang. At least sedar, bukan makin angkuh. Dah terang-terang buat salah, takkan orang nak cakap betul pulak. Kalau dia sorang cakap betul tapi 3 orang lagi cakap salah.... Camne tu? Sape yang betul sebetul-betulnya. (haaa.. kan dah terbelit-belit ayat aku)

Serius, penat layan orang macam ni. Last-last ambik sikap berdiam diri. Pandai-pandailah sendiri nak buat ape. Nasib baik tidak dicanang sikap negatif tu kat semua orang. Kalau tak lagi haru-biru..lagi timbul banyak persoalan. Susah pulak nak jawab kan. Tak pelah.. kata budak terpelajar. Ada akal, minda, pengetahuan, ilmu.. cukuplah kan. Kalau dia dah rasa dia betul all the time.. memang inilah jadinya. TAK MAKAN SAMAN! Dia akan anggap orang lain 'rendah' dari dia. 

Notakaki: Takpelah, mungkin dia tak bertemu lagi buka dengan ruas. Bila dah ketemu nanti, barulah dia tahu langit ni tinggi ke rendah. Even pakai heels 16 inci pun, mmg muka menyembah bumi jugak.. Wallahualam....

2 comments:

  1. orang macam gitu biar jer bertemu ngan ruas baru dia tahu menjawab sikit

    ReplyDelete
  2. manusia..pelbagai ragam..
    macam itu la

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails