My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day: Jasamu tetap dikenang...

Assalamualaikum & morning....

Hari ni tanggal 16 Mei 2011....
Selamat Hari Guru diucapkan terutama buat ayahanda & bonda tersayang... Kepada guru-guru & lecturer yang pernah mengajar dari tadika, SK Tempinis, SMK Tengku Mahmud, UiTM Kelantan & UiTM Puncak Perdana...
Abah,
Walau dikau sudah bersara sebagai pendidik, namun dikaulah GURU ku yang paling setia. Guru yang banyak mengajar erti hidup dari kecil sehingga hampir 25 tahun kini. Terima kasih yang tidak terhingga. Walau aku sentiasa dimarah, ku tahu itulah teguranmu yang berguna.

Umi,
Terima kasih juga kerana banyak mendidik anak-anakmu, & juga anak-anak didikmu di sekolah. Bertuah rasanya kerana pernah menjadi anak didikmu. Terima kasih kerana banyak memberi teguran & tunjuk ajar selama ni. Dikaulah IBU & GURU yang sangat berjasa padaku. Semoga dikau terus tabah mengharungi segala pahit perit mendidik anak bangsa, semoga diberi kekuatan untuk terus berbakti kepada negara & semoga menjadi guru yang berdedikasi.

Untuk semua pada pendidik di seluruh Malaysia, SELAMAT HARI GURU ku ucapkan. Tanpa kalian siapalah kami hingga ke hari ini. Halalkan setiap titis ilmu yang kalian curahkan kepada kami. Semoga ianya menjadi benih yang berharga untuk kami gunakan di masa depan. Semoga niat murni kalian diredhai Allah & ku doakan semoga kalian semua dirahmati Yang Maha Esa. Amin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails