My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Thursday, September 15, 2011

Hati.. sangat susah dimengertikan

Assalamualaikum...

Hati....kalaulah boleh dilihat dengan mata kasar camne keadaan hati bila dah remuk redam. Eh mungkin tak berubah pada fizikalnya, tapi sangatlah meninggalkan kesan yang mendalam. Biasa kita tengok hati ayam, hati lembu... 

Hati.... suatu benda yang paling susah aku nak faham, even diri sendiri pun. Tambah-tambah pulak pelbagai penyakit hati yang ada sekarang. Tapi lately, aku sangat susah hati. Entahlah.. kekadang tak tau puncanya kenapa. Tapi runsing tu sentiasa menyelubungi diri. Bukan aku tak ingat Dia, bukan jugak tak ucapkan kalimah-kalimah suci. Tapi perasaan tu sentiasa datang. Puas aku pujuk hati, merayu pada Dia agar ditenangkan hati....tapi macam masih belum sempurna.
Seakan ada sesuatu yang bakal terjadi...or dah memang terjadi? Yang membuatkan hati aku tak menyenangi keadaan itu. Wallahualam.... Aku cuba alihkan fikiran dari terfikir tentang itu, tapi tak sampai 24jam, kembali datang. 

"Dear Almighty Allah, I may not understand right now but I trust You."

Itulah yang selalu aku sematkan dalam kepala. Whenever I go and whatever I do, I'll always remember that. Kekadang orang cakap kita emo & fikir bukan-bukan... Sometimes ape yang kita fikir tulah mendenya betul. Bak kata orang, firasat. Apa yang hati kita fikir akan naik ke otak.. mulalah bergolak macam-macam.

Aku tak suka banyak berfikir... so sakit otak. Tak sanggup menzalimi diri sendiri. Better aku tidur. Itulah terapi paling mujarab. Before tido jangan asyik fikir, nanti termimpi pulak. Set mind, clear everything...and then baca ayat Kursi sekali. Tidurlah dengan tenang & nyenyak ye murid-murid... huhuhuh

Oklah, taknak merepek banyak sangat. Pening pulak korang baca. hehehehe..... 

1 comment:

  1. jiwa kacau. normallah... tp jgn terlalu sgt diikutkan. kdg2 blh parah jadinya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails