My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Thursday, October 6, 2011

Nak mengemis guna anak, tapi selfish!

Assalamualaikum...

TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam.  


TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.

Terbaca satu berita di myMetro pagi ni; Rela humban bayi. Ish, seorang ibu sepatutnya melindungi anaknya, tapi dicampak-campak pulak. Ke dalam laut pulak tu! Nak mengemis pandai pulak gunakan anak sebagai bahan. Anak yang tak kenal erti apa-apa, dibawa ke hulu ke hilir, berpanas hujan demi mendapatkan sesuap nasi. Tapi bila untuk selamatkan diri, anak pulak yang jadi mangsa.

Kalaulah si anak tu boleh bersuara, mesti dia rasa terkilan dengan sikap ibunya yang sedemikian. Aku paling sedih bila tengok ibu yang mengemis di jalanan yang menggunakan anak, diletakkan anak itu diribaan. Oh, inilah kehidupan yang nyata dapat kita tengok di merata-rata. Even kat KL sekalipun, banyak sangat ok.

4 comments:

  1. teruk betul.,dush.,tumbuk sampai lebam dahi mak dia.,heheee.,

    ReplyDelete
  2. benci betol kalo ade kes macam ni. issh!

    ReplyDelete
  3. ish...tergamak betol si ibu buat mcm tu.. ish....

    ReplyDelete
  4. bodoh, gua yang tak aade anak lagi ni rase macam nak cekik je maanusia macaam ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails