Assalamualaikum & morning...
Honestly, at this moment aku sangat merindui sesuatu yang telah tiada di sisi aku. Entah kenapa aku sangat mengingatinya. I cant lie to myself. I really miss it. Apalah daya aku menghindar sekiranya hati tak mampu melakukannya. Sedangkan tiada siapa yang kisahkan akan diri aku.
Makin aku mencuba untuk melepaskan semua, makin kuat ingatan aku padanya. Aku cuba untuk menjauh dari semua kenangan yang pernah ada, tapi kenangan itu tetap menghantui aku. Ibarat ada satu suara yang sentiasa bergema di cuping telinga.
Tanpa disedari, manik jernih mengalir lagi. Aku dah cuba untuk menyekat ia dari jatuh namun tetap gagal.
"Kenapa dikenang apa yang dah berlalu pergi...?"
Aku hanya manusia biasa yang punya hati & perasaan. Itu adalah anugerah terindah yang pernah aku ada. Terkadang perasaan itulah yang akan membunuh. Rasa akan mati. Entah bila hidup kembali. Tak mungkin orang dapat merasa apa yang sedang kita rasa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul beban.
Apabila sesuatu yang terjadi tanpa diduga, rasa ralat akan ada. Memang ada sebab musababnya, tapi jika tiada jawapan bagi sesuatu soalan, ia akan tergantung tanpa jawapan. Entah sampai bila.....
No comments:
Post a Comment