My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Wednesday, July 3, 2013

Aku dibantu disebabkan BLUR???

Assalamualaikum u olss...

Pegi tadi turun pegi Bandar Machang. Takde la pagi sesangat kan, around 11am. Dah lame sebenarnya tak pegi Machang since abis Diploma dulu. Seingat aku lah. Mane tak nye, kalau nak pegi KL pun dah tak lalu ikut sane. Skrg kan dh ada LPT. Hehe! Almost 3-4 years jugak.

Nak tujunya ke Pejabat Agama Islam Machang. So tanyelah member, dia pun bagi direction. Tapi samar2 bayangan jer aku nampak dalam kepala. Tapi xpelah, setakat bandar Machang pusing2 tang tu gak. So gamble pegi cari. 3x pusing tak jumpa2. Apekah?? Malu bertanya sesat jalan kan. So, bertanyalah kt orang tepi jalan. Katanya kat Kompleks Islam dekat dgn JKR tu. Lorh... baru je lalu kejap tadi. Dah agak dah. Mesti kat situ. Hehe!

So, bila dah settle registration tu, akak tu cakap kursus tak buat kat situ. Dia pun siap tulis atas kertas nama tempat tu. Alamakkk.. Aku dah tercengang. Haha! Memang fedup la akak tu nak jawab pertanyaan aku. (maybe ;p) Yelah, sebab aku tak tahu tempat tu. Camne nak tuju. Tak pernah pulak aku lalu situ. Eh, almost 10min gak le sesi QA. Haha!

Tetibe ade encik yang tak berapa nak muda sgt lah. 40-an lebih kurang. Menuju ke kaunter...

Encik : dop napok lagi ko jale nok g?
Aku : dop tau sebab dop penah g.. (sambil sengih2 ;p)

Encik tu keluarkan kertas. Dia dah start melukis peta. Haha! 1 persatu dia explain. Aku blurr lagi. 

Aku : At least ado landmark ko.. gapo2 sign hok bulih sy cam?

Encik tu tulisla ape2 landmark yang ada sekitar tu. Jambatan la, jalan bengkang bengkok la, bangunan itu, bangunan ini. Last-last aku gtau dia aku akan pegi tengok dulu kejap lagi. Kalau tak tahu nanti aku akan call dia balik.

Adik aku kat sebelah duk mengingat ape yang encik tu cakap td. So, pergilah tempat yg nak dituju tu. 2x pusing jugak la sebab kompius. Haha! Tapi jumpe jugak la tempatnya. Rasanya dah betul. Nanti kena call balik encik tu utk double confirm.

Bukan ape, kalau nak pergi kenduri takpe lambat jumpe tempat pun. Kalau nasib tak baik, lauk je dh abis, tinggal nasik + air je. Hahaha! Disebabkan ni perkara penting nk kene attend, nak tak nak mmg kene confirm bebetul. Dah la tempat orang. (mcm la negara asing! muahahaah)


So harap2 betullah tempat yang aku jumpa tadi tu.... InsyaAllah... :) 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails