My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Sunday, July 21, 2013

Penjelasan: Status saya disalahertikan...

Terdetik utk update status FB bila terbaca second case today in newpapers ttg KECUAIAN IBU MENINGGALKAN ANAK DI DALAM KERETA. But ada a few yang mungkin salah anggap dengan statement sy. Yes, my mistake is tak explain in details ape yang sepatutnya. So, its okay, sesiapa pun berhak bersuara kan. Bukanlah nak panjangkan cerita but sy pun nak orang faham ape yang cuba sy sampaikan...


Ini adalah sedikit pendapat yang tak seberapa dari sy, bukanlah sebagai seorang cendekiawan yang banyak ilmu di dada.. :)

Komen 1 : Orang yg takde anak boleh ckp mcm2, bila dah ada anak nanti barulah tahu camne. Bila ada anak ni baru fikir lebih selamat tinggalkan anak dlm kereta.

Pendapat sy : Benar, sy takde anak sendiri & belum berkahwin. Tapi sy juga adalah seorang WANITA & akan menjadi seorang IBU one day. InsyaAllah. Naluri kewanitaan & keibuan yang Allah tiupkan dlm diri kita same je. Melainkan wanita tu tak waras, sanggup bunuh, dera anak sendiri. Itu kes terpencil. Skrg kita fikir dari sudut pemikiran yang waras. Even sy sendiri pun kalau nk tinggalkan adik sy yg sedang nyenyak tidur BERSENDIRIAN dalam kereta, pikir 100x! Memang rasa selamat dia di situ, tapi cuba fikir dari sudut lain pulak. SAYA TAK SANGGUP! Ada kes culik kanak2 bawak lari kereta. Betul? Ok, so itu salah 1 kemungkinan jugak kan even kes berlainan. So, tolak tepi dulu. SELAMAT bila tinggalkan anak dlm kereta WITH ONE CONDITION.... ADA ORANG LAIN BERSAMA DIA YG BOLEH JAGA DIA. Boleh kira selamat kah jika DITINGGALKAN BERSENDIRIAN? :(

Komen 2 : Yelah, mak mane yang tak sayangkan anak.

Pendapat sy : Totally agreed! Sedangkan binatang yang xde akal pun sayangkan anak, inikan pulak kita manusia berakal. But penah fikir tak sbb apa akal yg Allah kurniakan. Before bertindak fikir dulu kemungkinan yang terjadi. Ini bukan kes yang pertama kalinya terjadi. Tak silap sy semalam dalam METRO ada state kan beberapa kes yang pernah jadi kat MALAYSIA melibatkan KECUAIAN yang sama. Ok, kalau ini adalah kes yg pertama, kita still boleh cakap ambik ia sebagai iktibar & pengajaran. Tapi bila kes yang sama terjadi almost 6-7 times, terfikirkah korang tentang KEPEKAAN & sikap AMBIL BERAT kita terhadap benda yang lepas2? Maknanya kita tak pernah ambik kisah mahupun pengarajan dari kes yang lepas2. Betul tak? Itu yg cuba sy utarakan. Pemikiran secara RASIONAL. Peka dengan keadaan semasa. Honestly speaking, sejak dari kejadian TINGGALKAN ANAK DALAM KERETA BERSENDIRIAN, TURN ONN ECON, TUTUP PINTU RAPAT2 & KUNCI DARI LUAR, baru saya tahu yang GAS yang dikeluarkan dari salur econ kereta tu adalah GAS BERACUN bila dlm keadaan kereta tak bergerak. Lain pulak situasi dengan kereta yang bergerak. Sebab tu eventho kite duk dalam bas yg berhawa dingin selama 8jam dlm keadaan bergerak, ia tidak mengancam nyawa kita. Even kita yang dewasa ni pun boleh mati, apetah lagi bayi/kanak2 yang lebih kecil. :(

Komen 3 : Stop blaming!

Pendapat sy : Im not! Tak pernah sesekali statement sy menunjukkan sy SALAHKAN the mommies or even the victims. Sy cuma kesal sikap ketidakpekaan kita dalam hal2 yang disangkakan remeh, tapi kesannya sangatlah besar. Sy takde hak nak blame sesiapa pun sebab sy tak tau mungkin esok lusa hari sy pula. Nauzubillahiminzalik... Yes, orang cakap mende dh nak jadi nak buat camne. Betul, itu adalah takdir. Selagi kita boleh mengubah, kita patut berusaha utk mengubah. Dengan cara ape? Cth mcm sy ckp kt atas tadi. Bila 1st kes pernah terjadi, kita ada hak utk tahu setiap inci sebab musababnya. Dah orang buat kajian tentang bahayanya tinggalkan anak bersendirian dalam kereta yang tak bergerak dengan econ terpasang. Tapi ada jugak yang xnak ambik pusing. Melainkan kalau Allah dah cakap Kun Faya Kun. Walau sebanyak mana pun kita berusaha utk mengelak, ia tetap akan terjadi.

Pointnya kat sini hanya satu, sejauh mana kita PEKA & ALERT dgn apa yang dah berlaku sebelum ni. Sekurang2nya dengan adanya pengetahuan tu buat kita ingat & dapat fikir dgn rasional ape yang PATUT kita buat & ape yang TAK PATUT kita buat. InsyaAllah... So, kita tak boleh marahkan org bilamana ada orang yg ckp kita buat SILLY MISTAKE. Sebabnya mende dah berulang banyak kali. Adakah itu boleh dikatakan iktibar & pengajaran kalau kita sendiri tidak ambik cakna langsung sementara itu boleh dielak dengan kesedaran kita sendiri. Kalau ini masih terjadi, sampai kes ke 20 sekalipun orang tetap akan cakap... 'ambillah ia sebagai iktibar & pengajaran'. Bukankah iktibar & pengajaran itu adalah salah satu peringatan pada kita? Wallahualam... Maafkan sy if ada yang tersilap kata dalam sy memberi pandangan. :)


 

Notakaki: Malang tak berbau, kalau berbau senanglah kita hidu dari mane datangnya bau itu.

2 comments:

  1. Walau apa pun alasan.. kalau terjadi apa-apa.. salahkan diri seumur hidup

    ReplyDelete
  2. encik mus ---> tak boleh cakap camtu sepertinya tak pernah buat kesilapan....menyalakan diri sendiri seumur hidup atas setiap kesalahan sama macam tak beriman dengan Qada dan Qadar...

    untuk admin misizah ---> percayalah....sehebat dan setinggi mana iq kita atau sekuat mana ingatan kita ....jika sesuatu perkara tu berlaku walaupun beribu atau berjuta kali dihadapan kita....jika itulah takdirnya jika itulah keendakNya...elaklah atau alertlah camna pun mesti berlaku....musibah untuk mereka adalah rahmat dan ujian dari Allah untuk mereka....musibah dari mereka juga adalah pengajaran dan peringatan untuk kita...tiap2 yg berlaku pasti ada hikmahnya....

    apapun tahniah atas kelapangan hati admin menerima komen dari org lain yg tak sependapat dengan kita...bersabarlah....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails