My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Thursday, August 22, 2013

Kenduri Kesyukuran & Majlis Bertandang

Alhamdulillah... Lega seleganya rasa bila majlis yg wajib dah pun selesai. Majlis kesyukuran di pihak sy telah berjalan dgn sempurna pada 11 ogos 2013 bersamaan 4 syawal 1434H & majlis bertandang pula berlangsung pada keesokan harinya.

Semua dah selesai. Thanks for those yang sudi datang memeriahkan majlis kami. Harap dimaafkan sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis kedua2 belah pihak berlangsung.

Eventho time raya, ada jugak kengkawan yg sudi luangkan masa utk menghadiri majlis kami. Thanks so much! :) Baru terasa penatnya melayan tetamu yg hadir sepanjang hari but surely rasa happy. Yelah, sekali jer seumur hidup. InsyaAllah. :)








 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, August 20, 2013

Alhamdulillah... sempurna semuanya.

Allahuakbar.. Syukur alhamdulillah... Tak terucap oleh kata-kata betapa nikmatnya perasaan yang Allah kurniakan. Tanpa sebarang paksaan, airmata mengalir laju tatkala lafaz akad dibacakan oleh abahku, sebagai wali. Moment paling indah dalam hidup, namun jauh di sudut hati terasa amat sayu sekali.

Kini aku telah sah menjadi isteri kepada suami tercinta. Alhamdulillah, pada 8 Ogos 2013 tepat jam 11.15 malam dalam keadaan hujan renyai. Dengan hanya sekali lafaz, aku kini di bawah tanggungjawab suamiku. Bermulalah kehidupan baru sebagai sorang isteri. Semoga Allah mempermudahkan jalan untukku menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Suamiku... dialah syurga bagiku. InsyaAllah...





Notakaki: Perkahwinan itu adalah menyempurnakan sebahagian dari agama. Indah bukan? Semoga sentiasa diberikan ketabahan dalam mengharungi suka duka alam rumahtangga.. Amin... :)

Saturday, August 3, 2013

Apa yang ada dalam tiada?

Assalamualaikum...

Tak sedar masa berlalu. Hari ini sudah masuk Ramadhan yang ke-25. Rasa macam 4,5 hari lepas baru puasa. Sobs... Sedih, Ramadhan bakal meninggalkan kita. Entah akan ketemu lagi atau tak, jika dipanjangkan umur & diizinkan Allah swt. Mood bercampur baur sekarang ni. Sedih Ramadhan bakal melabuhkan tirai, bersyukur sebab bakal menyempurnakan sebahagian dari agama. InsyaAllah mudah-mudahan.

Tahun ni tahun pertama beraya bukan sebagai perantau setelah 6 tahun menetap di Shah Alam. Hehe! Tahun first jugak tak merasa bestnya balik kampung reramai. Orang duk sibuk update status balik kampung, aku elok jer dah sampai kampung awal-awal lagi. Kepada sesiapa yang pulang ke kampung tu, make sure drive elok-elok OK. Jangan nak cepat sampai jer. Ingat insan tersayang sedang menunggu kepulangan kita di depan pintu. :)

Lagi pulak raya kali ni sgt2 berlainan dari raya2 sebelum ni. Bakal bertukar status Cik ke Puan pada raya pertama. Oh nevesnye saye! Haha! Tapi katanya 5 hari tu masih lama. Ayoyooo... Sy dah tak lepas nak bernafas! haha

Tahun ni tak prepare utk raya pun sebabnya lebih focus for my big day ceremony. Paling sedih, baju raya pun takde ni haa. Sobs... Sibuk sangat duk focus kat wedding sampaikan duit raya pun lupe nak tukar. Tahun ni memang takde duit raya la ye, tapi sy dah buat open house besar-besaran untuk korang nikmati. Lebih berharga dari nilai duit raya tu. Hoho!

Orang duk sibuk carik baju raya, aku pulak sibuk fitting baju nikah & kawin. 

Apa yang sy harapkan?? Bukan hadiah & wang ringgit. Hanya doa yang baik-baik dari kalian utk sy & ikatan yang bakal dibina ini kekal ke jannah. Amin...

 

Notakaki: Teringat kisah setahun yang lalu..... Rupanya perancangan Allah itu lebih indah untuk hambaNya. Syukur Alhamdulillah... :)
Related Posts with Thumbnails