My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Wednesday, December 25, 2013

Berakhir kehidupan di lautan : Sign Off Puteri Mutiara Satu

Part I

Sedih? Happy? Bercampur baur perasaan sekarang. Baru sempat 30+6 hari belayar, baru sempat singgah 3 buah negara. So 21hb was the last day we are on board SS Puteri Mutiara Satu. Sebab apa dah nak stop belayar?? Nanti Part II saya story. :)

Satu pengalaman yang sangat berharga utk saya. Alhamdulillah, dapat merasa camne kehidupan navy. Eventho tak banyak yang saya tahu tp sekurang2nya ada input bila orang tanya nanti. Hehe!

Hari ni dah sampai Bintulu, so sekarang husband tunggu orang yang nak sign on ganti dia. Hand over all previous tasks. So rasanya pukul 11pm nanti baru boleh menapak turun dari kapal and heading to hotel.

The hotel has been provided by MiSC for one night we fly back tomorrow noon. BTL-KL-KB. So malam ni overnight lah kejap kat Bintulu. Tak sabar pun ada rasanya sebab perut dh kempunan macam-macam.

Wait for the next part okay... Tengsss! ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, December 21, 2013

Baju & seluar takde!

Oh sangat lapar. Hubby ckp nanti dia bawakkan bihun goreng. But i refuse to eat that... loya tekak. Rasa nak makan sesuatu yang pedas, panas & berkuah.



Aku: Yang, rase nak makan meggi lah.. Boleh la deh? (ayat memujukkkkk abis..)
Suami : Takyah lah. Nanti bawak naik bihun. Makan bihun deh?
Aku: Alaaa.... Rase nk megi. Nanti org turun pegi buat then bawak naik bilik.
Suami: Okaylah... (mengalah sebab aku degil.. Huhu)



Tetiba cari track suit nak pakai turun pantry. Haaaa??? Baru teringat beg hubby dah bawak turun main deck. Yang tinggal blouse, jeans and tudung. Baju yg aku pakai skrg pun short sleeve shirt.

Aku : Uwaaaa... Nak pakai ape ni. Sume dalam beg. Tudung pon ade tudung belit2. Xkn nk turun pantry pakai lawo2 sgt. Siap pakai jeans. (buat muka sedih...)
Suami : Takyahlah. Kejap lg org buatkan megi bwk naik atas ye.
Aku : yeayyyy!! (senyum lebarrrrrr)

Tenkiuuuu suamikuuuu sayanggg.... Banyak dah berkorban utk saya sepanjang sebulan belayar ni. Huhu... Really appreciated it.

posted from Bloggeroid

Friday, December 20, 2013

The hardest part is almost done!

Hadoiii... The most difficult part in packing bag is how to sort all the clothes nice and tidy. Aditu ade tengok cara lipat baju kat Utube. Hope menjadilah ye. Haha! Dulu perangai aku suka sumbat-sumbat masuk beg selagi boleh. Main gumpal-gumpal jer.

Sekarang tak boleh la camtu. Malu la kat suami tak pandai kemas baju. Suami pun rimas tengok baju tak teratur. Haha... Belum mertua yang tengok lagi.




So now its almost done and bag pun almost full. There's a few things need to be packed. Only small thingy left!

Counting days... Im going back to the land soon. We got the flight itinerary yesterday night. InsyaAllah takde aral melintang sampailah kampung 22hb malam.



And bermulalah kehidupan baru kami di tempat baru pada Januari 2014 nanti. :)
posted from Bloggeroid

Thursday, December 19, 2013

Kenape mesti membenci

Perasaan benci tu datang dari syaitan. Kalau kita ada rasa benci, cepat-cepatlah beristighfar. Mudah-mudahan kita beroleh ketenangan dalam diri. Semoga Allah pun ampunkan kita.

Kenapa mesti membenci kalau berkasih sayang itu lebih indah? Benci tak dapat bagi kita kepuasan pun. Banyak sebab kenapa ada perasaan benci dalam diri. Mungkin iri hati, marah, dengki.. & macam-macam lagi.

"Kita amat membenci akan sesuatu walhal ianya baik utk kita..."
"Jangan benci sangat, lama-lama jadi sayang..."

Penah dengar kan? Orang cakap, kita tak boleh paksa orang suka kita. Tapi kalaupun ada yang membenci, ape salahnya kita membalas dengan senyuman & kata-kata yang baik.

Hipokrit?? Anggaplah kita dapat ganjaran yang besar kalau kita elakkan permusuhan. Itu lebih baik. Semoga Allah membuka hati mereka. Doakan yang terbaik.. :)

Monday, December 16, 2013

Oh ketinggalan zaman ke??!

Oh sadis jer rase. Haha! Al maklumlah orang tak reti ape-ape. Budak innocent memang camni.

Duk tengok orang upload photo dgn hashtag #ootd. Puas duk mikir ape ke benda la acronym tu. Tak puas hati sangat mintak tolong cik google. Scroll bawahbaawah cari yang berkaitan... Nahhh ambik ni. Ni rupenye mendalah dia....


Siap ade dalam urban dictionary okay. Kelasss jemah! Haha... Tak kisah la, malu bertanya sesat jalan. Malu makan lapar. Malu belajar tak pandai-pandai la... :D

Tapi aku tak bole gune hashtag ni sebabnya aku tak reti nak peragakan pakaian yg aku pakai. Apetah lagi nak pakai lawa-lawa, berfesyen-fesyen nk tunjuk kat orang.. ;p 

Bangun tidur nampak pulau...

Assalamualaikum & morning..

Well, rasanya dah beberapa hari tak update blog. Bukan ape, macam takde cerita menarik je nak share. :p Takkan nk update everyday routine yang memang same jer setiap hari selagi belum shore leave kan. Muak juak korang baca. Nak share topik lain nextime la. Dah karang dah cuma tak publish je lg. Hehe!

Dah menjadi amalan since a month plusplus ago, before bekfes makan-makan, kite minum ESP dulu. Camnilah keadaan kalau dah malas nk turun bawah. Minum secawan dulu, makan biskut 2-3 kepaing then ok la for my tummy.. :D

Pssttt.. iklantakberbayarjap! time duk tekan2 kibod ni, asben masuk bilik bawak naik nasi goreng! TQ sayang.. :)

Ni semalam punye cerita. Dah sampai Port Inchoen around kul 1pm waktu tempatan. Disebabkan badan sakit-sakit dah 2 hari, makanya kul 11am baru bangkit. Haaa... Bertuah sgt kan. Tapi time suami nak turun keje, ai bangun ok. Cont tido! :D

Nampak dua tiga ketul ala-ala pulau kecik yg tak berpenghuni...
 
As i published here, ternyatalah jadi kenyataan. Sebab kapal masuk port lewat, so no shore leave for us for this time. Tapi ok jugak kot, kat sini sejuk sangat. A few days back, my asben cakap time previous ship sampai Inchoen snow tak renti turun. Tp time kitorang sampai, xde rezeki nak pegang snow kan. Hehe...

View dari tingkap bilik.. Time ni around kul 1pm lebih. Cuaca cerah. Suhu lebih kurang 1 Celsius.

Rasa macam kejap je masa berlalu. Hari dah nak masuk senja. Mentari dah nak jatuh. Selera takde sangat hari ni. Asben bawak naik bihun goreng Singapore tapi cannot eat lah. 'Nyenga' sangat! (so spicy) 

Duk tepi tingkap ngadap ke luar, duk bilang kapal terbang yg lalu lalang. Dah dkt dgn Army Base. Nampak takkkkk?? :D


Asben duty pulak malam tadi. So, pukul 9 lebih baru dia naik ke bilik. Dinner for tonite...sandwich! The most deliciousss food for today! Haha... Bila dah tiba malam ni yg tak best. Sy memang tak tahan sejuk. Orang Mesia sejati kan. Harap maklong! Pakai baju corak batik selapis, pakai lagi sweater hitam, stokin kuning Hello Kitty takleh tinggal. Terus melingkup dalam 2 lapis comforter.

Temperature captured by Instaweather. hihi. Kalau the actual one tak tahu la berape. Kapal dah pasang heater pon still menggigil...
Dah la selimut yang kapal provide bukannye gebor besor. Haha! Main tariktarik kain selimut lah jawabnyeeee... :p

Tuesday, December 10, 2013

Berita tak penuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Newspaper memang takde la atas kapal ni. Yang ada pun link-link Berita Harian, Sinar Harian kat FB. Memang la ok sebab boleh tau berita online. 

Tapi yang tak bestnye, connection sini amat slow. Asal nak loading page blog ke BH ke SH ke, stuck sampai ke sudah. Nampak skrin putih jerrrrrrrrr. *sigh* Lastly, pangkah jelah page tu. Haaa! Cukuplah dapat baca tajuk berita & sedikit permulaan cerita. Kalau cerita best sampai kesudahlah tak tau ending. Parah betol!

Tapi yang peliknye, page FB lajuuuu bedesupppp vroom vroom dia bukak. Kekadang jer kedek-kedek. Pelik takk?? Pelik tak?? Haaaa :p

Monday, December 9, 2013

Takut menghampakan hati kawan...

Bismillahirrahmanirrahim... Kapal dah bergerak dari Bintulu Port ke LNG Terminal Inchoen, Korea. It will take 6-7 days. InsyaAllah, xde aral melintang.

As we knew, sy ni just berjalan-jalan sambil ikut suami bekerja. Kalau ikutkan ade jugak rezeki nak pegi Europe, Mexico, Germany, Spain... tapi suami pilih kapal yang routenye taklah terlalu jauh & ambik masa yang lama berada di lautan utk sampai ke darat. Lagi jauh lagi banyak dugaannya. Perjalanan 6 hari ni pun buat aku rebah 3 hari, inikan pulak trip yang ambik masa sebulan baru sampai darat. I cant imagine dat! Baik ambik flight just only belas-belas jam. Tapi ni satu pengalaman la kan, belayar naik kapal gas. Hihi!

Kapal trip ni singgah Taiwan, Japan, Korea. Bunyik macam best je kan. Bestlah kalau boleh turun jejak kaki ke darat. Kalau x, sampai port pun tak boleh nak turun. Haaa, adelah tu halangannya. But, im so lucky for this time. Belum penah missed. But semalam asben cakap dia ON DUTY nanti sampai Korea. And asben pun ada cakap Port Inchoen tu dekat dgn base US army. So, maybe kalau kapal masuk tengahari tak dapat lah nak turun. Ketat sikit kawalan kat situ.

Kalau tak dapat pun redha jelah kan. But ade jugak kengkawan yang kirim souvenir, takut menghampakan hati dorang. Sebab sy pegi bukan for vacation ke holiday. Paling lama turun darat pun 8jam! Kalau tak hanya 5jam. Nak pusing-pusing banyak tempat pun tak sempat kan. Sebab tu sy tak offer kat kengkawan nak kirim anything takut nanti bagi harapan palsu kan. And kalau ada kesempatan sy turun, sy akan belikan lebih. Kot-kot ade yang nak kan.. :)

 

Sunday, December 8, 2013

Terkurung dalam bilik!

Hari ni dah sampai Bintulu. Esok insyaAllah akan bertolak ke Incheon, Korea. Mudah-mudahan.

Terkurung dalam bilik je la today. Tak turun rendek2 bandar Bintulu. Hubby dah kirim ape2 yg nak dibeli kat member dia td. Agak kelaparan. Baru teringat harini makan nasi lemak pukul 11tgh tadi then seketul ayam kepsi kul 3ptg td.

Tapi okay jugak la tak turun. Leceh sikit nak turun kat port bintulu ni. Dari kapal kene pakai complete suit include overall, safety shoes and topi. Dah la nak menapak ke post guard punyelah jauh. Rasanya ada dalam 600meter. Dengan pakai boot tu sgtlah berat. Aduhaiii....

Paling seksa bila naik tangga nak ke kapal. Mak datukkkk... Boleh tercabut rasanya kepala lutut aku. Termengah2 semput. Nampak sgt dah berat! Hahahaha...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, December 5, 2013

Pengembaraan mungkin akan terhenti..

Unofficially news! 

InsyaAllah akan diupdate later bila dah dapat berita sahih. Yang pasti 70% akan jadi kenyataan. Mungkin pengalaman aku di tengah laut ni akan berakhir dalam masa 2-3 hari lagi. Dan kami akan memulakan kehidupan baru di tempat baru... yang penting adalah di daratan! Back to normal life. :)

Acceli, keadaan tu kami dah standby sebelum naik belayar lagi. So, memang akan dua kemungkinan. LEAVE or STAY. Frankly speaking, i prefer to leave rather than stay! But not for my husband... Hehe!

Mungkin Allah tak sanggup tengok aku menzalimi diri sendiri... menahan perut setiap hari. Haha! Tengok lauk-lauk yg ada aku dah naik muak. Aku dah mula teringin nak makan ikan singgang, sayur lemak, tomyam, budu, sambal belacan kat kampung. Baru 2 minggu aku dah mula rasa jemu nak menelan lauk kat sini. So bad.. mungkin cara masak yg membezakan. Susah lah klu dah tekak ore ganu klate ni. Haha! Pegi mane-mane pun mesti nak kene ada rasa keaslian masakan pantai timur.

Tapi orang lain makan rilek jer. Bukan xsedap, tapi tak kene selera. Dun get me wrong! :D Lidah aku memang tak reti nak menipu. Kalau tak leh telan, memek muka aku sgtlah annoying! Kalau tukang masak tu tgk respon aku makan masakan dia camtu, mau dia gantung diri kat pokok togeh!

Eh tapi itu bukanlah penyebabkan aku akan tinggalkan kapal ni. Reasonnya masih lagi mengikut suami. Cuma kene tunggu berita sahih. Tungguuuu.....

Notakaki: Counting days.... tiktok tiktok jam di dinding bergerak lah laju-lajuuu



 

Tuesday, December 3, 2013

Meleleh jelah duk atas ni!

The truth is............. aku memang suka makan! Sebab tu tak kurus-kurus. Adehh! Tapi since kat sini aku kene banyak bersabar menahan keinginan nak makan itu ini. Sedih sorang2 bila teringat masakan umi & ma kat kampung. Kat sini pun makan OK, but sekali sekala tu rasa macam hilang selera. I tot dah 5 hari tak telan nasi. Guess what? Aku makan biskut oreo, biskut beras, telan air mineral. T_T

Kalau ditakdirkan 6 bulan kat sini, terpaksalah tahan tekak. I have to! Yelah, klu teringin pun nak cekau celah mane pulak kat sini. Seriously, tetibe terasa nikmat berada di kampung halaman. Haha! Kalau suami aku tahu ni, mau dia gelak besar. Mungkin ade jugak secebis rasa kesian kot.. :p

Ape yang paling aku TERINGIN adalah AYAM PENYET WONG SOLO kat Shah Alam sane nu haa... Adik aku punyelah tak patut, dia g makan situ then wassup gambar tu. Takleh tido semalam duk terbayang ayam penyet! Nasib baik tak mengidam, baru teringin. Uwaaaaaa.......

Kedua yang aku paling TERINGIN adalah TOMYAM AYAM! Aku adalah hantu tomyam... Nak masak kat sini tak boleh sebab dapur orang punyerrrr... Hehe! Teringat tomyam Vicchuda Damansara, Tomyam Su Kubang Kerian plus tomyam air tangan sendiri. Yummmyumyummmm... (kecur liur da aku ni!)

Tak boleh nak story lelame. Kang ade jugak time tekan-tekan kibod ni tak sedar air liur meleleh dah. Haha!

Notakaki: Tolonglah cepat masa berlalu. Kalau ada pintu masa doraemon kan best. Boleh keluar masuk g mane2 yang aku suka. Haha! Berangan tak abis-abis... 

Monday, December 2, 2013

Gosip hangat!

Amboi, semua tebeliak bila sebut pasal gosip kan. Haha! Takde nak gosip sangat lah. Aku bkn peminat fanatik yg nak bergosip sakan. Cukup sekadar melepaskan batuk di tangga. Eh betul ke perumpamaan tu. Haha!

Kat sini TV ada tapi siaran takde. Everyday cucuk external HD kat laptop then scroll all the movie downloaded, xpun pasang je video UAI. Biasa before tido akan pasang video UAI, pastu aku yg paling gelak kuat, ganggu asben nak tido. Eh, lari topik pulekk. Hihi! So nak bergosip MELODI, MELETOP, GALAKSI ke memang takde lah. Lg plak aku dah lame sgt tak layan mendalah tu sume. Since ade FB ni jelah kan GOSIP lebih zasssssss senang jer dapat info. Scroll down sikit, ade Ohbulan la, scroll lg, eh ada Beautifulnara pulak. Lagi dan lagi belambak2 sesawang gosip.

Normal la kan, tipu kalau aku cakap nak jugak tau gosip but takdelah beria. Bila dah baca tu xde nak emotional sangat duk komen sampai panjang berjela. Haha! Kes biasa terjadi di ruangan gosip. Aku biasa ngomel sendiri je. Kekadang tu aku jd radio penyampai kat asben. Sebab itu jelah teman borak aku kat sini. Asben layan tak layan jer. Haha, padan muka!

Tapi takpe asal boleh bercakap-cakap. Aku memang banyak mulut. Klu bercakap memang tak berenti. Asben jadi mangsa layan sembang. So, sekian gosip kak jemah utk hari ni...

Pssstttt... tapi nak jugak la sikit. Pe cer Shila Amzah, Johan & Luna?? Hahahahahahahhaha... :p 

Sunday, December 1, 2013

7 hari perjalanan....

Setelah 7 hari perjalanan, disusuli 3 hari mabuk pening, akhirnya sampai jugak ke destinasi, Sodegaura, Chiba, Japan. Alhamdulillah, lembik badan 3 hari tak makan nasi rasanya berbaloi coz pukul 1 kang dapat turun pijak bumi negara matahari terbit buat pertama kali.

Celik-celik mata pagi tadi tengok suami bukak pintu bilik sambil bawakan sepinggan nasi lemak for breakfast. Thanks hubby! Hubby cakap temperature outside lebih kurang 6 darjah selsius. Hoho... Aku dalam bilik ni dah pakai stokin bagai. Duk cameron highland pun aku tak taha sangat, inikan pulak suhu rendah camni.

View sekitar Sodegaura LNG Terminal, Chiba, Japan
Baru je makan nasi lemak. Rasanya tengahari kang dah tak makan kot. Plan nak bawak snek jer utk bekalan kot2 kelaparan masa berjalan pusing2 Tokyo kang. Aku dah lah cerewet bab-bab makan ni. Nak makan yang same macam kat Mesia ajer. Suami sokmo marah. Hek3! Nak buek camno. Terimalah hakikat isterimu ini cerewet bab makan. Tak kurus-kurus jugak. Haha!

Oklah, tunggu kite update gambar ronda2 kota Paris pulak deh.. Opss, over sangat. Kota Tokyo jerrrrr.. hahaha!

C ya again! :D


Friday, November 29, 2013

InsyaAllah, ada rezeki pulak kali ni..

2, 3 hari lepas asben ada gtau 1hb ni bertukar port. Sepatutnya mengikut jadual asal masuk port Futtsu LNG terminal, tapi dah bertukar tempat ke Sodegaura LNG terminal. Asben cakap ramai pulak nak turun ke darat nanti. Asben suruh aku turun ikut sesapa je if dia kene stay nanti. 

Dalam hati... "Alaa, tak best la gitu. Sape nak snap2 gambar saye. Sy dah la xbiasa sgt ngn dorang. Klu kenal pun Ellinas sorang jer."

Sebab haritu asben dah pesan kat Ellinas kalau kalau dia xdapat nak turun darat, teman aku turun sekali. Tup-tup ade meeting hari tu. Sampai2 bilik, asben terus cakap.. "first bus last bus..."

Aku tanya asben, ape tu. Dia cakap tadi ada meeting. Dah adjust punye adjust, dia boleh turun 1st bus n balik last bus. Hippp hipp horeyyy! Hihihi... Alhamdulillah, klu betul camtu boleh stay lame kat darat. Biasanya 1st bus around 1pm and last bus pukul 10pm. So, we have 8 hours on town! :)

Notakaki: Start dari semalam GMT +09:00. Ikut waktu Tokyo dah. 2 hari lagi akan sampai Tokyo. Husband cakap sejuk. Hari tu dah standby baju tebal, kasut. Glove je belom ada. Nanti cari kat sane lah. Pink kaler boleyy?? :p

Thursday, November 28, 2013

Macam-macam yang nampak...

Haru betul harini. Since pukul 11tgh tadi kepala dah mula rasa pening. Perut belum terisi, terpaksa kemam gula2 HACKS sebiji. Pahitnya mulut macam orang takde deria rasa. Asben bawak naik pisang 5 biji + ayam seketul. Bau ayam goreng tu buat aku makin pening.

Asben pun dah mula telan ubat sebiji and terlelap 20minit time lunch break. Aku memang xleh nak bukak mata dah. Beratnya kepala. Since mlm tadi kapal rolling plus angin kuat kt luar.

Sedang terlelap tu macam2 pulak la aku mimpi. Mula2 rasa mcm kapal rolling 360 darjah. Serius macam real. Bukak mata, keadaan still mcm biasa. Pejam mata balik. Nampak umi abah pulak atas kapal ni. Mcm aku kat rumah. Bukak mata balik, keadaan masih mcm biasa. Huk3. Paling tak leh blah aku rasa kapal ni bergerak atas jalan raya. Haaaa! Siap dah sampai nogori kau! Siap nampak signboard satu-satu. Siap singgah pasar malam. Rindu betul aku kat darat rupanya. Hahaha!

Itulah hakikatnya bila rasa nak sgt cepat sampai ke darat and cepat2 meninggalkan kawasan terhuyung hayang ni. Nikmatnya terasa duk kat darat setiap kali mabuk menimpa. Hihihi!

Notakaki: Suami pesan makan pisang tu kasi abis then telan ubat. Sambung tido blk. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, November 25, 2013

Semuanya penyebab si bungsu....

Sakit biasa yang jadinya luar biasa adalah kesakitan kegigian! Ohhhhh.. Enggak bisa. Time2 camnilah gigi bungsu nak menjalani proses tumbesaran. Sampai umur berapa baru nak complete ni nak oiii... Sakit gigi bungsu memang tenat kan.. Ahaksss! Nak bukak mulut bercakap pon malas....

2,3 ari ni suffer sakit gigi. Proses tumbesaran si bungsu ni kan datang ttibe tanpa diundang. Nak mengunyah pon dah tak senang. Hilang sementara nikmat itu. Alhamdulillah...mgkin kifarah. Semoga ini adalah penghapus dosa-dosa kecilku.

Kkadang orang cakap lagi baik sakit hati dari sakit gigi. Haha! Boleh pulak camtu. Tapi bagi aku kalu sakit hati boleh pejam mata tido, kalau dah sakit gigi nak pejam mata pun tak larat. Nyuttt nyuttt jer rasa. Menyucuk sampai ke tulang leher.

Notakaki: Teringat masa-masa gigi belum sakit. Hehe!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, November 24, 2013

Cuaca cerah di Bintulu



Alhamdulillah... Sekarang kat Bintulu Port. Cuaca pun sangatlah cerah. Harap2 sampai ke petang. Hope asben dapat turun hari ni. Byk barang nak kene beli. Eventho jauh nak menapak kat van terpaksa jugak lah.

Teringat masa mula2 sampai sini. Almost 1km menapak ke platform. Letihnya xpayah cakap. Nasib baik asben yg angkut semua beg masuk bilik.

Nak rest2 dulu lah sambil layan James Bond... :)

posted from Bloggeroid

Saturday, November 23, 2013

Gambar : Jenjalan di malam hari


Beberapa keping jer yang sempat nak share dgn korang. Ni pun bukan gune DSLR. Maklumlah kite pakai phone cokia jer. Gambar pun xsempat nak setting lawa2. Hahaha! Enjoyyyy watching! :D

Suasana bandar sekitar pukul 6.50pm

Drop kat Carrefour dulu beli belah barang sikit2

Dah ade taxi duk tunggu... :D

Tapau Mekdi sambil nak berjalan2 kat night market

Jalan raya dorang yang songsang. Hoho!

Ni bangunan mall. Tapi tak tau name ape.. boleh gitu? :p

Kesian orang tu kelaparan. Sambil menikmati angin malam.. :)

Time ni sibuk dengan orang ramai... Padat jugak tempat ni.

Lampu neon yang tak berapa nak neon sgt lah! hahahaa

Kesayangan sayee menikmati angin malam yang dingin... hihihi

Night market

Layout night market ni ala2 Petaling Street

Kesian dia kene satukan barang dlm 1 plastik beg :D

Hubby suh pegang plastik beg byk2 tu. Katanya baru nampak shopping! haha

Lengang kejap suasana sebab sume org dalam mall kot :P

Si demokkk yang malu!

Seriously, kat sini asyik makan jer. Makanan yang tersedia tu tak leh nak cakap la kan sedapnye. Kalau duk dalam bilik layan muvie pun nak kunyah2 jugak. Ala2 duk dalam cinema. Biskut sure abis kejap jer. Huhuhu!

Aku : "Temanla pegi gym... awk duduk je teman sy k.." (gelak jaat)

Hubby : "Malam2 ramai orang la yang. Budak2 deck sume main gym mlm2.." (senyum)

Aku : "Ala... dah tu time bile nak pegi nyer.." (dah keluar muncung)

Hubby : "Ala, awk pegi la pagi2. Kan semua org keje. Kul 8 awk masuk, gatih-gatih basikal (kayuh basikal) kul 8.30 awak turun la makan. Pastu naik atas balik tido." (sengih2 gituu)

Aku : "Haaa. baik takyah gym. Lepas mkn tido. Hahaha! Alaaa, tp takut la g sengsorang. Kang org tgk kang, malu laaaa.." (gelak besar)

Hubby : "Nak malu ape nyerrrrrrr. Sume orang keje la time tu sayang oii. Takdenye orang nk lalu kat gym tu."

Haha.. pandai pulak malu pegi gym ek. Time makan tak hingat dunia. Oh makanan! Hahaha! So, setakat arini memang belum pegi lg la ni. Mencari kekuatan nak pegi sendiri. Oh suamiku! Hihi! Tapi kekadang tu taknak makan nasi malam2 aku pegi sebat bihun PAMA. Tak ke same je tu aku makan sepinggan nasik! Aduhaiii....

Diet supplementary tu mmg ade bawak, berkoyan-koyan. Tapi kalau dah nafsu tu takleh nak control, alamatnyer.... musnah hancur semuanya... Hihihi!

Caiyokkkk izahhhhhh :D


Friday, November 22, 2013

Sama tapi tak serupa...


Okay, kite continue lagi story pasal Taiwan. Acceli, town yang kitorang singgah tu takde lah besar sgt. Lebih kurang macam kite duk KB or KT. Tapi rasanya tempat kita lebih cantik dari tu. Hehehe! Tempat yang kitorang pegi tu pun happening. Ramai orang tertumpu kat situ. Sebabnya ade night market tu lah. Mall pun macam biasa, lebih kurang pukul 10 malam dah close.

Jalan-jalan pun dah lengang bile dah lewat malam. Mungkin bandar kecik, so takdelah hidup sgt macam Kay Ell kan. Sepanjang kitorang kat night market, most of them tak reti speaking pon. Official languange dorang Chinese. Dah tak reti nak speaking langsung, kkdg tu terpaksa jadi mcm itik ngan ayam bercakap. Guna bahasa isyarat la. Macam-macam. Kalu nak tanye price terpaksa tekan kat kalkulator. Hehehe!

Nak dijadikan cerita, ade la bkenan kat selai baju ni. Ingatkan macam standart la baju sejuk kan RM30-RM40. Rupenye RM98 selai! Tapi sangat2 berkenan kat baju tu. Aku pandang hubby sambil senyum. Hubby cakap cash ade lebih kurang RM100 lebih je lg, nk simpan utk cab nanti. Mintak lest kat aunty tu, tp tak dapat. Then, aku mintak kurang lg RM70 plus my hubby cakap “no money”.

Mula2 tu aunty tu macam tkejut aku mintak murah sgt, konon2nya macam xde untung la bg pihak dia. Hahaha! Last2 dia ckp okay pulak sbb kitorang xde duit. Haha... so, dptlah baju tu harga murah. Kalu tau trick camtu aku dah nego RM50 je. Hehe!

Satu lg yg aku perasan, dorang macam hormat jugak kat outsider. Lagi pulak dia tengok pelik jer aku pakai tudung. Mcm nk makan org pun ade gaya tengok tu.  Haha! Yelah, sebab kat sane dorang sume pakai tak cukup kain kn. But mmg xjumpe traveller lain pun selain dari geng2 kitorang area situ. Tapi xtau la kn kot2 kitorang pusing2 setempat tu jer.

Ada 1 shopping mall ni, HASHIN. Tak silap aku 7 tingkat. 2 je level utk lelaki. Selebihnya level utk barangan pompuan & kanak-kanak. Dorang cakap if nak shopping sana, kita tunjuk passport (for outsider) siap dapat rebate. Kira okla tu kan. Plus harga pun much cheaper than Malaysia. Bini kapten siap borong barang SK II 1 beg besar. Boleh bayang tak? Mau thousand ++ kan. :)

Hubby pulak cakap better shop kat Jepun. Biasanya lagi murah. InsyaAllah next trip stop kat Fushu, Jepun. Nanti story later about Fushu k :)

Daa... c ya later!

Thursday, November 21, 2013

Beberapa jam di bumi Taiwan...

First jejak kaki turun dari kapal, rase sejuk giler kot angin kat luar. Dengan tak pakai jaketnye, just wearing a denim blouse + jeans. Time tu pukul 5.30pm kat Yongan District. Sunyi sangat area port tu. Luas saujana mata memandang. Keadaan pun dah gelap kat situ, macam pukul 8 kat tempat kita. 

Tunggu van datang pick up kitorang kat port. Around 6.05pm baru sampai. Nak keluar dari port pun kene catatkan keluar masuk. Nak sampai post guard pun 5minit naik van. Kalau jalan kaki mau basah dulu baju dek peluh. Hehehe!

So, bergerak lah kitorg berempat ke town. 2nd bus ni ade 4 org je, 1st bus dah ramai dh sbnrnye. Ya Allah, pening pulak kepala tetibe. Kenape? Sebab kat sane left-hand drive. Highway dorang pun kire cam songsang jugak la. Dari port tu nak ke bandar klu di + - / x ade jugak lah 45 minit. Tu pun pakcik driver tu dah abis tekan minyak dah.

Mata ngantuk sebenarnya sebab tengok suasana gulap gulita macam pukul 10mlm! Kita dh terbiasa kalau kuar siang blk mlm. Bkn kuar mlm2. Hahaha! Tup-tup sampai jugak tmpat yg dituju. Asben suruh drop kan kitorang kat Carrefour sbb dia dah biasa kt area situ. Tp mmg xsempat nak tgk name tempat tu. Hahaha! Jenjalan kat situ sejam lebih b4 gerak ke night market. 

Kat night market ni happening skit. Ala2 bangsar village + petaling street. Can u imagine that? Memang ramai orang beli belah. Dari barang yang xde brand sampailah yang branded. Shopping mall tak sempat nak jejak sebab masa suntuk. So kitorang jenjalan la kat area 'Petaling Street' td. Hehehe! 

Asben tak byk pun tukar cash, standby utk cab & kedai takde CC services jer. Sempatlah menyopping beberape barang. Actually, nk standby musim sejuk kat Jepun next trip. Tp hubby ckp kat sana lagi murah bile tibe musim sejuk.

Around 9.30pm kitorang gerak ke tempat van nak pickup balik port. Time tu kaki dah lenguh2 dah rase. Maklumlah dah lame tak exercise. Hahaha! Nasib baik tak meroyan suh orang dukung. Ade yg kene campak kt sungai kang. Tunggu punya tunggu, van yg asalnya nak gerak kul 10pm dah delay 30 minit. So, sampailah port pukul 11.30 lebih kurang. Kul 3 baru boleh lelap mata sebab lenguh lumpuh! aduyaiiii

Notakaki: Nanti kite continue update suasana kat sane pulak ye. Pic pun akan diupload di entry yg seterusnya. Panjang pulak entry ni kang. Kapal pun dah gerak balik Bintulu ni. Thankx ya for reading! :)

Wednesday, November 20, 2013

Camne rasa duk dalam kapal??

Ramai jugak kengkawan duk tanya camne rasa naik kapal laut ni. Hehe! Saiz 280 meter panjang & setinggi 5 tingkat. Kalau based on experience asben lagi banyak la dia rasa sebab dia lagi lame duk belayar. But for me as a first timer ni baru sikit. Baru 5 hari belayar, but dah boleh share skit2 dengan korang.

Masa kapal mula2 gerak memang tak rasa ape-ape. Sebab tu tak sedar kapal dah mula gerak. Hari kedua lain macam pulak rasanya. Bila dah sampai tengah laut, tengok keadaan sekeliling hanya lautan luas terbentang. Ya Allah, mula2 tu macam2 perasaan datang. Drama lebih, biasala kan. Hehe!

Asben cakap pergerakan kapal pon tengok keadaan jugak samada lawan arus ke ikut arus. Kekadang rasa hanyut jerrr. Lepas tu rasa pulak tergolek ke kiri ke kanan, ke depan ke belakang. Bayangkan kalau kapal tu terhuyung hayang, time kita berdiri pun tak stabil. Kalau xreti balance memang tergolek camtu jer. Sebab tu jadi pening. Bayangkan pulak time kite dalam toilet. Sebab tu time kapal rolling nak mandi pun rasa malas. Wakakaka! Asben kite panggil "rolling2 manje". Stkt 1-1 stgh degree tu pon dh mabuk, apetah lagi rolling 20 degree. Kalau time tu, tengok jelah botol2 tergolek jatuh lantai. Dah tak larat nak p kutip sebab kita sendiri pun pening. Selamatkan dulu barang2 berharga. Hehehe! Asben dah penah rasa semua tu. Kita buat masa skrg sikit2 je rasa. Kalau boleh xnak la lebih2. Terus meraung nak balik. Hahaha!

Semalam memang lembik selembiknya sebab mabuk. Sampaikan ape yg masuk perut tu tak rasa pape. Dah makan anggur 10 biji pun rasa tawar jer. Hadoii. Camtu rupanya mabuk. Thanks kat asben siap bawak naik makanan kat bilik. Kesian tengok isteri dia tergolek dalam selimut dah macam kak limah dah. Hahaha!

Serius, bila time mabuk terus tringat kat umah. Tak sanggup dah rasa. Camnelah dorang boleh kerja ek.. Hihihi! Alah bisa tegal biasa... :)

Gambaran saiz sebenar kapal dr jarak jauh skit. Gambar ihsan dari asben :)





InsyaAllah, beberapa jam lagi...


Atas: View dr tingkap bilik, cermin tak clear, berkabus kat luar. Dah menghampiri port. Nampak tak 1 sampan kecik tepi benteng tu. & belakang benteng bongkah tu adalah daratan. :)
Bawah: Menghampiri port

InsyaAllah, akan jejak tanah Taiwan petang nanti...

Alhamdulillah, kurang skit rasa pening hari ni. Yelah, bila kapal tak rolling takde masalah. Boleh bangun dgn senang hati, boleh tekan kibod lelaju. Hahaha!

Semalam punyelah nak cepat sampai. Sebabnya tak tahan dah pening kepala. Tido pun asyik nak tergolek jatuh dari katil. Adehhh!

Sekarang kapal standby nak masuk port. Husband cakap schedule tuk kitorang turun ke darat kang around 6pm. Sbb kitorang turun bergilir-gilir. 1st bus at 1pm to 5pm and 2nd bus at 6pm to 10pm. Biasanya dari port nak sampai bandar tu lebih kurang sejam jugak. Time tu sebenarnya dah mcm kul 8pm ke tempat kita. Maghrib sini pun around 5pm. Kalau puasa ganti time2 camni syok jugak. Hehehe!

InsyaAllah dah sampai daratan nanti, kite ambik pic bebanyak and akan kite share later2 okay... Area mane pon kite xtau ni. Kene tanye hubby nanti.. :)

Notakaki: Sementara husband keje, kite isi perut dulu, surfing tenet sejam dua & pilih baju mane nak pakai petang nanti... hohohoho!

Tuesday, November 19, 2013

Bukan senang nak ikut suami...

Happy coz dapat positive feedback from my fren. Ada yang sudi baca rentetan kisah kite since belayar ikut asben. Actually, niat kite mmg nak share dgn all my follower & ni pun coretan pengalaman kita jugak. My first time in my lifetime..

Acceli, bukan senang sbnrnye nak ikut suami belayar. Pada hakikatnya memang boleh follow but setiap wife yang nak ikut tu mestilah 2 orang je setiap kapal. Kalau ade lebih pon mungkin sorang 2, itu pun atas consideration company jugak. And masa before kawin dulu pun asben penah gtau memang wife boleh follow.

Boleh dikatakan semuanya bernasib baik utk sy follow my asben. A few procedures need to be done and then will be submitted to head office for the approval.

Firstly, for surelah medical checkup. Sume kos kene tanggung sendiri. Medical checkup ni including 2 vaccine injections (H1N1 & yellow fever), colera, pregnancy test and ECG. Yang aku paling terkejut, injection vaksin plg mahal adalah yellow fever, RM320! For those yang nak masuk China memang kene ambik vaksin tu. Nak dijadikan cerita, masa pegi tnya klinik panel tu, dorang cakap vaksin yellow fever takde stok. And kitorg kene pegi KLCC. Oh God, kepala dah pusing. Dah la kitorg dr hotel ke Wisma Maran tu naik LRT. Kete memang tinggal kat hotel. And suddenly, staff tbuat double checkup and jumpe 1 je lg stok vaksin tu. Ya Allah, syukur sgt2. Kala tak xsempat siap lagi la hari tu.

For colera pulak, dia bg minum sejenis cecair yg sgt tak sedap! Yuckkkss! Hahaha! And the total spent for medical checkup is RM655! Melayang mcm tu jer in 2 hours. Huhu! Thanks hubby . Really appreciated it.

Then secondly, kene buat pulak seaman card which is a identity card for seafarers. Nak buat kad tu abis pulak RM80. After dah settle all that thingy, kene pegi submit kt Head Office MISC Dayabumi. Kitorang settlekan mende tu sume dalam masa setengah hari. Huhu. Penat tak yah nak ckp la, ke hulu ke hilir. 

Bila dah dapat approval tu, syukurnya Ya Allah. Lega selega-leganya. Asben lah or yg paling lega. Kalau tak, tak dapatla bini dia follow sekali. Hihi... Semua tiket flight direct dari KB-KLIA-BINTULU dah diuruskan oleh company. Sampai hari nak pegi, just bawak beg jer. 

So now, we are on the ship. Nanti kite story pulak camne life kita atas ni selama 4 hari ni okayyyy... :) Daaa c ya again :D

Dulu dengar cerita jer, sekarang dah dapat rasa sendiri...

Sepanjang belayar bersama suami, mungkin inilah coretan yg dpt aku kongsi dengan korang semua. Dah boring sorang2 dalam bilik, selain layan muvie.
Adik beradik, member2 sume nak tau camne keadaan belayar atas kapal ni. Masalahnye ni bukan cruise cheqq oi, ni kapal bawak gas. Hihi! Tidak semewah kapal persiaran yang mengelilingi dunia tu haa. Tapi yang paling best in the world adalah ada SUAMI di sisi... :)
Teringat awal tahun lalu, masa tu masih proses berkawan dgn suami. (time tu tak pernah terfikir pn yg kite ni akn bkahwin dgn seaman. hehe) Masa duk berkawan tu, suami dah banyak story pasal life dorang atas kapal. Suami pn banyak tunjuk gambar keadaan dalam kapal tu camne. So sedikit sebanyak dapatlah kite imagine kan. Al maklumlaa, bidang kitorang tak same. Lgpun suami dah lame kerja camtu. Almsot 5 years! So bagi dia mende tu biasa jer.. Lagi pulak tak sabar-sabar nak balik bila dah cukup 6 bulan belayar. Tapi ape yang best katanya, time sampai kat darat boleh turun kenal2 tempat orang.:)
Alhamdulillah, jodoh kami panjang. Selamat diijabkabulkan pada 1 Syawal 1434H. Lepas kawin, sempat jugak 4 bulan. Cuti pun abis & kerja kembali memanggil2. Rasanya aku lah yg eksaited lebih, tapi xnak tunjuk kat asben. Haha!
Sampai kat port ttibe dah teruja tengok kapal besar bagak depan mata. Before this tengok dalam gambar yg asben tunjuk jer. Tapi xdelah kite tunjuk jakun kan.. Dalam hati.... "waaaaaa besarrr nyerrrrr!" Wakakakaka!
Bila dah jejak kaki atas kapal. Tak rasa ape sebab dah tengok dalam gambar. Cuma yang bezanya sekarang dh tengok real depan mata. Bilik sorang satu, ade katil, sofa, fridge, meja, kusi, almari & toilet dlm bilik. Medium-sized cabin. Cukup selesa la untuk kami berdua.
Then suami bwk pegi tunjuk keadaan dalam kapal. Ofis, dapur, pantry, leisure hall, stor bahan basah, stor bahan mentah, gym, surau and etc. Nak round 1 kapal 5 tingkat ni memang tak abis dalam 1 hari. Dah la penat. Hehe!
Tapi bila dah stat pening2, mabuk nak muntah ni. Semua keadaan yang best jd tak best. Hadoi... dah tak boleh nk buat ape. Terbaring macam orang sakit. Bak kate suami kita,"dah macam orang mengandung." Aduhai serba tak kena. Haha!
Ni gigih jugak bukak laptop sambil badan terhuyung hayang menekan kibod. Hoho! Baru lepas telan ubat mabuk, tapi masalahnya tak leh tido & tak rasa ngantuk pon. Aduh!
Continue esok pulak. InsyaAllah esok akan sampai Taiwan & tak sabar nak jejak kaki buat kali pertama. Amin... :)


view tgh laut dr bilik kite. tp tak clear sgt sbb cermin pon ade percikkan air... hehe


Dah mula rasa mabuk, pening nak muntah!

The most expensive experience on-board!

On 15th kapal dah mula begerak.

Aku: "Syg, bilo kapal nok gerok ni?"
Husband : " Kapal gerok doh la yang, slow-slow.."

Terus pegi intai kat tingkat. Aah la.. kapal dah gerak. Dalam hati kite ckp, "eleh, tak rase pape pun. Rase hanyut pun tak.." Hahaha! Cakap besarrrrr

Bila dah malam skit, nape tetibe rasa pening jer ni. Swallowed a medicine and I fall asleep. Bangun2 rase pulak terhuyung hayang. Haaa sudah! Suami kite ckp ni biasa lagi stkt rolling 1 degree. Before this dia penah rasa 25 degree! Kalau aku rasanya dah ikat badan atas tilam! Hahaha!

Sepanjang 4 hari perjalanan ni dah 3 biji ubat pening aku telan. Rasa nak baring atas katil jer sepanjang masa. Time pijak kaki atas lantai badan dah rasa nak terhumban. Hohoho! Seriously! 

Perasaan paling menakjubkan bila duk tengah2 lautan luas tu.Subnallah.. Indahnya ciptaan Allah. Dah tak rasa takut ke ape. Yang ada cuma rasa kagum. Aku memang takut laut. Jangan harap nak g mandi manda kat laut. Stkt swimming pool mungkin boleh. Hehehe! Tapi once dh berada di situasi sebenar. Kite byk ambik gambar tengah2 laut. But sume dalam phone. Malas pulak nk transfer kt lappy. InsyaAllah nanti ade kelapangan sampai daratan boleh share ngan u ols :)

Bye... c ya again! :)

Saturday, November 16, 2013

Bermula kehidupan di lautan ; tempat seorang isteri adalah di sisi suami :)

Alhamdulillah, semua telah selesai. Happy rasanya dapat berada di sisi suami di tempat kerja. Mungkin suami aku tak macam suami korang. Eventho ada isteri yang tak kerja, tapi suami masih dekat dengan korang. 

Sebagai surihati suami, susah rasanya kalau berjauhan dgn suami, terpisah darat & laut. Seminggu sekali dapat dengar suara pun sudah cukup bahagia. Tapi Allah makbulkan doa aku. Dapat belayar bersama suami lebih kurang 6 bulan di tengah laut cukup2 buat aku bersyukur.

Sometimes, ramai yang cakap apa sangat la motif aku ikut suami belayar. Lebih baik stay kat rumah, macam2 aktiviti harian boleh buat. Tak rasa terperuk ke atas kapal tu. Tak kisahlah labu. Lain orang lain perasaannya. Tidak pada aku. Disebabkan aku seorang surirumah & surihati lah aku mengikut suami belayar. Dalam usia perkahwinan aku yang masih agak muda ni... (cewahhh, ayat xleh blahhh. hahaha!) Rasanya kalau berjauhan 6 bulan cukup2 sengsara. Hihi! Tapi aku salute la pd para isteri yg boleh terpisah laut & darat dgn suami selama 6 - 8 bulan!!! Lepas 8 bulan baru dpt jumpa kucup tangan??? T_T

Rasanya pada aku, biarlah bosan sikit terperap dalam bilik time suami bekerja. Asalkan dpt bersama dia setiap masa. Kerja tetap kerja, tapi time utk bersama tetap ada secara real. Bukannya skype or messanger semata2. Tapi mungkin utk sekali 2 saja or ada kelapangan. Mungkin kalau keadaan tak mengizinkan memang tak dapat nak ikut. :)

Mungkin seminggu sekali jer boleh update. Bye! C ya again... :)

Thursday, August 22, 2013

Kenduri Kesyukuran & Majlis Bertandang

Alhamdulillah... Lega seleganya rasa bila majlis yg wajib dah pun selesai. Majlis kesyukuran di pihak sy telah berjalan dgn sempurna pada 11 ogos 2013 bersamaan 4 syawal 1434H & majlis bertandang pula berlangsung pada keesokan harinya.

Semua dah selesai. Thanks for those yang sudi datang memeriahkan majlis kami. Harap dimaafkan sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis kedua2 belah pihak berlangsung.

Eventho time raya, ada jugak kengkawan yg sudi luangkan masa utk menghadiri majlis kami. Thanks so much! :) Baru terasa penatnya melayan tetamu yg hadir sepanjang hari but surely rasa happy. Yelah, sekali jer seumur hidup. InsyaAllah. :)








 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, August 20, 2013

Alhamdulillah... sempurna semuanya.

Allahuakbar.. Syukur alhamdulillah... Tak terucap oleh kata-kata betapa nikmatnya perasaan yang Allah kurniakan. Tanpa sebarang paksaan, airmata mengalir laju tatkala lafaz akad dibacakan oleh abahku, sebagai wali. Moment paling indah dalam hidup, namun jauh di sudut hati terasa amat sayu sekali.

Kini aku telah sah menjadi isteri kepada suami tercinta. Alhamdulillah, pada 8 Ogos 2013 tepat jam 11.15 malam dalam keadaan hujan renyai. Dengan hanya sekali lafaz, aku kini di bawah tanggungjawab suamiku. Bermulalah kehidupan baru sebagai sorang isteri. Semoga Allah mempermudahkan jalan untukku menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Suamiku... dialah syurga bagiku. InsyaAllah...





Notakaki: Perkahwinan itu adalah menyempurnakan sebahagian dari agama. Indah bukan? Semoga sentiasa diberikan ketabahan dalam mengharungi suka duka alam rumahtangga.. Amin... :)

Saturday, August 3, 2013

Apa yang ada dalam tiada?

Assalamualaikum...

Tak sedar masa berlalu. Hari ini sudah masuk Ramadhan yang ke-25. Rasa macam 4,5 hari lepas baru puasa. Sobs... Sedih, Ramadhan bakal meninggalkan kita. Entah akan ketemu lagi atau tak, jika dipanjangkan umur & diizinkan Allah swt. Mood bercampur baur sekarang ni. Sedih Ramadhan bakal melabuhkan tirai, bersyukur sebab bakal menyempurnakan sebahagian dari agama. InsyaAllah mudah-mudahan.

Tahun ni tahun pertama beraya bukan sebagai perantau setelah 6 tahun menetap di Shah Alam. Hehe! Tahun first jugak tak merasa bestnya balik kampung reramai. Orang duk sibuk update status balik kampung, aku elok jer dah sampai kampung awal-awal lagi. Kepada sesiapa yang pulang ke kampung tu, make sure drive elok-elok OK. Jangan nak cepat sampai jer. Ingat insan tersayang sedang menunggu kepulangan kita di depan pintu. :)

Lagi pulak raya kali ni sgt2 berlainan dari raya2 sebelum ni. Bakal bertukar status Cik ke Puan pada raya pertama. Oh nevesnye saye! Haha! Tapi katanya 5 hari tu masih lama. Ayoyooo... Sy dah tak lepas nak bernafas! haha

Tahun ni tak prepare utk raya pun sebabnya lebih focus for my big day ceremony. Paling sedih, baju raya pun takde ni haa. Sobs... Sibuk sangat duk focus kat wedding sampaikan duit raya pun lupe nak tukar. Tahun ni memang takde duit raya la ye, tapi sy dah buat open house besar-besaran untuk korang nikmati. Lebih berharga dari nilai duit raya tu. Hoho!

Orang duk sibuk carik baju raya, aku pulak sibuk fitting baju nikah & kawin. 

Apa yang sy harapkan?? Bukan hadiah & wang ringgit. Hanya doa yang baik-baik dari kalian utk sy & ikatan yang bakal dibina ini kekal ke jannah. Amin...

 

Notakaki: Teringat kisah setahun yang lalu..... Rupanya perancangan Allah itu lebih indah untuk hambaNya. Syukur Alhamdulillah... :)
Related Posts with Thumbnails