My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Monday, May 23, 2011

Urgent: Mencari SHOP LOT di sekitar SHAH ALAM & BANGI

Assalamualaikum & morning semua...

Actually, saya nak mintak bantuan kawan-kawan semua, if ada sesiapa yang tahu or ada contact person yang boleh dihubungi tentang sewaan SHOP LOT di sekitar SHAH ALAM  & BANGI. Kadar sewa kalau boleh around RM1500 (min) - RM3000 (max) per month.

So, if korang ada info tentang SHOP LOT kosong yang nak disewa di kawasan berkenaan boleh send email dulu pd saya miss.izah@yahoo.com / liyana_uitm@yahoo.com A.S.A.P. For details info nanti kita boleh bincang lebih lanjut ok...

Thanks nway....


*Tak kira besar ke kecik saiz kedai, If ade, if inform je dulu. Nanti kitorang akan pergi tengok. Banyak location pun takpe.

p/s: if sesapa yang ade no contact sy tu, boleh call/sms me directly..

Wednesday, May 18, 2011

Dah penat nak tegur kalau diri sendiri tak sedar...

Bila dah besar panjang, pandai-pandailah berfikir. Rasional & matang. Tak perlu lagi orang nak tegur banyak kali. Setiap kali ditegur, muncung sedepa. Tak nak mengaku salah. Anggap diri terlalu hebat. Selalunya bila orang tegur, kene fikir kenapa... ada baiknya. Semua orang tak perfect. Cuba terima teguran tu dengan hati terbuka dan berfikiran positif.

Orang tegur bukan untuk menjatuhkan air muka. Lainlah kalau dilaungkan di khalayak ramai. Tapi sikap masih jugak tak berubah. Bukan sekali dua, tapi dah lebih 10 kali. Masih di takuk yang lama. Kalau tak dapat terima teguran orang, better duduk dalam hutan rimba sorang-sorang. Buatlah ape pun, takde orang kisah. Lagi tak semak otak kan.....

Susah betul la bercakap dengan orang yang mmg payah nak terima teguran orang. At least sedar, bukan makin angkuh. Dah terang-terang buat salah, takkan orang nak cakap betul pulak. Kalau dia sorang cakap betul tapi 3 orang lagi cakap salah.... Camne tu? Sape yang betul sebetul-betulnya. (haaa.. kan dah terbelit-belit ayat aku)

Serius, penat layan orang macam ni. Last-last ambik sikap berdiam diri. Pandai-pandailah sendiri nak buat ape. Nasib baik tidak dicanang sikap negatif tu kat semua orang. Kalau tak lagi haru-biru..lagi timbul banyak persoalan. Susah pulak nak jawab kan. Tak pelah.. kata budak terpelajar. Ada akal, minda, pengetahuan, ilmu.. cukuplah kan. Kalau dia dah rasa dia betul all the time.. memang inilah jadinya. TAK MAKAN SAMAN! Dia akan anggap orang lain 'rendah' dari dia. 

Notakaki: Takpelah, mungkin dia tak bertemu lagi buka dengan ruas. Bila dah ketemu nanti, barulah dia tahu langit ni tinggi ke rendah. Even pakai heels 16 inci pun, mmg muka menyembah bumi jugak.. Wallahualam....

Penipuan: Berhati-hati.. lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena



 *klik untuk tumbesaran

 *klik untuk tumbesaran

Korang penah dapat email macam kt atas? Mungkin mende ni dah lapuk, tapi kalau dah lapuk, masakan ada lagi yang terpedaya dengan mende camni. Sedar-sedar duit dalam account lesap. Hilang & kosong! So, masih ade yang tak alert dengan mende ni or terlepas pandang.

Ni first time aku terima email-email camni. Memang langsung aku tak caya mende ngarut ni semua. Lebih-lebih lagi melibatkan account kita. Alhamdulillah, masih dijauhkan dari terkena mende-mende camni. Cuba korang fikir bagaimana perasaan mangsa yang dah terkena. Nak menyesal pun tak guna. Eventhough dah banyak pihak bagi nasihat & pesanan agar tak terpedaya. Tapi masih ade lagi yang terkena. Wallahualam....

So, pesanan aku kepada sahabat-sahabat di luar sana.. berhari-hati ye. Jangan main redah nak tekan link tu ke ape. Dpt je email camtu, terus delete. Tak rugi ok. Lagipun utk sesahihan sebenar, korang boleh call direct to Maybank. Lagi senang. Nak takut ape. Lebih baik berhati-hati dari terkena nanti, kalau dah terkena.. menyesal pun tak guna dah.


Penghargaan buat semua...

I wanna say million thanks to all my followers yang sudi 'memollo' (bahasa kuno) blog aku yang tak seberapa ni.  Kepada blog sesapa yang aku tak sempat nak jenguk tu, so sorry ok. Nak loading blog sendiri pun makan masa, inikan pulak nk loading blog korang kan. Tunggu lah aku subscribe balik broadband. Tak sure lagi bila, mungkin ambik masa sebulan dua. Sebab banyak mende nak kene settle.

Actually, aku sangat2 terbatas nak hapdet blog everyday eventhough aku boleh hapdet through BB tapi xsehebat feeling hapdet dengan PC or laptop. Kat ofis sangat2 terbatas.. *nak 1000 daya, taknak 1000 dalih*. Tapi connection kat ofis sangatlah mensiput. & membuatkan aku sangat2 sakit hati & takde mood nak hapdet blog. Malaslah nak membebel banyak sangat kat sini. Nanti ade pulak mata-mata yang memerhati & mulut-mulut tempayan... huhuhu!

Nway, thanks again to all my new followers. Hope korang tak menyesal follow aku sebab blog aku kengkadang bersawang seminggu. Sehari belum tentu ade satu entry. Dulu sehari 10 entry pun aku boleh hapdet. hehehe! Dah la BE tengah running baik punya sekarang ni. Tu yang kadang-kadang gigih jugak hapdet. Even 2 ketul je, tapi berbaloi-baloi wei.. Tunggu masa je nak cash out nuffnang.. hehee! Thank you Nuffnang!


Buat perangai lagi...

Assalamualaikum & morning...

Mati-mati ingatkan hari ni hari isnin. Takmolah camtu, lagi lambat masa berlalu. Tak sanggup den. huhuhu! Hari ni dah rabu, esok khamis, lusa jumaat... tulat??? Cuti lagi & lagi... heheheh! *takde kaitan langsung* Semalam sanggup pergi Gombak demi memenuhi keinginan hati nak makan macam-macam. Kepala tetibe 'tak center'. Dah pukul 6.15 baru bersiap turun. *Thanks zaza kerana sudi temankan saya & sudi bagi saya menumpang kasih di rumah anda* ahaksss!

Pagi ni datang ofis perut kosong. Rasa nak makan itu ini. Tapi bila dah naik tapau kat atas, malas pulak rasa nak makan. huhu! Buat perangai yang sama berulang kali. hehehe! Kalau penat nak makan, macam biasa.. xperlu kunyah. Tapi terus telan. hehehe! Tu yang cepat lapar sebab makanan nak dihadam sepenuhnya. *tau tapi buat jugak*

Sekarang ni pun mee rebus still ade dalam mangkuk. Dah tak larat nak kunyah. Nasib baik berkuah, boleh la hirup kuah sikit-sikit kasi kering. *membazir, kan?* Astaghfirullahal'azim.......

Notakaki: Tak sabar nak kurus balik macam dulu.... (asyik ulang mende sama berkali-kali) ;p

Monday, May 16, 2011

Kenapa ini terjadi....

Kenapa semakin kita nak melupakan sesuatu perkara tu, 
semakin kuat ingatan kita terhadapnya...

Korang pernah tak rasa sesuatu yang aneh macam ni?
Pelik kan... 

Rasanya kalau memori tu boleh di Ctrl+Alt+Delete, dah lama aku buat mende tu.
Tapi buttonnya aku tak jumpa lagi buat masa sekarang.
Mungkin ada... ya memang ada. Mungkin tersembunyi.

Dua hari yang menggila...

Hari minggu aku memang terisi dengan jayanya...wah! Nampak macam ada sesuatu yang berlaku, kan. On sunday takleh bergerak ke mana-mana. Adik laki aku datang pinjam kereta. Sehari suntuk pulak tu. So, takpelah. Better duk umah je. Jimat, duit pun tak mengalir. Tetibe dapat panggilan phone dari my umi. 

Umi: "kat mana tu..."
Aku: "kt umah je.."
Umi: "baca tak dlm paper ni.. kes simbah asid ni.."
Aku: "dah lame la mi.. dah tau dah.." (sambil gelak)
Umi: (respon memahami)
Aku: "kete takde pun. ayih ambik tadi pegi beli speaker"
Umi: "oklah....."

bla...bla...bla.... perbualan memakan masa 5 minit itu berakhir.

Aku continue buat 'kerja gila'.. Yup.. layan muvie dalam laptop sampai pengsan. ahakss! Sempat pesan kat adik aku suh bawak dia punya external HD, nak sedut cite banyak-banyak. Memang bertapa la aku dalam bilik tu selama dua hari. Nasib baik tak meletopp laptop aku. hoho! Lepas satu crita abis, continue muvie lain pulak. Filem melayu, omputih, hindustan, cina semua aku sebat.

Tapi still banyak berbaki muvie yang belum aku tengok. So, since broadband dah takde ni. Itulah kerja aku hari minggu. If sempat balik kerja, layan jugak 1-2 muvie Yelah, biasenya aku tidur awal bila hari kerja. Tapi esok cuti kan??? hahahaha.... jadi burung hantu lagi la jawabnye... yeah!

Kenangan sebagai anak 'cikgu'...bersama abah.

Teringat lagi zaman persekolahan. Masa sekolah rendah aku bersekolah satu sekolah dengan umi aku. Nak cakap banyak sgt keistimewaan tu takde la sgt. Orang ckp xbest satu sekolah ngan mak or ayah. Tapi aku ok je. Masa zaman sekolah menengah, aku bersekolah bersebelahan dengan sekolah abah aku. Hanya dipisahkan oleh satu pagar konkrit. Abah aku ni seorang guru Hal Ehwal Murid (HEM). Ala-ala guru disiplin la gitu. Kalau sebut nama abah aku memang ramai orang kenal. huhu... Garang!

Pagi-pagi pegi sekolah dengan abah. Lewat abah pergi, lewatlah aku sampai sekolah. Dulu kalau masuk selepas pukul 7.30 pagi kene tulis nama dengan Pengawas. Kadang2 tu kalau aku lewat, aku suruh abah hantar aku sampai dalam pagar sekolah. So, pengawas tu terpaksa la bukak pintu. hehehe! So, terlepas la nama aku ditulis. Lega... ;p Tapi kadang-kadang abah tak terlalu manjakan aku. Dia hantarkan aku hanya di luar pagar sekolah. Kalau lambat memang nasib. Abah hanya gelak je dari dalam kereta. erkkkk!

Tapi aku tak pernah susahkan abah sepanjang 5 tahun aku di sekolah tu. Cuma, penat menunggu time nak balik kalau abah ada mesyuarat. Orang lain balik pukul 2 ptg, aku pulak terpaksa tunggu abah. Kalau abah abis pukul 5, pukul 5 lah aku balik. Kekadang abah lupa, lepas mesyuarat sempat lagi borak-borak. OMG! Kekadang sampai menangis tunggu. Dulu tak guna HP macam sekarang. Nak berhubung susah. Tapi masa Form 4 aku dah start guna phone, even abah umi marah tapi dorang tau kemudahan ada mende tu. hehehe!

Rumah aku ke sekolah agak jauh. Hampir 20km. Abah tak bagi aku naik bus. Teksi apetah lagi. Nak tak nak terpaksa menumpang abah pergi balik sekolah. Bila dah namanya cikgu HEM, sikapnya garang. Terpaksa. Tapi kat rumah abah seorang yang tegas. Bila abah selalu bawak aku pergi sekolah dia, adalah murid-murid yang mula mengenali aku sebagai 'Anak HEM'. Biasalah bila kita jadi cikgu ni, ada yang suka, ada yang tak suka. Lagi-lagi cikgu disiplin. Asyik nak hukum orang je kejenya kan. Rupanya ramai yang 'tak suka' abah kerana dia adalah guru disiplin. Aku kene tempiasnya. adehh! Nasib baik takde orang yang datang ugut ke ape.. uhuhuh!
Dulu, bila masuk bilik abah mesti bukak laci. Terjumpalah macam-macam benda yang abah rampas. (benda yang tak sepatutnya di bawa ke sekolah) Biaselah masa tu aku naive lagi. Pernah terjumpa gambar-gambar yang tetttt... aduhai. Penah jumpa gambar yang abah ambik dari muridnya yang konon-konon melakar nama BF di kulit badan. OMG! Ala-ala tatu la. Sejak tu baru tahu kerja cikgu disiplin macam tu. Sebab seumur hidup dari darjah 1 hingga form 5 aku tak pernah masuk bilik disiplin atas kesalahan sendiri. Cuma aku pernah sekali menjejakkan diri ke bilik disiplin masa form 5.. itu pun sebab menjadi saksi kes kawan. adehh! Pengalaman yang sgt hebat! hoho...

Kenangan tu tetap segar hingga kini. Namun, aku tak pernah salah guna title aku sebagai 'anak cikgu'. Apa pun aku tetap sama dengan murid-murid yang lain, tiada yang istimewanya. Tiada batas untuk berkawan dengan sesiapa pun... Cuma aku  cukup bertuah kerana memiliki 4 orang sahabat baik yang merupakan anak-anak cikgu. Kebetulan, ibubapa kitorang mmg mengenali antara satu sama lain. Ada juga yang ibunya mengajar di sekolah yang sama dengan abah aku. Alhamdulillah...sampai sekarang kitorang masih bersama.

Abah bersara sewaktu aku di tingkatan 4. Walau abah telah bersara, sehingga kini orang di kampung masih mengenali aku sebagai 'anak cikgu'. Sampai skrg orang memanggil abah 'cikgu'....

Happy Teacher's Day: Jasamu tetap dikenang...

Assalamualaikum & morning....

Hari ni tanggal 16 Mei 2011....
Selamat Hari Guru diucapkan terutama buat ayahanda & bonda tersayang... Kepada guru-guru & lecturer yang pernah mengajar dari tadika, SK Tempinis, SMK Tengku Mahmud, UiTM Kelantan & UiTM Puncak Perdana...
Abah,
Walau dikau sudah bersara sebagai pendidik, namun dikaulah GURU ku yang paling setia. Guru yang banyak mengajar erti hidup dari kecil sehingga hampir 25 tahun kini. Terima kasih yang tidak terhingga. Walau aku sentiasa dimarah, ku tahu itulah teguranmu yang berguna.

Umi,
Terima kasih juga kerana banyak mendidik anak-anakmu, & juga anak-anak didikmu di sekolah. Bertuah rasanya kerana pernah menjadi anak didikmu. Terima kasih kerana banyak memberi teguran & tunjuk ajar selama ni. Dikaulah IBU & GURU yang sangat berjasa padaku. Semoga dikau terus tabah mengharungi segala pahit perit mendidik anak bangsa, semoga diberi kekuatan untuk terus berbakti kepada negara & semoga menjadi guru yang berdedikasi.

Untuk semua pada pendidik di seluruh Malaysia, SELAMAT HARI GURU ku ucapkan. Tanpa kalian siapalah kami hingga ke hari ini. Halalkan setiap titis ilmu yang kalian curahkan kepada kami. Semoga ianya menjadi benih yang berharga untuk kami gunakan di masa depan. Semoga niat murni kalian diredhai Allah & ku doakan semoga kalian semua dirahmati Yang Maha Esa. Amin....

Tuesday, May 10, 2011

Yes... yess... yesss!

Yeayyyyyyyyyyyyy... gaji belum masuk lagi! (wah 'hepinyee!')
Hebat kan....?
Gaji bila???
Ha... kalau korang nak tau gaji bulan APRIL ye. Diulangi sekali lagi... Bulan APRIL punya GAJI!

Hebat betul aku boleh hidup lagi even dah masuk 2nd week of May.
Alhamdulillah.. memanglah tak sesak. Tapi terbatas. Tau makna terbatas?? hehe.. Savings & expenses kene asing awal-awal. Kalau tak memang saving tu akan terguna.

Masuk kedai kasut... tengok, pegang lepas tu letak balik atas rak. O.O
Masuk kedai baju... perkara yang sama terjadi.
Masuk KENNY ROGERS, NANDO'S, SECRET RECIPE... terkebil-kebil mata. 
10x fikir nak beli ke tak. :p
Last-last masuk GIANT beli roti ketul jela.. jimat kan. Asal kenyang, alhamdulillah.

Bila berpuasa lagi lah jimat.kan..kan..kan..

Notakaki: Asyik login M2U jelaa harini. Sebab katanya harini PayDay... tskkkk

Kisah simbahan asid.. benarkah? Apa tindakan selanjutnya?

 *klik untuk tumbesaran

Wallahualam... aku dpt email ni dari akak opis dah lame, last month if im not mistaken. Dalam hati terfikir jugak, berjaga-jaga. Malang tak berbau. Benar ke tak. Tapi dalam paper last 2 weeks ade keluar kisah simbahan ni. Katanya orang yg buat ni memang ade masalah mental. So??? Kalau dia GILA, senang-senang ke dia boleh terfikir buat mende camtu? hurm..... Ape tindakan pihak sekeliling dengan masalah ni?

Kepada mangsa-mangsa yang dah terkena harap bersabar ye. Pada orang lain, berhati-hatilah. Kita bukan nak avoid dari terkena mende ni je. Kat mana-mana pun malang tetap ada. Berdoalah semoga dilindungi olehNya. Amin

Tadi kat tweetdeck, ternampak status Blogger's Malaysia ni......


Ape kata korang? Nak suh mangsa simbah balik kat mamat ni? Sorang-sorang ikut turn... erkkk.. Terus hancur rasanya badan mamat ni. Bila mamat ni nak kene tangkap pun tak tahu. Cuma yang ada, cerita yang terus menerus...

Notakaki: Kalau benarlah kisah ni, mintak berhati-hati ye wahai wanita di luar sana. Kebanyakan mangsa adalah perempuan. Sebelum melangkah keluar rumah tu, amalkanlah baca ayat Kursi ye. Semoga kita sentiasa dilindungi Yang Maha Kuasa. Amin

Panas luar panas dalam

Assalamualaikum & morning

Sejuknye ofisku sekarang. Sebab ade exhibition kat bawah. Memang PWTC murah hati bagi econ lebih. Kalau tak.... hahaha!

Wah.. sekarang rata-rata orang naik status 'kepanasan' kan.. Tapi mmg betul la, baru semalam baru aku sedar bumi kita mmg sangat-sangat panas. Bahangnya tu mmg terasa sangat-sangat. Lepas mandi pun badan still melekit & berpeluh. mak aihhh! Rasa macam nak duk dalam peti sejuk 24 jam.

Nak tidur pun tak selesa. Nak tidur dalam econ takut bangun pagi hidung tersumbat & sakit tekak. So, tekan je la button standing fan tu No 2. Tu pun rasa macam panas lagi. Teruknyee.. hahaha.. (ni panas bahang ke panas dosa ni.. opsss) 

Datang ofis senang lah duduk. Selesa je rasa. Sejuk semacam. Terasa pulak nak bawak blanket kan. Time sampai umah, dah... abis semua terbukak! erkkk...... Laki boleh la bukak baju bukak seluar pakai boxer! Kalau pompuan?? hehehe... fikir sendiri la. Paling tak pun pakai baju kelawar je la ye, masuk angin sikit.. ;p

Tapi memang bumi kita sedang mengalami kadar pemanasan pun. So, korang bersabar la ye. Jangan pulak korang pegi buat 'open burning'.. lagi parah bumi. Isi-isi bumi pun turut terseksa karang. InsyaAllah, dijangkakan minggu depan berakhirlah musim panas ni. Hope so. Samelah kite berdoa ye. Kalau tak jugak, sabar la hingga musim sejuk tiba... hehehe!

"@bharianmy: Cuaca panas dijangka berakhir minggu depan http://fb.me/xHIpGCHP"

Notakaki: Panas kat dunia ni sikit je, panas lagi api neraka di sana nanti.. renung-renungkanlah... :)

Macam-macam rasa

Assalamualaikum & morning...

Sekejap je masa berlalu. Harini dah 10 Mei 2011. Dalam kepala ada satu keinginan untuk 'berehat' lama. Mungkin paling lama untuk jangkamasa 2 minggu. Ya Allah, i cant focus to anything. Susahnya hai... Nak cakap down pun, lebih kurang lah kan... suam-suam kuku.

Datang ofis sekadar memenuhi syarat.. (OMG.. ikhlas ke tak ni.. hehehe) Mestilah kene ikhlas, keje kan satu ibadah. Kene kerja dengan rela hati demi sedikit ganjaran yang bakal diperolehi. hehe!

Semalam aku call my sister. Rupanya sakan dia bercuti kat umah. 5 bulan! Mak aih, better lagi datang cari keje kat cini ha... boleh gak duit sementara duk saje-saje kt umah. hhehe! (sebenarnya nak suh datang jadi peneman kt sini) Tapi kalau dia kat umah, boleh tolong masakkan untuk my dad. Sebab, bila my umi pergi sekolah, my dad kesorangan di rumah. Kesian la pulak. adehh!

Tak pelah mane-mane pun.. Kalau my sis datang sini lagi seronok. Ada teman nak berborak, ade teman nak melalak, ade teman nak berjalan-jalan, ade teman nak jogging... hehehe!

Sunday, May 8, 2011

You are such a beautiful gift from God...

Assalamualaikum...

Ibu,
Anugerah terindah & teragung dari Allah untuk kita..
Tanpa ibu tiadalah kita di dunia..
Yang mengandungkan kita 9 bulan tanpa penah & lelah..
Yang menjaga kita dengan penuh kasih sayang..
Dia hanya satu, tiada duanya di dunia..
Hargailah ibu selagi dia masih bernyawa di sisi kita..
Sayangilah ibu lebih dari dia menyayangi kita selama kita melihat bumi Allah..
Tiada apa yang ibu inginkan apabila dia meninggalkan alam ini, melainkan doa anak-anaknya yang soleh-solehah..

Kepada semua yg bergelar ibu, engkaulah permata paling indah yang pernah hadir dlm hidup kami semua... Tiada kasih yang lebih hebat melainkan kasih ibu & kasih Allah.. Mother, u never been replaced.

"Happy mother's day to all mothers around the world.."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Permata Hati: tanpamu siapalah aku...

Umi,
Terima kasih krn menjaga anakmu sudah hampir 25 tahun lama,
Terlalu byk pengorbanan yg umi curahkan.. tak ternilai dgn wang ringgit harganya,
Halalkan susu yg umi alirkan dlm badan anakmu ini,
Itulah ikatan yg takkan putus smpai mati... semoga btemu di syurga nanti,
Anakmu ini mdambakan syurga di bawah telapak kaki umi,
Marah umi bkn kerana benci,
Tapi utk kebaikkan kami suatu hari nanti,

Umi,
Maafkan anakmu ini andai pernah menyakiti hati umi,
Ampunkan dosa anakmu ini, andai pernah mberontak dgn nafsu jiwa muda,
Tapi percayalah, setiap kali itulah airmata anakmu ini mengalir menyesali perbuatan diri,
Inginku peluk tubuh & kucup tgn umi sentiasa,
Namun kejauhan sgt mbataskan kita,
Tapi tak pernah ku lupa walau sesaat doa buat umi di setiap sujud mengadap Yang Maha Esa,

Umi,
Dikau org yg plg memahami anakmu ini,
Ketika anakmu bsedih, umi dpt merasainya,
Doa umi cukup membahagiakan anakmu ini,
Hanya umi yg memahami isi hati anakmu,

Umi,
Restuilah setiap langkah perjalananan anakmu ini,
Titipkanlah doa utk anakmu menjalani hidup berjauhan dari umi,
Kata² umi adalah semangat yang takkan pernah hilang,

Umi,
Terima kasih atas didikan agama yg umi berikan sejak lahir.. cukup sempurna,
Namun andai ada kelalaian dr anakmu ini, ianya kekhilafan diri anakmu sendiri, bukan salahmu, umi... Umi dah berikan yg tbaik utk kami...

Umi,
Masih belum cukup untuk anakmu mbalas jasa & pengorbanan umi,
Namun, ku harap masih punya waktu untuk anakmu ini melakukan semua itu,
Anakmu ini tlalu menyintai umi, tlebih cinta dari harta & wang ringgit yang ada,
Umi lah permata hati kami sekeluarga...

"Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Kau panjangkanlah umur umi ku, Hjh Halimahtun bt Zainal. Kau ampunilah segala dosa² umi. Kau lindungilah umi di mana pn umi berada. Kau berikanlah kesihatan tubuh badan kpd umi agar dpt mdoakan kesejahteraan kami. Kau berikanlah kekuatan utk umi mjalani hidup sehari². Kau peliharakanlah umi dari hasat dengki manusia. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui segala isi langit & bumi. Amin Ya Rabbalalamin..."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 4, 2011

Antara mimpi & sedar

Assalamualaikum & morning...

Yeahhh.. harini turun dari rumah pukul 7.50am, sampai ofis 8.58am... hebat tak?? kan kan.. ahaksss! Kiranya still sempat la kan sampai ofis before 9am kalau turun before 7.30am pun.. ahakss! (tu pun kalau xde jem yg maha dasat la)

Pagi tadi rasa malas gile nak bangkit. Al-maklumlah keseorangan buat sementara waktu.  hehe! Malam tadi awal kot tido. Pukul 10 dah pengsan. Dah terbiasa beberapa hari dalam seminggu mesti set alarm pukul 3.30am. hehe! Petang tadi dah niat nak puasa hari ni, so nak bangun sahur.(kene jimat ni gaji lom masuk. ahakss)

Yang geramnya, alarm tu tak salah pun. Memang ia dah menjalankan tugasnye. Aku pun terus tekan 'turn off'. Next alarm pulak pukul 6.30am. Lepas aku matikan alarm, aku rasa diri aku dah bangkit. Punyalah rasa real semacam je. Duk makan nasi + minum air segala bagai.. bersahur la katakan. Then aku buatlah ape yang menjadi 'kebiasaan'. huhuhu! (mungkin time tu mamai2 kot)

Wah bila rasa dah settle semua benda tu, konon-konon nak tidur balik. Tengok balik jam pukul 5.05am. Mak aihhhh... sah aku mimpi tadi. Sebab tetiba perut rasa lapar semacam je kannnn! huhuhu.... Cepat-cepat bangkit, cuci muka terus makan.. boley tak?? adehh.. Alhamdulillah dah kenyang. 10 minit je pun makan. hehe!

"Kalau terus mandi ni best jugak.. sejukkkk!" (dalam hati)

Terus masuk bathroom lah... mandi di pagi hari! adehh... Tunggu subuh, solat then sambung tidur balik sejam sampai kul 7.30.. tapi tidur-tidur ayam je. (harap mata jangan ngantuk ye pagi ni...)

Notakaki: Nasib baik datang ofis pagi ni tak ngigau nak pegi tapau breakfast.. hehehe

Tuesday, May 3, 2011

(Quick Update): KL-Shah Alam-Kedah-Penang

Assalamualaikum & morning...

Masih ade yang dalam mood holiday kah? hehe... same goes with me. Tapi 'terpaksa' datang kerja ok. aduhai.. (kerja dengan ikhlas ye izah!)

Nak story pasal vacation ke Utara last week, tapi entry penuh coming soon. Gambar semua still dalam camera Kak Annin. ahaks! Tapi last week mmg penat gile kot. Servis kete telah berjalan dengan jayanya. Turun dari ofis pukul 4 lebih, sampai Glenmmarie lebih kurang pukul 5.30. Sib baik kete tak banyak kat workshop. Terus boleh buat kete aku terus. 

Text my lil bro suh datang teman... tetibe rasa sangat kesian sebab dia terpaksa dtg dengan motor. Selalunya aku akan pick up dia kat Padang Jawa. Dalam hati rasa bersalah yang amat sangat. Time tu pun kereta dah nak siap servis. huhuhu!

aku: "dah makan belom?" 
adik: "belom"
aku: "tu la.. nk makan xsempat, rushing nak patah balik KL". aduhai.. sian lak (dalam hati)

Tak sampai 15 minit pun dia teman aku, kete dah siap. uwaaaaa! Rasa bersalah tetap ada. Kesian kat adik aku.. walhal aku boleh settle kan sendiri. Lepas bawak haluan masing-masing, aku terus patah balik KL. Time tu lebih kurang pukul 6pm. Jem tu tak yah cakap lah.. Sangat disaster ok. Terpaksalah kedek-kedek dalam jem. Dengan ragam manusia yang bermacam2.
Sampai balik PWTC almost 7.15pm. Perghhhh... gigih sungguh aku tekan pedal minyak ulang-alik. Pick up Zaza & Kak Annin.. perut lapar yang amat sangat sebab sepanjang hari just sempat makan karipap seketul + air masak (wajib). Before pergi Gombak, sempat singgah pasar malam dulu. Beli ape yang patut. Pukul berapa nak gerak ke Kedah pun tak tahu ni. Badan dah sengal, perut jangan cakaplah.. keroncong+black metal semua lengkap. Mata agak penatlah...

Akhirnya, bermulalah perjalanan ke Utara dari Tol Duta pada jam 10.30 malam. Mak aihhh, stop Shell jap, bapak ramai orang kot! Sib bek minyak dah full tank. Kalau tak jenuh nak Q. Stop beli gula-gula je. Alhamdulillah.. perjalanan lancar even kereta sangat banyak atas jalan. Nak merempit dah tak larat. Tekan jela pedal tu santai-santai. Bertemankan music dari CD & Zaza serta Kak Annin. hehe! Alhamdulillah, sampai Sungai Petani lebih kurang pukul 4 pagi.

Masuk bilik terus lena.. tak sedar ape dah.

To be continue........

Related Posts with Thumbnails