My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Saturday, July 27, 2013

Jangan duk kalut sangat lah...

"Rilek brader, brader rilek.. rilekkkkkk"

Festime aku dengar lagu ni rase nak tergelak pun ada. Rupenye Imuda yang nyanyi. Patutlaa lagu ni sungguh menggelikan usus aku. Tapi bukan nak story pasal Imuda or lagu Rilek Brader ni okay sbb lagu ni tak membantu aku langsung utk kurangkan stress! Haha!

Gambar Hiasan: Alamakk.. tercekci pulak gamba kite curik kt gugel ni. Ampun ye, dah la bulan puasa ni... hihi

Nak cakap sy sedikit stress di kala ini. Haha! Haa mcm awek kat gambar atas tu haa. Selalunya orang letak tangan atas dahi sambil baring. Ni memang tak sempat nak baring, sebabnya stress sangat2. Sambil berdiri pun jadilah... Huhu!

Aku rilek je sebenarnye, tapi tetibe jadi stress dengan keadaan sekeliling. Adeh! Tak bagi respon kan orang cakap buat dek. Pekak ke ape budak ni. Aiyoo! Bila dah mula pikir, haaaa sakit kepala dah. Nak telan pain killer tak boleh, puasa kannnnn! :p

2,3 ari lepas dah migrain. Janganlah arini kepala pusing pulak tetibe. Nampak je aku ni rilek2, cool manjang. Dalam kepala ligat berpikir oii. Cuma aku ni slow motion skit bab bergerak nak mulakan sesuatu mende. Haha! Sejak dari study dulu lagi camtu. Stail siput memang begitulah.. Omputih cakap, LAST MINUTE YOWW! ;p

Kekadang memang tak efisyen pun keje aku ni. Yelah, bila last minit baru nak kelam kelibut paham2 jelah. Lepas tu mulalah nak meroyan sengsorang kalau ade mende tak kene. Awal2 takmo buat. Haha! (sy mmg dh sedia maklum perangai sy mmg begini, tapi sshnye laaaa haiii nak ubah. HABITAT buruk! ;p) 

Kalau tinggal 10 hari pun tak dikira last minit, aku tak tahu la bila sampai hari ke brape baru aku nak anggap last minit! Mungkin 2 hari kot! ;p


Notakaki: Bila stress saya layan CANDYCRUSH eventho ia sgt menambahkan lg stress saya bila tak lepas game! Hahahahaaahahahahhahha

Friday, July 26, 2013

Tak sempat nak bermanja...

Bukan nak bermanja ape sangat la kan. Sebenarnya tak sempat nak bermanja di Spa. Normally bakal raja sehari, at least sebulan sebelum majlis harus memanjakan diri di Spa or Beauty Centre or what so ever la kan. Yelah kan, badan nak jugak rasa fresh & berseri-seri gitu di hari bahagia. Cewah.. ayat selalu taknak kalah. Haha!

But aku seriously memang tak sempat nak berspa-spa bagai dah. Lagi-lagi dalam bulan puasa camni. Banyak mende yang terbatas. So terpaksalah manjakan diri sendiri kat rumah. Tapi rasanya tak sempat nak memanjakan diri jugak lah, sekarang pun dah rasa tapak tangan dah mula kasar. Haha! Scary ok! Dah asyik cuci pinggan je kan. (sebenarnya nak cakap jugak rajin buat keje rumah. lalala! ;p)

Masa tinggal lagi 2 minggu. Kalau tolak wiken memang alamatnya 10 hari jelah! Oh.... Memang tak sempat sangat. Besides banyak lagi mende yang tak settle. Pejam celik pejam celik dah nak abis Ramadhan. Sometimes rasa macam tak sedar masa berlalu. Adeh!

Hopefully badan takdelah lemau sangat kan. Plus nak jugak la nampak seri di hari bahagia. :p Takpe, orang cakap, seri luaran akan terpancar bermula dari dalam. InsyaAllah... Hehe! :D 

Mixed feeling!

 

Sunday, July 21, 2013

Penjelasan: Status saya disalahertikan...

Terdetik utk update status FB bila terbaca second case today in newpapers ttg KECUAIAN IBU MENINGGALKAN ANAK DI DALAM KERETA. But ada a few yang mungkin salah anggap dengan statement sy. Yes, my mistake is tak explain in details ape yang sepatutnya. So, its okay, sesiapa pun berhak bersuara kan. Bukanlah nak panjangkan cerita but sy pun nak orang faham ape yang cuba sy sampaikan...


Ini adalah sedikit pendapat yang tak seberapa dari sy, bukanlah sebagai seorang cendekiawan yang banyak ilmu di dada.. :)

Komen 1 : Orang yg takde anak boleh ckp mcm2, bila dah ada anak nanti barulah tahu camne. Bila ada anak ni baru fikir lebih selamat tinggalkan anak dlm kereta.

Pendapat sy : Benar, sy takde anak sendiri & belum berkahwin. Tapi sy juga adalah seorang WANITA & akan menjadi seorang IBU one day. InsyaAllah. Naluri kewanitaan & keibuan yang Allah tiupkan dlm diri kita same je. Melainkan wanita tu tak waras, sanggup bunuh, dera anak sendiri. Itu kes terpencil. Skrg kita fikir dari sudut pemikiran yang waras. Even sy sendiri pun kalau nk tinggalkan adik sy yg sedang nyenyak tidur BERSENDIRIAN dalam kereta, pikir 100x! Memang rasa selamat dia di situ, tapi cuba fikir dari sudut lain pulak. SAYA TAK SANGGUP! Ada kes culik kanak2 bawak lari kereta. Betul? Ok, so itu salah 1 kemungkinan jugak kan even kes berlainan. So, tolak tepi dulu. SELAMAT bila tinggalkan anak dlm kereta WITH ONE CONDITION.... ADA ORANG LAIN BERSAMA DIA YG BOLEH JAGA DIA. Boleh kira selamat kah jika DITINGGALKAN BERSENDIRIAN? :(

Komen 2 : Yelah, mak mane yang tak sayangkan anak.

Pendapat sy : Totally agreed! Sedangkan binatang yang xde akal pun sayangkan anak, inikan pulak kita manusia berakal. But penah fikir tak sbb apa akal yg Allah kurniakan. Before bertindak fikir dulu kemungkinan yang terjadi. Ini bukan kes yang pertama kalinya terjadi. Tak silap sy semalam dalam METRO ada state kan beberapa kes yang pernah jadi kat MALAYSIA melibatkan KECUAIAN yang sama. Ok, kalau ini adalah kes yg pertama, kita still boleh cakap ambik ia sebagai iktibar & pengajaran. Tapi bila kes yang sama terjadi almost 6-7 times, terfikirkah korang tentang KEPEKAAN & sikap AMBIL BERAT kita terhadap benda yang lepas2? Maknanya kita tak pernah ambik kisah mahupun pengarajan dari kes yang lepas2. Betul tak? Itu yg cuba sy utarakan. Pemikiran secara RASIONAL. Peka dengan keadaan semasa. Honestly speaking, sejak dari kejadian TINGGALKAN ANAK DALAM KERETA BERSENDIRIAN, TURN ONN ECON, TUTUP PINTU RAPAT2 & KUNCI DARI LUAR, baru saya tahu yang GAS yang dikeluarkan dari salur econ kereta tu adalah GAS BERACUN bila dlm keadaan kereta tak bergerak. Lain pulak situasi dengan kereta yang bergerak. Sebab tu eventho kite duk dalam bas yg berhawa dingin selama 8jam dlm keadaan bergerak, ia tidak mengancam nyawa kita. Even kita yang dewasa ni pun boleh mati, apetah lagi bayi/kanak2 yang lebih kecil. :(

Komen 3 : Stop blaming!

Pendapat sy : Im not! Tak pernah sesekali statement sy menunjukkan sy SALAHKAN the mommies or even the victims. Sy cuma kesal sikap ketidakpekaan kita dalam hal2 yang disangkakan remeh, tapi kesannya sangatlah besar. Sy takde hak nak blame sesiapa pun sebab sy tak tau mungkin esok lusa hari sy pula. Nauzubillahiminzalik... Yes, orang cakap mende dh nak jadi nak buat camne. Betul, itu adalah takdir. Selagi kita boleh mengubah, kita patut berusaha utk mengubah. Dengan cara ape? Cth mcm sy ckp kt atas tadi. Bila 1st kes pernah terjadi, kita ada hak utk tahu setiap inci sebab musababnya. Dah orang buat kajian tentang bahayanya tinggalkan anak bersendirian dalam kereta yang tak bergerak dengan econ terpasang. Tapi ada jugak yang xnak ambik pusing. Melainkan kalau Allah dah cakap Kun Faya Kun. Walau sebanyak mana pun kita berusaha utk mengelak, ia tetap akan terjadi.

Pointnya kat sini hanya satu, sejauh mana kita PEKA & ALERT dgn apa yang dah berlaku sebelum ni. Sekurang2nya dengan adanya pengetahuan tu buat kita ingat & dapat fikir dgn rasional ape yang PATUT kita buat & ape yang TAK PATUT kita buat. InsyaAllah... So, kita tak boleh marahkan org bilamana ada orang yg ckp kita buat SILLY MISTAKE. Sebabnya mende dah berulang banyak kali. Adakah itu boleh dikatakan iktibar & pengajaran kalau kita sendiri tidak ambik cakna langsung sementara itu boleh dielak dengan kesedaran kita sendiri. Kalau ini masih terjadi, sampai kes ke 20 sekalipun orang tetap akan cakap... 'ambillah ia sebagai iktibar & pengajaran'. Bukankah iktibar & pengajaran itu adalah salah satu peringatan pada kita? Wallahualam... Maafkan sy if ada yang tersilap kata dalam sy memberi pandangan. :)


 

Notakaki: Malang tak berbau, kalau berbau senanglah kita hidu dari mane datangnya bau itu.

Tuesday, July 16, 2013

Pelik ke bercinta?

Pertanyaan seorang kenalan buat saya tersenyum... Ucapan tahniah dari dia sangat saya hargai. But ada satu persoalan yang saya pun tak tahu nak explain camne. Hehe!

Kenalan : "Wah.. tahniah. Dah nak kawin."
Aku : "Thanks.. Jemputlah datang ye.." :)
Kenalan : "Pilihan keluarga ke pilihan sendiri..."
Aku : "Sendiri..." 
Kenalan : "Ohhh bercinta jugak rupanya.."
Aku : Erk... What does he mean? (samar2 bayangan aku rasa nk reply statement tu! hahaha!) Lastly aku jawab, "sy tak bercinta, sy berkawan. Ada jodoh tu adalah... Alhamdulillah..."

Perasaan kasih sayang & cinta adalah anugerah dari Allah swt utk hambaNya. Perasaan nak disayangi & menyayangi tu ada dalam setiap jiwa manusia. Itu adalah fitrah setiap makhluk bernyawa. Terpulanglah pada individu untuk mendefinasikan CINTA itu dalam kehidupan.

Kita tak digalakkan bercinta sebelum bernikah ada sebabnya. Kita hanya manusia biasa, selalu melakukan kesilapan. Im not a perfect person. Im not an angel. Im only a human being. Im not a USTAZAH nak bercakap panjang lebar. Semua orang cerdik pandai dah tahu menilai. Itu bukan satu kesalahan cuma pandai-pandailah menggunakan perasaan CINTA itu.

Pernah dengar pepatah.. TAK KENAL MAKA TAK CINTA? Bila dah kenal, dah cinta, berusahalah menuju ke arah kebaikkan yang mana Allah menyukainya. InsyaAllah, mudah-mudahan kasih sayang antara kita semua sentiasa mekar dengan izin Allah swt. Amin... :)

Ini adalah sekadar pendapat tak seberapa dari aku. If ada tersalah kata, harap dimaafkan. :)

 

 

Fitting Baju - Kad Kahwin - Cincin

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... preparation for our big day almost done. Mungkin tak sampai lagi ke tahap 70% but still boleh tarik nafas lega. Borang permohonan nikah dah hantar kat Pejabat Agama Daerah and boleh dapatkan surat kebenaran within 7 working days. 

Tadi, dia datang dari KB untuk fitting baju. Sebabnya pakej semua aku ambik kat Jerteh. Awal2 aritu aku dah pilih kaler, but time fitting tadi tetibe dia cakap dia macam tak ngam dengan kaler tu. So, bila pikir balik takpe jer if tukar kaler. Kebetulan ada dress yang design sama cuma kaler jer berbeza. But still can be considered as my fav color. Hehe! Bincang punya bincang, settle 1 prob. Im happy then! ;)

Oh lupe, 1st sampai Jerteh pegi ambik Kad Kahwin dulu. Sib bek sempat siap tetap pada masanya. Well done! Heee...


Cover Page kad kawin kiteeee ;) Simple but i really love it!
 
Waktu dah masuk tengahari, nak pegi lunch pun bulan puasa. Haha! So fikir2 lagi mane nak pegi, try pegi usha cincin pulak. Survey kedai 1st design tak berapa umppp sgt. Mungkin design lame. Then dia suggest pegi kedai emas Sri Ayu. Siap gugel lokasi lagi. Haha! Sekali tengok... mak aih banyak design lawa & berkenan! Ambik 3,4 kuntum boleh tak awak? Haha.... Alamatnye terus merudum duit hantaran! Wakaka....

Duk belek2 almost 10 minit. Berkenan kat sebentuk cincin ni. Simple & sweet. Sesuaila kn dgn jari aku yg kecik molek ni. Kah3! Malangnya saiz besar pulak. Kuciwa hatiku.... Dia ckp try pegi cari kt KB pulak kot2 ada design yg sama & saiz sesuai. Sobs....

Tapi takpelah, kot2 esok jumpa design lagi lawa ke kan. Hihihi! Aku memang cerewet skit bab memilih. Nak buat keputusan pon slow sebab lame sgt memikir. Adeh!

Tunggu update seterusnya..... BRB :D


 

Notakaki: Sometimes dalam membuat sesuatu pemilihan, kita perlu ada kata sepakat. Tak boleh masing-masing keras kepala & nak selfish. Need to be tolerate. Semuanya mengharapkan yang terbaik untuk kepuasan bersama. :)

Sunday, July 7, 2013

One step closer. Thank you Allah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt. Semalam, segala perancangan sebulan yang lalu terlaksana dengan izinNya. Bersederhanalah dalam segala urusan. Permudahkanlah apa yang sememangnya mudah untuk kita. 

"Ya Allah, andai dia milikku Kau sabarkanlah hatiku. Andai dia jodohku Kau tetapkanlah imanku. Biar kami bersatu di jalanMu. Amin..."       

Terima kasih pd famili tersayang yang byk membantu menguruskan segala hal dan banyak bagi support. To all my frens, thanks you so much. To my future husband, thanks for everything. No word can describe! You are the sweetest gift given by Allah. InsyaAllah...

One month to go. Semoga Allah permudahkan semua jalan untukku menyempurnakan segala persiapan. InsyaAllah, semoga dengan keberkatan Ramadhan yang bakal menjelma semua akan berjalan seperti yang dirancang. Amin...

Semoga ikatan yang bakal terjalin ini kekal ke akhir hayat yang ada. Amin... InsyaAllah, details majlis akan dipublish dalam masa terdekat. :)

 

 

Wednesday, July 3, 2013

Aku dibantu disebabkan BLUR???

Assalamualaikum u olss...

Pegi tadi turun pegi Bandar Machang. Takde la pagi sesangat kan, around 11am. Dah lame sebenarnya tak pegi Machang since abis Diploma dulu. Seingat aku lah. Mane tak nye, kalau nak pegi KL pun dah tak lalu ikut sane. Skrg kan dh ada LPT. Hehe! Almost 3-4 years jugak.

Nak tujunya ke Pejabat Agama Islam Machang. So tanyelah member, dia pun bagi direction. Tapi samar2 bayangan jer aku nampak dalam kepala. Tapi xpelah, setakat bandar Machang pusing2 tang tu gak. So gamble pegi cari. 3x pusing tak jumpa2. Apekah?? Malu bertanya sesat jalan kan. So, bertanyalah kt orang tepi jalan. Katanya kat Kompleks Islam dekat dgn JKR tu. Lorh... baru je lalu kejap tadi. Dah agak dah. Mesti kat situ. Hehe!

So, bila dah settle registration tu, akak tu cakap kursus tak buat kat situ. Dia pun siap tulis atas kertas nama tempat tu. Alamakkk.. Aku dah tercengang. Haha! Memang fedup la akak tu nak jawab pertanyaan aku. (maybe ;p) Yelah, sebab aku tak tahu tempat tu. Camne nak tuju. Tak pernah pulak aku lalu situ. Eh, almost 10min gak le sesi QA. Haha!

Tetibe ade encik yang tak berapa nak muda sgt lah. 40-an lebih kurang. Menuju ke kaunter...

Encik : dop napok lagi ko jale nok g?
Aku : dop tau sebab dop penah g.. (sambil sengih2 ;p)

Encik tu keluarkan kertas. Dia dah start melukis peta. Haha! 1 persatu dia explain. Aku blurr lagi. 

Aku : At least ado landmark ko.. gapo2 sign hok bulih sy cam?

Encik tu tulisla ape2 landmark yang ada sekitar tu. Jambatan la, jalan bengkang bengkok la, bangunan itu, bangunan ini. Last-last aku gtau dia aku akan pegi tengok dulu kejap lagi. Kalau tak tahu nanti aku akan call dia balik.

Adik aku kat sebelah duk mengingat ape yang encik tu cakap td. So, pergilah tempat yg nak dituju tu. 2x pusing jugak la sebab kompius. Haha! Tapi jumpe jugak la tempatnya. Rasanya dah betul. Nanti kena call balik encik tu utk double confirm.

Bukan ape, kalau nak pergi kenduri takpe lambat jumpe tempat pun. Kalau nasib tak baik, lauk je dh abis, tinggal nasik + air je. Hahaha! Disebabkan ni perkara penting nk kene attend, nak tak nak mmg kene confirm bebetul. Dah la tempat orang. (mcm la negara asing! muahahaah)


So harap2 betullah tempat yang aku jumpa tadi tu.... InsyaAllah... :) 
 
 
Related Posts with Thumbnails