My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Monday, August 29, 2011

Bommm...bommmmm....bommmmm! Mercun berbunyi....

Assalamualaikum...

Yeayyyy esok raya. Mesti korang semua sibuk duk buat persiapan raya kan. Yang baru dapat pulang ke kampung halaman tu, hati-hati di jalan raya. Bawak kereta jangan laju-laju. Ingatlah orang tersayang. Yang sudah berada di kampung, janganlah malas-malas nak menolong ibu ayah di rumah. Masak lemang, ketupat, rendang. Kemas umah, pasang langsir, sapu sampah, tukar sarung kusyen baru. heheheeh!

Kanak-kanaklah yang paling gembira menyambut raya. Yang duk main mercun tu, berpada-padalah. Jangan sampai cedera & putus jari pulak. Dah tak dapat nak beraya.. janganlah menyeksa diri sendiri ye adik-adik.


Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua rakan taulan, sahabat handai & kenalan tak kira jauh mahupun dekat. Mohon ampun atas kekhilafan yang pernah ada. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna di samping keluarga tercinta & insan tersayang.


Friday, August 19, 2011

"Kalau dah ada orang sayang tu, terima jelah..."

Assalamualaikum..

Tak semudah tu nak terima kehadiran orang dalam hidup kita. Memang betul, orang kata lebih baik kite terima orang yang lebih sayang kita, berbanding kita yang sayang orang tu. Sebabnya, kalau pun kita tak menyayangi seseorang itu, ia boleh dipupuk hari demi hari. Yang penting, ikhlas untuk menerima & bukalah hati.

Kalau orang yang menyayangi kita, takkan dia akan buat sesuatu yang takkan membahagiakan kita. Dia akan sedaya upaya membuat kita gembira & menjadi sebahagian dari hidup mereka.

Kalau sebaliknya, hanya kita yang lebih menyayanginya. Mungkin sayang dia pada kita tak begitu kuat sehinggakan dia sanggup melukakan hati kita. Sebabnya dia siap sedia tahu kita akan menyayangi dia walau apa yang terjadi. Yang sakitnya di kemudian hari adalah diri kita sendiri...

Renung-renungkanlah.....

Mode: Keliru.........................
Related Posts with Thumbnails