My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Monday, August 29, 2011

Bommm...bommmmm....bommmmm! Mercun berbunyi....

Assalamualaikum...

Yeayyyy esok raya. Mesti korang semua sibuk duk buat persiapan raya kan. Yang baru dapat pulang ke kampung halaman tu, hati-hati di jalan raya. Bawak kereta jangan laju-laju. Ingatlah orang tersayang. Yang sudah berada di kampung, janganlah malas-malas nak menolong ibu ayah di rumah. Masak lemang, ketupat, rendang. Kemas umah, pasang langsir, sapu sampah, tukar sarung kusyen baru. heheheeh!

Kanak-kanaklah yang paling gembira menyambut raya. Yang duk main mercun tu, berpada-padalah. Jangan sampai cedera & putus jari pulak. Dah tak dapat nak beraya.. janganlah menyeksa diri sendiri ye adik-adik.


Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua rakan taulan, sahabat handai & kenalan tak kira jauh mahupun dekat. Mohon ampun atas kekhilafan yang pernah ada. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna di samping keluarga tercinta & insan tersayang.


Friday, August 19, 2011

"Kalau dah ada orang sayang tu, terima jelah..."

Assalamualaikum..

Tak semudah tu nak terima kehadiran orang dalam hidup kita. Memang betul, orang kata lebih baik kite terima orang yang lebih sayang kita, berbanding kita yang sayang orang tu. Sebabnya, kalau pun kita tak menyayangi seseorang itu, ia boleh dipupuk hari demi hari. Yang penting, ikhlas untuk menerima & bukalah hati.

Kalau orang yang menyayangi kita, takkan dia akan buat sesuatu yang takkan membahagiakan kita. Dia akan sedaya upaya membuat kita gembira & menjadi sebahagian dari hidup mereka.

Kalau sebaliknya, hanya kita yang lebih menyayanginya. Mungkin sayang dia pada kita tak begitu kuat sehinggakan dia sanggup melukakan hati kita. Sebabnya dia siap sedia tahu kita akan menyayangi dia walau apa yang terjadi. Yang sakitnya di kemudian hari adalah diri kita sendiri...

Renung-renungkanlah.....

Mode: Keliru.........................

Wednesday, August 17, 2011

Hanya PadaMu aku bermohon...

Assalamualaikum....

"Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya padaMu aku bermohon dan berserah diri. Kau berkatilah hidup ku ini & Kau rahmatilah daku. Kau permudahkanlah semua urusan kehidupanku. Setiap apa yang berlaku, hanya Engkau yang lebih mengetahui segalanya. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku petunjukMu agar aku bisa meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini. Kau berikanlah aku kekuatan hati & jiwa untuk aku terus mentaatiMu, untuk aku terus bermunajat kepadaMu."

"Ya Allah, andai ini sudah tertulis jalan takdirku... aku redha menerima semua ketentuanMu. Berikanlah aku pahala di atas rasa redha ku ini. Tunjukkanlah jalan yang sebaiknya untukku. Agar aku bisa membuat keputusan yang pasti. Apabila ada persimpangan di hadapan, agak buntu rasanya diriku. Bagaimana harus ku membuat pilihan yang terbaik. Ya Allah, akulah insan yang rapuh hatinya. Tenangkanlah jiwaku menghadapi semua ini...."
Notakaki: Mengapa mesti ada persimpangan? Andai tiada persimpangan mungkin juga hidup ini takkan menjadi indah....

Friday, August 12, 2011

Amalan kad raya sudah dilupakan?

Alhamdulillah.. sedar tak sedar sudah 12 hari kita menunaikan ibadah puasa. Kejap je masa berlalu. Lagi 2 minggu lebih kita semua akan menyambut hari raya. Lagu raya dah kedengaran di sana sini. Dah ramai jugak orang dah buat persediaan menyambut aidilfitri. Tapi aku je masih tak rilek-rilek je. Baju raya pun tak tempah. Plan nak beli dah ready made. Tapi tak tahulah bile dapat shopping raya. Bukan takde masa, tapi duit takde. muahahha! Takpelah, nanti mintak loan Pa & Ma.. ;p

Bila dah nak dekat raya ni, tetibe rindulah nak terima kad raya dari kawan-kawan macam dulu. 4-5 tahun dulu selalu je excited tunggu posman datang umah, mane tau kot2 ada kad raya aku. Then, lumba-lumba kumpul kad raya siapa yang paling banyak dapat. ahakss!

Tapi zaman teknologi yang serba moden skrg ni, kad raya macam dah terhapus. Mungkin ada yang masih menggunakan kad raya, tapi bila dah ade FB, email, SMS, MMS.... kita senang je nak hantar ucapan raya melalui method tu. Lagipun dorang cakap murah, mudah & cepat. Tak perlu pergi post office, beli stamp.. bila pos pulak makan masa 3-4 hari untuk sampai.

Tapi bagi aku, kad raya ni adalah sesuatu yg sangat mempunyai sentimental value yang tinggi pd kita. Yelah, dah berzaman-zaman kad raya digunakan sebagai penyampai ucapan, takkan zaman moden akan melenyapkan semua tu. Tidak perlulah membeli kad yang mahal-mahal, asalkan ianya ikhlas tanda ingatan kita pada seseorang. 

Diharapkan amalan menghantar kad raya masih lagi segar & hidup di kalangan kita semua...
Notakaki: Rasa macam nak promote address umah la, mane tau ade yang ikhlas nak hantar kad raya.. muahahhah! Jangan ade yang tetibe datang hantar rombongan meminang dah. Scary oke :p

Hidung tak mancung, pipi pulak tersorong-sorong

Assalamualaikum & morning...

Agak kesian dengan sesetengah orang yang sangat-sangat inginkan perhatian dari orang lain. Dah la semua orang buat tak layan. Yelah, sape suruh menyombong sangat kan. Kalau dah rasa diri tu hebat, memang macam tulah gayanya. Tapi kite mesti ingat kat mana kita berada.

Kita bukannya hidup sengsorang di hutan belantara. Kita masih berkomunikasi dengan orang sekeliling. Kalau dah tunjuk besar & gah, siapa yang tak 'annoying' dengan sikap kita. Bukan apa, takut kalau-kalau suatu hari nanti, bila kita perlukan pertolongan dari orang sekeliling, dorang buat bodoh je. Nak macam tu?????

Haaa, kalau taknak.. jangan nak berlagak sangat dengan orang-orang sekeliling. Sebab kita semua hidup saling memerlukan & saling bergantung antara satu sama lain. Tapi kalau bergantung pada orang lain semata-mata untuk kepentingan sendiri, memang mengudang kebencian la. 

"Umpama parasit la.... menumpang di pokok. Dia yang mendapat makanan tapi pokok yang ditumpanginya mati."

Bila semua dah menjauh diri, mulalah mencari perhatian dari orang. Perkara yang tak pernah dibuat pun, dengan tiba-tiba terjadi. Sampaikan semua orang pelik & tertanya-tanya... Buang tabiat ke? Oh..susah!


 

Wednesday, August 3, 2011

Aku akur keputusan dia...

Akhirnya, petang tadi aku ke JPJ Besut. Dalam perasaan cuak tu aku buat-buat rilek saje. Last week abang aku siap bagi idea lagi ape yang patut aku cakap kat dorang. Sampai je sane, aku terus hulur notis tu di kaunter sebelah kanan sekali. Tak sempat aku tanya pun nama pegawai tu. Terus dia tanya aku...

Pegawai: "Dah koyak ke tinted?"
Aku: "Belum lagi.."
Pegawai: "Kat sini saya hanya check guna mata je. Kalau nampak tinted memang terus saya koyak. Kalau nak check guna mesin, pegi ke JPJ Mata Air, Setiu."
Aku: "Oh, so kalau sy check selepas dari tarikh ni camne..?"
Pegawai: "Kita akan keluarkan notis saman krn melanggar arahan.."
Aku: "Yang tu denda berapa..?"
Pegawai: "RM250. Kalau awak koyakkan tinted tu, sy boleh release kan terus."
Aku: "So, nanti dah xde dalam record la eh..?"
Pegawai: "Yer. Tapi kalau nak try pe gi check pun xpe, Kalau tak lepas, kene koyak jugak then kene denda lagi.."
Adik: "Sebenarnye berapa peratus yg dibenarkan..?"
Pegawai: "50% ketelusan cahaya. So, 50% dan ke bawah... Awak punya berapa?"
Aku: "Seventy percent.." (3x ulang)

bla...bla...bla...... kemudian aku discuss ngn adik aku.

Memang sah2 tak lepas la aku punye, even dari luar boleh je nampak. Dan memang rules dia camtu, tpaksa la akur. Better aku pegi koyak je, then aku pegi pasang balik. Ala, berapa sangat la nak tinted pon skrg. So, aku dah decide akan pegi buang pagi esok, pegi JPJ then pegi pasang balik. 

Xde rasa ralat sangat pun buang, sebab tu mmg tinted asal masa aku beli dulu. So, ape salahnye keluarkan RM150 utk tinted kan.. hahaha! Kat kampung aku murah je.. Bak kata adik aku, JPJ Terengganu aritu tetibe meroyan buat roadblock bagai tahan semua orang. Dia fikir, if dorang koyak pun dorang xleh nak pasang balik ke? hurm........ hape-hape jelah. Yang penting clear record di JPJ. Nak mintak tolong kabel di KL pun tak sempat.... muahahaa!

Monday, August 1, 2011

Jaga pahala kita, jangan bagi tercicir....

Ingat, kumpul pahala banyak-banyak, jangan biar hilang macam tu je. Yang penting ikhlas dalam membuat sesuatu. Kalau boleh kasi lah orang-orang sekeliling kita sama-sama kumpul ganjaran, kongsikanlah semua yang baik dengan semua orang. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat ganjaran darinya....

Tapi, jangan pula sengaja cicirkan pahala yang bakal & dah kita dapat dengan memberikan pahala itu kepada orang lain... faham kan? Beringat-ingatlah.. kekadang kita dah cuba sedaya upaya, tapi iman tak kuat. Walaupun orang cakap syaitan tu xde bulan puasa ni.. kekadang tu manusia sendiri boleh jadi 'syaitan'... ish.. nauzubillah.... mintak dijauhkan.. 

Berpada-padalah dalam melakukan sesuatu yang boleh merosakkan nikmat ganjaran, berhati-hatilah bila berkata-kata, berfikir dulu bila bertindak. InsyaAllah semoga kita semua akan mendapat keberkatan dariNya... Amin
 
Notakaki: Aku bfikir sejuta kali nak bcakap pasal orang in public, takut tersalah cakap. Bila tersalah cakap, akan jadi dosa. Sebab tak semua benda kita tahu. hakikatnya hanya Dia yang tahu. So, disebabkan aku cermin diri aku yang tak berapa nak sempurna ni.. lebih baik diam saja. Orang cakap, banyak bercakap banyak buat dosa. Melainkan bercakap perkara yang baik-baik saja. Tapi jangan pulak meninggi diri. Riak tu namanya....

Hurm.... terasa rindu la pulak...

Bila dah lama kat kampung ni, rasa lain macam pulak. Rasa macam dah berhenti keje. hehehe! Yelah sepuluh hari di Terengganu buat aku lupe seketika Shah Alam & ofis di Putrajaya. Tapi hari ni tak tahu camne boleh rasa rindu tetibe kat ofis... kawan-kawan ofis, my new workstation. Wah belom rasmi lagi oke. 1st day rasmi on 8 Ogos nanti. InsyaAllah...

Rindu jugak nak stay kat umah sewa baru, baru sempat stay 2 hari 1 malam. Barang-barang aku pun masih belom bawak masuk. Kerah tenaga lagi angkat barang naik rumah, bulan puasa pulak tu. huhuhu!
 
Notakaki: Masih berbaki 4-5 hari di kampung..... ;)

Peristiwa sahur hari pertama...nasib baik dah makan dulu.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan utk kita menjalankan ibadah puasa pada kali ini..tanggal 1 Ogos 2011, bersamaan dengan 1 Ramadhan..

Nak dijadikan cerita, hari 1st sahur dah membuatkan kitorang 1 famili kelam kabut. Mau tak nye, semalam siap-siap masak dah pukul 12. So, ingatkan semua nak makan terus. Abah aku dah memang lama dibuai mimpi indah.
Umi aku pun dah masuk tidur. Aku dengan adik perempuan aku bertiga boleh layan muvie "Tolong! Awek Aku Pontianak" sampai pukul 3 lebih. Tergerak hati nak makan nasi dulu seround. ahakss! Adik aku pun sama, so berduet la kitorang berdua. Makan sampai kenyang.

"Ok.. dah makan ni, karang bangun sahur kalau tak sempat kite minum air jelah..." (monolog sendiri)

Lepas makan nasi, continue tengok muvie pulak. Lepas abis tengok terus light off. Selalunya aku akan set alarm, tapi takde pulak mlm tadi. Tidolah aku dengan nyenyaknya tanpa gangguan nyamuk. ahaksss! Tetibe..... ade suara gesa-gesa tanya aku puasa ke tak esok.

Ayih: "Eh, mu puasa tak esok??"
Aku: "Puasa laaaa..." (dalam keadaan mamai terus bangun)
Ayih: "Cepat sikit kalau nk makan, dah nak abis sahur, bape minit je lagi..."

Aku tengok Umi aku kelam-kabut duk siapkan air.

Umi: "Ishh tak sedar langsung. Bunyi jam pun xbangun.."
Abah: "Tulaa.. abah dgr bunyi jam tapi xbgn gak.."
AKu: "hehehe... nasib baik dah makan nasi mlm tadi."
Abah: "Tu la... sebab dah ckp nak minum air je kan. Sebab tu la tak bangun." (nada separa bgurau)
Umi: "Cepat-cepat minum... dah nak azan dah ni. Lagi brape minit."

Begitulah al-kisahnya.. nasib baiklah ade yang dah mengisi perut lewat tengah malam tadi. Tapi kesian la kat abah & umi... tak makan apa pun dari petang kot. After terawih, dorang tak isi perut. Takpe... orang tua boleh je tahan. hihihihi
Notakaki: Nextime kene ready jam dinding besor tu, kasi gegar bunyi. Baru semua sedar. ahahahah! Yang kesian adik kecik aku 2 orang tu, rasanya separuh hari je dorang ni, xpun mmg lembik lesu time balik sekolah nanti.... Jom solat subuh & mengaji quran. :)
Related Posts with Thumbnails