My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.
Showing posts with label Dreaming. Show all posts
Showing posts with label Dreaming. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Oh apakah maknanya itu???

Oh oh... speechless aku. Aku rasa macam aku tidur lena tapi rupanya tidur-tidur kelawar je.. huuuu!

Seingat aku, aku nampak bayang putih.... tetibe FREEZE! Tapi takde mende pelik menjelma depan mata. Tetiba aku nampak bayangan Umi aku yang sedang duduk di satu sudut. Aku terus bergegas lantas tangannya aku genggam......

Lepas tu aku terus terjaga. Berat nak bukak mata dek silau sinaran mentari melalui tingkap. Tengok henpon, erkk.... Memang sah-sah takde MSG or MISSED CALL! hehehe! Aku tengok jam jelaaaaa.. adehh!

Pukul 8.45 pagi! Oh man... awalnye lagi. huuuuuuuu! Hajatnye nak sambung tidur tapi terpaksa cancel... perut tetibe memulas! adoiiiiii!

Tapi................ aku duk terpikir apekah maksud bayangan mimpi aku pagi tadi. *sedih pun ada rasanya.


Friday, June 25, 2010

Apa ertinya mimpi?

Assalamualaikum & happy friday..

Kejap je rasa dah hari jumaat. Esok mesti bosan gile kat umah. Tak tahu nak buat ape lagi... huhuhu! Laptop still kat workshop.

Malam tadi aku mimpikan seseorang. aiyaaa! Adekah ini terjadi sebab before tidur kite teringatkan orang tu? erm... entah! Boleh jadi jugak kot.

Tapi... apa erti kalau kite kekadang mimpi buruk and kekadang mimpi baik melibatkan orang yang sama. hehehehe!

Alaaaa.. mimpi kan mainan tidur je. Kejap aku mimpi indah-indah je, kejap aku mimpi sedih-sedih.. adehh! Cepat-cepat beristighfar sesudah terjaga...

Notakaki: Mimpi hanya mainan tidur... apekah itu petunjuk?? Wallahualam..

Wednesday, June 23, 2010

My first time - 'WET DREAM'

Alamak... tajuk cam SX je kan... tp xdelah sangat pon. Ni pengalaman mimpi masa darjah 4 dolu-dolu. hohoho! Takkan la darjah 4 dah 'wet dream' kan... haishh.. tak senonoh betol! adehh!

Sedang nyenyak tidur.. bermimpi! ..................... bermimpi pulak rase nak membuang air kecil.. Dah rase macam real gile lah time tu..

Sedar... masuk toilet dan lega.....

Ohoho..... rupenye! Atas tilam empuk spring setebal 1 pembaris pendek tu jugaklah aku 'kencing'! hahahah! Abis basah tilam tu, dah la tebal gile... sape larat angkat p jemur kat luar rumah???? haiyaaa...

Last-last seminggu tidur tak bertilam... lame wooo nak kering itu tilam.. tebal ok! haiyaaa

Saturday, May 1, 2010

Lubang Hitam.. masuk boleh keluar tak boleh.

Aku terus menyusur naik ke car park. Then, aku parking kereta. Tapi aku tengok kosong aje. Aku sorang je ke? Pelik. Takkan lah takde orang langsung dtg Mall ni. Lepas tu aku pusing cari parking lot yg dekat dgn pintu masuk, sbb malas nak berjalan jauh. Oh, hujan lebat rupanya kat luar.

Aku bawak keluar beg troli yang besar gedabak tu. Lalu aku seretlah ia ke mana aku pergi. Aku cari pintu masuk. Aik... nape xjumpe-jumpe ni.Lepas tu aku dah blur & konfius. Aku nak pegi cari kereta aku balik, tapi aku dah tak jumpa. Xsampai 10 minit aku berlegar cari entrance, kereta dah penuh dalam parking bay tu. Cuak gile masa tu. Duk la pusing2 cari kereta dengan menarik beg troli ala-ala Akademi Fantasia tu kan.

Aku dah nangis dah ni. Lepas tu tetibe aku nampak tempat orang menjual. Macam pasar malam. Ramai pulak tu orangnye. Ishh lagi aku blur. Aku tanya dorang langsung tak dijawabnya. Aku rasa hampir sejam lebih aku duk berlegar cari kereta aku di tengah2 orang ramai tu.

Tetibe, aku rasa takut. Aku tak tahan sangat dah ni. Aku mesti keluar dari tempat ni. Aku pun........... terus aje bukak mata! Waaaaaaaaa.... aku bermimpi di pukul 10 pagi 1 May 2010! Yang mengongnye mimpi ni...

1. Nak turun Mall buat ape aku nak seret beg AF tu.. cukuplah bawak handbag.
2. Tempat parking lot tu tetiba ade pasar malam pulak.
3. Aku bermula di parking lot Mall tapi berakhir di tapak pasar malam. aiyaaa

Aku rasa aku ade terpikir sumthing yang mbuatkan aku termimpi keadaan camni. Normally camtulah aku klu dah byk sgt berfikir. hahhaha. Sedar2 terus tgk HP, baru pukul 10.25 pagi. ahakss..

Related Posts with Thumbnails