My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.
Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Halal & suci... Bersamalah kita menuju ke arahnya.

(Tak rugi meluangkan masa seminit dua untuk menghayati mesej panjang ini)

Assalamualaikum...

Terlalu banyak produk kecantikan, makanan, minuman, dll yang berada di pasaran sekarang. Bermula dari harga yang cukup rendah sehinggalah harga yang berlipat-lipat kali ganda mahalnya. Tapi permasalahan utama sekarang, pernahkah anda terfikir setiap barangan yang anda gunakan sepanjang hidup anda adalah barangan yang HALAL atau HARAM? Memang mempunyai COP HALAL, tapi tidak sedarkah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya dicampur dengan gelatin & lemak BABI walaupun hanya 0.05%. Tapi itu belum tentu sukatan itu, mungkin lebih dari itu.

Seperti yang kita tahu, mostly barang yang kita guna seharian adalah mengandungi benda-benda yang HARAM untuk digunakan oleh kita UMAT ISLAM. Tapi mengapa UMAT ISLAM masih berdegil untuk menggunakan apa yang HARAM sedangkan ianya terang lagi nyata. Tidakkah rasa bersalah di hati kalian semua?

Anda kata BABI itu HARAM, tapi mengapa anda masih mengagung-agungkan setiap barangan yang dibuat dari haiwan tersebut? Seandainya anda hidup selama 40 tahun dengan bergantung hidup menggunakan setiap barangan yang diperbuat dari setiap inci badan haiwan ini, diibaratkan SEEKOR BABI sudah bersarang di dalam badan anda! MasyaAllah......tidak dapat dibayangkan oleh akal bagaimanakah rupanya.

Kenapa masih lagi menyokong barangan keluaran ISRAEL, sedangkan duit-duit dari belian kalian semua disalurkan untuk MEMBUNUH SAUDARA-SAUDARA ISLAM anda sendiri, MEMBINA TOKONG-TOKONG & KUIL-KUIL HINDU, MEMBELI SENJATA UNTUK BERPERANG & MENGHANCURKAN UMAT ISLAM! Sanggup anda berbuat demikian?? Dan sudah pasti itu akan lebih menguntungkan mereka.....

Di mana kesungguhan ORANG ISLAM untuk menguntungkan UMAT ISLAM sendiri??? Inilah masanya.....

Masih belum terlambat untuk mengubah kehidupan anda... membela nasib UMAT ISLAM sendiri. Berjuang ke jalan Allah swt. Siapa lagi kalau bukan kita sebagai UMAT ISLAM... INSYAALLAH.

Sebab itulah HR MARKETING SDN BHD.. satu-satunya syarikat orang islam yang mengeluarkan produk-produk sendiri KHAS untuk ORANG ISLAM.... dari luaran hinggalah dalaman, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dan duit-duit dari belian anda juga akan disalurkan kepada ANAK-ANAK YATIM ORANG ISLAM, SEKOLAH-SEKOLAH TAHFIZ, SEKOLAH PONDOK dan sebagainya... Tidakkah itu suatu fardhu kifayah. Secara tidak langsung, anda telah berjuang ke jalan Allah. InsyaAllah.... niat yang ikhlas akan dipermudahkan segala urusan ke jalanNya....

Sekian.. Semua yang baik datangnya dari Allah swt, & segala kelemahan datangnya dari saya sendiri...Wssalam

Notakaki: Notes seterusnya saya akan lampirkan info berkaitan haiwan ini.. fungsi seluruh badan seekor haiwan ini yang menghasilkan barangan yang kita gunakan sehari-harian... TQ

Friday, June 11, 2010

Ketika Berwuduk...

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail
ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana
Allah.

Wasallam.


Wednesday, June 9, 2010

Take a note: Senarai brand sosej yg tidak halal!

Aku ada dapat email dari sorang kawan... huhuhu! Tengok la ye kawan-kawan..

Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah

1· Gourmessa
2· Muller's Haus
3· Dew Fresh
4· Puteri
Miami Butcher House
6· Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;

1· Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
2· German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
3· Puteri Pan Pacific (Puteri)
4· MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
5· Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)


Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah

1· Palace of Golden Horses
2· Coffee Bean Tea Leaf
3· Hotel Equatorial
Ikea Cafe
5· Muller Sausage.

Sila sebarkan pada rakan2 islam yg lain.

Thursday, May 27, 2010

Kecantikan Seorang Wanita

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.


2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.


3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.


4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.


5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.


6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.


7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.


8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.


9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.


10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.


11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.


12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.


13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.


14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.


15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.


16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.


17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.


18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.


20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.


21.Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.


22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.


23. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya

Wednesday, May 26, 2010

Hukum memakai cincin: Berpada-padalah dalam berhias...

Assalamualaikum...

Buat apekah korang malam-malam ni? Dah dinner? heehheeh! Mesti ade yg sedang beristirehat bersama famili, layan blog, layan lagu... hehheehe!

Ok, aku takdelah nak membebel panjang lebar ke ape. Tetiba aku terlintas nak share ngan korang about pemakaian cincin ni. Aku igt2 lupe la masa sekolah dulu ustaz aku ade ckp pasal ni. Sekarang ni pon kite tengok macam-macam cara pakai cincin ni. Dah la bentuk cincin tu sgtlah pelbagainye.. aiyak.. ayat aku tunggang tebalik.. adehh!

Ramai yang pakai cincin ikut suke hati jiran sebelah umah dia je.. dah tak ikut hukum hakam dah.. adoilaaa! Haa.. cam gambar kt bawah ni lagi dasat. Semua jari dia letak cincin.. ahakss! Jangan buat cmni ye kengkawan ku.. hohohho


Ok, aku ade mende nak share sikit info tentang hukum pemakaian cincin ni... KLIK SINI utk tahu details ok.. :)

Related Posts with Thumbnails