My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Sunday, July 31, 2011

Rindu bersahur zaman belajar...

Masa kat puncak perdana tiga tahun lepas, 2008. Rindu betul time berpuasa bersama housemates. Bila malam je sibuk pikir nak makan apa. Kekadang tu dah beli siap-siap masa berbuka, tunggu panaskan untuk sahur je. Yang aku tak boleh missed ialah TOMYAM warung LUCKY kat kandang UITM Puncak Perdana. Perghhhhhh....tiap-tiap hari makan tak jemu weh. Risau aku kot-kot abe kedai tu dah mandrem! wakakkaka

Tapi takdelah, lepas abis study xde pun aku ingat kat abe warung tu ke ape. (tetibe) Tapi serius, sangat rindu keadaan itu, sahur beramai-ramai. Macam-macam ragam semua kawan-kawan aku. Ada yang liat nak bangun, ade yang beria-ia nak sahur tapi last-last xbangun sampai ke sudah. Ade yang bangun teguk air segelas je. haish... rindu sgt lah!
Paling rindu jugak sebab ade orang yang kejutkan bangun sahur.. opppppsssss! Kisah lama yang dah lapuk. hehehe! Sudah 3 tahun berlalu, 3 tahun jugaklah xde orang tolong kejut sahur, sms or call pepagi buta suh bangun.. hahhaha! Kelakar oke...tapi rindu jugak saat tu. :)

Tapi kat kampung pun sama seronoknya sebab ade orang kejutkan jugak.. kejut sampai bangun! Lepas tu boleh dgr lagi suara membebel kalau taknak bangun. She's my lovely umi... My umi akan kejutkan aku dulu, lepas tu aku pulak jadi juruhebat kejut semua orang. hehhee.. Dengan ragam 2 adik aku yang masih cinonet ni. Paham-paham jelah....

Notakaki: Selamat bersahur kepada semua.. jangan liat nak bangun, Esok ade yang buat alasan taknak puasa sebab tak bangun sahur.. :p

Oh keterujaan melampau!

Ramadhan kali ni aku rasakan lebih bermakna dari sebelumnya. Kenapa????? Kerana ramadhan tahun ni, dapat berpuasa hari 1st bersama family tsayang. Kalau dulu 2-3 hari before raya baru dapat merasa bbuka puasa dengan famili.

Dapat bersahur bersama, dapat solat sunat terawih bersama famili di masjid, dapat bbuka puasa bersama, dapat pegi bazaar ramadhan dengan Umi. InsyaAllah... Ya Allah, besarnya nikmat kurniaanMu kepadaku. Syukur alhamdulillah kerana masih memberi aku peluang untuk merasai semua ini..

Dulu masa time study, sebak sungguh rasa time bsahur & bukak puasa. Yelah, even dengan kawan-kawan tapi takkan sama bila kita bersama famili. Berbuka puasa pun makan mende sama je. Bukan tak bersyukur dengan rezeki yang diberi, tapi tetap ada bezanya bila kita di rumah bersama keluarga kan...

Tapi, ramadhan kali ni cukup berbeza... Dapat bersama dengan keluarga untuk 4-5 hari pun sudah cukup membahagiakan aku. & hope cuti raya nanti dapat cuti awal. hehehe.... Masaklah, asik nak cuti je kan.. Biaselah, anak perantauan.. ;p Mesti ade di antara korang yang pernah merasai pengalaman bpuasa di perantauan, jauh dari famili.. Memang berbeza kan...

Related Posts with Thumbnails