My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Friday, February 25, 2011

Natural beauty Vs Makeup

Assalamualaikum...

Perempuan dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Bagaikan irama & lagu. Cewahh... Yelah, semua orang nak kelihatan cantik & menawan kan. Lebih2 lagi untuk orang tersayang. Tak gitu cik izah? ahakss!

Sometimes, ade jugak yang begitu obses hinggakan sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk kelihatan cantik. Tak cukup dengan make-up saje, disuntik pulak vitamin - kolagen - botox segala bagai. Takpelah, bagi yang mampu & sanggup terima risiko mungkin tak jadi masalah bagi dorang kan.
Dalam hal ni, aku pun salah sorang perempuan yang menggunakan make-up dalam aktiviti sehari-hari. Nak cakap utk nak lagi cantik tu takde lah kot. Sebab aku pon xdelah menawan mane pon. Cukuplah ala kadar saje. Suka-suka. ahakss! Tapi bagi aku, makeup ni salah satu method utk menambah seri wajah. Tapi yang paling penting, kulit wajah kita mesti sihat. Sebabnya, kalau kulit muka kite bermasalah.. tempek la makeup setebal mana pun. Ia takkan nampak sama dengan makeup yang ditempek di kulit muka yang sihat. 

Takdelah mengimpikan kulit sehalus & selicin kulit telur. Cukuplah xde masalah jerawat yang teruk, jeragat, blackhead & whitehead. Itu dah cukup bagi aku. Kulit aku pun tak terlepas dari ditumbuhi jerawat.. normal lah. Sebab tu kene jaga cara makan kita seharian. Aku pon bukan pandai sangat nak cerita bab2 kecantikan ni. Sebab aku pon biase-biase saje.Kalau nak tahu lebih better pegi jupe yang lebih pakar. hehehe!

Aku lebih suka tengok orang yang makeup 'just nice'... light makeup. Sebab ia nampak lagi natural. Compare dengan yang pakai makeup mmg heavy sgt. Pakai mascara sampai nampak mata cam xleh nak bukak dah. adehh! 

Haaa.. tak daya lah nak tengok kalu macam ni! scaryyyy.. hehe
Yang sepatutnya cantik boleh nampak tak cantik sebab terlalu sarat makeup di muka. Ni pada pendapat aku la kan. Cantik tu subjektif di mata orang2 melihat. Aku suka yang simple tapi ada aura bila orang tengok. hehehe! Tak semestinya semua orang sesuai nak pakai makeup. Ada sesetengah orang tu, bila dia just calit bedak & lipgloss pon dah cukup menarik perhatian. Itulah dinamakan natural beauty. hehehe!

Aku mmg susah nak puji sesama perempuan. Tapi, once mulut aku cakap.. "eh cantiklah dia.." Memang aku ikhlas puji dia cantik. Terbukti dia mmg cantik la tu di mata aku. Tapi, apa-apa pun Dia telah memciptakan kita cukup sempurna & cantik. Terpulang pada diri sendiri untuk memanfaatkan anugerah tersebut... :)

Nak tengok ke contoh orang-orang yang memiliki natural beauty?? Jangan mengigau pulak korang nanti yeeee.... ngeeeee~

Taraaaaaa.... ra....raa....raaa......












Cantik kan kitorang.. ngeh3! Hahaha! Jangan marah eh korang. Kang ade gk yg ckp aku PERASAN CUNG! ahaksss.. gurau di pg jumaat je.

Bagi aku, semua yang dilahirkan perempuan adalah SECANTIK-CANTIK & SEINDAH-INDAH perhiasan dunia. Teringat satu lagu ni...

"wanita... hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..."
"yang akan membahagiakan syurga di dalam rumahtangga..."

Thursday, February 24, 2011

Kesian kawan aku sorang ni...

Assalamualaikum...

Aku menulis luahan perasaan bagi pihak opismate aku, si kumbang sorang ni... Siti 'Razif'ah! Hahaa! Razif... Razif.. Macam-macam hal la ko ni. Aku jugak la tmpt ko ngadu. Kuang3

Pengguna baru BB yang tak berpuas hati dengan service BB coz credit dia tetibe banyak kene tolak. Erkkkkk! Tu laaa, aku ckp dulu degil. Takmo ikut cakap aku. Sekarang sape yg susah??? Engko jugak..

Tak dpt aku nak bantu ko.. Kalau aku bank negara aku boleh salurkan sumber kewangan utk ko... Tapi malangnya, utk diri aku sendiri pon tak tersupport! Ahaha...

P/s: hope ko bace blog aku ni. Aku buat entry ni pon atas permintaan ko jugak... So, sile komen ye en razif... Adehh! Harap bsbr dgn dugaan yg menimpa ko ni. Smileeeeeee :p 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Main tarik-tarik rambut...

Assalamualaikum...

Sangatlah jarang aku hapdet blog pepagi camni kan. hehe! Sementara ade kesempatan kejap ni, karang jelah ape yang terlintas dlm kepala.

Penah main tarik-tarik rambut? hehehe! Mestilah kannn.. aku dulu tarik-tarik rambut dgn adik bradik je. Sib bek ade adik pompuan ramai. Kalau adik laki xleh, sebab rambut pendek. ahakss! Tapi zaman sekarang ni, ade je gado-gado stail tarik rambut. Sib bek ade rambut, panjang pulak tu. Nak selamat, pakai rambut palsu.. Bila ditarik, tak terasa sangat sakitnye sbb memang rambut dah tercabut terus dari kepala! erkkk...

Buruk la wei main tarik rambut ni. Xmatured langsung. Cuba korang pegi main tarik tali ke ape. Ade jugak faedahnye. Boleh gak la kuatkan stamina korang kan. Takpun korang pegi tarik kereta orang yang tertunggak bayar. ahakss! Parah....!

Aku teringat time aku darjah 3 dulu. Yelah, zaman jahiliah tu. Tak tahu apa-apa. Penah sekali aku bergaduh kat sekolah. Tapi takde tarik-tarik rambut ok. Sebab time tu dah pakai tudung. eeee, baikkan saye :p Tapi nasib baik umi aku tak tahu. Kitorang bersama geng masing-masing jumpe kt belakang kelas time balik sekolah. Waaaaahhh! Dah macam gangster aku rasa. Tapi time tu tak tahu lagi ape tu maksud gangster. hahaha!

Tp seingat aku, sempat balas-balas cakap je. Masing-masing menjerit-jerit tinggikan suara. Last-last bersurai camtu je. Xde adegan tarik menarik rambut, selak-selak kain segala bagai. & xde jugak rakaman 3GP through henpon & dihaplod kt FB! hahaha... tapi siyes, sungguh kelakar bila ingat time tu. haiyaaa!

Udah-udahla tu korang, asal bergaduh je tarik rambut. Try buat mende len. Kalau rase geram sangat kan, print gambar musuh anda tu, lastik bertubi-tubi guna lastik cicak! huahahaa... Takyah la buat keje tak cerdik, dah besar panjang dah pon kan. lalalala....

Notakaki: Pernah tertarik kain pelikat abg aku sehingga menampakkan 'tuuuutttttt'! Time tu zaman budak-budak lagi. ahaksss!

Wednesday, February 23, 2011

Mulut busuk? Mulut longkang? Mulut puaka?

Assalamualaikum....

Opss.. bukan nak bercerita pasal nafas berbau ke, kene berkumur dengan listerine ke ape. hehehe! Tapi nak bercerita pasal PEREMPUAN & MULUT. Mulut dalam maksud kata lain PERTUTURAN. Ish ish ish.. terlalu kasar ke title entry aku kali ni? Bukan mengata kepada sesiapa tapi untuk menerangkan hakikat sebenar, mungkin inilah word yang sesuai.  

Perempuan mmg terkenal dengan sifat lemah lembut & sopan santunnya. Tapi masih wujud lagi perempuan tak dah hilang sifat sebegitu. Nauzubillah.. mulut dia mengalahkan pertuturan orang-orang yang tak berakal. Macam dah takde pedoman kalau kite dengar. Kalau dah tertulis dalam SMS pon teruk, apatah lagi bila bertutur.

Pelik kan.. apalah agaknya ada terkandung dlm kamus kepala dia. Agaknya lebih banyak perkataan yang kesat dari perkataan yang elok. Bila bercakap & berfikir tak pernah menggunakan ayat yang elok... kalau tak memaki hamun & mencaci mmg tak sah. Aku sebagai perempuan sendiri pun pelik dengan sikap manusia camni. Memang takde istilah mencarut dalam hati dah, memang secara terang-terangan terus. 
Tapi, bagi orang yang tak berfikir waras saje yang akan bersikap sama dengan orang macam ni. Api kalau disimbah lagi dengan minyak petrol makin marak lah dia. Jangan jadi 'cerdik' sama macam dia. Kene tunjuk sikit kebijaksaan kita utk mengatasi orang macam ni.
So, korang jagalah pertuturan tu ye. Berpada-padalah dalam berkata-kata. Lebih-lebih lagi perempuan... sayanglah kalau muka cantik tapi mulut busuk kan! Apetah lagi kalau muka tak berapa nak lawa ditambah pulak dengan mulut longkang! 

Astaghfirullahal'azim.. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku sekiranya kebenaran yang aku cakap ni ada menyinggung hati sesetengah pihak.

Tuesday, February 22, 2011

Malaikatmu Tersentuh Hati

(bacalah...ambil masa walau 1 minit)
Assalamualaikum....selamat membaca....

 Malaikatmu.....


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Friday, February 18, 2011

Anak sungai pun berubah, ini pula hati orang mengapa dikenang...

"anak punai anak merbau, terbang turun buat sarang"
"anak sungai pun berubah ini pula hati orang mengapa dikenang.."

Benarlah kata orang, hati manusia memang boleh berubah dalam sekelip mata. Tetibe teringat lagu 'Sekelip mata kau berubah by Lestari'.. Lagu jiwang zaman aku sekolah dulu. hehe! Aku pun manusia biasa gak, tak terlepas dari perasaan 'berubah' terhadap sesuatu. Berubah secara positif atau negatif.

Bila disebut tentang 'hati yang berubah' mesti kaitannya banyak negatif. Jarang orang cakap, dia tetibe berubah hati jadi baik. Tapi selalunya orang akan cakap, kenapa dia boleh berubah hati tetibe, dulu suka sekarang tak... and wutsover!

Kenapa manusia cepat berubah? Adakah pengaruh keadaan sekeliling yang membuatkan perkara itu terjadi. Wallahualam. Bak kata orang jugak, 'tepuk dada tanya selera'.. Kalau selera dia tetibe je berubah, maka dgn tak sengajanya hati dia berubah... Erkkk.. betulkah? Ntah la.. itu pd pandangan aku jela.

Susah kita nak baca isi hati orang. Orang pun tak mungkin boleh baca hati kita kan. Kalau yang boleh baca tu mmg superb ah. Power tuuu! Orang pun ada cakap, 'barang yang lepas usah dikenang, kalau dikenang merajuklah hati'.. Yeke? Hurm....
Kalau orang dah berubah hati terhadap kita, kita jangan lagi nak terhegeh-hegeh. Jangan jadi 'hidung tak mancung, pipi pulak tersorong-sorong'. Nanti orang 'annoying' dengan kita. Susah jadinya. Jangan sesekali memaksa orang untuk menyukai kita, walau dengan pelbagai pujuk rayu sekalipun. Lepaskan apa yang bukan milik kita.

Kalau dia kembali pada kita, dia mmg hak kita. Tapi kalau dia pergi tak datang-datang, memang dia bukan utk kita... Terimalah hakikat.
Notakaki: perasan tak aku banyak guna.. 'bak kata orang'! ahakss! bak kata aku xde pon kan.. lalalala ;p

Thursday, February 17, 2011

Telah lama kau ku tinggalkan...

Sy tak tahu ape perasaan awk sekarang,
Terlalu lama awk sy tinggalkan kesorangan,
Entah rindu ke tak awk kat sy kan,
Tapi... jauh di sudut hati memang sy rindu sgt...

Bukan sy tak sudi atau menjauh diri,
Jauh sekali nak berkecil hati,
Tapi entah nape ntah ngan sy ni,
Hanya teringat tapi jenguknye tak...

Tapi bila tetibe orang asyik duk tanya pasal awk,
Tanya kat FB, ada yang siap call sy tau nak tanya pasal awk,
Saya jadi serba salah nak ckp,
Last-last sy jwb lah jawapan selamat..
"Tunggulaaa.. ada masa nanti ade lah"

Kekadang tu, sy tengok awak dari jauh,
Cukuplah bagi saya,
Kekadang jugak, sy datang jenguk awk kt rumah,
Rasa nak je ketuk pintu umah awk,
Tapi............. sy yang bermasalah sebenarnya...

Sy rasa hari ni boleh jadi "hari ini dlm sejarah"
Lepas sekian lama sy tinggalkan awak,
Sy nak mendampingi awk balik,
Sy nk bermanja dgn awak,
Sebab cara awak manjakan sy takkan sama dgn org lain manjakan sy, :(
Sy harap awk dpt terima sy balik ke pangkuan awk,
Jangan sesekali awk hukum sy k,
Sy tau sy yg bersalah tinggalkan awk tlalu lama,
Sy nak peluk awak erat...

Oh my darlingggggggggggggggg "MY POCKETFUL OF SUNSHINES"!!!!!!
Maafkanlah tuan mu ini kerana terlalu lama meninggalkanmu berhabuk, bersawang.. sampai dah ade sarang burung walet weiii! hadoi...... Meh nak peluk ciom sikit... Chuppp Chupppp Chuppp... :D 
 

Notakaki: InsyaAllah akan kembali aktif blogging start 1st March 2011! Nantikan kemunculan akuuu! hahhaha (gile glamer ok)
Related Posts with Thumbnails