My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Wednesday, February 23, 2011

Mulut busuk? Mulut longkang? Mulut puaka?

Assalamualaikum....

Opss.. bukan nak bercerita pasal nafas berbau ke, kene berkumur dengan listerine ke ape. hehehe! Tapi nak bercerita pasal PEREMPUAN & MULUT. Mulut dalam maksud kata lain PERTUTURAN. Ish ish ish.. terlalu kasar ke title entry aku kali ni? Bukan mengata kepada sesiapa tapi untuk menerangkan hakikat sebenar, mungkin inilah word yang sesuai.  

Perempuan mmg terkenal dengan sifat lemah lembut & sopan santunnya. Tapi masih wujud lagi perempuan tak dah hilang sifat sebegitu. Nauzubillah.. mulut dia mengalahkan pertuturan orang-orang yang tak berakal. Macam dah takde pedoman kalau kite dengar. Kalau dah tertulis dalam SMS pon teruk, apatah lagi bila bertutur.

Pelik kan.. apalah agaknya ada terkandung dlm kamus kepala dia. Agaknya lebih banyak perkataan yang kesat dari perkataan yang elok. Bila bercakap & berfikir tak pernah menggunakan ayat yang elok... kalau tak memaki hamun & mencaci mmg tak sah. Aku sebagai perempuan sendiri pun pelik dengan sikap manusia camni. Memang takde istilah mencarut dalam hati dah, memang secara terang-terangan terus. 
Tapi, bagi orang yang tak berfikir waras saje yang akan bersikap sama dengan orang macam ni. Api kalau disimbah lagi dengan minyak petrol makin marak lah dia. Jangan jadi 'cerdik' sama macam dia. Kene tunjuk sikit kebijaksaan kita utk mengatasi orang macam ni.
So, korang jagalah pertuturan tu ye. Berpada-padalah dalam berkata-kata. Lebih-lebih lagi perempuan... sayanglah kalau muka cantik tapi mulut busuk kan! Apetah lagi kalau muka tak berapa nak lawa ditambah pulak dengan mulut longkang! 

Astaghfirullahal'azim.. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku sekiranya kebenaran yang aku cakap ni ada menyinggung hati sesetengah pihak.

4 comments:

  1. amboi.. ini mcm baru lepas berlaku persilisihan faham je sampai terkeluar entri mcm ni? anyway.. be cool. emosi dah tak terkawal, akal pun jadi pendek la.

    ReplyDelete
  2. kalau setakat sikit2 tu, mungkin boleh di consider, tapi kalau sampai tahap macam ni..ish3..geleng kepala juga

    Pendapat anda?
    jangan cepat melatah

    ReplyDelete
  3. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
    :-salah satu dari 25 nasihat lukman al hakim

    ReplyDelete
  4. manusia nie macam macam dear..kalau hari nie kita jumpa yang elok..esok esok kita jumpa pulak yang teruk..lusa lusa kita jumpa pulak yang memang dah teruk..hanya Allah yang tahu isi hati kita..kekadang orang cakap elok pun tapi hati dia busuk pun bahaya jugak kan?

    pepe pun i lav u!;)

    hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails