My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Monday, May 16, 2011

Kenangan sebagai anak 'cikgu'...bersama abah.

Teringat lagi zaman persekolahan. Masa sekolah rendah aku bersekolah satu sekolah dengan umi aku. Nak cakap banyak sgt keistimewaan tu takde la sgt. Orang ckp xbest satu sekolah ngan mak or ayah. Tapi aku ok je. Masa zaman sekolah menengah, aku bersekolah bersebelahan dengan sekolah abah aku. Hanya dipisahkan oleh satu pagar konkrit. Abah aku ni seorang guru Hal Ehwal Murid (HEM). Ala-ala guru disiplin la gitu. Kalau sebut nama abah aku memang ramai orang kenal. huhu... Garang!

Pagi-pagi pegi sekolah dengan abah. Lewat abah pergi, lewatlah aku sampai sekolah. Dulu kalau masuk selepas pukul 7.30 pagi kene tulis nama dengan Pengawas. Kadang2 tu kalau aku lewat, aku suruh abah hantar aku sampai dalam pagar sekolah. So, pengawas tu terpaksa la bukak pintu. hehehe! So, terlepas la nama aku ditulis. Lega... ;p Tapi kadang-kadang abah tak terlalu manjakan aku. Dia hantarkan aku hanya di luar pagar sekolah. Kalau lambat memang nasib. Abah hanya gelak je dari dalam kereta. erkkkk!

Tapi aku tak pernah susahkan abah sepanjang 5 tahun aku di sekolah tu. Cuma, penat menunggu time nak balik kalau abah ada mesyuarat. Orang lain balik pukul 2 ptg, aku pulak terpaksa tunggu abah. Kalau abah abis pukul 5, pukul 5 lah aku balik. Kekadang abah lupa, lepas mesyuarat sempat lagi borak-borak. OMG! Kekadang sampai menangis tunggu. Dulu tak guna HP macam sekarang. Nak berhubung susah. Tapi masa Form 4 aku dah start guna phone, even abah umi marah tapi dorang tau kemudahan ada mende tu. hehehe!

Rumah aku ke sekolah agak jauh. Hampir 20km. Abah tak bagi aku naik bus. Teksi apetah lagi. Nak tak nak terpaksa menumpang abah pergi balik sekolah. Bila dah namanya cikgu HEM, sikapnya garang. Terpaksa. Tapi kat rumah abah seorang yang tegas. Bila abah selalu bawak aku pergi sekolah dia, adalah murid-murid yang mula mengenali aku sebagai 'Anak HEM'. Biasalah bila kita jadi cikgu ni, ada yang suka, ada yang tak suka. Lagi-lagi cikgu disiplin. Asyik nak hukum orang je kejenya kan. Rupanya ramai yang 'tak suka' abah kerana dia adalah guru disiplin. Aku kene tempiasnya. adehh! Nasib baik takde orang yang datang ugut ke ape.. uhuhuh!
Dulu, bila masuk bilik abah mesti bukak laci. Terjumpalah macam-macam benda yang abah rampas. (benda yang tak sepatutnya di bawa ke sekolah) Biaselah masa tu aku naive lagi. Pernah terjumpa gambar-gambar yang tetttt... aduhai. Penah jumpa gambar yang abah ambik dari muridnya yang konon-konon melakar nama BF di kulit badan. OMG! Ala-ala tatu la. Sejak tu baru tahu kerja cikgu disiplin macam tu. Sebab seumur hidup dari darjah 1 hingga form 5 aku tak pernah masuk bilik disiplin atas kesalahan sendiri. Cuma aku pernah sekali menjejakkan diri ke bilik disiplin masa form 5.. itu pun sebab menjadi saksi kes kawan. adehh! Pengalaman yang sgt hebat! hoho...

Kenangan tu tetap segar hingga kini. Namun, aku tak pernah salah guna title aku sebagai 'anak cikgu'. Apa pun aku tetap sama dengan murid-murid yang lain, tiada yang istimewanya. Tiada batas untuk berkawan dengan sesiapa pun... Cuma aku  cukup bertuah kerana memiliki 4 orang sahabat baik yang merupakan anak-anak cikgu. Kebetulan, ibubapa kitorang mmg mengenali antara satu sama lain. Ada juga yang ibunya mengajar di sekolah yang sama dengan abah aku. Alhamdulillah...sampai sekarang kitorang masih bersama.

Abah bersara sewaktu aku di tingkatan 4. Walau abah telah bersara, sehingga kini orang di kampung masih mengenali aku sebagai 'anak cikgu'. Sampai skrg orang memanggil abah 'cikgu'....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails