My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Friday, September 30, 2011

Ada sesuatu yang dapat dirasakan...

Assalamualaikum..

Setelah terlihat beberapa video yang dipublish rakan-rakan Facebook tentang kejadian ribut kuat yang terjadi di Kuala Terengganu beberapa hari lepas, terdetik di hati ingin menghubungi umi di kampung. Mungkin kejadian tu tak terjadi di Besut, tapi hati tetiba sayu ingin mendengar suara umi tersayang.

Setelah sampai di ofis, lebih kurang jam 11am lebih, aku menelefon umi. Lambat pulak talian dijawab. Mungkin tak mendengar bunyi phone. Sebelum sempat aku matikan talian, terdengar suara orang menjawab phone. Oh, rupanya umi aku sibuk di dapur. Mengemas apa yang patut. Biaselah, tiada pembantu di rumah, begitulah keadaannya. 

Aku hanya bertanya khabar umi, abah & adik-adik. Sometimes terasa macam tersekat untuk bersuara. Before that rasa macam banyak mende nak tanya. Tetiba umi bersuara...

Umi: "haa.. dah tu macam mana?"
Aku: "(gelak) macam tu la.."

Uiks.. macam ada sesuatu yang umi dapat rasakan. Sebab soalanya seolah-olah ingin mengetahui sesuatu. 3 kali jugak soalan itu diajukan kepada aku. OMG.. apekah umi dapat rasakan sesuatu yang sedang berlaku pada diri aku. Betapa kuatnya naluri seorang ibu. Tapi nasib baik aku sempat mengelak, berceritalah aku tentang ujrah PTPTN yang baru aku hantar last 2 weeks. 

Dalam kepala ligat jugak cari point lain. Takut-takut ter'stuck' lagi perbualan aku. Tapi mujur tak lama kami berborak, setelah hampir 9 minit perbualan kami tamat. Lepas tu aku berfikir, ape yang umi nak tanya sebenarnya ek... hurm.... Seakan-akan dia ingin mendapatkan sesuatu kepastian dari aku.... Takpelah, terkadang mendengar suara orang tersayang boleh buat kita lupa segala masalah yang ada... :)

Monday, September 26, 2011

Ada depan mata tapi....

Alhamdulillah rezeki... sekarang ni non-stop jemputan open house. Dah seminggu berturut-turut rasanya asyik makan free je. Kat ofis, umah member-member, esok pulak sambutan Aidilfitri Kementerian Pelancongan Malaysia pulak.Makan-makan-makan!

Kesian perut tak sempat mana nak rest. Kalau pegi open house tak makan kan, tolak rezeki pulak. Kalau duk tengok orang makan, mesti terliur punya. hehehe! Nak tak nak mesti suap semulut dua, semuanya makanan yang penuh dengan kolestrol. aduhai pun...

Nak exercise jauh sekali kan. Taman bukan main terbentang depan umah, almost 2 months stay situ belum penah jejak lagi ok. Hebat tak?! ;p InsyaAllah, dis week nak start dengan azam baru. Sport shoes semua dah ada dalam genggaman. (selalu ada alasan kan.)

So, hopefully lepas ni xde alasan sport shoes kt kampung lah, masih belum beli lah.. hehehe! Dah bole jogging2, jalan-jalan kaki, exercise skit-skit kt taman tu. Yang penting kene konsisten & komited. Jangan buat keje separuh jalan je. aduhai... itulah masalah paling besau.

Masa study dulu tau pulak exercise nak release tension, sekarang ni kalau stress sikit, makan then tido. Omaigod, mana tak besar badan kan.... Makan pon kene kontrol jugak, ingat lepas abis musim open house ni, just nak ambik nasi seminggu sekali. Hope bjaya dengan jayanya lah tanpa ada sebarang anasir-anasir jaat yang mempengaruhi.. eheheheh!


Notakaki: All the best to me..............! Hoyehhhhhhhh ;)

Jika dapat diputar kembali waktu dulu...

Mana mungkin kita dapat kembalikan masa yang telah berlalu. Past is past. Jangan pernah kesali apa yang telah terjadi. Jangan hentikan langkah kaki di sini. Mungkin hidup tak seindah yang dihajati, tapi percayalah takdir Ilahi.

Bukan hidup tak berlaku adil pada diri, tapi kita sendiri yang menganiayai. Jangan pernah disangkal itu & ini, kerana ianya rencana dari Yang Maha Mengetahui. Siapa kita? Pernahkah kita terfikir segala kurniaan yang telah Dia beri dari dulu hingga kini, rasanya tak terhitung dengan 20 jari. Pernahkah ada sekelumit kata syukur meniti di bibir setiap hari? Sedangkan Dia tidak pernah menzalimi hambaNya yang kerdil ini.

Kalau pun ada satu nikmat yang hilang kini, ingatlah berapa banyak yang telah Dia beri selama ni jika dibandingkan dengan apa yang telah diambil kembali.

Dear eyes, dont make me suffer...

I couldnt sleep... I've trying enough to close my eyes but i'm still awake until now... 3 o'clock already. There's lot of thing on my mind. My body is damn weak. How tired my mind. Oh God, please make me stop thinkin all these craps..

Notakaki: "Allahummabismika hayya waamut..."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 15, 2011

Dengar lagu boleh effect mood ke?

Mood & lagu... rasanya susah nak dipisahkan. Kalau time sedih mesti akan dengar lagu sedih kan, mulalah bergenang air mata. Kalau tetibe berkumandang lagu yang ada kene mengena dengan diri kita pulak, mulalah start nak jiwa kacau. 
 
Begitu jugak sebaliknya, kalau hati tengah happy or berbunga-bunga, lagi lah heavan rasanya. Betul tak? Kekadang, bila rasa merindu or sedih jiwa lara... mesti kita akan dengar lagu sedih. Konon-konon lagu tu ade kaitanlah kan dengan diri kita. Bukannya mendengar lagu sedih makin buat kita sedih?

Boleh tak, time bersedih kita dengar lagu happy, lagu rock ke ape. Sesetengah orang mungkin boleh. Sesetengah orang akan melayan lagu megikut mood semasa mereka. Kalau time happy tapi mendengar lagu sedih, mungkin boleh dikawal lagi perasaan tu. So bergantunglah kepada kekuatan hati masing-masing.
Kekadang sesebuah lagu jugak boleh memberi kita semangat dan inspirasi untuk terus berdaya. Ada satu kisah tentang kawan aku ni... Sedih punya pasal, tengah driving sambil dengar lagu sedih, siap meraung-raung dalam kereta. Tak pasal-pasal pegi langgar divider jalan. huhuhu.. Tak nak la sampai jadi camtu kan. Pendek kata, lagu boleh mengubah mood kita dalam sesuatu keadaan.

Notakaki: Banyak jugak lagu yang berkaitan dengan aku.. ade jugak yang orang tujukan untuk aku. ;)

Dah tua bangka, lagi tak tau nak berfikir

Ish sangat teruklah.. kekadang tu tak tercapai akal nak fikir. Haaa.. kang tetibe aku nyanyi lagi Elyana kang. Yelah, maunye tak bengang & sakit hati. Makin berumur lagi susah nak berfikir. Nak cakap tak belajar tinggi kan, keje dah elok je.

Or semakin tinggi tahap pelajaran tu semakin ketat otak nak berfikir? Yelah, mende yang sepatutnya kita tahu kot, takkan lah mende camtu pun orang nak keje ajar satu-satu..... Kalau budak tadika pun rasanya reti berfikir jauh lebih hebat dari spesis camni. Bukan nak mengata sangatlah, tapi terlampau sakit ulu hati fikir keadaan camtu. Or tetiap kali ia terjadi, kene sound reramai, orang yang tak bersalah pun kene sekali. Not fair to others la kan... bingit jugak telinga orang len dengar. 

Nak aku bagi contoh?? Ok...
Dah nampak ada tanda larangan NO ENTRY, masih degil juga nak masuk ikut situ. Then bila bertembung, dengan penuh berlagaknya suh orang lain yang dijalan yang betul tu berundur. Ape ke hal tu??? Takkan tak reti nak baca??? Sangat tak logik kan.. So, fikir-fikirkanlah...

Apepun, nak ingatkanlah....(sebab tak dapat dikenalpasti siapakah yang bertanggungjawab.. if tau pun, dia bukan ade blog nk baca entry aku ni kan...) Bila dah umur makin meningkat tu, sepatutnya tahap pemikiran tu makin bagus or cerdik. Bukan makin nak jadi macam budak umur 5 tahun. Sekarang ni pun, dah ramai kanak-kanak genius kan.. memang tak dinafikan. Hopefully, genius dgn cara yang betul la..and jangan sampai jadi insane. huhu....

Sebab, ade one of my fren... study sampai menjadi hampir gila. Nauzubillah... Omaigod. Terlampau stress ke camne tu. Or banyak sangat yang nk dipelajari sampaikan dah overload. Jangan jadi camtu oke. Berpada-pada untuk menjadi bijak.


Hati.. sangat susah dimengertikan

Assalamualaikum...

Hati....kalaulah boleh dilihat dengan mata kasar camne keadaan hati bila dah remuk redam. Eh mungkin tak berubah pada fizikalnya, tapi sangatlah meninggalkan kesan yang mendalam. Biasa kita tengok hati ayam, hati lembu... 

Hati.... suatu benda yang paling susah aku nak faham, even diri sendiri pun. Tambah-tambah pulak pelbagai penyakit hati yang ada sekarang. Tapi lately, aku sangat susah hati. Entahlah.. kekadang tak tau puncanya kenapa. Tapi runsing tu sentiasa menyelubungi diri. Bukan aku tak ingat Dia, bukan jugak tak ucapkan kalimah-kalimah suci. Tapi perasaan tu sentiasa datang. Puas aku pujuk hati, merayu pada Dia agar ditenangkan hati....tapi macam masih belum sempurna.
Seakan ada sesuatu yang bakal terjadi...or dah memang terjadi? Yang membuatkan hati aku tak menyenangi keadaan itu. Wallahualam.... Aku cuba alihkan fikiran dari terfikir tentang itu, tapi tak sampai 24jam, kembali datang. 

"Dear Almighty Allah, I may not understand right now but I trust You."

Itulah yang selalu aku sematkan dalam kepala. Whenever I go and whatever I do, I'll always remember that. Kekadang orang cakap kita emo & fikir bukan-bukan... Sometimes ape yang kita fikir tulah mendenya betul. Bak kata orang, firasat. Apa yang hati kita fikir akan naik ke otak.. mulalah bergolak macam-macam.

Aku tak suka banyak berfikir... so sakit otak. Tak sanggup menzalimi diri sendiri. Better aku tidur. Itulah terapi paling mujarab. Before tido jangan asyik fikir, nanti termimpi pulak. Set mind, clear everything...and then baca ayat Kursi sekali. Tidurlah dengan tenang & nyenyak ye murid-murid... huhuhuh

Oklah, taknak merepek banyak sangat. Pening pulak korang baca. hehehehe..... 

Tuesday, September 13, 2011

Only Love

2am and the rain is falling
Here we are at the crossroads once again
You're telling me you're so confused
You can't make up your mind
Is this meant to be
You're asking me

But only love can stay
Try again or walk away
But i believe for you and me
The sun will shine one day
So i just play my part
Pray you'll have a change of heart
But i can make you see it through
That's something only love can do

In your arms as the dawn is breaking
Face to face and a thousand miles apart
I've tried my best to make you see
There's hope beyond the pain
If we give enough
If we learn to trust

I know if I could find the words
To touch you deep inside
You'll give my dreams just one more chance
To let this be our last goodbye

That's something only love can do 

Monday, September 12, 2011

Tak dapat yang itu, kita dapat yang lain...

Assalamualaikum...

Bangunan sebelah (Kementerian Pengajian Tinggi) bukan main besar & meriah buat open house. Siap ada nyanyi-nyanyi lagu raya, kitorang berjalan jela menuju ke kafe dengan penuh keyakinan kan. Sambil jalan tu jeling-jeling keadaan sekeliling, ade yang sedang beratur ambik mee goreng, xkurang jugak yang tengah makan satey. Mak aih, kecur liur kitorang. 

Sampai dalam cafe... sah! Kosong je meja kan. Yang bukaknye kaunter jual air. huhu... Ade jugak kawan-kawan yang cakap... 

"Ala... jomlah kita makan kat open house dorang ni. Bukan dorang tau pun."

Erk... org tengok pelik je kt kitorang, yelah.. jalan-jalan pusing bangunan, ade pulak yang pegang purse kan. So, dorang pikir ape la yang kitorang nak beli di tempat makan free ni... huhuhuhu!
Sedih, naik balik ofis dengan perasaan yang kuciwa. Siap meeting nak order McD Delivery. Hopefully McD Alamanda buat la penghantaran ke ceruk presint 5 ni kan.. ahakss! Tetibe teringat ade dapat memo open house level 13. Ape lagi.. berlumba la masing-masing naik atas. Yang tak tahan tu, tapau nasi bawak turun bawah, naik balik ambik soto pulak. hadoi.. semua kelaparan kan. Dah la breakfast tadi xmkn ape pun. Ai makan sandwich je 2 keping tu pun perut still berangin..

So, moral of the story... bersabarlah, mesti ada ganjaran lain yang menanti. Hihihi! Mungkin jugak kebetulan kan. Tapi kalau everyday ade open office best jugak kan... seminggu jimat duit makan. wahhhh! :)

Ingatlah sikit diri kita siapa....

Dulu dah berpakat untuk buat itu ini bersama. Dah bersetuju dengan apa jua perkara. Tapi bila makin lama, makin terlupa pula apa yang pernah dipersetujui. Malah lagi nak melebih-lebih, seolah-olah dia pulak yang jadi tok ketuanya. 

Kita kene fikir, bila hidup berkumpulan atau pun beramai-ramai, suara majoriti mesti dititikberatkan. Bukannya kita hidup sebatang kara di hutan rimba. So, if ada apa-apa bincanglah terlebih dahulu dengan yang lain. Bukan main ikut kepala kita saje. Mungkin tak semua orang akan menolak ape yang kita utarakan, unless mende tu sangat tidak logik & membebankan semua pihak.

Kita takkan tahu apa yang tersirat di hati orang lain. Malah diri kita sendiri pun sangat 'unpredictable'. Boleh ke kita jangka apa yang terjadi pada diri kita? Kita hanya boleh mengawalnya tapi tidak boleh menetapkannya.

Kebiasaannya, orang sebegini akan bersikap selfish (pentingkan diri sendiri) untuk kepentingan diri sendiri & takkan akan menguntung orang sekeliling. Umpama parasit, ia enak menumpang di dahan pokok, tapi malangnya si dahan pokok yang reput. Akhirnya, benefit hanya memihak di sebelah pihak saja.



Friday, September 9, 2011

Kasihku tiada penghujung

"Takkan bisa hatiku berubah
Bila ditimpa dugaan dan badai melanda kita
Teguh berdiri cinta yang ada

Takkan bisa sekali-kali kasihku berubah
Bila bertindanan halangan tiba
Kesetiaanku tetap serupa
Kasih tak kan berubah

Ku percaya cinta harus bersama
Bukan terpisah ke hujung dunia
Ku cuba menanti
Walau lebih lama lagi...."

Thursday, September 1, 2011

Tak mampu melawan takdirNya

Assalamualaikum & selamat hari raya....


Sesungguhnya aku tak mampu melawan takdir yang mendatang. Buat masa sekarang, aku tetap akan lalui & harungi apa yang sudah tertulis untuk masa ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku hanya mampu berdoa untuk lakukan yang terbaik untuk hidup aku. Apa kata orang, biarkan. Sampai bila kita nak dengar cakap orang. Kalau kita terpengaruh dengan kata-kata orang, apa guna kata hati sendiri. 

Kenapa perlu sisihkan diri sendiri. Orang lain tak berhak untuk menentukan hidup kita. Segalanya di tangan Tuhan. Mendengar pandangan orang memang boleh, tapi fikirkanlah untuk diri kita sendiri. Mana yang baik, teruskan. Mana yang dirasakan tak elok, tolak tepi secara sopan.. hehehe!

Apapun, kita hanya manusia biasa. Apa yang tertulis untuk kita, itulah takdirnya. Kita tak mampu melawannya. Mesti ada sebab musababnya, bukan? Dia tahu apa yang terbaik untuk kita & Dia sudah menulis setiap perjalanan hidup kita.

Notakaki: "Ya Allah, Kau dengarilah doa-doa di setiap sujudku. Kau kurniakanlah keberkatan hidup kepadaku. Kau perkenankanlah setiap bait-bait kataku. Semoga limpahan rahmatMu sentiasa untukku. Amin..."
Related Posts with Thumbnails