My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Sunday, August 31, 2014

Bila tak dapat teringin pulak!

Tetiba rase rindu pulak nak belayar atas kapal. Rindu nak rasa balik suasana tu. Tapi kalau dah ada kat atas sane meronta2 nak balik. Tak tahan bile asik pening, mabuk & takde selera. Mabuk mengandung pon rasanya tak seteruk ni. Hehehe! 

Sebenarnya bukan ape sgt pun, asalkan boleh dekat suami jer. All of sudden ter'recall' balik setiap aktiviti yg aku penah buat sepanjang ikut suami belayar November last year. Dulu punya la berharap sakan tak nak naik lagi kapal tu, finally Allah makbulkan doa aku. Syukur.... tapi for sure kenangan tu tetap tersemat dalam ingatan. The best experience ever! *smile*

Pukul 1.30 tadi, hubby dah gerak belayar menuju ke Jepun. Tu pun rindu jugak nak jejak kaki lagi kat Jepun. Hehehe! InsyaAllah ada rezeki lagi nextime.














Tetibe terfikir....

"alahai... kesiannye hubby makan sorang2. Kene basuh baju, lipat baju sendiri. Kemas katil & bilik sendiri. Kalau aritu aku ade buat semua tu... hihihi"

Tapi sebenarnya hubby dah tbiasa dlu dah menikmati makan2 tanpa aku, kemas katil & bilik sendiri. Cuci & lipat baju sendiri sebab b4 dia kawin dlu pon dia sorang jugak. Bukan sorang2 jugak la, member2 lain kan ramai lagi atas tu. Haha! Emo lebih ko ni Izah....

Kalau husband aku bace ni mesti dia gelak jerrrrrr... Hahaha!

Saturday, August 30, 2014

Tokono SUPRISE den!

Haaaaa... asyik sangat main game. Dah dengar notification email masuk. Tapi game lagi penting kata kau! Hahaha...

Sekali tgk notification email, kerut-kerut dahi jap. Gimik je lebih Izah ni! hahahah.... Notification M2U ni yang bile punye?? Mestilah latest kan dah sah2 baru sampai email tu. Tak payah buat pelik sangat la haiii....




" Maybank2u.com 3rd Party Transfer
.............................. has transferred ........ to your Maybank acc for SHOPPING on 08/29/14 via Maybank2u.com "

Nampak takkkkk!! Nampak takkkk ape yang diBOLD and diHIGHLIGHT tu. Hahaha! Suke sangat dengar perkataan shopping. Sinonim ngan pompuan kennnn... Aku terus call hubby!

Aku : Yang, awak transfer duit ekkkk? (berbunge2 dalam hati)
 
Hubby : Haaa... hehe... awak tengok dah ekk..

Aku : Aah.. tengok emel. Utk shopping ekkkk?? (sipu2 gelak)

Hubby : Tu duit shopping barang baby k.. Bukan shopping barang awak... (gelak besar)

Aku : Alaaaaaa.... baru nak hoooreyyyy hoooreyyyy.... (konon merajuk) :p

Hahaha.... baru ingat nak borong kasut, dress, beg, lipstik!! :p 
Xdelah, 100x pikir kalau nak beli barang kite, ade mende lagi penting utk diberi perhatian. Xde la sentap pon sebenarnye, saje ngade2. Duit shopping isterinya dah diberi awal lagi. Utk my little caliph la pulak... Sementara hubby kt laut, aku dah memang malas nak g suping sengsorang. Nasib baik banyak barang dah beli b4 hubby belayar. So lepas ni semuanya order online.

Hubby suke buat suprise tapi festime den yang tokono! Eksaited lebih sangat :p
Thank you so much my lovely hubby yang sangat sweettttt macam gula-gula kapas! :-*


Notakaki : How i miss u so much, sayang.... T_T (Day 2)


Thursday, August 28, 2014

Bila dia yang ku pilih!

Oh finally sempat jugak merasa 'ditinggalkan' setelah setahun lebih tak berenggang. Jangan kire zaman b4 kawin, even jauh berjuta batu pon tetap rasa dekat. Kononnya la kan! :p Tapi bila dah kawin, kalau terpisah laut & darat memang sah-sah jauh gile rasanya! Semoga aku diberikan kekuatan untuk berada di sini... :)

November last year sempat merasa ikut suami belayar. But the situation now is very different, which i cant follow him anymore! T_T

B4 kahwin dlu konon2 dah ready mental fizikal if kene tinggal g belayar. Hahaa! Tapi bile dah berada di tempat kejadian tetibe tak bole nak terima hakikat. Adushhh! Bercucuran air mata kuuuuuuuu......

Orang laki dia tak tunjuk pon dia sedih nak tinggal kite. Siap cakap kat kite....

"ala, kejap je 3 bulan tu. nanti balik laa.."

Haaaaa???? Kejap la sangat. Kalu 24jam sy tido mungkin masa berlalu begitu cepat. Hoho! Tapi as a wife, kite mesti redha & doakan yang terbaik utk suami dalam mencari rezeki utk keluarga. Iringi mereka dengan doa.

Kalau isteri askar lagi laa.. bukan bole bawak henpon time g btugas. Aku ni kira bernasib baik lagi even terpisah laut & darat 3 bulan tanpa sehari pon bole bersua muka. Tapi teknologi masih dapat menghubungkan kami. Tak dapat dgr suara sehari pon masih lagi boleh chatting on net. Bertuah kan?? Syukurlah..... ade yang lebih perit menanggung rindu lebih dari aku.

Dah itu jalan yang aku pilih.... aku redha Ya Allah. Semoga Kau lindungi & rahmati suamiku di mana pun dia berada. Aku tau Allah dah aturkan semuanya utk kami. :)

Allah dah pilih aku utk bersama dia... :)

Tuesday, March 4, 2014

Asam pedas warung mariiii!

Last sabtuday ajak hubby keluar ambik angin. Maklumlah hubby seharian duk study, kene keluar jugak ambik angin fresh petang-petang. Kitorang kuar pun dah petang, lepas asar.



Mula2 pegi Sawit Corner Sg Udang tu. Meehon bakso situ sedap. Pedasssss sungguh2! Baru ada umphhh. Haha! Time tu pun dah kul 6pm. Borak2 dgn kwn hubby sampailah pukul 7pm.

Hubby cakap arini kite balik kul 10mlm. Haha! Baru betul namanya kuar jalan-jalan. Tumpang semayang maghrib kat umah kwn hubby then dia ajak try asam pedas sedap katanya. So kitorg pon setuju sbb since duk Melaka belum pernah try mane2 asam pedas famous.

Dari Sg Udang almost 45minit jugak nak sampai tempat tu. Pertam Jaya. Sebuah warung tepi jalan. Selesa ada parking lot siap. Yang bestnya tempat makan ni khas utk family. Memang takde nampak orang lepak2 or couple yg dtg singgah. Semuanya famili besar2. Tapi malam tu kitorg cuma bertiga.







Malam tu kitorg ambik sekor ikan merah & sekor ikan jenahak. Within 15min makanan sume siap sedia atas meja. Perghhgg aroma diaaaa. Menusuk ke dlm hidungg! Pedas memang tak yah ckp lah. Cuma masam sgt. Hik3 Dah namenye asam pedas kan. Tp aku suke jenis masam2 manis skit. So kuah tu xdelah aku beria sgt nk hirup. Kang xpasal2 pedih perut 3ari! Haha...

Tp puas hati lah. Tak mahal pun. 3 orang mkn dgn ikan gedabak besar 2 ekor tu + air 3 gelas + telur dadar 2 biji only RM48!!! Serius tkejut murah sgt. Heehee.... Situ pun ada satey + roti canai.

If sesapa nk try boleh lah but i dont now how to explain the direction. Haha! Al maklum xbiasa sgt tempat tu. Korang bole search Warung M.T.D Pertam Jaya dalam Waze... :)

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 26, 2014

Kejadian pertama selepas 58 hari!

Sakit pulak hati kita. Pagi tadi tetiba hubby cari selipar 'Reef' dia xjumpa. Memang la xmahal pun. RM20++ je pun. Lusuh pulak tu. Haha! Tapi yang sakit hatinya selipar gitu pun nak di curiknya.

Hari tu penah sekali hubby cakap budak rumah sebelah pun ade hilang selipar. Lagi pulak rumah dorang ada pintu pagar. Umah aku memang terlopong gitu haa. Padahal selipar tu betul2 letak depan pintu umah. Sebelah pulak dengan bilik tidur.

Heran betul memang tak dengar langsung orang menapak atas simen. Biar tersadung la ye depa yg curik tu. Haha! Sekadar peringatan. Bukan nk sumpah seranah pun.

Ni kejadian kecurian selipar pertama berlaku selama 58 hari di rumah sewa :p

Tuesday, February 11, 2014

Coconut Shake Klebang Vs Moksu

Last week hubby ajak pegi try Coconut Shake femes kat Klebang. Dah banyak kali lalu ikut situ pegi Bandar Melaka but tak penah ada kesempatan untuk singgah, even take away.
Kebetulan husband takde kelas petang, so after Jumaat prayer terus pegi. Punyalah semangat sebab nak kejar sampai umah balik befor 10pm. Maharaja lawak mega punye pasal. Haha...

Sampai sane punyelah ramai orang. And mostly are Chinese. Alamakkk dorg ade event pape kw sini. Tapi taknak ambik tau pon sb dahaga sgt. Terus order 2 coconut shake special. Tgk harga.. Oh not bad. Murah.

Luckily kitorg tak tunggu lama sgt. After 10 minutes air sampai ke meja. Srupppppp.... Sedut! Not to bad.. So so. Ttibe teringat satu kedai kat Pasir Mas, introduced by husband. The taste is much better than Klebang. Harga pun xjauh beza, dlm RM1
++. Gelas lagi besar. Aiskrim 3scoop in various flavor. Hehe!

For but nak hilangkn dahaga it shud be OK lah. Nasi lemak kt Klebang tu pon murah n sedap. Biasalah nk try sbb mmg famous amous kan. Hoho...
Sape yg duk kt Pasir Mas klate tu tau lah. Org panggil kedai moksu tepi railway. Mmg setiap hari ramai sokmo manusia kt situ. Kkdg klu xde seat tpaksa balik dgn hati yg hampa.
I give 3 stars for Klebang! ;)


Coconut shake Klebang


   Coconut shake Moksu!

Sunday, February 9, 2014

Semalam punya cerita...

Happy 6monthsary my lovely husband!!
Pantas masa berlari,
Terasa semalam baru pegang tangan tok kadi, heheee
Masih jauh perjalanan yang harus kita tempuhi,
Tempoh 5 tahun pertama adalah fasa dugaan & mengenali,
Semoga kita tabah bersama mengharungi suka duka & susang senang sehari-hari,
Semoga ikatan ini sentiasa di bawah rahmat Ilahi,
Semoga jodoh ini kekal sampai mati,
Semoga kita menjadi anak yang taat kepada ibu bapa & mertua,
Semoga kita saling membahagiakan,
Semoga menjadi ibu ayah contoh kepada anak2 kita...
Suami adalah syurga bagiku,
I ♥ you until Jannah...
| 8.8.13 - 8.2.14 |

Thursday, January 9, 2014

Perempuan Perahsia Hebat

Sakit... sangat menyakitkan kalau kita pendamkan sesuatu yang tak dapat kita luahkan. Kekadang terpaksa jua memujuk hati sendiri. Bukan semua boleh kita luahkan bila melibatkan perasaan....

Hati perempuan sangat rapuh. Kadangkala, satu-satunya cara untuk meredakan kesedihan adalah bila dia mengeluarkan air mata. Walaupun terpaksa bersakit & bengkak mata, dia akan rasa puas...

Kadangkala juga, perempuan akan jadi perahsia hebat bila dia terlalu menjaga hati orang yang dia sayang. Walaupun terpaksa berkorban perasaan sendiri, juga menangis dalam diam sepanjang hari. Bibir tetap mekar mengukir senyuman walau perit yang dia sedang rasakan.

Wahai wanita sekalian, bertabahlah kamu & berbanggalah dengan dirimu. Sekuat mana pun dugaan datang kepadamu, tetap tak goyang... malah sentiasa setia bersama orang-orang yang kamu sayang. Besarnya pengorbananmu wahai wanita... :)

Wednesday, January 8, 2014

Telinga Lintah betullah!

Sedang asyik duk belah-belah bilis kat depan TV, tetibe kedengaran bunyi bising dari jauh. Kemudian jentera tu macam terhenti depan rumah. Alahai... kan dah cakap. Van City Link dah sampai...!

                                  
Kemudian turun sorang lelaki, aku dah siap sedia di muka pintu.. Buat pengesahan nama, aku mengangguk tanda betul. Hehehe.... Dah siap tulis nama, ic and tandatangan atas kertas, mamat tu pegi ambik sesuatu kat dalam van. Apekah???


Taraaaa..... barang customer ai dah sampai. Cepat jugak sampai. Alhamdulillah... So, nak tengok ape isi dalam?? hehehe


Alhamdulillah, order ai semuanya complete. Esok insyaAllah dah boleh hantar kat customer. Sian customer ai 2,3 ari putus bekalan. Hehehe... Yang ai punye pun ade 2 botol. ESP & GLA.

ESP - membekalkan tenaga, mencantikkan kulit, mengurangkan berat badan, memperbanyakkan susu ibu, & etc
GLA - menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid, menyokong sistem imun, set kesuburan

So, if sesiapa yang nak place order, silekan dialu-alukan. Banyak lagi set untuk anda miliki, cakap jer nak set untuk ape. Semua ada.. Set bajet lagi! Tahan pun antara 1-2 bulan setiap botol. Harga memang MAMPU MILIK dan berbaloi. Insyaallah..  For those yang nak dapat free konsultasi pun dialu-alukan.. Ape saje masalah yang anda hadapi InsyaAllah sy boleh tolong consult. :)


Untung sebarang pertanyaan boleh hubungi saya;

Izah Mohamed SiD
018-2413545
WhatsApp | Viber | WeChat | LINE | Call/SMS

Friday, January 3, 2014

Alhamdulillah, berkat doa, usaha & izin Allah!




Kalau dapat tahu bab-bab bakal menerima orang baru dalam hidup mesti rasa teruja kan. Tapi yang paling teruja bila dikurniakan anugerah terindah dari Allah iaitu zuriat. Semua orang inginkan zuriat. Tapi masih ade juga yang belum ada rezeki walaupun bertahun-tahun lamanya mereka berkahwin. Bermacam-macam cara dah mereka ikhtiar.

Tapi jangan pernah putus asa utk berdoa & berusaha, segalanya dengan izin Allah swt. Sangat teruja pagi ni tetibe dapat berita gembira dari kawan ofis lame yang dah setahun lebih berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Alhamdulillah, dengan berkat usaha, doa & izin Allah, dia sekarang sedang mengandung dah beberapa minggu. Teruja tak?!

Nk share testimonial dari kawan ni. Bermula dari usaha dia mengambil vitamin kesuburan dari SHAKLEE. Haaa... Kalau korang nak tau, akak ipar saya yang dah 2 tahun menunggu pun sekarang dah preggy 4 bulan, hasil anak shaklee jugak. :)



Haaa, keterujaan sy makin bertambah hanya dengan 2 bulan kawan sy amalkan vitamin kesuburan ni, dengan izin Allah, ada hasil. Saya cuba korek rahsia dia. Dia cakap kadang-kadang senggugut ni akan menghalang perempuan utk dapat zuriat. Bila fikir-fikir, senggugut sy pon masih teruk macam before kahwin. So, dia advice sy ambil GLA utk hilangkan sakit senggugut.

Sy pun masih belum ada rezeki walaupun baru 4bulan kahwin. Jangan fikir bila kita makan vitamin ni kite bermasalah. Tapi cuba fikir dari sudut positif dengan keadaan persekitaran, gaya hidup & pemakanan kita yang boleh menghalang kita utk sihat & subur. Ia bukanlah sejenis ubat tapi supplement yang meningkatkan tahap kesuburan. Bukannya bermaksud kita mandu*.

Jom for those yang betul2 inginkan zuriat, kita sama-sama berusaha. InsyaAllah ade keberkatan dari Allah. Tapi doa jangan sesekali kite lupe. Mane tau sy & korang semua dapat melahirkan "anak shaklee" nanti.. Aminnnnnnn :)

Utk pesanan & free consultation, kindly contact me. I'll give u the best price sampai kita semua berjaya menghasilkan zuriat. InsyaAllah.. Ingat keyakinan diri kita akan menghasilkan ion2 positif dalam diri. :)

Izah Mohamed SID 1091260
0182413545 | WhatsApp | Viber | LINE | WeChat


Thursday, January 2, 2014

Cantik tanpa berbelanja mahal!!

Semakin usia meningkat dewasa ni, kesihatan & kecantikan harusss kene jaga. Banyak sangat supplement yg ada kat pasaran. Tak kira harga. Dari murah ke mahal.



Honestly, kulit sy tidaklah jenis bermasalah. Nak cakap cerah sgt tu, taklah. Alhamdulillah Allah kurniakan utk sy. Tapi 1 je masalah sy ni haa, kulit kering & nampak kusam.

Kulit dah cerah lg nak dicerahkan. Haha! Macam2 aku mkn. Vit C, bio white, colagen and byk lg lah. Harga dh la mahal, sekali beli tu stok utk smggu je. Hadoii... Kalau harga rm100 utk stok seminggu. Sebulan berapa??? Kiralah sendiri..

Tapi tak sangka promotion kwn ofis aku duk tayang kat fb buat aku terjebak. Mula2 tu xnk dah pk supplement2 bagai. Penah dgr SHAKLEE??? Sbnrnye dh ramai org guna, aku je yg ketinggalan zaman. Selidik punya selidik harganya memang MAMPU MILIK!

Survey2 produk, akhirnya aku order ESP & Vit C utk kulit. Memang xyakin pd awal2, smggu before sign off kapal aritu, aku perasan kulit macam lembap, asben ckp perasaan aku jer tu. Aku pun ok kan jer...





Paling happy bila kawan2 yg jumpa TERPERASAN perubahan kulit aku. Haaa aku memang penuh yakin suggestkn dorang ape yg aku ambik sekarang. And yang paling latest bila ditanya oleh makcik belah asben aku semalam. Alhamdulillah betul rupanya ape yg aku rasa. Terus makcik ipar aku order nak try. Sharing is loving kata orang. Nak cantik jangan cantik sorang2. Hehe.... Ape salahnya kita share.

Alhamdulillah ni suppliment paling best aku penah try and xde side effect pape. Plus bole menyihatkan badan lagi. Harga 2 barang yang bole tahan selama 2 bulan xcecah rm200?!! Yes, memang betul. Bkn nak promote tp bila sendiri dah rasa mmg teruja sgt nak share. Terpulang pd korang utk fikir. Yang penting yakin ;)

Sape nak try, kindly leave ur comment here. I'll give u special price sempena NY and free consultation for those yg betul2 serius nak cantik. :)

SID
Izah Mohamed 1091260
0182413545 | WhatsApp | Viber | WeChat | Line

posted from Bloggeroid

Related Posts with Thumbnails