My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.
Showing posts with label Teacher's day. Show all posts
Showing posts with label Teacher's day. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

Kaulah segalanya...

Assalamualaikum & happy sunday!

Hoho.. sehari suntuk aku tinggalkan blog aku ni. Al-maklumlah, semalam berada di luar kawasan liputan. Laptop & broadband takde. adehh!

Bila tiba je 16 Mei mesti teringatkan kenangan lame di sekolah rendah & menengah dulu. Dulu time budak-budak lagi. Suka bagi cikgu hadiah time sambutan hari guru. Macam-macam hadiah lah.. Sabun mandi, pen, frame gambar, mug... tu zaman budak-budak dulu. Bila ingat balik cam kelakar lak. Ade ke patut bagi cikgu sabun mandi?? ahaksss!

Umi & abah aku pon salah sorang yang tak berkecuali untuk dapat semua hadiah-hadiah tu dari murid2 dia. Biaselah, murid-murid kt kampung mane ade duit nak beli hadiah-hadiah mahal. Tapi walauapapun yang diberikan mereka, itu terlalu istimewa buat seorang guru. Bukan hadiah yang diharapkan tapi kejayaan dari mereka yang ingin disaksikan.

Sampai sekarang pon aku masih ingat nama-nama cikgu sekolah rendah, menengah & universiti aku. Kalau terjumpe kat mana-mana pun stil ingat wajah dorang. Yelah, mereka yang pernah mengajar aku sampai aku ke tahap ni. Thank you teachers...

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua para guru & lecturer di Malaysia semoga mendidik dengan penuh dedikasi di masa yang mendatang & melahirkan lebih ramai cerdik pandai... terutama buat Umi tercinta, semoga lebih tabah menjalani tugas sebagai pendidik & akan terus membakar diri untuk menerangi kehidupan mereka...


Notakaki: Guru diibaratkan sebatang lilin yang sentiasa membakar diri hanya untuk menerangi jalan kehidupan kita.. hargailah guru kerana tanpa mereka kita takkan berada di mana kita berada sekarang.

Happy Teacher's Day 2010

Assalamualaikum..

Selamat hari guru buat Umi tercinta yang bertugas sebagai Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang, Besut.

Buat semua guruku yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Tempinis, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, UiTM Kelantan & UiTM Puncak Perdana.

Segala ilmu yang diajar akan tetap ku simpan erat dalam ingatan. Terima kasih kerana pernah mendidik aku tanpa jemu, walau kau dibasahi keringat untuk sentiasa menjadikan aku orang yang berguna di masa depan. Jasamu takkan ku lupa sampai bila-bila.

Di sini aku berdiri sekarang, darimu lah ianya bermula. Kejayaan yang ku gapai kini, doamulah yang memberkati diri ini. Doaku jua yang sentiasa mengiringi perjalananmu untuk terus menabur bakti utk semua.

Happy Teacher's Day......

Related Posts with Thumbnails