Assalamualaikum & happy sunday!
Hoho.. sehari suntuk aku tinggalkan blog aku ni. Al-maklumlah, semalam berada di luar kawasan liputan. Laptop & broadband takde. adehh!
Bila tiba je 16 Mei mesti teringatkan kenangan lame di sekolah rendah & menengah dulu. Dulu time budak-budak lagi. Suka bagi cikgu hadiah time sambutan hari guru. Macam-macam hadiah lah.. Sabun mandi, pen, frame gambar, mug... tu zaman budak-budak dulu. Bila ingat balik cam kelakar lak. Ade ke patut bagi cikgu sabun mandi?? ahaksss!
Umi & abah aku pon salah sorang yang tak berkecuali untuk dapat semua hadiah-hadiah tu dari murid2 dia. Biaselah, murid-murid kt kampung mane ade duit nak beli hadiah-hadiah mahal. Tapi walauapapun yang diberikan mereka, itu terlalu istimewa buat seorang guru. Bukan hadiah yang diharapkan tapi kejayaan dari mereka yang ingin disaksikan.
Sampai sekarang pon aku masih ingat nama-nama cikgu sekolah rendah, menengah & universiti aku. Kalau terjumpe kat mana-mana pun stil ingat wajah dorang. Yelah, mereka yang pernah mengajar aku sampai aku ke tahap ni. Thank you teachers...
Di kesempatan ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua para guru & lecturer di Malaysia semoga mendidik dengan penuh dedikasi di masa yang mendatang & melahirkan lebih ramai cerdik pandai... terutama buat Umi tercinta, semoga lebih tabah menjalani tugas sebagai pendidik & akan terus membakar diri untuk menerangi kehidupan mereka...
Notakaki: Guru diibaratkan sebatang lilin yang sentiasa membakar diri hanya untuk menerangi jalan kehidupan kita.. hargailah guru kerana tanpa mereka kita takkan berada di mana kita berada sekarang.
No comments:
Post a Comment