My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Tuesday, March 8, 2011

Ewah..ewah! ingat kitorang ni adik guard ek?

Semalam dinner hanya makan yong tau foo kat Giant Batu Caves. Perut mmg dah berdondang sayang plus metalica dah. Punya lame duk tunggu kazen kawan aku sampai dari Damansara. Sementara duk berlegar kat situ, aku nampak stall keropok lekor ganu... (macam tak pure je)

Takpelah.. sebab lapar punya pasal. Sampai rasa nak pitam dah ni. Nasib baik orang tolong bawakkan. Pergi depan stall tu, ade sorang abe guard ni. Segak bergaya tu dengan senapang patah dia tu. Aku buat non verbal communication je, sib bek dia faham.

"jap ye.. tuan kedai pegi toilet..."

Owh.. pandai tuan kedai ni ye. Pegi toilet suh pak guard tu pulak yang jaga kedai dia. hahaha! Rasa nak capai je sebijik keropok yg dah ada dalam bekas tu. (punyelaaa laporrr) So, kitorang pun control cun la berdua depan kedai tu. Alih-alih pak guard tadi tu pegi bercakap dgn sorang saleman ni. Erkkk.... terus tak datang-datang jaga stall tu balik.

Abis tu??? Kitorang yang duk berdiri sambil lenggang kangkung depan ni pulak ke kene jadi adik guard stall tu? Ampeh btol... aku bantai gelak jela ngan kawan aku tu. aiyooo! Bertuah punya pak guard. Sib bek melayu. Kalau 'tetttt' mmg dah $^%#$^)@#^&! wakakakaka (mulut jahat tapi hati baek) ;p

Agak lame la kitorang berdua jadi adik guard gerai keropok lekor tu. haishhh! Sempat kot 10 minit. 10 minit jeeee??? halooo... lame la tu bagi kitorang as a customer ok. Not a guard! aiyoo.... 

Bila dapat tu, terus makan tak hingat donia.. seterusnya menyentap pulak YONG TAU FOOOO! ngeeee~ Dah kenyang, balik umah & ZzzzzZzzzzz.... Ahhhh nikmatnye... :p

2 comments:

  1. hai awak :) saye da join awak :) follow me back ok :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/rasmi-senarai-pasukan-f1-2011.html

    ReplyDelete
  2. Kot ada customer datang, agak-agak, adik guard tolong jualkan ke tak ek? Hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails