My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Tuesday, October 11, 2011

Eh, abang carwash ni pilih kasih plak.

Semalam pulang ke Shah Alam bersama Nisa. Dah lame jugak tak balik sana. Niat di hati nak pegi carwash yang aku selalu pegi tu. Sampai dah pukul 7. Nasib baik tak jem sangat jalan. Sampai je terus aku park kereta baik punya depan paip! hahaha! Kereta orang lain ikut turn, aku potong Q. Cik abang PATI tu dah senyum-senyum dah.

Aku: "Vakum ye.."
Abg PATI: "Iye..iye" (sambil tersengeh)

Yang aku salute kat dorang ni, buat keje pantas. Dalam 20-25 minit dah siap. Sebab tenaga kerja dorang ramai. If ade tak perfect sikit tu biaselah kan. Hasil kerja manusia, bukan robot. Robot pun kekadang ada silap.

Aku duk aje perhatikan customer lain. Aci & awek sorg tu semua keluarkan not RM10. Aku dah fikir, takkan dah naik harga carwash ni. Baru 2 bulan aku tinggalkan tempat tu. Hurm... mungkin jugak. Aku pun siap-siap keluarkan duit RM10.

Bila tiba turn aku...

Aku: (hulur duit RM10)
Tokei carwash: "Nak balance tak?" (sambil senyum)
Aku: "erkkk nak lah.." (spontan)

Wakaka.. apekah?? haiyo! Sape suruh tanya nak balance ke tak. Mestilah aku jawab nak. muahahah! Sebab selalunya aku kene cas RM8 je. So, rezeki aku lah semalam. Save RM2. :)

Pilih kasihkah dia? Erkkkkkkkkkk! Very the perasan kan! hahahaa.. Jangan marah!

WOW... ibu ajar anak jual tubuh?!

Assalamualaikum...
Selain mengajar anak perempuannya menjual tubuh, wanita terbabit menjadikan gadis itu yang berhenti sekolah ketika di tingkatan satu sebagai rakan penagih apabila mereka melepaskan gian dadah bersama ketika di rumah.
Terkejut pun ada.. terkilan pun ada. Macam-macam perihal manusia sekarang. Nak baca berita selanjutnya. boleh klik sini... Emak gian jual 4 anak

Saturday, October 8, 2011

Ke KL tanpa berkereta...

Assalamualaikum...

Hari ni sempat keluar KL. Teman Kak Annin ke Kinokuniya KLCC. Aku memollokan diri saja. Sebab macam terfikir ada mende yang nak dibeli. Macam tak caya pulak kali ni ke KL tanpa drive. Erti kata lain, aku naik public transport. Exercise la katakan. Nak drive pun macam malas je. Nak cari car park lagi & bersesak-sesak di atas jalan.


Park kereta kat Putrajaya Sentral, aku naik KLIA Transit ke KL Sentral. Naik KLIA Transit lengang lagi, tapi once dah sampai KL Sentral, paham-paham jelah. Memang dipenuhi manusia di sekeliling.

Pinjaman dari Pakcik Google
Sempat aku terpandang 1 situasi ni, 2 orang perempuan; sorang gadis sempurna & sorang lagi gadis 'separa' buta. Sebab apa aku cakap separa buta? Aku dari jauh terpandang 2 gadis ni berjalan elok je dari arah pintu keluar LRT. Tetibe, bila sudah melepasi kaunter tiket, gadis 'separa buta' ni mengeluarkan tongkat & terus meraba-raba lantai. Aku jadi pelik. Apekah muslihatnya? Macam-macam....

Then terus menuju ke Konikuniya KLCC. Kebetulan my fren pun suruh carikah novel Badai Semalam. Rasanya macam novel dah lame. Tapi memang ada stock kat situ.


Tak lama pun kitorang kat sini, lepas beli buku terus makan kat food court. Ketagih pulak aku Maggi Goreng Mamak kat Nasi Kandar Corner tu kan, sambil pekena Syrup Float segelas. Alhamdulillah..kenyang sudah perutku setelah hanya mengalas perut dengan 2 biji pisang b4 turun dari rumah.

Then, bergerak pulak ke Jalan Masjid India. Kononnya nak beli kasut & beg, tapi ter'over' bajet pulak di situ. Terbeli pulak tudung & blouse kat Kedai Muaz tu. Hadoi.... ni yang aku malas nak keluar jenjalan. ahaha! Mata, tangan memang takleh nak kontrol sangat bila tengok yang mana berkenan. 

Google: Tak pernah lengang tadi kunjungan orang ramai setiap masa.
Nasib baik jugak masa tu dah lepas hujan. Ada pun hanya rintik-rintik. Tak langsung membataskan pergerakan aku ke sana ke mari. Cuma aku agak lemas sikit dengan keadaan yang memang crowded ni. Nak berjalan pun bersentuh hidung! aduhai!

Tak lama jugak di sana. Lebih kurang pukul 3 lebih aku dah gerak balik Putrajaya. Penat kot badan. Sampai umah ngam-ngam azan asar. ZzzZzzzzzZZzzz

Thursday, October 6, 2011

Nak mengemis guna anak, tapi selfish!

Assalamualaikum...

TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam.  


TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.

Terbaca satu berita di myMetro pagi ni; Rela humban bayi. Ish, seorang ibu sepatutnya melindungi anaknya, tapi dicampak-campak pulak. Ke dalam laut pulak tu! Nak mengemis pandai pulak gunakan anak sebagai bahan. Anak yang tak kenal erti apa-apa, dibawa ke hulu ke hilir, berpanas hujan demi mendapatkan sesuap nasi. Tapi bila untuk selamatkan diri, anak pulak yang jadi mangsa.

Kalaulah si anak tu boleh bersuara, mesti dia rasa terkilan dengan sikap ibunya yang sedemikian. Aku paling sedih bila tengok ibu yang mengemis di jalanan yang menggunakan anak, diletakkan anak itu diribaan. Oh, inilah kehidupan yang nyata dapat kita tengok di merata-rata. Even kat KL sekalipun, banyak sangat ok.

Wednesday, October 5, 2011

Alahai kak... berdiri je ke depan pintu tu?

Ramai betul yang menunggu di depan pintu lif. Kebetulan time orang baru pulang dari kerja. So, berebut-rebutlah penghuni flat yang ingin mendaki naik ke atas. Kelihatan seorang akak cantik berada di barisan hadapan pintu lif. Beria sungguh ia menunggu hampir 5 minit lamanya.

Korang mesti boleh imagine punya. Berdiri di depan pintu sambil menggalas beg tangan di bahu, sambil berpeluk tubuh. Setibanya pintu life terbuka, kelihatan agak ramai yang keluar dari perut lif. Dengan tidak semena-mena pintu lif cepat pula tertutup.

Tapi, si gadis yang berada di barisan hadapan tadi hanya mampu memegang pintu lif, bukan menyekat ia daripada tertutup. Walhal boleh sangat dia menggunakan tangan kurniaan Allah tu untuk menyekat pintu. Takkan tersepit punya tangan tu.

So, kitorang yang di barisan belakang ni hanya mampu melihat pintu lif tertutup tanpa ada seorang penghuni pun yang masuk.. Oh man.... Kenapakah ia terjadi. hehhee... Sabar jelah.. So, kitorang pun bergegas ke lif satu lagi, kebetulan pintu tu terbukak kan.. Yang tak tahannye tu, dia pun follow kitorang semua naik lif yang sama. aduhai kak oi...

Kalau 10 orang ada orang macam akak tu, abislah. Entah bila dapat masuk ke perut lif tu kan.. hehehhe!

Never Make Women Cry

MENARIK UNTUK LELAKI TAHU... NEVER MAKE WOMEN CRY...

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

 

Tuesday, October 4, 2011

Bila hati sudah berubah...

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Yang kaler rambut biru, merah, kuning tu lagilah tak sama kan. But, hakikatnya takde siapa yang tahu hati orang. Hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Hanya dia & Yang Maha Esa saja tahu mengapa ianya berubah. Kita tak boleh nak buat andaian sendiri. Mungkin ada sebab musababnya.

Bila hati sudah mula berubah, sepatah kata pun takkan diendah. Apa yang kita usahakan langsung tak dipedulikan. Pendek kata, segala-galanya akan berubah.

Wahai manusia, di manakah letaknya perasaanmu?

Sedih.. sangat sedih. Lately banyak sangat story buang anak. Sometimes, perkara ni macam bermusim. Selepas reda sekejap, dia naik balik. Setiap helaian newspaper, ada je berita yang boleh meruntun jiwa bila membacanya. Hanya orang yang tiada perasaan je yang tak merasa itu semua.

Di mana silapnya? Sekarang bukan masa untuk nak tunding jari kepada sesiapa. Semua dah terjadi. Kalau nak dibendung, di awal-awal lagi sudah dikawal. Bukan setelah ianya terjadi. Perkara seumpama ini memang takkan pernah pupus selagi manusia bernyawa di muka bumi.


Sources: Harian Metro Online

Kasihan pasangan yang berkahwin sudah lama namun masih tidak dikurniakan anak. Berlainan pula segelintir kelompok yang zalim. Sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri. Sebelum 'terlanjur' tidakkah mereka terfikir? Bila sudah susah, mulalah buat sesuatu yang diluar kawalan.

Fikir-fikirkanlah ya...

Merempit bagai nak rak, tetibe tersadai..

Assalamualaikum...

Aduhai.. nak gelak pun ada, kesian pun ada. Bukannya dilabel sebagai minah rempit. Minah ni penunggang motosikal sopan punya. Itulah dia pooja aka Fuza, adik kecik dalam rumah kitorang.

Kebetulan pagi tadi, dia naik motor ke ofis. Punya bersemangat oke, sebabnya motor tu dah lama tak digunakan. Dia gerak awal dari kitorang. Biaselah dah naik kereta mana boleh menyelit sangat kan.

Tak sempat kitorang sampai separuh jalan, tetibe dengar Zaza duk bercakap telefon...

"Haa.. awk tunggu la situ.."

Aku dah macam boleh agak ni. Mesti ada kaitan dengan Fuza. Zaza cakap Fuza tersadai area Jabatan Peguam tu. Mujur jugak kitorang belum melepasi kawasan tu. Sampai area situ, tengok-tengok ade awek cun sorang kan. Duk tepi jalan sambil tekan-tekan henset. ahakss... Fuza...fuza..

Rupanya minyak motor dah kering! Bukannya rosak ape. Ish... tu la next time check dulu. Katanya baru diisi minyak hari tu, tapi xguna motor. So, dia ingat minyak tak luak. huhuhu! Before tu bukan main dia merempit potong semua motor, last-last motornya mati sebelum trafik light. aiyooo! Kitorang gelak sakan la kat situ.. huahahahaha...

Lepas tu, aku hantar Kak Annin & Nisa ke opis dulu. Then, datang ambik Zaza ke Pam Minyak. Aduhai... begitulah al-kisahnye di pagi hari selasa ni. Nak tengok gambar curi time dorang tengah isi minyak motor? heeeee

Kebetulan jalan dah lengang, orang dah masuk ofis daa.. hehe

Zoom skit tengok muka mangsa keadaan :D sedeynyeee...

Monday, October 3, 2011

Orang tak merasa apa yang kita rasa...

Assalamualaikum & morning...

Honestly, at this moment aku sangat merindui sesuatu yang telah tiada di sisi aku. Entah kenapa aku sangat mengingatinya. I cant lie to myself. I really miss it. Apalah daya aku menghindar sekiranya hati tak mampu melakukannya. Sedangkan tiada siapa yang kisahkan akan diri aku.

Makin aku mencuba untuk melepaskan semua, makin kuat ingatan aku padanya. Aku cuba untuk menjauh dari semua kenangan yang pernah ada, tapi kenangan itu tetap menghantui aku. Ibarat ada satu suara yang sentiasa bergema di cuping telinga. 

Tanpa disedari, manik jernih mengalir lagi. Aku dah cuba untuk menyekat ia dari jatuh namun tetap gagal. 

"Kenapa dikenang apa yang dah berlalu pergi...?"

Aku hanya manusia biasa yang punya hati & perasaan. Itu adalah anugerah terindah yang pernah aku ada. Terkadang perasaan itulah yang akan membunuh. Rasa akan mati. Entah bila hidup kembali. Tak mungkin orang dapat merasa apa yang sedang kita rasa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul beban.

Apabila sesuatu yang terjadi tanpa diduga, rasa ralat akan ada. Memang ada sebab musababnya, tapi jika tiada jawapan bagi sesuatu soalan, ia akan tergantung tanpa jawapan. Entah sampai bila.....

Related Posts with Thumbnails