My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.
Showing posts with label sok. Show all posts
Showing posts with label sok. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Memberi tanpa minta di balas...

Buat sesuatu tu biarlah ikhlas. Barulah berkat ape yang kita perolehi. Ni tak, setelah memberi minta dibalas. At least, cukuplah ucapan terima kasih yang diterima. Sudah cukup memadai. Tak perlu minta dibalas setimpal or lebih dari tu.

Kalau dah mintak balasan, same lah macam tak ikhlas. Ape kes gituh. Baik tak yah memberi kalau tak ikhlas gituuuu. Cukuplah sekadar niat ape yang kite beri, kita akan dapat lebih dari tu. Barulah berkat.. Allah pun pasti sayangkan orang-orang camni.

Bila kita harapkan sesuatu dari orang, bile kite tak dapat, kita akan jadi macam sorang yang pendendam pulak. 

p/s: Minta dijauhkan dari ade sifat sebegini dalam diri....

Thursday, July 15, 2010

Orang besi buruk

"Assalamualaikum...." banyak kali pulak tu bagi salam. lebih dari 3x okay. Orang cakap kalau dah lebih 3x orang dalam umah tak sahut, balik la kan. Haaaaa.. tapi orang ni degil. Bagi jugak salam. adehhh!

Aku baru lepas bersiram masa tu, kacau betol laa.... last-last aku jawab salamnya yang ke 6x. 

"Waalaikumussalam..."
"Ni nak cari besi buruk.. tengok kat belakang rumah tu ade banyak je."
"Erm..... nantila dulu. Jap eh"

Aku pun pegi tanya bapak aku kat dapur. Bapak aku cakap tak yah. Aku pun bagitau la orang tu tadi balik.

"Tak yah la... takmo jual.."
"Tapi banyak tu haa.. takkan taknak jual? Lagipun kitorang bayar."
"Takpe..takpe. Taknak jual.."

Haishhh.. dah orang cakap taknak jual tu dah la. Even besi buruk, bapak aku suka simpan kot. hahaha! Takpun orang besi buruk ni kira murah sangat. Bape sen je sekilo. haishh! Tak berbaloi langsung okay..

Baik pegi tolak kat kedai balik. Bukannye buruk sangat pun barang-barang tu semua. haishhh!

Sunday, July 11, 2010

Orang tua pun nak dingorat kah?? aiyooo

Adoilaa... gadis-gadis sekarang ni makin berani eh. Orang tua pun nak diayatnye. Tak leh nampak yang berkereta besar, lantas ditegur & disapa. Walhal tak penah kenal pon.. aiyaa! Pakai kete besar pun belom tentu ade duit kakak-kakak oi.. hahaha!

Di stesen minyak pon boleh jadi gak tau. Tetibe disapa oleh perempuan muda, entah siapa pun tak kenal.

"Pakcik, ni kereta pakcik ye? Memang pakcik gune kereta ni ye..?"

Hahaha.. kelakar sungguh. Rasa nak tergelak pon ade. Atas dasar apekah dia menyapa? Kenapa tetibe pulak tu? Dah la tak mengenali antara satu sama lain... adehh!

Betol kot cakap orang, sekarang ni sudah ramai gadis muda lebih selesa mencari pasangan yang lebih berumur dari mereka. Yelah, dengan pengalaman yang banyak, hidup dah stabil, duit pon dah berkepok-kepok dalam bank & ASB. If dapar tackel, senang.. semua dah tersedia buat mereka.

Rupa bagi mereka tak berapa penting, asalkan poket tak pernah kering. hehehe! Tapi, masing-masing punya taste tersendiri kan. Namun, kes sebegini memang dah nyata kite tengok sekarang ni. Yang jenis materialistik hanya sekadar untuk menjerat. Namun, masih ada yang memang mempunyai kasih sayang sejati antara mereka. heehehe!







Notakaki: Pengalaman ini telah terjadi pada abah aku beberapa kali sebenarnye.. hohoho! Bak kata mak aku, tua-tua pon ade orang nak ngorat gak ke?? hahahaha!

Monday, June 21, 2010

Gelagat andalusia...

Assalamualaikum & morning...

Haiyaa.. dua hari 'cuti' blogging, mati kutu dibuatnye. Tak tahu nak buat ape kat umah. Novel dah abis baca. Tunggu nak beli novel lain pulak.. hohoho!

Haa... pagi-pagi dah masuk citer 'andalusia'. Korang mesti tau punye ape maksud word tu kan. Malaslaa nk ckp terang-terangan.. hehehe!

Kekadang memang pelik & aneh kn golongan ini. Mungkin jugak dia kurang mendapat kasih sayang seseorang. So, dia inginkan perhatian orang sekeliling. Tapi percayakah korang golongan ini akan 'memegang' kita untuk berada di dalam dunianya...

Maksud aku di sini, dia akan treat kita macam cara hidup dia. Itu tak boleh, ini tak boleh. Sebagai contoh, golongan ini mungkin ade sebahagiaannya anti-lelaki & kite jugak akan ditegah utk mempunyai kawan-kawan lelaki, apatah lagi utk kapel. hehehe!

Kita jugak tidak boleh keluar dr umah untuk beriadah & release tension pada hujung minggu. hohoho! Kalau korang berada dalam situasi camni, agak-agaknye la ape yang korang rasa. Seperti dalam penjarakah?? hahahaha! Wallahualam...

Korang jugak tidak boleh SMS or bercakap phone dengan mana-mana lelaki di depannya. Kerana dia akan men'sound' anda dengan jayanya... adehhh! So, kalau nak bergayut anda kene keluar rumah or duduk diam-diam dalam bilik & make sure pintu kunci ok.. hohohoho!

p/s: aduhai... penatnye melayan kerenah sebegini.. :)

Tuesday, June 15, 2010

Dulu... tak tahu apekah mende ni!


Tosei? Orang cakap sedap.. tapi seumur hidup aku penah sekali je aku makan tosei ni, tu pun tosei cheese ape ntah.. ade kat satu kopitiam kat Paka, Terengganu. Tak silap aku awal tahun ni kot aku makan tu. erkkk! Selama 24 tahun hidup, baru sekali cuba.. hahaha!

Tapi aku mkn tosei je, mendalah bahan-bahan dia tu aku tak cicah pon. Takut termuntah je bile aku telan, sebab mende yang aku tengok pelik aku takkan telan. Kang tak pasal-pasal orang len pun tak leh makan tgk aku uwekkkkk! hahahah!

Dulu tak tahu pun ape mende jenis makanan ni. Yang aku tahu roti canai, lempeng.. tu je! Naifnye aku kan.. hahahaha! tengok orang mkn makanan pelik-pelik mulelah berkerut muka. Haa... sebut bab tosei ni. Camne laa nak cicah tosei tu dgn kelapa tu eh.. erkkk! Rase apekah... tetibe tekak loya! hahaha!

p/s: aahaha! aku tau korang lapar mau lunch kan... im fasting today! so, jom lunch together! hehehe.. hidu bau sajelah.. :P~

Related Posts with Thumbnails