My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.
Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts
Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Don't Rush!

Assalamualaikum & morning....

Bengang tol dengan manusia ni. letak sticker 'Dont Rush' kat cermin belakang bukan main lagi kan. Tapi dia yang menyondol-nyondol bagai nak rak. Ke tepi ke tengah. Tak tahu nak pa mane satu.

Macam nak terkucil ke ape ntah. Stress betul dengan manusia macam ni. Kalau harapkan orang len je ikut peraturan tapi dia sendiri tak.. memang sengal la kan!


Rase macam nak pi sembur atas muka dia....

"Hoi.................. don't rush la! Tgk sticker kat blakang kete hang tu apeeee???"


Friday, September 24, 2010

Alim pun tak guna!

Assalamualaikum & morning...

Terbakar pulak hati aku baca berita pagi ni. Klik sini. Ape punya manusia lah macam ni. Alim la sangat kan. Bini dah lew 4! Tak cukup lagi ke?? Saudara sendiri yang boleh dianggap anak pun sanggup dia 'sebat'! MasyaAllah.....

Ape nak jadi la dengan manusia sekarang. Dah status guru Al-guran tu jaga la elok-elok. Ni tak, lagi nak buat perangai buruk camtu. Dah mencemarkan status tu & memalukan agama Islam. Tak patut betul lah... geramnye aku!

Entah-entah nanti jadi haruan makan anak pulak. Nauzubillah.... Mintak dijauhkan dari makhluk sebegini.


Wednesday, September 22, 2010

Talam 2 muka? Pergi Mam!

Haish... lepas puasa mulalah mulut nak jadi rabak & jahat ni! Aku paling menyampah & benci orang yang TALAM 2 MUKA! MasyaAllah.... sabar je lah aku dengan perangai orang camni. Rasa macam nak p sembur je depan muka dia... tapi masih waras lagi aku ni.

Orang cakap, kalau kita layan orang bodoh, kite pon akan jadi bodoh. So, biarlah dia membodohkan diri sendiri utk kesenangan hidup dia.

Depan bukan main baik lagi kan.... cakap bukan main elok. Tapi kat belakang....................... mengata berkargo-kargo! Napelah tak datang cakap depan-depan? Meh sini meh... aku cabar ckp terus terang dgn aku... kite bersemuka. Adekah itu lebih baik??? :)


Tuesday, September 21, 2010

Eh eh.. kerek pulak dia!

Assalamualaikum....

Dah lame tak panas hati pagi-pagi. adehh! Tadi stop kat traffic lite... lampu merah ok! Dengan berhemahnya aku stop. Dah memang kene stop pon kan, kalau tak lenyek la aku kt tgh2 jalan tu... hahaha!

1....2....3... buah motor dah lalu tepi kete aku dengan 'slow motion' nye..... Tetibe ade sorang pakcik membonceng bininya... nampak muda. Bini muda kot! hahaha! Cuba melalui lorong kecik antara dua buah kete. Aku intai je dengan ekor mata... nak tengok lepas ke tak pakcik tu nak lalu..

Tetibe....... pangggg! Haaaaa.. ambik nko. Even bunyinya tak camtu tapi motor dia dah langgar side mirror aku! Dengan muka selumberrrrr OAG dia lalu lalang depan kete aku.... aku pandang pakcik tu. Tapi dengan muka yang biase -biase sajeeee..... ko tahu ape reaksi pakcik tu???

Hahahaha..... muke kerek selengeeeeeeeeeee dia toleh aku then dia blah ke depan. Aduhaiiiii....... Walhal dia dah tau dia salah... ape salahnye angkat tangan ke ape kan. Aku bukannya harap sgt tp beradab la sikit bak kata orang. Takkan nak tunggu langgar side mirror sampai pecah kot baru nak say anything.... hurm.

Aku pon buat muka rilek je.... nak marah tp pikir balik ilmu yang aku dpt malam tadi..... Terus tak jadi nak marah... sebab pikir dia sesama saudara Islam. hehehe!

p/s: tapi adab tetap adab eh.. jangan lupe adat & adab :)


Tuesday, August 3, 2010

Dah tak reti nak bezakah?

Yang mane satu selipar untuk pegi toilet and yang mane satu untuk ambik wuduk?

Kalau dah selipar jenis tu terletak kat ruangan toilet, silalah guna untuk masuk toilet saja.

Jangan pulak, lepas masuk toilet bawak pegi tempat ambik wuduk.

Lepas tu seret pegi tempat nak masuk masjid pulak.

Haish.... ape ini orang. Rasa macam nak sound je. Tapi nasib baik mulut terkunci.


Notakaki: Panas je hati tengok orang berperangai camni. buat dek je.. slumber oag betol!

Monday, August 2, 2010

Isteri benarkan suami bercinta?

Haish... macam-macam ragam pulak si isteri ni. Patutkah? Kalau ye pon benarkan suami berkahwin lain, buat la cara elok. Ni tak, ade ke patut si suami tu dah couple dengan seorang perempuan ni dah 4 tahun! OMG........ berdosanya kedua-dua sekali.

Pelik kan, tapi benar. Aku dengar kisah ni tru Sinar FM pagi tadi. Kalau isterinya tu nak carikan madu untuk suaminya, seeloknya dikahwinkan cepat-cepat. Bukannya bercinta lama-lama. Lagi satu, kekasih suaminya tu kaki kikis! erkkkkk... Dan isterinya jugak lah yang suh call Sinar FM. adoilaa! Kelakar pon ade bile pikir balik.

Memang baik si isteri ni bile kite pikir, tapi try pikir dari sudut lain....? Kalau couple lama-lama ni, macam-macam boleh jadi. Lebih-lebih lagi, lelaki tu seorang suami! haishhh...

Thursday, July 29, 2010

Sikit-sikit nak berkira!

Haish... camnilah manusia sekarang. Setakat RM100 seumur hidup pun berkira. Dah la nak tunggu dia belanja kita tu susah. Memang tak la kan. Sekali mintak belanja untuk 4 orang RM100 pun tak le ke?? haishhh! Dah la dapat gaji 2 bulan sedebuk. Tu pun nak berkira dengan kawan-kawan.

Hahahaha.. saje aku menyakat sorang ex opismate aku ni. Dia last kat sini arini, so kitorang saje la acah-acah mintak dia belanja kitorang karok! hahaha!

Dia siap cakap... 'Tak leh..tak leh.. aku lari bajet'

Waaaaaaaa.............. sampai ati kawan cakap camtu kan. ahaksss!

p/s: Kepada encik 'A', beringat-ringat kawan kawan yang banyak membantu di masa hang tak mengenali sesiapa ye. Kami menerima hang dengan tangan terbuka, tanpa rasa prejudis, siap sokong hang pergi main boling.. *kan dah ala-ala mengungkit! hahahahaha!

Tuesday, July 27, 2010

Memang tak nak mengalah!

Haish... camnilah perempuan. Kalau dah buat salah mesti susah nak mengaku. Lebih-lebih lagi dengan sesama perempuan. Nak tunjuk ego punya pasal. Taknak mengalah langsung. Samelah kalau duk di jalan raya. Konon-konon masing-masing nak tunjuk hebat kan.

Yang si pesalah ni memang buat muka hebat la kan. Yang sorang lagi ni mestilah nak ajar sikit si pesalah ni. Tapi, bile tengok si pesalah tunjuk lagak, panas hati la orang tu. Duk main racing pulak atas jalan. aiyooo! Tak lama hidup ke dorang neh???

Si pesalah ni langsung tak tunjuk muka bersalah walhal terang-terang dia yang salah. Lagi dia nak ajak orang racing. Kalau dengan laki, memang saja cari nahas pompuan ni. Gasak laa kene ganyam. Dia ingat dia hebat sangat la tu kan. adehh!

p/s: janganlah duk tunjuk lagak sangat dengan orang, silap-silap haribulan ade yang kene sekat ngn parang kat depan. haaaa!

Thursday, July 22, 2010

Hormat sikit jiran tetangga

Assalamualaikum & morning..

Haish... pagi-pagi lagi aku dah tengok satu insiden kat area rumah aku. Turun tangga tu dah kedengaran suara orang menjerit-jerit. Tapi aku tak paham pulak bahasa yang terkeluar tu. adehh! Aku pandang kiri kana depan blakang, duk cari manelah datangnye bunyi kuat tu.

Tengok-tengok, ade 4 orang (bangsa minoriti) sedang bertekak. erkkkk! Ape kes pulak tu. Nampak macam satu famili & sorang lelaki. 2 orang perempuan (anak & mak) duk nangis-nangis, kesat-kesat mata. Yang lelaki pulak duk marah-marah kat laki sorang lagi. Sambil hulur-hulur jari depan muka lelaki tu.

Nampak la mak & anak tu cuba halang lelaki tu & cuba tenangkan suami dia. Orang lalu lalang nak p kerja kiri kanan dorang dah tak hirau dah. Bertelagah tak renti. haishh! Ngeri pulak aku tengok, macam marah benar rupenye. Nasib baik takde adegan pukul-pukul. aiyaaaaa!

Hormat la sikit jiran tetangga tu. Mane lah letaknya air muka dorang eh. Kot ye pon, duk la bincang elok-elok. Ni tak, suara tu satu blok leh dengar. Tak malu ke?? Yang mak ngan anak pulak asyik duk menangis... erkkkk! Tak tahu pasal ade dorang tu gaduh.. haishhh

Monday, July 12, 2010

Kenapa mesti tanya status?

Aduhai... ok, first thing yang orang tanye korang masa nak berkenalan apekah? Mesti tanya duk mana kan?? Umur berapa... then yang paling penting, STATUS!

Either single, in a relationship, married, divored, its complicated or single but not available! hohoho!
Aku selalu jawab, im single.. but not available! Tapi ramai pulak orang cakap aku poyo. Lorhhhhh... poyo ke jawab cenggituh? Ikut suke ati jiran sebelah umah tok siak la kan... Nyampah betol orang camni. Kalau nak kawan, buat cara nak kawan. Penting sangat ke status tu? Kan kalau cakap dah kawin lagi la takmo kawan. haishhh.. amat sengal!

p/s: dahhh.. malas nak layan engko!

Sunday, July 11, 2010

Ade orang nak buat aku 'soulmate' dia?

*klik untuk tumbesaran!

Haduhai... tetibe terkejut tengok ade msg camni lam inbox. Ingatkan dari buah hati ke ape, rupenye hantu tak dikenali.. ahakss! *aku ade buah hatikah?? adehh! Sengal ke ape dak Sha Sha ni. Kesalahan yang jelas dan nyata kat sini...

1. Subjek: Re: Hi Dear <<---- bile mase entah aku send mail kat dia dulu. Kenal pon tak. Bongops tol daa.
2. Email Receiver pulak blank... haishhh! Tapi masuk dalam inbox aku. (betul, aku tak padam pon. Its original)

Tetibe pulak boleh cakap aku 'nice person'?? Heyyyy apple! Do u know me huh??! Lepas tu nak start relationship pulak tu.. ewah..ewah! Ingat aku ape.. haahha! Main sebat stranger camtu je ke?? Silap orang laa beb!

p/s: Rasa macam nak reply laa... tapi nak reply ape eh?? hohoho! Suggest sikit mau reply apekah pada Sha Sha ni.. ngeeee~

Orang tua pun nak dingorat kah?? aiyooo

Adoilaa... gadis-gadis sekarang ni makin berani eh. Orang tua pun nak diayatnye. Tak leh nampak yang berkereta besar, lantas ditegur & disapa. Walhal tak penah kenal pon.. aiyaa! Pakai kete besar pun belom tentu ade duit kakak-kakak oi.. hahaha!

Di stesen minyak pon boleh jadi gak tau. Tetibe disapa oleh perempuan muda, entah siapa pun tak kenal.

"Pakcik, ni kereta pakcik ye? Memang pakcik gune kereta ni ye..?"

Hahaha.. kelakar sungguh. Rasa nak tergelak pon ade. Atas dasar apekah dia menyapa? Kenapa tetibe pulak tu? Dah la tak mengenali antara satu sama lain... adehh!

Betol kot cakap orang, sekarang ni sudah ramai gadis muda lebih selesa mencari pasangan yang lebih berumur dari mereka. Yelah, dengan pengalaman yang banyak, hidup dah stabil, duit pon dah berkepok-kepok dalam bank & ASB. If dapar tackel, senang.. semua dah tersedia buat mereka.

Rupa bagi mereka tak berapa penting, asalkan poket tak pernah kering. hehehe! Tapi, masing-masing punya taste tersendiri kan. Namun, kes sebegini memang dah nyata kite tengok sekarang ni. Yang jenis materialistik hanya sekadar untuk menjerat. Namun, masih ada yang memang mempunyai kasih sayang sejati antara mereka. heehehe!







Notakaki: Pengalaman ini telah terjadi pada abah aku beberapa kali sebenarnye.. hohoho! Bak kata mak aku, tua-tua pon ade orang nak ngorat gak ke?? hahahaha!

Tuesday, July 6, 2010

Sokmolaaa dapat dosa free!

Haish.. kat mane-mane pon mesti dapat dosa punye. Yelah, klu berprasangka buruk dalam hati pon dah dosa tau, inikan pulak duk mengata orang terang-terangan.

Same jugak time driving. Kalau drive sorang, mesti duk bebel sorang diri. Kalau ade orang kat sebelah, nasib la orang tu dgr mulut aku duk bebel.

Bile ade je driver yang kuang ajor sikit je, mula-mula beristighfar tapi lastly mesti mulut akan @#$!*%$@#$...! Tak sah la kalau tak kuar satu perkataan.. paling tidak pun BENGONG, BONGOKS & GILA! huh... Pantang ade kete tetibe mencelah tanpa signal, mesti kene sebutir. Biar la driver kete tu tak dengar, asalkan puas hati bila terluah perkataan tu. Kalau tak terkeluar kat mulut, dalam hati menyumpah-nyumpah jugak.. saje jeeee!

Senang je dapat dosa free kan. Tu tak campur dengan dosa mende lain lagi... adehh!

Thursday, July 1, 2010

Tolonglah letak dalam kotak yang betul!

Assalamualaikum & morning korang..

Huksss.. aku flu & fever. Sakit betul hidung. Berat kepala. Tak selesa... tak selesa! wuwuwuwu

Haish.. aku nak bebunyi mulut gak even tak sihat. ahakss! Haaa, ni nak marah sikit pada pengguna-pengguna motosikal. Jangan ikut suka hati nak parking kat mana-mana ok. Kat parking lot kereta pun dia sebat. Sebabkan dia seketul, sebijik kereta yang besar neh tak de parking lot. Apedaaaa....

Macamla takde tempat len nak parking. Aku menyampah betul la tuan motor yang jenis camni. Tau lah dia kecik. Kecik pun kalau dah parking tengah2 kotak, ape kes tuu.....???

Ikut hati mau tolak ke lain je motor tu. Sakit betul hati... masa nak ambik lesen motor dulu takde ajar eh camne nak park motor??

Friday, June 25, 2010

Perhatian: Jangan terpedaya dengan perkara sebegini

Ok... masa zaman kesempitan wang last year aku ade usha-usha side income. Dipendekkan cerita, aku search la kat google, then aku jumpe 1 blog yg menawarkan perkhidmatan online typist. So, aku selidik dulu. Ok, pompuan! Just RM20! Set.. aku pun tanpa berlengah terus transfer M2U. Ok, ini buktinya...


Then, tunggu lah sehari, sebab dalam blognye cakap after 1 day dia akan bg respon. Masalahnye, emel pon tak reply. Camne nak tahu dia terima ke tak confirmation aku. Dalam account dia sah-sah la dah masuk duit aku tu. Then, aku send email kat dia balik. Still takde respon. AMPEH!

Sakit betul hati aku. Even RM20, if 50 orang transfer tak ke dia dapat 1K?!! Haishhh.. berapi aku. Ade jugak yang jenis menipu camni.

p/s: Korang janganlah terpedaya dengan mende-mende camni. Even, sesama bangsa pun mereka boleh menipu. Dah serik nak involve mende-mende camni!

Thursday, June 24, 2010

Beware.. jangan sampai kain sendiri yang terlondeh!

Dah jadi lumrah kehidupan manusia sekarang suka jaga tepi kain orang kan. Sebab tu la wujud committee mesyuarat tetingkap. Tak sah kot if tak bercakap pasal orang lain. Tentang diri sendiri sedarkah anda?? hurmmm

Biaselah mulut manusia mane boleh ditutup. Kalau tak bercakap tentang orang lain dalam sehari tak kenyang kot. Tak sedar ke sebelah kanan dan kiri sedang mencatat. Yang di atas sedang melihat.

Tak cukup bercakap berdua, ajak pulak yang lain.. dah jadi segroup. Selalunya bab-bab mengumpat ni sinonim kepada perempuan, tapi kaum sebaliknya pon same jugak. hahaha! Kalau bab-bab mengata perempuan, amboi...... no 1!

Kalau pun tahu sesuatu perkara buruk, jadikanlah pengajaran utk diri kite sendiri jugak. Kalau terkene atas batang hidung sendiri???? Kite jugak yang malu. Tapi kalau hal orang lain, abis satu kampung duk canang.

Apepun, jagalah tepi kain sendiri dulu. Bimbang kot-kot terlondeh tanpa sedar ke. Ke tergunting kt birai tu ke.. haaaaa! Bende yang elok takpe kite canang satu dunia pon. adehh!

Notakaki: masalah diri sendiri pon belom selesai, ni kan pulak nak ambik tau masalah orang.. hohoho!

Wednesday, June 23, 2010

Seperti menagih duit sendiri

Assalamualaikum & morning...

Hutang yang dah lapuk bertahun-tahun pun susah orang nak bayar kan? Kalau aku ni ade hak macam bank mesti dah lame aku p tarik sikit-sikit harta benda penghutang tu. Sebulan tak bayar, aku p tarik pintu rumah, dua bulan tak bayar aku tarik tingkap pulak.. adehh! Zalim kan bunyinye...

Tapi kalau dah hampir 3 tahun?? Camne lak tu.. rasenye sebuah rumah boleh tinggal tiang je.. hohoho! Susah la camni.. dulu berkawan, disebabkan hutang ni boleh jadi cam lawan. aiyoo! Penangan hutang kata orang. Kalau setakat RM400, dalam masa setahun takkan la xleh bayar langsung? Nak cakap setahun nak bayar RM50??? huh langsung tarakkk!

Tapi.. ape motif berlagak cakap nak bayar tapi kesudahannya aku tunggu bulan jatuh ke riba. Alamatnye tak dapat la tu.. mimpi semata-mata. Pelik aku dengan orang yang berlagak ni. Cakap macam guruh berdentum tapi akhirnya diam membisu masuk lubang tikus!

Aku pulak jadi macam meminta sedekah walhal duit sendiri. Si penghutang pulak buat dunno je macam tak ingat ape2.. amnesia kot! Bila dimintak cakap kita carik gadoh??? Weiiiiiii...... aku rase macam nak lempang lelaju je manusia camni.

Dah duit aku la weiiiii... aku ade hak nak mintak! ada pahammmm?!

p/s: layan orang camni dengan aku2 skali jd gile..


Tuesday, June 22, 2010

Jangan buat macam tandas sendiri pulak ok!

Haduh...... macam-macam ragam manusia ni kan. Toilet a.k.a bilik istirehat ni memang sah-sah la ramai orang guna. Terutama kat shopping kompleks, surau, opis dan tempat-tempat len yang ade toilet la..

Tapi ade jugaklah orang bermasalah yang tak reti menggunakan kemudahan bersama ni. Dia ingat boleh buat macam dia kat rumah ke? Kat umah tak pe lah keluarga dorang je guna.

Ade sekali tu, kat opis aku punye toilet. Ade jugak makhluk yang tak reti nak flush sisa buangan toksik!!!! MasyaAllah.. mengucap panjang aku. Tandas perempuan pulak tuuuuuu.... Pelik aku, orang-orang di kalangan ofis-ofis kat sini semuanya dah besau-besau panjang.. mane ade budak-budak yang guna.. haishh!

Nasib baiklah tandas tu tak leh bercakap.. kalau boleh dah lame dia meraung-raung mintak dibersihkan.. tak malu ke?? Tetibe aku terfikir, mungkinkah orang tu sorang org yg 'pengotor'????? ishhhh...... Memang macam-macam la bermain kat dalam otak aku.

p/s: bile dah gune kemudahan awam tu, silelah hormat kepentingan bersama ok!


Ajal menimpa dikala ingin membuat maksiat?

Rasanya semua dah baca berita tentang ni kan. Pelik kan.. kekadang tu bila fikir tak tercapai akal. Ape pun dah tiba ajal dia, tak kirelah kat mana pun kan.

Tapi, apekah motif pasangan tersebut pegi ke resort tu? Sewa bilik segala bagai... walhal si gadis tu sedang memboyot kan. adehh!

Siapa yang salah dalam hal ni? Kurangkah didikan agama sehingga boleh terjadi mende camni. Tapi budak lelaki tu sekolah agama kan?? hurm.. Tapi ape-ape pun semua bermula dari hati kita sendiri.

Ape-ape pun sesiapa yang masih waras tu, mintak-mintaklah jauhkan diri dari perkara-perkara camni.. Dah banyak sangat perkara camni terjadi. Nauzubillah..

Diekori jurujual!

Assalamualaikum & morning semua...

Ahaks... pagi-pagi dah emotional kan. ape daa aku ni. Haishhh... aku tak suke betul setiap kalu aku pergi Shopping Mall / Supermarket / Watson / Guardian ect ade salesman / salesgirl yang duk membontoti. Aku pusing kanan, dia ikut. Aku pusing kiri dia ikut jugak. Last-last rimas punya pasal aku keluar terus.. haaaa!

Ala, kite bkn nak mencuri pon kan. Mestilah mau privasi nak belek-belek barang nak dibeli. Kalau dah orang-orang itu sentiasa mengekori kite, surelaa rase rimas sikit. Aku memang tak boleh orang duk curi-curi pandang dari belakang. adehh! Nak memilih barang pon tak senang.. adoilaaa

Kalau kite nak tanye ape-ape kite panggil la dorang kan. Tapi biasenya, kalu dah regular customer takdenye nak banyak-banyak tanye. Sure cari barang & beli je terus..

Notakaki: Dorang takde senang sikit nak bukak barang nk try or cium bau! hahahaha!
Related Posts with Thumbnails