My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Sunday, July 31, 2011

Rindu bersahur zaman belajar...

Masa kat puncak perdana tiga tahun lepas, 2008. Rindu betul time berpuasa bersama housemates. Bila malam je sibuk pikir nak makan apa. Kekadang tu dah beli siap-siap masa berbuka, tunggu panaskan untuk sahur je. Yang aku tak boleh missed ialah TOMYAM warung LUCKY kat kandang UITM Puncak Perdana. Perghhhhhh....tiap-tiap hari makan tak jemu weh. Risau aku kot-kot abe kedai tu dah mandrem! wakakkaka

Tapi takdelah, lepas abis study xde pun aku ingat kat abe warung tu ke ape. (tetibe) Tapi serius, sangat rindu keadaan itu, sahur beramai-ramai. Macam-macam ragam semua kawan-kawan aku. Ada yang liat nak bangun, ade yang beria-ia nak sahur tapi last-last xbangun sampai ke sudah. Ade yang bangun teguk air segelas je. haish... rindu sgt lah!
Paling rindu jugak sebab ade orang yang kejutkan bangun sahur.. opppppsssss! Kisah lama yang dah lapuk. hehehe! Sudah 3 tahun berlalu, 3 tahun jugaklah xde orang tolong kejut sahur, sms or call pepagi buta suh bangun.. hahhaha! Kelakar oke...tapi rindu jugak saat tu. :)

Tapi kat kampung pun sama seronoknya sebab ade orang kejutkan jugak.. kejut sampai bangun! Lepas tu boleh dgr lagi suara membebel kalau taknak bangun. She's my lovely umi... My umi akan kejutkan aku dulu, lepas tu aku pulak jadi juruhebat kejut semua orang. hehhee.. Dengan ragam 2 adik aku yang masih cinonet ni. Paham-paham jelah....

Notakaki: Selamat bersahur kepada semua.. jangan liat nak bangun, Esok ade yang buat alasan taknak puasa sebab tak bangun sahur.. :p

Oh keterujaan melampau!

Ramadhan kali ni aku rasakan lebih bermakna dari sebelumnya. Kenapa????? Kerana ramadhan tahun ni, dapat berpuasa hari 1st bersama family tsayang. Kalau dulu 2-3 hari before raya baru dapat merasa bbuka puasa dengan famili.

Dapat bersahur bersama, dapat solat sunat terawih bersama famili di masjid, dapat bbuka puasa bersama, dapat pegi bazaar ramadhan dengan Umi. InsyaAllah... Ya Allah, besarnya nikmat kurniaanMu kepadaku. Syukur alhamdulillah kerana masih memberi aku peluang untuk merasai semua ini..

Dulu masa time study, sebak sungguh rasa time bsahur & bukak puasa. Yelah, even dengan kawan-kawan tapi takkan sama bila kita bersama famili. Berbuka puasa pun makan mende sama je. Bukan tak bersyukur dengan rezeki yang diberi, tapi tetap ada bezanya bila kita di rumah bersama keluarga kan...

Tapi, ramadhan kali ni cukup berbeza... Dapat bersama dengan keluarga untuk 4-5 hari pun sudah cukup membahagiakan aku. & hope cuti raya nanti dapat cuti awal. hehehe.... Masaklah, asik nak cuti je kan.. Biaselah, anak perantauan.. ;p Mesti ade di antara korang yang pernah merasai pengalaman bpuasa di perantauan, jauh dari famili.. Memang berbeza kan...

Cukup-cukuplah tu...

Assalamualaikum & morning...

Sedar tak sedar esok semua umat Islam akan menjalankan ibadah puasa. Semoga puasa kali ini lebih bermakna & segala amalam dilipat gandakan & mendapat keberkatan Yang Maha Esa.

So, hentikanlah penyakit yang menular dalam diri kita. Jauhilah dari sifat dengki, iri hati, fitnah sesama sendiri. Sebetulnya bukan hanya di bulan puasa, kita nak buang mende2 negatif ni tapi dah bulan lain pun duk asyik buat semua tu, so bulan ramadhan ni lah kita tebus balik apa yang dah kita buat dulu. 

Banyakkan beribadah kepadaNya, kerana amalan kita akan dilipat gandakan. Yang penting harus ikhlas melakukannya, bukan kerna paksaan atau suruhan & bukan jugak nak mendapatkan pahala yang banyak. Sepatutnya kita makin sedar & matang, bukan semakin mundur ke belakang.


Notakaki: Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri jugak. Semoga amalan kita diberkati Allah swt. Amin...

Saturday, July 30, 2011

Saja nak bagitahu semua pasal....

Tadi nampak accident otw pegi anta adik aku balik hostel. Ingatkan ade kenduri sebab banyak sangat kereta stop tepi jalan. Aku slow kan kereta, nampak ade sebuah Gen 2 dah retak cermin depan & keadaan agak remuk. Intai punya intai, nampak sorang lelaki terbaring & dikerumuni oleh ramai orang. MasyaAllah, aku nampak penuh darah kat muka laki tu. Ngeri yang amat sangat. Tapi aku teruskan perjalanan, yelah sebab dah ramai yang membantu.

Dalam perjalanan jugak, kelihatan van ambulans & polis menuju ke tempat kejadian. Aku rasa insiden tu baru sangat berlaku. Mungkin dalam 5-10 minit sebelum aku melalui tempat kejadian. Nazubillah, kalau tak mungkin depan mata. 
Otw balik pun aku tengok still ramai kat tempat tu. Tapi mangsa tu dah takde. Tetibe aku terpandang sebuah motosikal dalam parit. Remuk gile oke. Masa 1st aku tengok tu xnampak pun motor tu, sebab tu aku duk kompius sorang diri camne kereta tu boleh eksiden sampai teruk camtu. Takkan langgar lembu, tapi lembunya tak pulak kelihatan...

So, barulah aku tahu yang terbaring tadi mungkin mangsa motosikal tu. Sebab driver kereta tu tak mungkin injured teruk camtu. Mesti penunggang motor tu melambung. huhuuuu. Moga-moga penunggang motor tu xde apa-apa.
Nauzubillah.. mintak dijauhkan diri kita semua dari semua benda yang tak baik.. Amin

Notis Pemeriksaan Cermin Tinted Dari JPJ

Assalamualaikum & morning...

Baru hari ni aku update kisah JPJ ni. Last week , 26 Jul 2011 merupakan hari yang tidak cukup bernasib baik utk aku. Masa tu perjalanan dari KL-Besut. Agak awal aku sampai di Kemaman, niatnya utk berhenti rehat kejap kat umah my cousin di Paka sebelum meneruskan perjalanan yang masih berbaki 2 jam untuk sampai ke Besut.

Tetibe jem yang amat teruk lak, intai-intai rupanya JPJ buat roadblock. Dah la cuaca panas terik time tu. Berderet-deret kiri kanan. Yang peliknya ramai betul yang kene tahan. Takkan semua buat salah. So bila dah nak sampai turn aku, aku turunkan cermin. Erkkkkkkkkk..... pak JPJ tu suruh aku ke tepi. Ish... Aku dah pelik dah ni. Xde la cuak sangat, sebab lesen OK, roadtax OK.

Pak JPJ: "Ok cik, saya perlukan lesen..."
Aku: (menghulurkan lesen aku sambil muka ketat. langsung tak bsuara)
Pak JPJ: "Ok cik, kita sebenarkan akan keluarkan notis pemeriksaan TINTED utk cik. Sile ikut ye.."
Aku: "!@#$%^&^$%#&#!#@" (sambil membontoti pak JPJ tadi)

Sampai di pondok tempat JPJ tu bertugas, aku tengok ramai gile yang beratur. Sah.. semua driver akan kene oke. Yelah, skrg ni jarang tgk kereta tak tinted. So, bila JPJ nampak je cermin tinted, dia akan keluarkan notis tu. Belum lagi saman. Aku hanya berdiri sambil mendengar perbualan pak JPJ dengan beberapa orang gadis di situ.

Pak JPJ: "Kenapa ramai sangat pompuan yang tinted kete ye.."
Gadis 1: "Saya tinted UV je cik.."
Pak JPJ: "UV pun make sure ikut kita punya ketetapan.."
Gadis 2: "Abis tu mcm ne ni encik?"
Pak JPJ: "Awak pergilah kedai tu balik. Before buat pemeriksaan JPJ nanti, nak koyak ke ape terpulang pd awak. Atau awak kene kompaun RM300"

Aku hanya mendengar perbualan ntah hape-hape dorang tu. Aku masih lagi dengan muka ketat, langsung tak bercakap ape pun, tanpa sebarang reaksi. Dalam hati aku sebenarnya rasa sangat bangang dgn pak-pak JPJ! hahahaha....

Surat cinta dari Pak JPJ

Pak JPJ: "Awak tinted jugak?"
Aku: "Aah.. memang Perodua yang bagi.."
Pak JPJ: "Tak kiralah Perodua ke ape, memang tak boleh."
Aku: (diam & tak pandang muka pak JPJ tu)

Eventhough memang bukan mereka keluarkan saman, tapi notis tu sangat2 menyusahkan semua orang. Aku tengok muka semua orang stress. Apetah lagi yang cermin tinted tak nampak langsung tu. Kete aku ni pun, even 70% tapi still boleh nampak dari luar. JPJ bagi notis dalam masa 10 hari untuk buat pemeriksaan di mana-mana JPJ. So, aku tak tahulah mesin JPJ kat sane tu set untuk berapa %.

Sesak sangat kot JPJ nak kaut duit semua orang. Duit raya kan.. hurm! Alasan dorang buat roadblock tu sebab RAMAI SANGAT ORANG TERENGGANU YANG TINTED KERETA. So, secara tak langsung ORANG LAIN YANG KEBETULAN LALU SITU PADA HARI TU TURUT TERKENA. SAkit betul hati aku. Plat kete aku W oke! hahahaha... Kalau aku tak puas hati, memang jujur la riak muka aku. Xleh nak kontrol2 lagi!


Notakaki: Masih belum decide samada aku nak pegi JPJ tanpa koyakkan tinted asal aku tu orf pergi je dengan tawakkal. Yelah, kalau buang pun tinted tu, skrg ni promo dah banyak, harga pun tak sampai RM150 utk sebuah kereta kecik mcm aku ni kalau nk dibandingkan dengan kompaun RM300.

Friday, July 29, 2011

Yang dinanti tak kunjung tiba, lain pula yang datang...

Penantian satu penyeksaan kata orang & kata aku juga. Tapi dalam hal ini tak melibatkan diri aku. Ini adalah secara umum. Biasanya, apa yang kita taknak tu lah yang datang muncul secara tiba-tiba. Tanpa kita duga & tanpa kita sangka. 

Sedangkan ada sesuatu yang sedang kita nantikan..masih juga menjauh tak kunjung datang. Intai kiri intai kanan masih jugak tiada kelibat & suara. Juga tiada tanda-tanda kehadiran sesuatu itu. Masihkah ada kesanggupan untuk menanti dan terus menanti?

Apa yang ada di depan penglihatan sekarang ni cukup jelas. Maknanya.....? Maknanya anda dalam melihatnya secara terang-terangan. Tapi kenapa masih cuba untuk menjauhkan diri seolah-olah ada satu benteng konkrit setebal 20 inci yang menjadi penghalang di tengah-tengah.

Adakah masih mengharapkan sesuatu yang tak pasti atau tak mungkin berlaku lalu membiarkan yang bakal terjadi ini lesap begitu saja. Melemparkan ia jauh-jauh supaya takkan kembali lagi?
Jangan ditangisi ape yang telah pergi & jangan ditunggu lagi yang tidak pasti kembali. Namun, hadapilah sesuatu yang bakal terjadi & jadikanlah hidup anda seindah maksud yang tersimpan disebalik nama...

Memang tak jadi kerja!


Ni lah bahananya GAME kat internat ni. Banyak kerja aku tertangguh, masuk bilik tak keluar-keluar..... Keluar bilik hanya untuk mandi & makan, sib bek tak makan dalam bilik.

Ni pengangan adik aku lagi. Baru 2 hari main mendalah ni. Aiyo.... Kat umah ni still boleh consider lagi la nak layan pun, jangan cakap bila masuk office nanti aku duk layan mendalah ni. Masak aku kalau bos tengok.. muahahaahah! Mintak ampun Cik Nani... ;p

Dah lame sangat kot tak layan game camni. Sebab dulu gune broadband tersekat-sekat, bila gune streamyx kat umah memang layan abis la kn. Laju vrommmmmmmmmmmmmmm! muahahahaha!

Alamak, lepas ni kene berjaga-jaga lah!

Huyoooooooooo..... semalam kitorang duk borak2 kat dapur. Sambil-sambil menikmati dinner. Tetibe aku dengar umi aku bersuara....

Umi: "Ajar la umi buat facebook..."
Aku: "huyooo nak buat facebook? tapi kitorang pastikan takkan add umi.. hehhe"
Irah: "tulaa.. mane boleh add umi ni... kang umi tengok semua mende. kita kene privatekan semua bende.."
Aku: "aah la... status semua tu kene set la.. hhahaa"
Umi: (hanya mampu tersenyum)

Omaigodd... haahahaha! My umi nak create account FB jugak oke. Katanya utk kita communicate dengan kawan-kawan.. (alasan munasabah) Habislah kitorang kene skodeng nanti.. muahahhaa!

Semalam pun time aku bukak FB kt PC, aku biarkan interface FB tbuka sebab aku ke ruang tamu tengok bola... Aku dari jauh dah nampak umi aku hendap-hendap kat PC. Then aku dengar dia cakap.... erkkkk
"Siap letak gambar-gambar kat FB..."

Aduhai.... abis tu? Nak letak gambar terung ke? huhuhu.. Tu dia xtengok lagi mane-mane account FB yang letak gambar pelik-pelik. Kalau umi aku tengok alamatnye mengucap panjang lah dia.. hehhehee

Notakaki: Nanti kasi umi boleh tengok status je... hehhee tu pun kene tapis status yang 'mengharu birukan' ;p

Jangan jadi macam lalang...

Assalamualikum & morning...

Semalam semua orang excited tengok bola kan. Almost 90K membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil tanda sokongan rakyat Malaysia kepada Harimau Malaya. Alhamdulillah aku pun sempat menonton perlawanan semalam di rumah. Sure sesak KL semalam. hehehe...

Excited lebih kat rumah. Siap sediakan makan-makan semata-mata nak menikmati sewaktu menonton. Aku bukannya fanatik sangat football ni. Tapi bila melibatkan negara tercinta, bagi la support sikit kan. Even tak sampai ke stadium tapi semangat tu tetap ada di rumah.. hehehe!

Aku mane la reti nak komen2 pasal corak permainan Harimau Malaya semalam, cuma ape yang aku rasa, sangat hambar. So, aku sgt kecewa dgn aksi dorang. Entah la mana silapnya. Bukan aku sorang je yang rasa mcm tu. Rata-rata sangat kecewa dgn performance dorang malam tadi. Tapi aksi drama pihak lawan pun sangat2 membangkitkan kemarahan semua orang. ntah pape kan... (erkkk tetibe aku jd mcm pengulan sukan.. ;p)

Apapun menang kalah adat perlawanan. Mungkin nasib bukan menyebelahi kita. InsyaAllah masih ade peluang di masa akan datang. Tapi jangan pula, bila kalah jangan dicaci maki, then bila menang disanjung-sanjung meninggi. Tak betul tu caranya. Even kalah atau menang, tetap la bagi support. Cuba korang berada di tempat mereka, ape yg korang rasa. Mereka pun manusia biasa, bukan robot yang boleh di'program'kan.... So, mesti ade kelemahan & kelebihan kan.. 

Oke.. takmo membebel panjang. Kang ade orang datang hentam aku lak. hiihihih! Apepun majulah bola sepak untuk negara.. yuhuuuuuu!

Thursday, July 28, 2011

Berhemahnya POS Malaysia

Assalamualaikum...

Semalam aku ada order barang dari sorang kakak. Kakak tu dari Kota Bharu saje, malah aku pun buat alamat aku di Besut, Terengganu. Kalau diikutkan, bila kakak tu pos pagi, paling lewat pagi keesokkan harinya (hari ini) dah boleh sampai di rumah.

Tapi, since pagi tadi aku tunggu. After zuhur pun still tunggu posmen sampai..masih takde nampak kelibat langsung. Pukul 3 lebih aku pegi Pejabat Pos Kampung Raja. Sampai sana, aku tanya pasal bungkusan aku tu....

Aku: "Bang, nak ambik bungkusan..."
Abg Posman: "Alamat mane ye..."
Aku: "Kampung Tembila.."
Abg Posman: "Jap..." sambil mencari beberapa bungkusan yang baru saja tiba. Ditanyanya aku lagi...

Abg Posman: "Dik, mintak no..."
Aku: "EM188.....MY"

Abang tu check dalam sistem pulak. Tetiba terdengar dia sedang bercakap telefon dengan kawan dia kot. Lorh, rupanya bungkusan aku tu dah selamat masuk dalam van. Tapi yang peliknya kenapa tak dihantar awal? Biasenya posman yang akan hantar. Tapi bungkusan tu ada dalam van yang xtau ke mana tuju nya. Lagi pun abang tu tak pakai baju kerja pun.

Agak lama aku tunggu ketibaan abang tu untuk aku collect sendiri bungkusan tu. Kalau nk harapkan posman hantar maunya esok. Kebetulan jugak ada sorang akak datang tuntut surat (penting). Kes sama macam aku. 

Tapi aku takde lah nak bengang ke apa. Sebab biasenya kalau pos laju ni, aku rela pegi collect sendiri dari tunggu dorang nak hantar ke rumah. Kes abang aku last week, after 3 days baru dapat.

Kekadang aku rasa, Pos Express lagi cepat dari POS LAJU.............. 


Wednesday, July 27, 2011

Cinta yang tak kesampaian....

Siang tadi terjumpa dengan kawan sekampung. Tapi agak lama tak bersua. Yelah, aku jarang balik kampung, kalau balik pun tak sempat nak berjalan rewang-rewang umah jiran. Banyak betul yang diceritakan & banyak jugak mende yang dah terjadi yang mana aku langsung tak tahu.

Sedang asyik tanya pasal keluarga dia, tetiba aku bertanyakan tentang abangnya. 

Aku: "Eh, abang kau dah kawin belom..."
Dia: "Belom... awek dia mati kan aritu..."
Aku: (tergamam) "oh yeke... bile? nape?"
Dia: "tahun lepas.. masa raya haji. sakit barah otak. pagi raya..."
Aku: "oh yeke....."

Hurm... begitulah kisahnya manusia yang hidup hanya sementara. Kadang-kala kalau sekuat mana pun kasih sayang kita kepada seseorang, tapi jika Dia tidak mengizinkan kita untuk terus bersama, ia pasti takkan terjadi. Abang kawan ku itu memang bercadang utk berkahwin, tapi apekan daya... bakal pasangannya dijemput dulu. Bila difikirkan balik, memanglah sedih. Tapi lagi sedih kalau mereka sempat bersama hanya untuk sementara. 

Apapun setiap kisah yang terjadi pasti ade sebabnya. Tapi kan... ade tapinya pula dalam kisah ini... jeng jeng jeng....

Arwah awek abang kawan aku tadi memiliki seorang kembar. Yang menariknya, si kembar itu jugak menaruh hati terhadap abang kawan aku ni. Tapi cinta si kembar pula tidak berbalas.... Sampai di saat si kembar ini mendirikan rumah tangga, pun dia masih menghubungi abang kawan aku ni.

Macam-macam hal.. tapi sampai sekarang abang kawan aku ni masih belum menemui pengganti. Mungkin ada yang lebih baik untuknya...sebagai permaisuri hidupnya. Amin

Notakaki: Cinta sesama manusia takkan kekal selamanya, tapi cinta pada Yang Maha Esa akan kekal sampai mati....

Bila malam menjelma, di kala perut kelaparan!


Biskut beras pun biskut beras lah. Sementara tunggu makan besar beramai-ramai, aku sempat isi perut makan biskut yang sedap & rangup ni. Sebungkus tu aku sorang je sebat. Memang perut kargo 5 pintu kan? hahaha... Semalam timbang berat, dah turun sikit. Weuuuuuuuuuuu! Hebat tak, makan banyak tapi berat turun. ehhhh... Ajaib!

Biskut ni tak mengenyangkan pun. Setakat nak isi perut sementara tunggu nak sumbat nasi tu bolehah.. Stok biskut beras ni memang ade kat umah. Fungsinya utk kunyah-kunyah manje je, tapi aku buat sebatan hebat menerjah ke dalam perut... aduhai! Sabor jelah.....

Pulang ke kampung, hati girang!

Assalamualaikum...

Sangat lama rasanya tak hapdet blog. Almost 2 months. Siap set private lagi. huhu! Tapi rasanya dah tiba masa untuk come back. Cewah, ala-ala buat album plak. ahahaha!



Aku sekarang berada di kampung, Untuk jangka masa yang agak panjang. 26 Julai 2011 sehingga 7 Ogos 2011. Lama kan? ngeeee~ Alhamdulillah, dapat jugak berpuasa pada minggu pertama bersama keluarga tersayang. Dah lama mengimpikan situasi seperti ni. Biaselah, sudah beberapa tahun berada di perantauan. Erkk.. macam jauh di seberang laut je. ;p
Biasanya aku dapat berpuasa bersama keluarga bila saat-saat akhir, 2-3 hari sebelum raya menjelang. Tapi kali ni amat berbeza sekali aku rasa. Seminggu pertama & mungkin juga 2-3 hari sebelum raya jugak. Syukur sangat....

Bila pulang ke rumah, dapat 1 lagi berita gembira.. hehe! Alhamdulillah rezeki lagi. (nanti aku update later) Ingatkan dah terlepas, tapi mungkin rezeki bulan puasa.... :)

Mood: Happy & sangat bahgia berada di samping tersayang.....

Related Posts with Thumbnails