My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.
Showing posts with label PLKN. Show all posts
Showing posts with label PLKN. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Mereka bikin aku sebak…

Assalamualaikum...

Rasa janggal sikit bila dah balik rumah & takde aktiviti nak buat. Yelah, a week ago still kat kem. So, pagi-pagi dah bangun pegi kelas. Layan kerenah mereka semua. Tersangatlah rindu akan suasana sebegitu… huhuhu!


Pagi2 dah bangun sama dengan dorang. Pukul 4.30 dorang bangun, camtu jugaklah aku. Masa hari last, sebak jugak rasa dalam hati nak berpisah dgn dorang semua especially student kelas KI 4.


Mungkin jumlah kekuatan siri kali ni agak sikit, so sebab tu lah aku lebih rapat dengan dorang. Hanya 141 orang wira-wirawati & each class ade dalam 17-18 orang saja.
Dapat kenal sorang-sorang. Tak kurang jugak yang duk bercerita tentang diri masing-masing. Memang agak rapat la. Lagipun aku dah anggap dorang macam adik-adik aku jugak.

Dorang buat reunion untuk batch dorang on 2 October ni, tapi tak tahu lagi dapat datang ke tak. InsyaAllah.. kalu takde aral melintang. Rindu nak jumpe Siri 7 Kumpulan 2 & Kumpulan 3 yang penah aku ajar.






Notakaki: siri seterusnya akan terus berada di Bidor... :)

Sunday, August 22, 2010

Eleh.. sikit-sikit nak cover!

Hahaha… cover cun?? Cover ensem?? Cover baik punya kan.. ahaks! Biaselaa kan. Depan orang mesti kene cover sikit. Kalau tak, jatuhlah saham. wekkkk!

Nak menguap ke bersin ke batuk ke mesti cover punya. Sampai merah hidung. Ade sekali tu ade dalam kelas time nak mengajar ni, nak menguappppppppp! haishhhh! Time ni lah dia nak rasa ngantuk. Tapi menten cung je kan. Nasib baik depan adik-adik… wakakaka!

Tahan menguap tu haaa.. kembang kempis hidung. Naik merah hidung tahan menguap. aiyooo!

Notakaki: Kalau nak bersin siap tutup hidung takmo kasi bersin.. erkkkkk

Wednesday, August 18, 2010

Jangan gunakan kekerasan...

Anak-anak muda jiwanya mudah memberontak. Aku pon tak terlepas dari mempunyai sikap camtu. Tapi sekarang ni situasinya berbeza. Aku yang harus bersabar dengan kerenah anak-anak remaja.

Ok... bercerita tentang remaja-remaja di dalam kem PLKN ni. Aku lebih senang menganggap mereka macam adik-adik aku sendiri. Apa saja yang dorang ingin kongsikan, aku sudi mendengar luahan mereka. Aku faham 3 bulan terkurung di dalam kem ni amat menyesakkan dorang. Kalau aku di tempat dorang pon, mungkin aku mengalami keadaan yang sama... tapi fikirlah dari sudut positif.

Apabila mereka memberontak untuk tidak mengikuti ape-ape program yang dijalankan... kita tak boleh terus tengking dorang. Tapi, cuba untuk berlembut tapi tegas. Jangan gunakan kekerasan atau paksaan pada dorang.. sebab mereka akan jadi lebih keras. So, gunakan psychologi untuk mengumpan mereka. Bagi nasihat secara lembut tetapi mampu membuatkan mereka tersentap! Mereka akan terfikir dengan sendirinya.

Sebab tu lah aku tak suka marah-marah sangat kat dorang. Tapi cuba dekatkan diri dengan mereka, menyelami ape yang mereka rasa. So, dorang akan lebih menyenangi anda & kemesraan tu akan datang dengan sendirinya.... :)

p/s: tersangatlah happy kat sini bersama-sama dorang semua.... suka, gelak tawa bersama :)

Thursday, May 20, 2010

PLKN Kem Nilam Ehsan Bidor: Rindunyaa kat student2 kuuu!

Gambar-gambar sepanjang aku bertugas sbg CIkgu Integrasi PLKN di Kem Nilam Ehsan, Bidor.


Dengan Cikgu Anis

Apelaa yang digelakkan Gooi tu.. ehhe

Suruh bersilat pon dorang bersilat tau.. eheh

Break time... snap pic dulu! hehe

Curi semangkuk pisang goreng bwk masuk bilik... heehe

Warming up pepagi... kasi bersemangat sikit!

Group paling sporting! (^_~)

Minum pagiiii... hohoohoh

Posing dulu ok sebelom makan kuih.. hheehee

Ok.. dah boley makan. Sedap tak?? ehhe

Ok then, masuk klas pulak... Budak plg nakal klas aku ni.. hoho

Beriadah bersama wirawati.. :)

Wira-wira harapan bangsa.. :)

Aktiviti riadah petang...

Berlakon jadi baby.. unik tol pampers dia.. ahaha

Melakonkan upacara kematian orang Islam

Mayat hidupppp! ahahah

Papa belajar menari hindustan.. ehhehe

Team Cikgu Integrasi PLKN Siri 2 Kem Nilam Ehsan 2010

Persembahan kebudayaan untuk acara penutup..

B4 pulang... huuhuhu sedeyyy

Mandi-manda di Sg Klah! [Part I]

Entri ni entri bergambar ye.. Harap maklum.
Silelah menjamu mata...



Ni first time aku jejakkan kaki ke Hot Spring Sg Klah..

Muncung kami... sexy takkk? ngeeee~

With Annyss

Hanya mampu celup kaki aje.. ehhehe

Aksi laga montot... hihihihiih!

Aksi budak gediksss b4 balik... hahaa

Pokok kelapak... ahaksss
Berangan sat.. lalalala

Tadaaaaa... satu2 duyung 2 alam.. ahaha Dr Rahman aka Papa Kami

Besttttt! Kata Papa.. ehhee! Jom pulanggg

Wednesday, May 5, 2010

Maaf.. aku tak berdaya!

Assalamualaikum...

Maafkan andai ada kekhilafan berlaku sepanjang berhubungan kita. Izinkan aku menitipkan warkah ini buatmu yang amat ku kasihi. Aku berada jauh darimu. Kita takkan dapat bertemu. Tapi kau senantiasa dalam ingatanku.

Maafkan aku.. keadaan memaksaku mengabaikanmu buat sementara. Aku tahu, 5 hari itu mungkin suatu angka yang kecil tapi hakikatnya ia sungguh lama bak menunggu gajiku yang belum lagi masuk sampailah ke hari ini. Amatlah terseksa zahir & batinku.

Maafkan aku kerana terpaksa berjauhan darimu, walaupun aku masih berada di bumi Malaysia.. tapi bezanya aku sekarang di tengah hutan rimba. Tidak dapat aku berhubung denganmu.

Maafkan aku jika aku tidak mempunyai sedikit masa pun utk menjenguk & melawatmu di sana kerana liputan di sini amatlah teruk sekali.. terkedek-kedek macam itik pulang petang.

Maafkan aku andai tidak berpeluang melakar sedikit madah buatmu kerana kepenatan dek tugas harianku yang memaksaku terus terbungkang di senja hari.. adeh

Wahai kawan-kawan bloggers tu sekalian... maafkan aku jika xsempat 'blogwalking' kerana kesemputan berukben ku yang jelas terserlah kesengalan & kelembabannya.. aduhhhhh

Luahan hati,

Notakaki: Bila keadaan dah seperti sediakala, aku akan menjenguk kalian semua ok. Thanks pada yang sudi menjenguk aku di sini.. Sekurang-kurang aku tahu korang mengingati aku.. :)

Tuesday, May 4, 2010

Keadaan terlampau!

Adoilaaaaaa.. amatlah panas keadaan kat sini. Lepas mandi pon melenjun-lenjun peluh keluar. Rasa macam bermandi peluh pulak.. Malam lagi susah nak tidur.. Kene berangan dulu baru leh tidur.. ahahahah.. Lupakan kepanasan yang terlampau..

Rasa takmo pakai baju je kalau boleh.. ahakss.. Haishhh.. buang tebiat ke ape neh. Kang wira-wirawati aku tengok terus berduyu2 nak masuk kelas aku.. hahha

Yelah, dorang ni tak bersemangat langusng.. Asik tidor je dalam kelas.. kalau aku suh men game suke aje.. ahakss. Tapi petang ni topik best bagi dorang..

PERKAHWINAN & PERAYAAN.. Dorang neh kalau bab2 kawin laju aje.. Banyak aje ideanya.. haahaha

Oklaaaaa... mau solat dulu.. hek2. Nant aku hapdet lagi ye.. Daaaaaaa~

With Love,

Nota untuk mu.. aku rindu kamu!

Assalamualaikum u uols..

Oh, rindunya aku pada blogku & korang sume. adeh. Sorrylah, cni coverage amatlah terok & Wi-Fi pon xleh detech sampai susah. adoilaa. Bagi je password Wi-Fi tp networknye takde.. wuwuwuwu.

Jangan risau, aku OK-OK saje kat cni. ahakss. Best yang amat sangat. Makan pon best. Badan penat tapi mata xleh lelap. adoilaa. Team aku kali ni amatlah sporting & BEST! Satu kepala & senang utk berbincang. Ketua juruletih aku pon sempoi gilaaaa... Gambar2 nanti aku upload ye. Kalu nak upload guna GPRS ni, alamatnya berjanggutlah aku tunggu gambar tu keluar. Uhuhuk

Oklah.. aku nak siap-siap p breakfast pulak. hehe. Apeape pun aku rinduuuuu korangggg sumeee... aku rindu blogggg akuuu sangattttt...... hehehhehehehe
Aku rinnnnnnnduuuuuuuuuuu sangattttttttttttttttttt kat........................ seseorang! ayooooo... ;p~

With Love,

Notakaki: Esok mau pegi kolam air panas Sg Kelah dengan cikgu-cikgu lain.. hhehhhehe. Mandi-manda sikit.

Friday, April 30, 2010

I need CPR...!

Ahaks... bajet gempak je tajuk kan?
Tapi xde ape pon sebenarnye..
CPR tu time lemas ke sesak nafas ke.. bolehlaa.
Takkan nak CPR aku secara maya lak.. :P
Tp alhamdulillah.. aku OK lagi.. hehe

Actually, nak tanye korang if ade sesape yang duk area BIDOR, PERAK...
And ade tak sesapa yang tahu KEM PLKN BIDOR tu terletak kat tengah bandar ke tersorok dalam hutan rimba ke?
Sebabnye aku 1st time nak p sane ni.. hehe
Sesape yang nak jumpe aku silelah ke sana ye.. hehehehe

Bukan aku jadi pelatih PLKN ok..
Tapi aku menjadi CIKGU INTEGRASI selama 5 hari.. ahaksss
Diulangi dengan pembesar suara.. "CIKGU INTEGRASI" :p~

Oklah.. kepada sesapa yang tau keadaan fizikal & geografi area tu boley laa describe skit kan.
Bantulah musafir lalu ni.. hehhee


Notakaki: Last year dah pegi area Chenderiang, Tapah.. Best yang amat sangat. This time aku try Bidor pulak.. hehe
Related Posts with Thumbnails