My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Wednesday, August 18, 2010

Jangan gunakan kekerasan...

Anak-anak muda jiwanya mudah memberontak. Aku pon tak terlepas dari mempunyai sikap camtu. Tapi sekarang ni situasinya berbeza. Aku yang harus bersabar dengan kerenah anak-anak remaja.

Ok... bercerita tentang remaja-remaja di dalam kem PLKN ni. Aku lebih senang menganggap mereka macam adik-adik aku sendiri. Apa saja yang dorang ingin kongsikan, aku sudi mendengar luahan mereka. Aku faham 3 bulan terkurung di dalam kem ni amat menyesakkan dorang. Kalau aku di tempat dorang pon, mungkin aku mengalami keadaan yang sama... tapi fikirlah dari sudut positif.

Apabila mereka memberontak untuk tidak mengikuti ape-ape program yang dijalankan... kita tak boleh terus tengking dorang. Tapi, cuba untuk berlembut tapi tegas. Jangan gunakan kekerasan atau paksaan pada dorang.. sebab mereka akan jadi lebih keras. So, gunakan psychologi untuk mengumpan mereka. Bagi nasihat secara lembut tetapi mampu membuatkan mereka tersentap! Mereka akan terfikir dengan sendirinya.

Sebab tu lah aku tak suka marah-marah sangat kat dorang. Tapi cuba dekatkan diri dengan mereka, menyelami ape yang mereka rasa. So, dorang akan lebih menyenangi anda & kemesraan tu akan datang dengan sendirinya.... :)

p/s: tersangatlah happy kat sini bersama-sama dorang semua.... suka, gelak tawa bersama :)

2 comments:

Related Posts with Thumbnails