My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Wednesday, September 15, 2010

Haruskah diterima apa yang mendatang? Bantulah dia...

Dari Fatehah, (bukan nama sebenar)

Babe.. aku tak tahu ape yg ptt aku buat skrg. Aku mmg tak dapat lupakan dia. Aku dah try tp aku tak boleh. Aku masih sygkan dia even tho dia buat aku camni. Dah lama aku digantung tak bertali. Ko pun tau kisah aku camne kan? Aku tak tahu ape perasaan dia kat aku sekarang. Tapi aku masih setia tunggu dia. Dia penah ckp suruh aku tunggu dia sampai dia kembali tapi sampai sekarang dia tak muncul. Ape aku ptt buat? Or mungkin aku banyak lepaskan peluang yang datang sekarang...

Aku masih tak dpt petunjuk. Entah-entah ade jodoh yang sememangnya utk aku.. tp aku sendiri yang tolak. Aku buntu gile.. Kalau aku terima org lain, tapi kalau dia dtg balik ape aku nak buat? Sememangnya aku pun nak rasa bahgia macam orang lain jugak. Aku penah fikir, kalau dia dah lupakan aku sia-sia je aku tunggu dia hampir 2 tahun ni. Tapi, bodoh ke aku sebab masih pegang kata-kata dia untuk tunggu dia...? Sedangkan dia langsung tak sedar dia sebenarnya ada aku.

Tup..tup nanti aku tahu-tahu je dia dah bahgia dengan orang lain.. aku macamane???? Dan jugak aku banyak lepaskan kebahgiaan aku sebab dia. Eh, bodoh ke aku ni babe?? Ya Allah, seriusly aku tak nampak apa-apa jalan untuk aku pilih. Aku sentiasa berdoa agar Allah berikan aku petunjuk yang betul.. seharusnya aku terima walau pahit camne pun aku hadapi sekarang.

Babe, aku mintak tolong sangat. Aku nak kekuatan aku balik. Aku nak ko ade dengan aku sentiasa. Aku tak pernah terfikir aku akan jadi selemah ni kerana seorang lelaki...! Babe, bodohkan aku ni. Aku tak kisah aku takde pasangan sekarang pun. Aku tak jeles tgk orang bahagia, tapi apa yang buat aku sakit sangat sebab dia tak lepaskan aku tapi dia gantung aku tak bertali................................................................................. Babe, berdosa ke aku benci lelaki walhal bapak aku pun lelaki jugak. Lepas apa yang aku lalui ni, aku rasa serik sangat nak rapat dengan lelaki. Aku jadi fobia, babe.... Ko jelah harapan aku sekarang. Tempat aku mengadu... Sekurang2nya aku reda bila aku luahkan kat ko.

Babe, bantu aku utk teruskan ape yang aku lalui sekarang ni....

Notakaki: Ya Allah....... permudahkanlah segala urusan sabahatku ini. Aku mohon kasihMu & Kau redakanlah apa yang terbuku di hatinya. Bebaskanlah segala penderitaan yang dia tanggung & Kau berikanlah sinar kebahgiaan kepadanya... Amin Ya Rabbalamin.

3 comments:

  1. Dear,

    Selamat Hari Raya..

    *Moga kawan you akan lebih tabah dan diberi petunjuk..

    ReplyDelete
  2. berserahpada Allah adalah jln terbaik. Solat istikharah dan solat hajat elok la dibuat. minta agar hati ditenangkan dan dipermudahkan segala urusan.

    kesiannye bacee..

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang ALLAH hantar dugaan kepada orang yang ALLAH suda tahu orang tue boleh hadapinya. sabar ekk~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails