My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Saturday, September 18, 2010

Makin ramai yang meninggalkan kita

Assalamualaikum...

Tanpa sedar, makin ramai yang berada di sekeliling kita pergi meninggalkan kita. Tak sempat reda lagi dengan berita pemergian Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 rakan yang lain, kita dikejutkan pula dengan pemergian seorang pelakon veteran, M. Rajoli yang telah mengadap Illahi malam tadi. Al-fatihah.....

Tup..tup tadi terbaca entry Ben, seorang lagi rakan blogger yang telah pergi meninggalkan kita. Even aku tak mengenali arwah, tadi kita sebagai sesama saudara Islam sama-sama mendoakan agar arwah tenang di sisi Penciptanya.

Tak termasuk lagi dengan kes-kes kemalangan maut sepanjang raya ni. Jumlah yang terkorban semakin meningkat dari hari ke hari. Kadang-kadang terfikir jugak.... bila Dia akan cabut nyawa kita semua. Yelah, dalam sekelip mata pun Dia boleh hilangkan apa yang ada di sekeliling kita.

Kepada kengkawan semua, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah & doa untuk mereka yang telah pergi... giliran kita entah bila pulak kan.


Notakaki: Sentiasa berdoa agar Allah masih memberikan peluang untuk terus beroleh pahala sebelum sampai masa dijemput olehNya.... AMIN

4 comments:

  1. amal ibadat cik shabah tak cukup lagi =(

    ReplyDelete
  2. btul tu..makin lama...makin ramai yang tinggalkan dunia...huhu..esok lusa kita pulak..

    ReplyDelete
  3. ajal maut di tangan tuhan.. al fatihah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails