My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Friday, October 5, 2012

Cinta matiku....

Kekasih hatiku,
Terima kasih kerana sentiasa...
mendoakan saya di saat saya terjatuh,
menenangkan hati saya di waktu saya resah,
memahami saya di saat saya dalam dilema,

mendoakan yang terbaik untuk saya,
menerima keputusan saya tanpa persoalan,
menahan rasa sedih sebab saya,
memikirkan tentang masalah saya,
mendengar setiap luahan hati saya,
menelan dengan sabar setiap kerenah saya,
Terima kasih jua kerana...
bersabar dengan ragam saya,
mengiringi perjalanan saya dengan doa,
merestui setiap apa yang saya lakukan,
menyembuhkan luka hati saya dengan ayat-ayat keramat,
Apa yang saya miliki sekarang adalah kerana doa & restumu,
Doamu adalah ubat paling mujarab,
Di saat ini aku sangat merinduimu.........
Sangat rindu akan kata-kata semangatmu,
Sangat rindu dengan suaramu yang dpt menenangkan hatiku,
Sangat rindu akan raut wajahmu yang bersih itu....



Umi......
Di saat yang paling genting dalam hidupku,
Dikaulah orang yang pertama & terakhir memahaminya,
Tak pernah ku terfikir akan ada seseorang yang mampu menjaga hatiku & memberi semangat kpdku,
Ku tahu nalurimu sebagai seorang ibu,
Aku dilahirkan dari rahimmu, sudah tentu aku dekat di hatimu,
Ku tahu kau hanya inginkan yang terbaik utkku,
Kekuatan ini adalah keranamu, umi....

Terima kasih kerana menjadi ibu yang paling baik utk saya,
Terima kasih kerana membuat saya rasa disayangi,
Tiada insan lain yang mampu menggantikan tempat umi di hati kami...

Anakmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu dunia akhirat.


Thursday, October 4, 2012

Macam sibuk sangat!

Ya Tuhan, penat sangat today. Pagi sampai ke tengahari macam rilek saje. Dah sampai petang, badan pun dah mulai rasa lemau semacam. Dah la isi perut pun tak seberapa. Nasi langsung tak rasa nak telan. Petang tadi teringin nak makan mende rangup-rangup. Mujur dapat cari keropok lekor dan pisang goreng. Cicah plak dengan kuah kicap. 

Perghhhh dah lama tak rasa macam tu. Last pun zaman study dulu-dulu.
Rasa macam malas nak bergerak. Time ni pun belom mandi lagi, padahal dah lame sampai umah. Hahaha! Rehatkan badan kejap. Rasa panas je muka eventho tadah kipas depan muka. Aishhh.... Jangan demam sudah... huhuhu

Layan la goreng pisang, keropok lekor & air cendol kat bawah ni. Yummy! Tp smua dah selamat masuk perutttt! :D

Sedappppp gilee smbil layan dgn cendol :)















Wednesday, October 3, 2012

Abis sume nak naik!

Haiyooo. Petang tadi pegi beli makan kat mamak. Dah lama sebenarnya tak beli makan kat situ sebabnya ade port lagi menyelerakan utk mengisi perut. Disebabkan tadi semua malas nak bergerak, so solutionnya kat mamak aje lah jawabnya.

Rasa macam nak makan mende berkuah, panas-panas, pedas.... ape lagi tomyam la kan! Huhu! Order megi tomyam, dah la lambat siap. Time nak bayar, terkejut jap. Selalunya beli makanan sama baru RM5. Sekarang dah naik 50sen. Aiyoo... Aku tanya mamak tu asal tetibe naik harga ni. Dia tak jawab. Then aku tanya... 'sebab gula naik ekkk'. Sambil senyum sambil angguk-angguk. Huwaaaa....

Aku complain lagi. Bukan guna gula pun dalam tomyam ni. Kalau gune pon bkn sebungkus. Uwaaa tak puas lagi aku. Hahahaha! Speechless mamak tu. Geram sungguh hati kita. huhuu

Nasi goreng ayam lagi melampau...RM6.50!!!! Huhu. Cekik darah la ane oiiii. Tapi xbaik la mengungkit makanan ni nanti kang jadi darah daging jugak. Terima jelah tp lepas ni takkan singgah lagi dah. Last choice je mungkin.

Tersalah turun tingkap...

Assalamualaikum and morning.
 
Ape pulak la JPJ buat roadblock pepagi ni. Tadi kebetulan pergi jumpa supplier newspaper kat Saujana Utama, Sg Bulog. So memang festime lalu jalan ni waktu pagi. Lepas dah hantar flyers sume, vroom menuju ofis.
 
Tetibe ade JPJ kat depan. Aiyoooo! Cepat-cepat tarik seat blet sbb memang xpenah pakai pun. Huhu! Tersekat la pulak... ishhh! Tarik lagi...xsempat nak lock. Perghhhh dah sampai tepi sorang pegawai JPJ. Dia tengok pelik je roadtax aku. Halo not expired lagi ok. 
Tetibe je muka dia berkerut, tapi aku buat muka berani je. Hahaa! Mcm gangster, dah la tinted gelap. Aku dah risau kot2 la dia surh ke tepi. Muka kena kondifen lebih ye.
 
Muka dia berkerut. Aku plak lupa turunkan cermin tingkap. Dah nampak dia intai-intai kat dalam. Memang la xnampak sebab tinted gelap. Huhu! Tetibe aku turunkan cermib belakang, Erkkkk.... dia pandai kt tingkap belakang sambil berkerut dahi tapi muka bengis gila. Haha! Konon nak buat orang cuak. Then aku turunkan cermin tingkap sebelah. Dia pandang aku then suruh jalan. Haha!
 
Malu pulak aku tersalah turunkan tingkap. Nampak sgt gabra kat dalam tp buat-buat berani!!! :p
 
 

Monday, October 1, 2012

So childish!

Oh oh oh... im speechless. Buruknya kalau orang dah tua ni berperangai macam budak-budak. Memang kalah budak umur 3 tahun, bezanya tak berhingus dan tumbuh gigi dah penuh. Hadoi...

Parah betul kalau dilayan. Kekadang orang macam ni kita tak boleh nak layan ikut hati, biarkan je dia dengan sikapnya. Sebabnya dia dah xnampak dunia nyata. Yang ada dalam kepala dia hanya emosi semata-mata. Memang sebijik perangai budak hingusan. Merengek mintak susu, kalau dia nk pukul orang pun dia akan pukul sebab dia tak tahu apa-apa. Nak keluar kata-kata ikut sedap mulut dia pun boleh jugak. Tapi nampak berbeza la sebab kata-kata budak2 ni macam orang tak berilmu lagi. 

Kalau kita yang dah dewasa ni lain cara bercakapnya. Terlebih pandai pun ada, suam-suam kuku pun ada jugak. Tapi yang spesis childish ni special sikit. Kesian....

Notakaki: Biasanya orang macam ni adalah Attention Seekers. Inginkan perhatian dari org sekeliling untuk meluah.

Perasaan & keadaan yang sama!

Dua hari lepas, tab tetibe kehabisan bateri. Time tu kat ofis. Before this memang aku tak pernah lupa utk bwk charger sebab tu nyawa tab aku. Takde tab memang bosan tahap gaban rasanya. Tapi bila check dalam beg takde. Pelik. Aku fikir terjatuh kat mane-mane. Ambik kunci kete, intai-intai bawah kusyen, takde pun. Haishhh! Takkan aku boleh lupa mende penting. So redha jelah. Nasib baik time tu dah pukul 6 lebih. 

Semalam pun terjadi perkara yang sama. Puas aku flashback situasi pagi tadi. Aku rasa aku dah unplug charger then trus sumbat dalam handbag. Macam mana boleh takde. Memang aku pasti, situasi tu aku lakukan pg td before turun ofis. Dalam kepala dah macam-macam benda bukan-bukan aku fikir. Siap fikir ada toyol ke? Erkkk... tapi toyol curik duit je, dia nk buat ape charger. Hahaha!

Aku sms adik aku suh dia tgkkan betul tak ada kat umah, sebab aku tak puas hati betul dgn diri aku sendiri. Tapinya, adik aku dah balik rumah sewa dia. Terpaksalah aku kerah otak pikir dan pikir. Dah 2 hari berturut aku merasa keadaan yang sama. Macam mende tu aku buat tapi sebenarnya tak. haishh!

Sampai umah, tengok charger masih elo melekat kt plug! Apekah??? Bengong kejap rasa. Ataupun aku just imagine? haiyooo.... Sampai skrg aku tak boleh terima hakikat yang aku sedemikian rupa! muahahaha

Notakaki: Hari tu lagi parah, towel melingkar di pinggang, satu bilik aku geledah cari towel tak jumpe. Hurm....

Beringat-ingatlah utk hari kemudian

Ok... menabung memang penting. Even soploh sen pun itu namanya duit. Kalau korang boleh buat duit berkoyan-koyan macam bank negara takpe lah jugak.  Masalahnya reti buat duit dari bekerja, abiskan duit pun lagi pandai. Bukan ckp orang je, aku pun sama. Duit gaji kalau tak asingkan tempat lain memang takde la saving.

Eventho keluarkan sikit-sikit tapi kerap, sama jugak. Bila keluarkan banyak terus lagi parah sebab dah nampak penuh purse and wallet kan. Lagi mau ambik berkeping-keping. Solutionnya memang kene asingkan di tempat yang korang memang tak nampak depan mata. Tapi korang tahu mende tu ada untuk menjamin korang di masa depan. Bila ada emergency, tak perlu susahkan orang lain eventho ibu bapa kita sendiri.

Tapi kalau dah ade yang nak membantu itu satu bonus, alhamdulillah. Tapi first thing memang kita kene pk diri kita sendiri dulu. Nak ke kita mengemis dengan orang minta bantuan. Unless kesulitan yang kita dapat tu memang memerlukan bantuan dari orang sekeliling.

Kita kene ada kesedaran tu, sapa lagi boleh remind kite selain dari kita sendiri. Biasanya kita akan cakap... "Alaa nantilah dulu, takde keperluan lagi." Tapi sape tau apa yang akan terjadi in future. Dalam sekelip mata, menyesal pun dah takde guna. Akibatnya sikap suka bertangguh dan tak ambik cakna langsung. 

Kalau dah susah nanti jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri dulu yang mempunyai sifat negatif.

Notakaki: Dulu jahil jugak nak menyimpan, tapi bila fikir balik tentang masa depan, sampai bila nak perabis duit tanpa ada saving langsung. Kita ni belom tentu hidup sampai umur pencen utk dapat duit KWSP. Huhu



Wang ringgit tak menjamin kebahagiaan

Assalamualaikum & morning...

Semua orang inginkan kebahgiaan. Tapi dapatkah dicari kebahagiaan sebenar, bukan sekadar kebahagiaan di dunia, malah di akhirat jua. Kehidupan sekarang semuanya memerlukan wang ringgit. Bak kata omputih, "No Money, No Talk". Pergi ke mana-mana sekalipun, kalau tak menggunakan duit memang tak sah. Even duduk di rumah sekalipun, bil air & bil elektrik sudah semestinya. So, pendek kata setiap detik yang bergerak sehari-hari memerlukan duit.

Bila dah terlalu kaya-raya mesti menjadi perbualan orang ramai. Wah, betapa gahnya masuk paper, magazine, siap ada ranking Orang Terkaya lagi. Lengkap dengan rumah sebesar mahligai & kereta-kereta mewah. Terlalu banyak duit pun hidup tak senang. Sentiasa menjadi perhatian orang sekeliling. Perompak, penyamun, pencuri, penculik & pembunuh. Bahgiakah mereka? Sentiasa diburu ketakutan.

Hidup dalam kesederhaan lebih selesa. Biarpun tak mempunyai wang ringgit yang melimpah ruah, tapi masih mampu mengecapi hidup dengan penuh harmoni. Betul orang cakap, disebabkan duit manusia boleh bertengkar. Takde duit pun orang jadi susah hati. Pada aku, duit itu perlu tapi cukup memadai memenuhi keperluan hidup. Terlalu mewah akan berlaku pembaziran, riak, menunjuk-nunjuk. Kalau pun banyak duit yang ada, humble sudah.

Alhamdulillah bagi mereka yang menghabiskan duit untuk kebajikan, tapi seharusnya dengan ikhlas kerana Allah. Tapi kekadang, niat kita baik dengan ikhlas tapi ada pula yang menghebahkan cerita. Dah jadi lain. Tak mengapa, yang penting Allah tahu apa niat kita sebetulnya. InsyaAllah....


Berlapang dada, bersihkan hati.

Bila hati kita tak tenang, macam-macam perasaan akan datang. Sekejap kita rasa nak marah, kejap kita rasa meluat, kejap kita rasa menyampah. Semuanya perasaan negatif. Dah macam gaya orang psiko pun ada nampaknya.

Semua akan nampak tak kena di mata kita. Sebabnya hati masih menyimpan perasaan amarah yang terlampau. Kata-kata yang terluah pun dah macam orang tak berfikir panjang. Betullah orang cakap, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Bila dah terlanjur bercakap, memang buruk padahnya. Asalkan hati dapat melepaskan apa yang terbuku. Tp ingatlah, itu akan memusnahkan diri anda sendiri.

Dah macam orang tak berpelajaran gaya cakapnya. MasyaAllah. Orang yang kuat adalah orang dapat menahan rasa marah dan amarahnya. Kalau tak sabar memang akan binasakan diri sendiri. Apa salahnya bertenang, istighfar dan muhasabah diri sendiri. Mana silapnya kita, mana tak betulnya tindakan kita. Agar sama-sama dapat memperbaiki utk yg lebih baik. Bukan hanya melepaskan kata-kata 'sampah' sebegitu.

Dekatkan diri dengan Allah. Kalau diri kita sendiri pun rapuh, senanglah makhluk Allah yang diciptakan dari api itu mendampingi. Pada siapa lagi kita nak mengadu selain Yang Maha Esa. Semua orang buat silap. Tapi sebelum salahkan orang lain, belek diri kita dulu. Fikir sejenak....

Wallahualam....
 


Bersantai di hari isnin...

Assalamualaikum & morning semua...

Wahhh sangat teruja hari ni, sebabnya boleh bercuti & bersantai di rumah dengan tenang hati. Oktober sudah menjelang tiba. Bulan ni bermula episod baru. Akan terus bekerja keras utk mencapai apa yang dihajati, dengan izin Allah swt.

Bukan selalu dapat rehatkan badan dan minda camni. Sambil dengar lagu utk terapi diri. Eventho cuti hanya sehari, sudah cukup untuk aku generate anergy balik setelah seminggu kerja non-stop. Bak kata bos aku, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. So, yang penting usaha tanpa henti. Doa dan tawakal pada Dia.

Jika Dia berkehendakkan sesuatu itu terjadi, namun jadilah ia. Siapalah kita sebagai hambaNya yang kerdil lagi hina ini utk menghalang suratanNya. Cewahhh tetibe macam tazkirah pagi. Hahaha!

Yeay, hari ni boleh basuh baju, jemur tudung, and servis kete. But petang sikit baru turun pegi workshop. Pagi-pagi exercise dulu di rumah keluarkan peluh. Hari ni boleh buat breakfast sendiri. Tetibe rindu masakan ummi, ape lagi. Masak la.... ahaksss


Nampak simple but sedappp! ahhahaa puji diri sendiri kan.. meh la makan same. :-)

So, perut sudah kekenyangan menikmati nasi goreng air tangan sendiri. Sekarang masa untuk mendobi baju-baju dan tudung-tudung. Mujur cerah nampaknya cuaca hari ni. Salah la tafsiran kawan aku semalam, katanya hujan! Hahaha! :P

Oklah... mau exercise lengan pulak! Aktiviti sental menyental akan bermulaaaaaa. Hoyeahhhhhh!


Related Posts with Thumbnails