My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Thursday, October 28, 2010

Peringatan dari Yang Maha Kuasa

Jika ditimpa sebarang kesulitan, jangan sesekali mengeluh. Tapi ucaplah alhamdulillah di atas kesulitan yang dialami kerana Dia masih ingat pada kita. Kalau Dia lupakan kita, Dia akan biarkan kita hanyut tanpa setitis rahmat dariNya.

Kesakitan & kesusahan adalah penghapus segala dosa. Tatkala kita leka akan kurniaNya, Dia turunkan peringatan untuk kita agar kita jadi hamba yang bersyukur. Ingat, walau seberat mana dugaan yang Dia, bersyukurlah kerana Dia tak ambil nyawa kita. So, masih ada masa untuk kita berserah diri padaNya...

Kepada seorang insan yang amat bermakna buat saya... (kiranya dia membaca entry ini)

"Jangan terlalu merendah diri di atas segala kekurangan diri. Tapi ingatlah orang sekeliling yang masih menyanyangi dirimu... Setelah apa yang aku alami sangat mengajar aku erti tabah & bersyukur.. Disebalik setiap kesulitan pasti ada kesenangan suatu hari nanti. Pasrah & redha dengan ketentuan & ubahlah ia untuk kebahagiaan. Allah masih menyanyangimu kerana itu Dia mengujimu. & begitu jualah Dia mengujiku. Doaku sentiasa bersamamu walau kita bukan berada di atas tanah yang sama....."


Yang ikhlas,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails