My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Thursday, June 24, 2010

Beware.. jangan sampai kain sendiri yang terlondeh!

Dah jadi lumrah kehidupan manusia sekarang suka jaga tepi kain orang kan. Sebab tu la wujud committee mesyuarat tetingkap. Tak sah kot if tak bercakap pasal orang lain. Tentang diri sendiri sedarkah anda?? hurmmm

Biaselah mulut manusia mane boleh ditutup. Kalau tak bercakap tentang orang lain dalam sehari tak kenyang kot. Tak sedar ke sebelah kanan dan kiri sedang mencatat. Yang di atas sedang melihat.

Tak cukup bercakap berdua, ajak pulak yang lain.. dah jadi segroup. Selalunya bab-bab mengumpat ni sinonim kepada perempuan, tapi kaum sebaliknya pon same jugak. hahaha! Kalau bab-bab mengata perempuan, amboi...... no 1!

Kalau pun tahu sesuatu perkara buruk, jadikanlah pengajaran utk diri kite sendiri jugak. Kalau terkene atas batang hidung sendiri???? Kite jugak yang malu. Tapi kalau hal orang lain, abis satu kampung duk canang.

Apepun, jagalah tepi kain sendiri dulu. Bimbang kot-kot terlondeh tanpa sedar ke. Ke tergunting kt birai tu ke.. haaaaa! Bende yang elok takpe kite canang satu dunia pon. adehh!

Notakaki: masalah diri sendiri pon belom selesai, ni kan pulak nak ambik tau masalah orang.. hohoho!

4 comments:

  1. erk...

    biasalah..
    dah rutin nak 'ngata'2 nie..
    hehehe..

    tapi yang paling tak best tulah..
    tak sedar diri..
    hehehe..

    ReplyDelete
  2. lelaki mmg suke ngumpat.. terutamanya aku.. hahahaa

    ReplyDelete
  3. malas nak ambil kisah pasal orang lain.asal tak ganggu kita, biarkan saja

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails