My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Tuesday, November 30, 2010

Beringat-ingatlah sikit pakcik....

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kehadapan pakcik-pakcik yang sudah meningkat usia,

Udah-udah la tu pakcik oi. Baik balik umah saje, or berjalanlah ke surau ke ape. Bukannya duk starbuck, silang kaki, hisap rokok sambil gelak terbahak-bahak, berdekah-dekah. Erk.... malu la sikit kat orang sekeliling. Nak cakap pakcik uzur, erkkk... pakcik lelaki. Mane ada 'tumpah darah' pulak. Makin bunyi azan, makin kuat volume pakcik gelak.

Lepas tu pakcik duk melilau-lilau mata tengok anak-anak dara. Tak kisah la yang pakai menjolok mata atau berkurung sopan saja. Ish.. ish.. ish.. Patutnya pakcik tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak muda ni. Dah la sekarang ni makin ramai anak-anak muda yang sengaja menghanyutkan diri sendiri... adehh! Susah sangat nak bendung sekarang ni.

Pakcik sepatutnya sedar, bila umur pakcik dah meningkat, pakcik kene banyakkan amal ibadat pakcik. Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari dah pakcik. Saya pun mengingatkan diri saya sendiri jugak ni. Al-maklumlah, manusia ni mudah alpa & leka dengan kenikmatan dunia yang serba indah ni...

Saya rasa nak je pegi cakap kat pakcik elok-elok. Tapi saya tahu, mungkin masalah akan menimpa jika saya buat camtu. So, sy harap je lah pakcik dengan sendirinya sedar. Abiskan duit & masa je pakcik duk melepak kat situ.

Harap bila pakcik baca pesanan saya ni, pakcik save permanently dalam memory pakcik ye. Pakcik jadilah contoh yang baik kepada anak-anak & cucu-cucu pakcik. Ini saja coretan saya buat pakcik-pakcik....

Wssalam...

Serius, tak pernah berharap


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah.. selama aku ber'blogging', tak pernah pulak berharap untuk mendapat sesuatu seperti ini. Dulu, aku blogging sekadar suka-suka. For my own satisfaction. Nak jadi femes & fofular jauh sekali. hahaha! Sekarang ni pon belom capai tahap tu, tapi apa yang pasti aku puas dengan apa yang aku buat sekarang.

Hari ni... 30 November 2010....... Macam mimpi pun ada....



Orang lain dah ribu raban, aku baru 500 orang dah riuh satu kampung. hahaha! Takpelah, aku nak poyo sikit malam ni. Sangat berterima kasih yang amat sangat kepada semua yang sudi menjadi FOLLOWER blog aku yang tak seberapa ni. Hanya ucapan THANKS yang mampu aku bagi. Tiada paksaan untuk menFOLLOW... hohohoho....


And orang yang bertuah menjadi FOLLOWER aku yang ke-500 tu tak lain tak bukan.... ialah Mr Al Meister Ex, owner blog ni. Thank again for being my follower... huhuhu!



p/s: sudi-sudikanlah menjenguk ana punye blog yer. InsyaAllah, aku pon akan cuba sedaya upaya untuk menjenguk kalian, unless aku memang busy sangat sampai xde masa nak BW. Jgn ckp aku sombong pulak, sometimes masa tak mengizinkan utk aku berbuat demikian... Thanks again u olsssssss... muaxxxxxx


Monday, November 29, 2010

Ucapan dari Miss Izah




"Pening gelak + pening bersewang + pening kene ujan + pening-pening2 lalat
= tak larat + kene tidur sekarang.
Gudnite everybody. Assalamualaikum...."

Notakaki: seriusly tak larat...... Off to bed.

Sakit hati tak siapa tahu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kalau time dia mintak hak dia beria-ia, siap memaksa-maksa orang segala bagai. Tapi kalau time orang mintak hak sendiri dari dia... macam kura-kura! Langsung tak de respon. Sepi seribu bahasa.

Nak cakap tak paham, dah cakap elok-elok. Takde langsung gunakan bahasa kasar or kesat. Punyalah kita ni menjaga hati. Tapi, di pihak dia ade ke nak jaga hati orang? Hurm...... kirim salam jelah! HAR*M tarak!

Dah tak tahu nak cakap ape lagi.. dah tak tercapai akal nak pikir. 3 tahun tunggu macam orang BOD-OH! Stresss?? Tension??? Its more than that.... Cuma malas nak pikir sangat.... Memang sangat-sangat melampau...


Dont be too childish!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tajuk entry ke kot Omputih, tapi takde maknenye aku nak taip entry in English.. ahaha! Biaselah, english aku 'POWER' sangat takut korang tak faham.. adehh!

Hurm... dah besar panjang tapi still berperangai cam budak-budak. Budak-budak tu kira okla jugak kan, kalau dah macam keanak-anakkan? huuuu... parah la sape yang nak melayan tuh. Bukan membenci or mengata orang yang bperangai camni. Tapi, kalau dorang sedar betul-betul ramai yang akan rasa 'annoying' ngn perangai dia.

Manja & childish bende berbeza. Childish ni mengalahkan budak-budak pulak lagaknya. Kekadang tu, budak-budak lagi tough dari dia. adoilaa... Dengan parents mungkin la boleh berlagak camtu, tapi kalau dengan kawan-kawan or bf/gf? erkkk... Mau makan pelempang tu, tak pun terus orang ignore dia. Sebab tak larat nak layan kot orang bperangai childish ni.

Semua nak kene turut kata dia. Nak kene pay attention kat dia setiap masa. erkkkk! Orang lain banyak keje lain lagi lah nk buat. Bukan nk focus kat dia sorang kot. hohoho.. Ni bagi pandangan aku lah.. tapi aku tak tahu la kot2 ade je orang boleh get along ngan orang dewasa yang berperangai camni..... :)


Sunday, November 28, 2010

Fungsi 'My New Sleeping Partner'


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Morning u ols. Sekarang ni aku ade 'sleeping partner' baru. Baru je last week 'dia' menemani aku. Taraaaaaa....... ni 'dia' peneman tidur aku sekarang. ehhehehe!


*Lampu Garam Kristal

Dah lame teringin nak beli Lampu Garam Kristal ni. Orang cakap ade khasiat. Tapi dulu masa aku nak beli aku tak pikir khasiat tu, yang aku tahu lampu garam ni comei gile kot. hahaha! Ala-ala aku pi korek kat Gua Niah lak batu ni. lalalala!

Best je tengok lampu bilik kaler oren-oren gituh... romantikkkkk gituuu! ahaksss... Nak tidur pun nyenyak je. Letak kepala antas bantal terus lelap... eh eh tapi kene baca ayat Kursi dulu lepas tu berangan 5 minit... sure lepas tu terlelap! hahahaha! Tu stail aku lah... Anda pula bagaimana.. hohohoho!

Meh sini aku share ngn korang fungsi Lampu Garam Kristal ni... jOm tengok sesama.....

- mengimbangkan tekanan darah,
- meleraikan gumpalan sel-sel darah merah,
- meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh dan
- melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah.
- membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang,
- Meningkatkan kosentrasi semasa belajar
- Mengurangkan stres
- Meneutralkan ion-ion positif
- Memberi atmosfera yang menenangkan
- Mengurangkan keletihan
- Mengurangkan elektromagnetik
- Memudahkan bayi dan kanak-kanak untuk tidur
- Mengurangkan bau asap rokok jika diletakkan di kawasan merokok
- Melegakan migrain
- Meningkatkan kadar serotonin dalam saluran darah
- Membantu mengurangkan penyakit sinus
- Meningkatkan imunisasi tubuh badan
- Mengurangkan sakit selsema

Gunakan lampu garam di....

Tepi katil
Selamat digunakan sebagai lampu malam yang cantik, dan menjadikan malam anda suasana yang harmoni dan romantik

Pejabat
Dapat meningkatkan tahap konsentrasi kerja di samping membersihkan ruang udara dan mengurangkan tekanan

Bilik Bacaan/persendirian
Mewujudkan suasana yang menyegarkan dalam proses pembelajaran / bacaan yang panjang

Tepi komputer / meja pejabat
Sangat sesuai dan bukan sahaja cantik malah dapat mengurangkan radiasi daripada skrin monitor.

Bilik rawatan / terapi
Mewujudkan suasana yang tenang dan membersihkan udara di sekitar bilik

Ruang rehat / tamu
Samada di rumah mahupun pejabat, menjadi satu hiasan yang cantik dan dapat menikmati suasana harmoni

Kawasan merokok
Dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dengan cepat

Feng Shui
Berupaya menambah tenaga di dalam bilik apabila diletakkan di tempat-tempat yang strategik

So, lepas ni ramai-ramai kita memeriahkan bilik tidur dengan 'sleeping partner' yang baru ni. Tapi korang jgn pulak buat peluk time tidur.. ehehhe! Murah je pun, RM20-RM30 dah boleh dapat.

p/s: If umah korang dah kehabisan garam & tak sempat nak p beli coz rushing nak masak, boleh ambik garam kat lampu ni guna... Petikan ucapan dari salesgirl i-City. Wallahualam... tak berani pulak aku nk guna.. hahahahah!

Ternganga luas!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bayangkan mulut manusia seumpama mulut tempayan. Dah la besar, luas pulak tu bukaannya. ishhh... Sebab tu orang ckp 'mulut tempayan'... mulut yang xleh dikontrol lagi. Sentiasa pot pet pot pet entah ape-ape. Membuka rahsia orang sewenang-wenangnya.

Bila kita banyak bercakap ni sebenarnya makin banyak kita melakukan dosa... tp berbeza jika kita bercakap perkara-perkara yang elok.. yang tu makin kita dapat pahala. Kalau duk banyak bercakap perkara ngarut-ngarut, sampai satu tahap mmg jadi tabiatlah jawabnye.

Dah la tu, bila bukak mulut je.. mengumpat, mengata, menghina. Itu jelah mulut dia mampu berkhidmat utk dia. Mende camni kalau tak kontrol memang akan dibenci orang sekeliling. Orang yang bermulut camni xboleh dipercayai sangat. Penyampai informasi yang bertauliah, dialah.... Orang yg bodoh mmg akan percaya bulat-bulat. Tapi orang yang cerdik, akan periksa dulu asal usul kesahihan perkhabaran tu.

Susah sikit kalau ade orang yang camni disekeliling kita. Even sorang pun yang berperangai camni, boleh bergaduh 1 kampung tau.. haishhh! Kuatnya penangan lidah tak bertulang ni...

Wallahualam...

Saturday, November 27, 2010

Haaa.. kan dah kene marah!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Call sekali tak jawab.... Dua kali pon tak jawab jugak... Call sorang lagi, masuk Voicemail. haishhh! Memang sengaja buat aku panas la ni. Dah la lama tunggu. Call balik no 1st, baru angkat.

"Cepat turun ambik mekdi ni ha... banyak sangat ni. Cepat sikit!"

Terus aku letak phone..... Lamaaaaaaaaaaaaaaaaa gileeeeeeeeeeeee aku tunggu. haishhh.... Mulut dah kumat-kamit. Paham-paham jela eh aku buat ape..

Lepas tu tetibe terkedek-kedek sorang turun. Angkat semua Mekdi yang dorang nak makan sangat tadi kan.......!

"Mane lagi budak 2 orang tu?"
"Biha main internet, Irah tido.."

Haaaaaa? Sengaja cari pasal neh. Naik-naik.... sempat aku cakap.

"Nextime phone tu buang dalam laut ye!"

Semua diam tengok aku marah. Terkujat kot dorang. Yelah, aku jarang nak marah orang. Tapi once dah marah berapi mak engko! Terus tutup pintu bilik... LOCKED!

Aku dengar orang ketuk pintu bilik aku... Mungkin nak pujuk aku ajak makan kot. Tapi aku membatu je. Aku text adik aku balik... sebab rasa bersalah...

"Makan jela mekdi tu. Simpankan 1 set double cheese burger.." ........MSG SENT

Kesian tu mmg kesian tapi silap hb dorang buat aku naik angin dalam 'keadaan' aku camni. So, hope dorang fahamlah... Mengalir jugak air mata aku tahan marah... Kalau tak tahan tak tahulah apa jadi... Nasib baik boleh kontrol, last-last diri sendiri yang sakit... huhuhuhu

Skrg dah cool sikit.. perut lapar gile sebab belom makan... huhuhuhu


Ya Allah, aku bermohon.....

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bermohon padaMu.. Kau redakanlah kegelisahan hatiku..
Tenangkan jiwaku dalam setiap hembusan kalimah suciMu..
Jauhkanlah segala perasaan resah yang tak sudah..

Monolog: "sesungguhnya aku tak mampu menghadapi kesulitan seorang diri. hati & otak bergolak sesama sendiri."
Notakaki: Sunggah tak suka emosi sebegini, lebih-lebih lagi dalam 'keadaan' ini.... hurmm

Semoga Allah merahmatimu....

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

"Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan abah,
Allah selamatkan kamu.."

Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke 63 Abah..
Semoga abah dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki. Amin.
Kami semua sentiasa mendoakan kesejahteraan abah.
&
Kami amat menyayangimu, abah...

Salam peluk cium dari anak-anakmu...

Abdul Hakim Mohamed
Abdul Hafiz Mohamed
Norhamizah Mohamed
Abdul Hariz Mohamed
Nur Mahirah Mohamed
Nur Sabiha Mohamed
Nur Nabilah Mohamed
Abdul Hazim Mohamed
Nur Aina Mohamed
Nur Ulfa Mohamed


♥Gambar kenangan Aidilfitri 2010 bersama famili & my aunt.

Friday, November 26, 2010

Satu soalan je aku nak tanya...

APA MASALAH ENGKO SEBENARNYA.........????????
SELAGI AKU TAK GANGGU HIDUP ENGKO,
JANGAN SEKALI-KALI ENGKO GANGGU HIDUP AKU!




.titik.

"Bisakah yang benci disayangi..."

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bila dah benci mampukah lagi untuk menyayangi seseorang itu? Ini bukan saja dalam konteks hubungan percintaan & intim tapi keseluruhannya.

Manusia... memang terkenal dengan sikap keras hati & kepala batu. Mungkin ade sesetengah dari kita tak mampu memaafkan ape yang dibenci. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya.. inikan pulak kita sesama saudara Islam.

Tapi, ape guna erti maaf jika masih membenci? Jangan membenci orang yang menyakiti, tapi berdoalah agar dibukakan pintu hati... Itu yang sebaiknya.

Apa-apa pun.. semua yang kita lakukan, hanya kita dengan Dia je....

Perempuan sebagai bahan tontonan umum

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pelik?? Tak perlu kot. Sebabnya dah terbiasa tengok di mana-mana. Kat negara kita pun dah jadi kebiasaan, yang kt overseas tu takyah heran sangat la kan. Kenape eh banyak menggunakan perempuan sebagai bahan PELARIS? erkkkk......

Kalau takde perempuan menempel tepi kereta tu, tak laku ke kereta tu? Silap-silap hb, bukan buyer yang beli kereta, tapi angkut perempuan yang bertenggek tu balik umah.. hehehe! Lagi mahal dari kereta pulak tu. huyooooooooo!

Ape jadi kalau letak model JANTAN pulak nextime.. agak2 orang datang tengok tak eh? erkkk.. Mungkin kene try buat eksperimen nih.. adehh! Dah la tu, model-modelnye mmg HOT2 blake. Ade yang bersimpuh atas seat, ade yang bertenggek tepi bonet... Ishh macam-macam aksi lah.. Memang akan menarik mata-mata yang memandang.. hohoho!

Jomlah layan gambar-gambar ni.. ish.. tak sanggup aku nk publish tapi sekadar tatapan sementara ok laa.. Ade 3 keping je pun... Zazzzzzzzzsssssssssssssssssss.. adehh2






p/s: Astaghfirullah..... ngucap panjang aku. aadehhh! Banyak lagi yang lagi HAWTTTTT! Tapi kenot-kenot... Jangan tengok lame-lame ye... Dosaaaaaaaaaaaaaa.... ahhahahha!

Muak dengan perangai plastik!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Morning & happy friday.. Korang dah breakfastkah? hehehe!

Pagi-pagi dah hapdet entry EMO. B
ukan nak EMO tapi sekadar nak meluahkan saje. Maklumlah, kita ni macam-macam ragam. Nampak luarannya baik, tapi dalamannya kita tak tahu. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui segalanya..

Tapi sungguh.. muak la dengan perangai plastik sesetengah orang. Bermuka-muka. Talam dua muka. Semualah title tu dia punya. Bangga sangat eh dapat title tersebut? hurm.....

Perangai plastik dia di depan orang hanya nak mengampu orang sekeliling. Kalau dengan kawan-kawan, berlagak baik pijak semut tak mati. Semua baik & betulnya dia. Orang lain....? Semua salahhh! Kalau kat opis pulak, dialah paling kuat kipas bos. Sampai beku kesejukkan. So, semua cakap dia bos dengar & ikut. So, dialah PA bos.. wahh gituh.. Best kan dia...

Hurm.... begitulah perangai manusia yang bermuka-muka. Wallahualam...


Notakaki: Dah-dah la tuh. Lama-lama cair gak plastik yang terbalut kt badan tu dek kene bakar ngan api. Kalau plastik tu kalis api takpe gak. Tapi mane ade plastik kalis api... haaaaaaa!

Thursday, November 25, 2010

Kerja partime jadi Doktor Pakar Cinta!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aduh... cam poyo je tajuk entry kan. Tapi, aku pelik nape bila ade beberapa orang kawan aku yang ada masalah emosi dalaman berkaitan dengan CINTA, mesti mengadukannya pada aku. Paling tidak pun, mintak pandangan sikit-sikit. adehhh!

Aku ni kalau bab cintan-cintan ni failed! Sebab tu banyak kali terbengkalai.. hohohoho! Tapi pengalaman mengajar erti kehidupan. Itulah yang aku pegang. Sometimes yang datang mengadu tu, keadaan yang pernah jugak aku alami. So, secara tak langsung boleh la bagi tips sikit-sikit. wahh gituh... tips kate ngko! hahahaa

Waaaahhh.. nampaknye lepas ni kene buat service lah ye. hehehe! Sesapa yang nak consultation boley booked aku je... bayaran boleh NEGO lagi sebab kawan-kawan kan.. ahakss! Senget betol punye minda....

Ok gak kan idea tu... lalalalala... sambil nyanyi2 nari2.... :P. Aduh... ngantuknyee... malam ni nak keluar lagi ke dik oi??? aiyooooooooo. Drivenye aku jugak... Tukang bukak purse pun aku jugak.. haahahhaa

Ni lah dia, anak dara pemalas!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hahaa... ni lah dia kawan aku sorang ni. Anak dara pemalas ni. Gara-gara malas iron baju kurung, rela pakai baju kemeja datang opis.... babab montot baru tau! hahahaha

*tgk tu xmalu buat 'peace' lagi.. haha

yes... yes.. akhirnya aku letak gmbr minah ni. Orangnye manis je, tapi apekan daya pemalas.. muahahaha! *abislah aku kene sebat ngan dia...

Tapi, pemalas pon dah ade pakwe minah ni.. ahakss! Bertuah pakwe dia kan.. hihihihi.

p/s: Zaaaaaaaa... jangan marah aku oke. Aku guwau2 je pagi2 ni. Aku kebosanan di opis.. ngeee~


Notakaki: Saje nak kenakan budak ni... sebab aku kan takde keje nk buat! hahahaha! tapi aku dah mintak izin dulu tadi... baik tak aku? ngeeee~

Boleh tak.. sekali je pun!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Eh serius tak sedar. 11am already??? OMG :O.. Cepatnya masa berjalan hari ni. OH plissss.... boleh tak hari ni nak rilek-rilek saje. hehehe! Nak ambik mood before nak bekerja keras balik. Mintak hari ni sehari jeeeee.....

Eh, bos tak masuk kan.. ahaksss! hip hip horreyyy.... :P Makan penampar sebijik mau? haaaaa... ade jugak yang singgah atas dahi kang.. adehh!



Notakaki: Serius aku dah nak stat blur & merapu-rapu macam ikan kerapu masak 3 rasa.. erkkk! Sedapp nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Aku seorang KAKAK YANG BAIK!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nak tau kenape.....???? hehehehe. Tengok laaaa gambar kat bawah ni yang membuktikan aku seorang kakak yang baik! muahahahahaha! Menyampahhhhhhhh mak, nyah!

Taraaaaaaaaaaaaaaaa........










*suke betul adik aku ni dpt jumpe buah hati dia!


*duk jeling-jeling dpn aku lak tu.. hahaha


*sudu , garpu, pisau


*muke aku dah ngntuk... tapi apekan daya... hahaha!


*mujur ade adik aku sorang lagi, peneman... ahakss!


Kan aku dah cakap aku seorang kakak yang baik... Bukti dah ade kat atas... Siap teman adik aku dating lagi tuuuu... wah3... Kalau umi aku tau, dengan aku-aku kene basuh! ahhahahahahahaa

Wednesday, November 24, 2010

Tak adil betul.. tapi apekan daya.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


*tahyah la tunjuk amount, nant dilabel riak pulak.. hehe

Ok, firstly.. alhamdulillah. Payment PLKN yang aku duk tunggu 2 bulan lebih ni dah masuk. Syukur.... Tapi still ada TAPInya jugak.. huhuhuhu!

Bila tengok amount yang diterima... sungguh tak berpuas hati. Bukan aku tak bersyukur. Jauh sekali menolak rezeki yang diterima. Tapi, adilkah pada aku and rakan-rakan seperjuangan yang bekerja selama 5 hari?

Bukan ape, dulu penah dapat lebih dari itu. Padahal sama saje mendenya. Tapi skrg, banyak gile kot kurang... almost RM450! OMG.... if sorang RM450.... kalau cikgu integrasi yang involve dalam PLKN ade 1000 orang??? Ape yang 'dorang' buat dengan duit tu? Walhal duit tu dpt pada yang berhak.. tapi duit yang berhak itu telah 'dilapah' oleh pihak2 tak bertanggungjawab.

Bukan nak kondem ke ape.. tapi sungguh tak berpuas hati dengan apa yang terjadi. Siapalah aku ni nak mengadu-ngadu. Mungkin orang lain tak kisah. Tapi aku kisah.. Hak tetap hak..

Apepun, syukurlah masih ada dari takde langsung kan.. hehe! Syukur tetap syukur... Kang tak pasal-pasal rezeki kene tarik.. adehh!

p/s: Tak baik ambik hak orang ni. langsung tak berkat. tp ade ke mereka pikir semua tu? :) Wallahualam....

Merapu time!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Today mmg takde mood sangat nak bercakap, buat kerja.. tapi layan tenet pun suam-suam kuku saje. Belom sihat sepenuhnya.. masih lagi lenguh-lenguh badan. adehh... Hanya mampu layan lagu 'Neyo-One In A Million' berulang kali sampai muak. hehe! Kat umah pon dengar, kat opis pun layan., cuma xsempat nak burn dalam CD je. Kalau tak, time driving pon aku zazzzz aje.

Banyak yang nak aku hapdet, tapi terbengkalai dalam draft saje. Boleh je buat auto post, tapi saje takmau...

Eh... tak tahu nak merapu ape. Serius... otak aku blurrr & blank arini. Hohoiiii... dalam keadaan badan yang tak berapa nak selesa ni, nk buat ape2 pun malas. ishhh...... Asyik malas je kan???? Haaaa.... sekali sekali.... berkala kata orang. Dalam kimia pun ada jadual berkala kan.. Aku pon camtu gak.. hehehe!

Dah laa.. korang mesti bosan punye nak layan entry aku yg entah ape-ape.. hukhukhuk!

Tuesday, November 23, 2010

Aku serius!

Seriously... sangatlah tak larat.
Kat opis tadi tak rasa sakit..
Tetibe balik umah..... so painful!

Tu je yang mampu aku cakap...
Sob.. sob.. sob...

p/s: nak golek-golek atas katil kejap...

Tau la banyak duit!

Ishhhh..... tau la duit berkepuk-kepuk dalam poket kan. Ni nak marah ni.. hehehe! Aku dengki?? Eleee.. tak pun. Bukan ape, kalau nak guna duit besar pun, tengok keadaanlah. Nak tahu napeee??

Ok, aku bagi contoh. Nak bayar tol RM1.10... hambik ko. Bawak keluar duit RM50 sekeping! Eh eh eh eh.. agak-agak la cik kak oi. Lame kot nak bali balance duit tu. Kalau bg RM5 boleh lagi konsider. adoilaaaa... Patutnya dah tau nak bayar tol, prepare duit kecik awal-awal. Ape kate RM50 tu pegi topup Touch N' Go. Lagi senang kan... aiyooo. Takpun korek la syiling tu haa.. Orang suh simpan syiling dia pegi buat mende len... tau pegi buat ape?

Haaaa tuuuuuuuuu diaaaa... gune mesin timbang berat kat sopping kompleks! adehhhh! Manenye tak abis syiling tuuuu... erkkk!


Hidup.. sendiri mau igt!

Assalamualaikum & morning...

Fuhhh... tenang sikit hari ni. Baru sempat jamah bekfes pukul 10 lebih. Perut dah dondang sayang, masuk angin segala bagai. Tapi alhamdulillah, kenyang sudah.

Hurm... hidup kite ni tak perlu nak sebok-sebok hal orang lain. Cermin diri dulu. Elok ke idak. Kalau 100% sure diri kita tu ELOK sangat, bolehlaa nak sebok pasal orang. Kalau tak, better duk diam-diam buat hal sendiri je.

Bukan kate xleh nak bersuara langsung, tapi janganlah duk mengata orang bagai nak rak tapi sendiri pon tak pernah sedar. Kita ni manusia biasa je. Kekurangan tu memang ada. Mane ade orang perfect atas dunia ni..

So, konklusinya sendiri mau igt la ye. Kita sama-sama membantu, bukan menjatuhkan lagi orang. Kalau kita rase orang tu tak elok, kita tegur cara baik, bukan mengeluarkan statement negatif. Kalau sikap kita camtu, orang pun takkan respek sama kita.

Wallahualam...


Oh sedeh bila terjadi begini!

Sayu..... bersimpati dengan nasib perempuan2 yang dimainkan oleh para-para jejaka terhebat Malaya ni. Pada awalnya sungguh bahagia... akulah salah satu mata-mata yang melihat kebahgiaan mereka. Tersenyum gembira melihat orang bahgia..

Tetibe tup tup.. xde ribut tak hujan, even musim tengkujuh kat pantai timur.... 'is single'! adehh! Sedeykan..... Hope sesiapa yang berada dalam situasi ni bersabar dengan ape yang terjadi. Kerana aku jugak pernah mengalaminya... sudah mesti aku faham ape yang mereka rasa.

Aku dapat memerhati kesedihan mereka dari kejauhan.. nak bersuara & menenangkan mereka tak terdaya.. siapalah aku. erkkk! Waaaaa.... rupanya ramai jugak yang senasib. Bila itu terjadi, jangan pikir kita yang paling teruk diuji, pastinya ada yang lagi teruk nasibnya dari kita. So, bersyukurlah sebab Dia masih sayangkan kita. Sebab tu Dia uji kita begitu rupa.

p/s: kenapa lelaki tidak pernah cukup dengan sorang? Ingin 2, 3, 4??? Kalau dapat 10?? mungkin semua dia balun... hahahaha!

Friday, November 19, 2010

Ada apa pada PANGKAT & DARJAT!

Assalamualaikum & morning... Happy friday!

Ok, lepas subuh tadi tak boleh lelap mata. Selalunya aku layan tido jugak. adehh! Tetibe rasa nak belek blog. Pikir-pikir nak hapdet entry apekah... hurm! Masih buntu.. jari masih melilau, bukak twitter, formspring... then berbalik pada blog. Bukak drafts... Oh banyaknye entry dalam draft aku yg tergandala tak dipublish. Ade yang dah siap tulis.. ade yang separuh jalan je. adehh!

Terpandang satu tajuk yang sememangnya dah lame aku peram. erkkk! PANGKAT & DARJAT!!!!! Mengape ramai sangat orang yg mementingkan PANGKAT & DARJAT seseorang eh? Itu hanya pinjaman dunia. Langsung tak menjamin kebahgiaan seseorang. Mungkin utk kesenangan dunia, boleh diambil kira. Tapi apekah semua tu boleh dibawa & dihitung di akhirat kelak?

Kalau Dia nak tarik balik.... bila-bila masa orang yang berPANGKAT & DARJAT tinggi tuh boleh jatuh tersungkur ke bumi. Kelepekkkkk...... (sound effect) Aduh.. buruk beno bunyinye.. adehh! Jangan terlalu angkuh dengan PANGKAT yang ada, tapi bersyukurlah dengan nikmatNya agar dilipatgandakan lagi kenikmatan itu.. InsyaAllah....

Ni tak.. bile orang tnye. "Eh, kau nak cari calon yang macam mane eh..?"

"Aku tunggu anak dato', takpun anak raja yang dtg pinang aku. Bahgia hidup aku.."

Erk.... Ape anak dato' & anak raja je ke yang boleh bahgiakan dorang? Memang bahgia dgn kemewahan dunia yang nyata terang, tapi dalam hati? Kebahagiaan hakikit bersamaNya kita dapatkah? Kalau yang mengimbanginya... Alhamdulillah. Tapi bagi yang tak???? Hurm.... wallahualam.

Sebab ape aku ckp camni tu? Sebab aku penah sempit pemikiran masa zaman muda mudi dulu.. erkk! Skrg dah makin tua. Uban pon dah tumbuh seurat dua.. hehehe! Kekadang orang yang 'low profile' itu lebih baik dari yang terlalu banyak pengaruh. Kadang-kadang ok.. bukan semua.

So, lepas ni jangan duk sempit lagi otak tu.. Asyik nak kejar mende yang tak tentu, bila dah terhantuk baru nak tengadah sptmana yang tertulis dlm buku-buku perumpamaan.. FIkir-fikirlah.....

Thursday, November 18, 2010

OMG! Baru perasan dia hensem!

Haish... aku rase memang dah lame sangat aku tak jumpe kazen-kazen yang dulunya kecik-kecik cinonet je. Tapi sekarang........ dah besar & memanjang semuanya! OMG....

Bila tilik sorang-sorang... ramai yang dah berubah jadi ensem. erkkk! Masa kecik-kecik dulu takde la nampak ade potensi nak jadi macho kan... tapi sayang, semuanya muda mudi dari aku! hahaaha! Opssss... terlebey sudah. Kang ade yang merajuk manje kang.... hahahah! (sorry awk! :p)

Idok le cakap nak tekel ke ape. Cuma tergamam sat tengok dorang dah besar dah. Ade tu pulak, siap tnye sebab dah tak kenal. Ampeh tol saudara macam aku ni. hahahah! Al maklumlah, aku ni susah sikit nak berjalan-jalan pegi umah orang. Maluuuuuuuuu.... heheheh!


Kenapa saya suka balik kampung????

Sebabnya kerana............... abah saya! Saya sayang abah saya so STRONGlah!
Abah sy seorang yang baik hati terhadap anak-anaknya terutama saya!
Hahahaha takleh blah statement.. poyos je kan.

*inilah 2 wajah kesayangan hamba.. hehe

Eh tapi betul la...
Sehari lepas berada di rumah.. Sy mesti akan perasan 1 benda ni..
Abah sy sentiasa akan melalukan ini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*mencuci kereta & kereta2 lain sehingga bersih.. adehh (bukti lantai masih basah & abah sy sdg berada di sebalik kereta itam ituu)

Sampai berkilat kete sy tu haaa... tengok betul2! hahaha
Walhal kereta aku baru je masuk car wash 3 hari lepas! erkkkkk
Tapi abah sy ni mmg suke bab2 kereta..
Dia akan ambil tahu kereta anak-anak dia termasuklah kerete-kereta dia & umi sy..

Sy suke ada seorang abah yang macamni! hehehehe
Bodek sikit.. lalalala
Sebab semalam dah gtau abah, road tax mati bulan depan..

"Ok, takpe. Biarlah abah ambik kat sini. Nant abah pos roadtax tu"

Erkkk... tengok! Betapa sygnya abah sy kepada sy.. hehehehe
Terime kasih abahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! ;)


p/s: mesti geram je if adik-badik aku bace entry ni kan.. lalalala!

Related Posts with Thumbnails