My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Thursday, November 4, 2010

Harapkan muka saje hensem, tapi tak guna!

Ish... cuak kot petang tadi. Time tu aku kat Pam Minyak Shell Jalan Ipoh. Bapil dari opis tadi singgah isi minyak. Kang tak sampai pulak Shah Alam.. huhuhuh!

Sambil pegi bayar minyak, beli air ZAPPEL sebotol. Dahaga sangat weh. Then, sedang-sedang isi minyak, mata duk melilau-lilau tengok meter minyak. (betul ke org pggl meter minyak?? erkk wutever!) Tetibe aku terpandang sorang mamat keding ni. Dalam hati aku.... hurm ensem jugak mamat ni. Pakai cap, jeans dark blue plus black T-shirt. Tapi pelik, dia berjalan-jalan sambil tengok kiri kanan depan belakang. Macam orang tak tentu arah.

Tetibe, dia datang tegur akak sebelah pam minyak aku.

"Kak... nak beli rantai tak." sambil tunjuk seutas rantai emas sederhana besar.

Erkkkk... aku dah cuak dalam hati. Ape kene mamat ni jaja rantai emas kat orang?? SAH! Memang ade yang tak kena ni. Start dari tu, aku dah kumat-kamit baca ayat Kursi.... dia melintasi aku tapi tak dtg kat aku. Dia ke belakang sekejap then patah balik. Melintasi aku buat kali kedua tapi alhamdulillah tak dtg menghampiri aku. Tapi tengok gaya memang kelam kabut, macam nak cepat or unsecured kata omputih! huhuhu.....

Manalah tau, kot2 takde sape nk beli rantai dia tu, dia ajukan pisau ramboo! Waaaaa... nauzubillah. Mintak dijauhkan... Aku rasa mamat tu gian nak cari duit utk sumthing tu. Ish...... mmg kene sentiasa berhati-hati dengan sesapa pun manusia dalam zaman sekarang ni. Nampak elok je, tapi sebenarnye PENYANGAK terhebat!



Notakaki: Sampai Shah Alam aku still cuak dengan keadaan kat pam minyak tadi.... huuuuuuu!

6 comments:

  1. Salam sis,

    Hati-hati yer... :)

    ReplyDelete
  2. huhuhu..
    memang bahaya kan..
    zaman2 sekarang ni macam2 jenis manusia jahat ade.
    besenya yang jahat ni akan aim yang lemah..
    so berhati2 la kepada kaum hawa..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails