My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Sunday, November 28, 2010

Fungsi 'My New Sleeping Partner'


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Morning u ols. Sekarang ni aku ade 'sleeping partner' baru. Baru je last week 'dia' menemani aku. Taraaaaaa....... ni 'dia' peneman tidur aku sekarang. ehhehehe!


*Lampu Garam Kristal

Dah lame teringin nak beli Lampu Garam Kristal ni. Orang cakap ade khasiat. Tapi dulu masa aku nak beli aku tak pikir khasiat tu, yang aku tahu lampu garam ni comei gile kot. hahaha! Ala-ala aku pi korek kat Gua Niah lak batu ni. lalalala!

Best je tengok lampu bilik kaler oren-oren gituh... romantikkkkk gituuu! ahaksss... Nak tidur pun nyenyak je. Letak kepala antas bantal terus lelap... eh eh tapi kene baca ayat Kursi dulu lepas tu berangan 5 minit... sure lepas tu terlelap! hahahaha! Tu stail aku lah... Anda pula bagaimana.. hohohoho!

Meh sini aku share ngn korang fungsi Lampu Garam Kristal ni... jOm tengok sesama.....

- mengimbangkan tekanan darah,
- meleraikan gumpalan sel-sel darah merah,
- meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh dan
- melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah.
- membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang,
- Meningkatkan kosentrasi semasa belajar
- Mengurangkan stres
- Meneutralkan ion-ion positif
- Memberi atmosfera yang menenangkan
- Mengurangkan keletihan
- Mengurangkan elektromagnetik
- Memudahkan bayi dan kanak-kanak untuk tidur
- Mengurangkan bau asap rokok jika diletakkan di kawasan merokok
- Melegakan migrain
- Meningkatkan kadar serotonin dalam saluran darah
- Membantu mengurangkan penyakit sinus
- Meningkatkan imunisasi tubuh badan
- Mengurangkan sakit selsema

Gunakan lampu garam di....

Tepi katil
Selamat digunakan sebagai lampu malam yang cantik, dan menjadikan malam anda suasana yang harmoni dan romantik

Pejabat
Dapat meningkatkan tahap konsentrasi kerja di samping membersihkan ruang udara dan mengurangkan tekanan

Bilik Bacaan/persendirian
Mewujudkan suasana yang menyegarkan dalam proses pembelajaran / bacaan yang panjang

Tepi komputer / meja pejabat
Sangat sesuai dan bukan sahaja cantik malah dapat mengurangkan radiasi daripada skrin monitor.

Bilik rawatan / terapi
Mewujudkan suasana yang tenang dan membersihkan udara di sekitar bilik

Ruang rehat / tamu
Samada di rumah mahupun pejabat, menjadi satu hiasan yang cantik dan dapat menikmati suasana harmoni

Kawasan merokok
Dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dengan cepat

Feng Shui
Berupaya menambah tenaga di dalam bilik apabila diletakkan di tempat-tempat yang strategik

So, lepas ni ramai-ramai kita memeriahkan bilik tidur dengan 'sleeping partner' yang baru ni. Tapi korang jgn pulak buat peluk time tidur.. ehehhe! Murah je pun, RM20-RM30 dah boleh dapat.

p/s: If umah korang dah kehabisan garam & tak sempat nak p beli coz rushing nak masak, boleh ambik garam kat lampu ni guna... Petikan ucapan dari salesgirl i-City. Wallahualam... tak berani pulak aku nk guna.. hahahahah!

4 comments:

  1. miss izah... ada peneman istimewa..
    mahal ke tu?

    ReplyDelete
  2. Memang ada lampu garam ni, tapi tak tahu pulak gitu banyak khasiatnya. Mama letak kat hall je. Cam ni, nak kena beli lagi la kot, letak kat bilik-bilik tidur plak...

    ReplyDelete
  3. gua nak try juga buat telur masin pakai lampu tu

    ReplyDelete
  4. penah nak beli dulu tapi tak mampu...mahal kan??

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails