My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Monday, January 31, 2011

Hey buah hatiku, thanks for spending ur day with me..!

Assalamualaikum...

Perghhh.. lame gile kot tak hapdet blog. Bukan stakat bersawang ni. Sarang ular sawa batik pon mungkin ada. hehehe!

Entah la.. serius takde mood sangat nak hapdet blog. Since balik dari Retreat kat Awana Genting aritu, memang mood mati habis nak hapdet. Sunyi sepi je, rasa rindu membuak-buak nak menulis tapi asyik terbantut je. uhukkk!
Semalam hari paling genting aku rasa. Sungguh menguji kesabaran aku selama ni. Yelah, orang cakap jangan pendam lama-lama.. nanti meletop macam gunung berapi u olss! Tapi nasib baik ade penyelamat perasaan... Siapa??? ;)

Buah hati saya yang sentiasa menceriakan sy.. "Thank awak.. Nasib baik ada awak.."  

Ahaks... thank sebab sudi dengar bebelan perasaan sy semalam. Fuhhh... sepanjang perjalanan dari Klang ke Shah Alam... Sy sorang yang duk pot pet pot pet. Sian awak terpaksa tadah telinga je kan.. hehehe! Tapi awak memang seorang 'PENDENGAR SETIA' saya.. ;)

Notakaki: Maaflah, aku taknak story pasal dating kitorang semalam, tapi nak gtau mood aku tak center! hehe.. but still under control.... yes... im goin back to kampung tonite.. for 6 days! So heaven...

Wednesday, January 19, 2011

'Ibu suruh abang merogol saya'

Sebahagian dari kisah tragis... Petikan penuh di sini
MasyaAllah.... dunia sekarang makin kejam. Tersentuh hati aku baca kisah menyayat hati ni. Nauzubillahhiminzalik. Sebagai kaum hawa yang mempunyai perasaan sama seperti gadis ini, aku seakan dapat rasa apa yg dia alami.

Sungguh sukar kot nak terima kenyataan. Di awal usia 12 tahun dia dirogol oleh abang kandungnya sendiri, atas permintaan IBU KANDUNG.. Ibu yang mengandungkan dia selama 9 bulan tergamak buat camtu??? Korang bacalah sendiri luahan hati gadis ni...

Aku yakin, bukan kehendak dia untuk terus menjalani hidup dalam dunia yang penuh kehinaan ni. Dia terpaksa... no choice! Aku harap sangat ade pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan kehidupan dia agar hidup dalam keadaan yang lebih sempurna...

Tersentap aku... PATAH HATI!

Assalamualaikum & morning...

Fuhhh.... Lama gile tak bukak blog. Rinduuuu serindu rindunyeeee... Tapi makan tetap berselera! (ape kaitan rindu blog & berselera makan? :p)

Ada mende yang memang buat aku tersentap sangat! Sungguh.. kecewa rasanya! Speechless.. Tak tahu nak cakap. Sedar-sedar aku luah perasaan kat wall kawan aku! aduhh!

Frust menonggeng camni sekali! Lebih dari frust BERCINTA!

Seharian tak bukak FB, bila aku bukak malam tadi........  Tengok ni ape dah jadi! Ni rasa nak nyanyi lagu SM Salim ni...

"Ape dah jadi, ape dah jadi.. sampai sekarang membujang lagi.." Opsssss.... salah lirik!

Ok.. ok.. tengok ni!





Profile FB aku dah berubah secara AUTO! arghhhhh

Serius... aku stress tengok profile FB aku tertukar dengan sendirinya. Aku ganyang jugak mamat Mark Zuckerberg ni. Aku sejak dulu memang tak suke layout baru FB ni. Sebab tu dengan KERAS HATI nya aku duk stick dengan profile lame. Orang lain duk pakat-pakat tukar layout baru, tapi aku rilek je..... Setialah katakan.. Hohoho!

Serabut la tengok layout baru ni. Entah.. memang serabut kot tengok. Makin la rase malas nk bukak FB. Dah la aku rasa makin BOSAN dengan FB ni. Bila jadi camni, lagi rasa TAKDE PERASAAN. 
Tujuan aku FB pon ping blog je. hehehe! Untuk tujuan lain tu xde la... nak hapdet status setiap masa? Oh tidak..... masa zaman awal2 gila FB dulu memang. Tapi sekarang, hapdet status bila perlu. Paling cpt seminggu sekali. hahaha! Takpe, lain orang lain citarasa... kan kan. Kang tetibe ade jugak yang cakap....

"elehhh.. kecoh laaa lu minah. tu pon nak cakap!" Erkkkk... suke ati sy la mulut saya. Haaa ambik engko! 

Ok... selesai sudah sesi luahan perasaan seorang diri. Orang lain mungkin rilek je kot. Tapi  aku yang nak emo jugak. Tak kireeee... muahahahahah! DOT

Notakaki: Korang tak suke??? Ada aku kisah? :|

Sunday, January 16, 2011

Alhamdulillah.. safely arrived at KAMPUNG TERCINTA.

Sungguh teruja di saat menjejakkan kaki di Sultan Ismail Petra Airport Kota Bharu lebih kurang jam 2.40pm petang semalam. Alhamdulillah, cuaca pun elok je sepanjang perjalanan... panas & cerah! Cuma kurang selesa sikit sebab flight kali ni ada 2-3 orang baby kecil. Hurm... so, hanya terdengar tangisan baby sepanjang 50 minit di awangan. Tapi aku sempat jugak melelapkan mata... hanya 20 minit.

Sampai LCCT, sempat breakfast.. tapi makanan tak sedap! Oh, tidak bersyukurkah aku? Huhuhu.. Alhamdulillah... bolehlah isi perut sikit kan. uhuks! Merewang-rewang dulu sekitar LCCT tu, sementera tunggu nak check-in.


Masuk dah agak lewat sehinggakan kedengaran namaku dipanggil untuk menaiki pesawat. Hohoho.. leka main POKER di FB...


LCCT - Sebelum berlepas.. Tak sabar neh...

Di awan biru... Indahnya ciptaanNya

Tak sure di paras brape ribu kaki... Cantikkan... ;)

Lepas terjaga dari tidur... Sempat snap. Subahanallah...

Time ni dah nak landing...

Scenery dari uadara di sekitar Sultan Ismail Petra Airport - b4 mendarat
p/s: thanks so much kepada yang 'terlibat' sehingga sy selamat sampai di KAMPUNG TERCINTA.... ;) Love u olss

Thursday, January 13, 2011

Jangan terlalu mencari kesempurnaan

(Dari DR.FADILAH KAMSAH)

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

 

Tuesday, January 11, 2011

Orang cakap saya gila.. saya peduli ape!

Rindunyeeeeee kat belog sayeee! Meh nak pelok ceom sikit. Muah muah hug hug! 2 hari tak blogging. Semalam, tenet opis punyelah sengal. Seharian takde connection. Today, betul-betul tak larat. Cuti keje... berehat kat rumah saje... adehh!

Perghhhh... sedap mulut ngata kan. hehehe! Aku gilaaaa?? Do I care? Cewah.. speaking gituu... Bukan la, orang cakap aku gile sebab.... sebab... sebabbbbb! ahakssss

Sebab aku suka repeat lagu sama sampai 1000x! hahahaha! Tak caya???  Tengok ni..... 

Tengokkk tuuu... Tak sampai sebulan donlod, dah 996x aku putar halim! hahaha
Yang ni lagi bestttt... Baru 3 hari donlod dah 696x aku putar! hak hak hak

Tak sampai sebulan aku dah repeat lagu tu 1000x.. hahaha! Ni salah satu lagu yang aku suka la.. Kat opis pon same, sampaikan opismate aku geleng pala. ahakss! Aku akan dengar lagu tu sampaikan ada 1 lagu lain yang aku akan 'tersuka'.. parah.. parah...

Ade ke orang lain yang perangai same cam haku? ahaks.. Kalau ade gimme 10 lah! Hoyehhh hoyehhh.... 

Sunday, January 9, 2011

Bila usia dah semakin tua...

Oppsss.. sudah tua rupanya aku. Umur aku?? Biarlah rahsia.. hehe! Pada sesiapa yang tahu tu, diam-diam ye. hehehe! Bila dah meningkat usia ni, makin banyaklah yang perlu difikirkan.... Bermula dari soal amalan, peribadi, kerja, duit & masa depan.....

Amalan... 
Amal ibadat. Sudah cukup ke aku? Masih belum & sentiasa berusaha mengejar ganjaran-ganjaran dariNya. Tak tahu bila Dia akan menjemput kita pulang. Bersiap sedialah setiap saat. Ajal tak mengenal usia, tak mengenal paras rupa, pendek kata tak mengenal sesiapa. AKu selalu pk, bilalah masa aku akan tiba. Macam mana nak menghadapi situasi di saat-saat akhir. Wallahualam....

Soal peribadi...
Spt biaselah laa. Bila dah bujang, mesti ada yang tanya bila mau berdua. Bila dah berdua, tanya pulak bila mau bertiga.. erkkk! Maknanya menimang cahayamata la tu. hehehe! For me, nak cakap tak fikir tu bohong sgt la kan. Cuma mungkin belom sampai masanya.. tak sampai seru. (ayat selamat) Teringin nak menikmati alam perkahwinan tapi tak terfikir secara serius pon. Sebab aku masih mudaaa.. yehaaaaa! hahaha! Banyak mende lagi yang aku nak kejar... hohoho! Untuk diri sendiri sebenarnya....

Kerja...
Alhamdulillah rezeki Dia tu sentiasa ada di mana-mana. Tak menganggur begitu lama di rumah, hanya 2 bulan & aku terus dapat kerja. Tapi masih mencari 1 kerja yang 'secure' untuk masa depan aku & bakal famili yang aku nanti. Menyelam sambil minum air kata orang. Tak salah buat 2-3 kerja, kerja tu kan salah satu ibadah yang dituntut... :)

Duit...
Tak pernah cukup. Namun bersyukur selagi dikurniakan rezeki. Dalam dunia ni semua memerlukan duit. Namun duit bukanlah segalanya. Gunakan sebaik mungkin... sebagai batu loncatan utk kita memperoleh pahala. Sebab semua tu datang dariNya... selagi Dia mengizinkan kita memilikinya.

Masa depan...
Bak kata omputih.. future! hehehe! Banyak plan untuk masa depan tapi masih terfikir juga, sempat ke aku nak merasai 'masa depan' tu. Semoga dipanjangkan umur & dapat menikmati sebahagian kurniaanNya. Masih terlalu jauh perjalanan aku sebenarnya. Tak tahu apa yang akan terjadi di depan sana. Banyak jalan nak kene lalu ke? Bersimpang siur ke jalan tu? Ada terowong bawah tanah ke? Nanti nak berjalan ke nak naik bullet train ke.... Semua tu belum pasti.

Notakaki: Yang aku tahu... aku bersedia menempuh setiap inci perjalanan di hadapan aku sehingga sampai ke hujung jalan... jalan mati! Susah senang, pahit getir, menangis ketawa.. akan tetap aku tempuh jugak nanti. Takde apa yang senang dalam hidup kita.

Budak trauma dicabul lelaki gila seks : Apa nak jadi ni???

Assalamualaikum & morning....

Ish.. pagi-pagi selak Bharian Online, terpandang berita ni... Haloooo... Dah tua kot engkau! 53 tahun?????! Nak bahan budak 6 tahun?? Astaghfirullahaz'azim.... Dunia sekarang semakin kejam & jijik oke. Wah... kasarnye bahasa saya.

Tapi memang betol pon. Semakin banyak mende tak logik untuk difikir dek akal. Di mana semua sifat kemanusiaan dalam diri? Hurm... korang bacalah sendiri ye.. Mintak dijauhkan dari terjadi kepada kaum kerabat kita... Amin



Budak trauma dicabul lelaki gila seks

2011/01/09


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini trauma selepas menjadi mangsa lelaki gila seks berusia 53 tahun yang bertindak mencabulnya sejak dua tahun lalu ketika berada di sebuah tadika di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.



Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek digelar mangsa ‘Pakcik Jan’ yang juga pembantu tadika berkenaan hanya didedahkan mangsa kepada bapanya Selasa lalu.


Difahamkan, suspek yang juga bekas ketua kampung itu, menjadi pembantu tadika milik isterinya yang dibuka sejak 10 tahun lalu.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, ketika mengesahkan perkara itu berkata, bapa mangsa, membuat laporan polis untuk tindakan segera.



“Berdasarkan keterangan bapa mangsa, anaknya mendakwa sering dicabul dengan memegang dan mencium kemaluannya” katanya. 

Berita Tergempar: FACEBOOK akan ditamatkan MARCH nanti?!

Wah... ape reaksi korang? Terkejut? Tergamam? Apa yang korang nak buat lepas FACEBOOK dah ditutup nanti? Ada kebaikan mungkin disebalik penutupan laman sosial ni. Tapi tak tahu sejauh mana kebenarannya semua ni. Kita sama-sama nantikan ok..

Jangan lupe pesanan terakhir ni...

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Sebahagian petikan dari Weeklyworldnews

Untuk petikan penuh, boleh klik sini....


Wallahualam..... benar atau auta? Gimik?? :)

Saturday, January 8, 2011

Elok ke kita pada pandangan mata orang?

Sebagai seorang muslim, kita dah sedia maklum kita mempunyai adab-adab yang harus dituruti. Secara tak langsung akan menunjukkan jati diri kita. Adab sesama saudara Islam malah tidak lupa juga adab bila bersama rakan-rakan berlainan agama. Bila kita bawa adab ni bersama, ke mana pun kita pergi InsyaAllah orang akan respect kita.

Makan, minum, duduk, tidur even masuk tandas sekali pun mesti beradab. Betul tak? Dalam amalan seharian, adab tegur menegur, adab nasihat-menasihati & seterusnya.. mesti kene pada tempatnya. Jangan sampai orang pandang kita terlalu rendah or sebelah mata je disebabkan biadapnya attitude kita terhadap orang. 

Manusia mempunyai fikiran yang berbeza. Ada yang tak kisah, ada yang memang kisah & ada jugak yang malas nak ambik kisah. Bila ada yang tak kisah, jangan pula itu dijadikan alasan untuk kita terus tidak berubah. Bukan mudah nak 'menakluki' hati orang sekeliling. Ada yang suka, ada yang tak. Itu lumrah dunia.

Tapi apa pun, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri agar disenangi oleh orang sekeliling anda. Bila kita disenangi, mudah untuk kita bergaul & menjalinkan silaturrahim dengan orang lain. Hidup kita pun takkan sunyi dengan kehadiran orang yang sentiasa menyinari hidup kita. Mudah-mudahan... InsyaAllah....

Menghina ISLAM: Astaghfirullahal'azim... cabulnya mulut engkau!

Printscreen dari lawan FB. Klik untuk tumbesaran!
Serius terkedu selepas singgah di blog ni. Speechless.. tak tahu nak cakap apa. Mudah sungguh berkata-kata. Aku tak sure dat guy is a Muslim or not. Rasanta macam non-muslim.

Tapi isu macam ni dah banyak kali terjadi. Memang tak pernah hilang pun. Mungkin kita dah terbiasa sangat dengan kes camni kan.. Mungkin tak heran lagi. Masih ada lagi yang berani & lantang bercakap melibatkan sensitiviti agama. Menghina, mencaci... ikut sedap mulut je.

p/s: Hanya Allah swt yang mampu membalas perbuatannya.

Perhatian kepada para penghutang, PTPTN dah hantar BOM!

Assalamualaikum & morning...

Haish... pagi-pagi Umi aku dah call. Ingatkan nak cakap ape. Rupanya pasal PTPTipu! aiyooo. Dah sampai notis pembayaran. Kiranya dia ah statekan, untuk tahun ni kene bayar banyak2 mana, tahun depan banyak mana pulak. (surat tu ade kt kampung)

Firstly aku nak cakap.. memang aku bersyukur dapat habiskan diploma & degree dengan adenya PINJAMAN YANG GAH ni kan. Tapi... memang ada TAPI nya. Semua dah sedia maklum. Aku akui memang aku adalah PEMBAYAR yang SUNGGUH DEGIL. Sesen pun aku tak bayar lagi since aku grad October 2010. Frankly speaking, malas nak bayar. Boleh gitu? Tapi nasib baik namaku belom di'blacklist'! ahaks... Sebab check dalam website dia xde pulak inform kan. Tak tahu la kot-kot nak pegi ober-c kang kene sekat. aduhaiii... (nak pegi ober-c buat ape ntah, xde reason!)


WoW! Dengan bangganya aku tunjuk TOTAL kat korang! hahaha. Banyak siotttt. (Diploma & Degree)

See... sesen pun aku tak pernah bayar lagi. Yelah, bayar RM100, kos pentadbiran bertambah RM50! erkkk.... Baik aku buat loan then terus bayar sedebuk! Senang hati perlu pikir lagi dah....! 

Tapi time aku further degree memang aku tak bernasib baik. Aku pegi apply PINJAMAN MARA, tapi sadis... MARA cakap dia bagi loan untuk IPTS SAHAJA! WTFish buntal! Tapi sebagai rakyat TERENGGANU DARUL IMAN, aku memang bangga sebab setiap orang yang dapat offer DIPLOMA & DEGREE akan dapat bantuan duit ehsan RM1000 seorang. Nasib baiklah, fee UiTM ni murah & berpatutan. ahakss! Bangga jadi alumni UiTM. (cehh.. asik bangga dari tadi tak abis-abis!)


Semalam sudah settle buat PERMOHONAN PENUKARAN PINJAMAN (3%) KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH (1%). Sesapa yang belom buat tu better pegi buat cepat-cepat...

Ok.. settled sudah.
So, rasanya surat yang sampai umah tadi bukan yang latest hapdet. Mungkin ambik masa 1-2 bulan untuk tukar ujrah tu kot. So, tak tahu la current TOTAL bape sekarang. Tapi, mcm mana pun, takkan kurang banyak pun.

Terime kasih PTPTN! (nada separa ikhlas separa tak!)

Friday, January 7, 2011

Aku, aku & Kau, kau!

Hohoho.... Pelik sikit tajuk entry malam ni. Bermaksud..... aku buat hal aku & kau buat hal kau.... Prinsip aku satu je. Aku tak suke nak jaga tepi kain orang. Aku jugak takkan 'bersusah payah' nak ambik tahu pasal orang lain melainkan diri aku sendiri. 

Eventho bila aku nak 'komen' pasal orang pun, aku takkan publish kat blog. Berkias in general tu mungkin ada. Tapi nak specific tu memang takkan ada. Sebabnya, terpulanglah pada diri sendiri untuk menilai diri masing-masing. Semua dah besar panjang, tahu mana baik mana buruk.

Serius, banyak isu 'berbangkit' sekarang. & sekali lagi aku mmg takkan cakap secara specific. Bagi yang tahu, tahulah.. simpan untuk diri sendiri saje. Bagi yang tak tahu, pegi cari & fikir apa yang nak dibuat selepas tu.

Sebab aku taknak ambik tahu pasal orang lain...?

Baik aku jaga diri sendiri, sebabnya dari aku duk ambik tahu, komen mengomen tentang orang lain... tup-tup terkena atas batang hidung yang tak mancung ni, tak ke patah cik kiah oi.... So, fikirlah sendiri ye. 

Aku tak menyebelahi mana-mana pihak.. & takkan jugak menyalahkan mana-mana pihak. Aku hanya berdiri atas pagar.. menjadi pemerhati bebas tanpa suara. Jika aku ingin bersuara, aku akan bermonolog sendiri or mengeluarkan sebarang ulasan secara berlapik tanpa menyinggung mana-mana pihak yang benar or salah... (alamak.. korang faham ke ayat keling aku ni! hahaha!)

Apa-apa pun yg benar tetap benar, yang salah tetap salah. Yang salah boleh diperbaiki & yang benar boleh terus berusaha agar dikekalkan keadaan tu. Pandangan masing-masing berbeza. Otak & fikiran kita tak sama. Yang penting, berfikir secara RASIONAL, bukan MEMBUTA TULI. Harap maaf andai ada kata-kata aku menyinggung perasaan u olss yang sudi singgah di teratar buruk aku ni...

Awak desperate? Bukan masalah saya!

Fuh.... bertenang ye bertenang. Jangan cepat gugup. Ceh.. ape sebab nak gugup pun tatau. ahakss! Bukan nak kene pinang ke ape. hahaha!

Hurm.. just nak tanya share dengan korang. If tetibe ada seorang lelaki yang ingin berkenalan dengan anda. Mungkin jugak dia sememangnya berkenalan dengan orang lain jugak. Tapi.. hurm... (bukan perasan ok).
Tak pernah mengenali sesama sendiri. Niatnya mungkin baik (baiklah kot) nak berkawan. Tapi terus meminta no henpon.. (terlalu awal kot), then memberitahu dirinya baru PUTUS TUNANG. adehhh..... (kes paling ditakuti) Dia sendiri yang cakap mungkin dia 'desperate'. kerana terlalu straight forward. Dia cakap aku tak trust dia... YES.. memang tak put any trust pon on strangers.. adehh! Sorry to say la.. gile ape nak mudah percaya orang tak kenal!

Jawapan aku pada dia?? Senang je....


Ok tak jawapan aku tu? hehehe! So, aku maksudkan di situ, bukan aku sorang jela kawan yang mungkin akan menghiburkan hati dia bila dia sunyi... sebab aku tak statekan 'aku'. Harap dia fahamlah. Takut nanti bila tak dilayan, diCOP sombong or ape-ape.. Bimbang jugak... Bukan jugak niat melayan, tapi berkawan memang tak salah.

p/s: jangan sampai orang 'terperasan' dengan layanan kita cukuplah...

Perempuan vs Perempuan.. BERLAGAK?!

Assalamualaikum & morning...

Sudah bekfas korang? Alhamdulillah.. aku santap bihun singapore je pagi ni. Kenyang untuk pagi. Tengahari tak tahu lagi.. hehehe! Tapi azam tahun 2011, nak simpan duit lebih.. ade plan. :P

Agak sinonim kot. Perempuan sesama perempuan mesti berlagak sesama sendiri. Yelah, mungkin dorang fikir kalau nak bertekak ke ape, tak seganas lelaki. So, kudrat & tenaga sesama sendiri pun balance. Banyak yang aku duk perhatikan, bila tengok ada yang lebih dari dia.. cemburu menguasai diri untuk jadi yang teratas. 

Kalau boleh nak lagi menonjol dari segala sudut. Nak menunjuk kecantikkan, keseksian, kemanjaan & kehebatan masing-masing. Langsung tak nak mengalah. Sama jugak dalam membuat sesuatu mende.. Kalau boleh masing-masing nak tunjuk lagak. Walhal dorang tak sedar, mereka saling memerlukan. Takut nanti bila masa memerlukan pertolongan, siapa yang akan dicari?

Perempuan & lelaki.. eventho dorang saling melengkapi tapi hati perempuan lebih selesa untuk berbicara dari hati-ke hati dengan kaum sendiri. So, fikir-fikirkanlah.. Takkan sesama jenis pon nak BERLAGAK sapa hebat.. tapi lastly tempat dicari pun kaum sejenis jugak.

p/s: Kisah pagi ni melibatkan kaum hawa saje..

Abang oh Abang... 2 x 5!

Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun
suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang
tipu isteri abang tu.."

Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin.. Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya... isterinya sudah tidur....

Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan berkata... "Kenapa kau tak balik lagi Jalil... kejap lagi suami akak balik...!!"

p/s: sekadar suka-suka di pagi jumaat.. :)

Thursday, January 6, 2011

Sungguh.. tak sabar nak tunggu 15HB!

Kenape??????  Serius tak sabar nak tunggu 15th January 2011! Hari yang ditunggu-tunggu oleh aku! Rasa nak lompat-lompat macam kanak-kanak rebina....

"Ya Allah... kau permudahkanlah segalanya. Kau lancarkanlah urusan ku sehingga tiba harinya. Hanya padaMu aku bermohon. Amin."

Nak tahu nape??? Hehehe... Jom jenguk-jenguk kat bawah ni.....











Yeahhhh... tak sabar nak sampai! hehe

Murah kan?????????? :D
Hehe... sebenarnya tak sabar nak balik HOME SWEET HOME! Jumpa family, nak peluk Umi & Abah, Adik Upa & Adik Aina... Nak makan NASI AYAM UMI. Nak makan masakan UMI yang sedap-sedap. Huhuhu....

Duk KL ni asyik kekurangan zat makanan je. Jeles betul aku dengan orang yang stay dengan parents. Bertuah sungguh anda semua...... Beginilah nasib insan diperantauan... Uhukkk! 5 hari di rumah nanti, nak makan puas-puas.. Kasi naik berat badan! hahahaha! Yelah, duk sini boleh susut berat badan wooo... (tak cam xde effect mende pon. Lemak tepu byk jugak!)

Sepatutnya cuti seminggu, tapi aku terpaksa pulang ke KL on 20th January atas sebab-sebab tertentu. Haish.... Kene panjat Genting u olsssss! Best??? Mungkin ya mungkin tak. Just wait & see.... adehh!

p/s: Korang doakanlah supaya aku selamat tiba di kampung halaman ye. Eventho belom tiba masanya, tapi seriusly aku eksited gile kot nak story kat u ols... Rasa cam 10 taun tak balik kampung! Horeyyyy.... Balik kampung... Ho ho ho balik kampung.... hheeheh!

Yes.. aku nekad demi engkau!

Alhamdulillah.. sampai Shah Alam tadi awal. Langit masih cerah. Jarang kot turun dari ofis sampai umah langit masih terang benderang. ahakss!

Masa OTW balik, aku cakap kat Akak Ciao Annin yang aku ngidam KFC. Then dia suggest suh makan lunch esok je. Yelah, sebab time break hari jumaat kan lama... tapi aku cakap kat dia, xbest la lunch makan KFC. Cam tak kenyang je. ahakss! Padahal memang ngidam lame dah ni nak makan sumthing yang crunchy gituu..

Last-last.. balik dari anta Akak Ciao Annin kat komuter Batu 3, dengan nekadnya aku singgah Giant Seksyen 13 demi nak makan KFC! yeahhhhhhh! Akhirnyaaaaaa.... KFC berada dalam genggaman aku! hahahaaa... tengok ni.....

Dinner Plate lagi tau u ols.. + Air Twister! ahaksss
Alhamdulillah... kenyang perut. Tapi aku makan seketul je. Seketul bagi atuk depan rumah, seketul lagi bagi makcik aku. Hehe! 

p/s: sorry ye kak annin.. sy terlelbih dulu makan sebab tak sanggup la tahan perut mengidam KEPSI ni.. ahahahaha!


Surat terbuka untuk E.A.A

Dear E.A.A,

Firstly, memang sy nak mohon maaf. Sebabnya sy hanya berdiam diri.  Tapi bukan bererti sy lepas tangan or tak ingat. Seperti mana tuduhan melulu E.A.A tu. Seriously, sy tak pernah nak terasa hati or nak rasa melenting dengan segala 'perkataan-perkataan' E.A.A Sy tahu mungkin ada salahnya di pihak sy. Tapi sy malas nak memanjangkan lagi perkara ni. 

Sy ada sent emel pd E.A.A beberapa hari yang lepas dengan harapan E.A.A perasanlah kehadiran emel tu. Tapi nampaknya memang E.A.A memang tak bukak kot emel Yahoo E.A.A tu. Segala penjelasan panjang lebar sy ada dalam emel tu. & terpulanglah pada E.A.A nak cakap ape pon lepas ni... Yang pasti sy akan selesaikan semua permasalahan ini, cuma sy harap E.A.A bersabar.

Diam bukan bererti sy 'melepaskan' semua tanggungjawab besar sy tu. Or ada sesuatu yang bersarang di benak fikiran E.A.A yang membuatkan E.A.A terlalu 'beremosi' dengan sy. Wallahualam...

Tapi, 1st and last sy nak E.A.A tahu... sy akan bertanggungjawab sepenuhnya. Dah berulang kali sy memberitahu E.A.A dulu. Sy tahu apa yang sy lakukan... Tak perlu nak menggunakan bahasa yang kurang sopan, walaupun E.A.A bukan melontarkannya di hadapan muka sy. Sy tak terasa, cuma ingin menjelaskan keadaan sebenar. & sy tak akan sesekali melenting dengan kata-kata E.A.A... Sebab dengan orang lain pun, E.A.A akan berkelakuan sebegitu. 

Maaflah kerana membuat hati E.A.A begitu terseksa dengan semua ni.

Sekian,
 
Notakaki: saya tahu E.A.A akan membaca entry sy ni.. & diharapkan E.A.A jelas dengan apa yang sy ulaskan di atas.. harap maklum

Hati-hati ye gadis-gadis di luar sana

Aduh... macam-macam ragam orang ni kan. Baru kenal beberapa minit dah nak ikut balik sama. erkkkk! Hati-hati ye gadis-gadis di luar sane. Bila mendekati seseorang yang tidak dikenali, dalam erti kata lain, baru first time kenal.. janganlah terlalu mudah nak inform semua pasal diri korang..

Takut nanti, rupanya dalam diam-diam dia sebenarnya berminat dengan korang. So, bila dia dah tahu korang duk mana segala bagai... tup-tup dia tunggu korang kat mana. Haaa.. mane nak lari tu?
Kisah kawan aku semalam... memang dia tak expect ape-ape. Bila dah ditanya stay kat mane semua, jujurlah kawan aku tu cakap kan. Last-last nak ikut balik sama! erkkk.. Ape kejadahnye tu. Katanya sebab dia pun nak pegi area sama.. Mujur kawan aku tu cerdik & panjang akal. Diputar belitnya mamat india tu.. hahaha! Akhirnya terbelit jugak.. Fuhhh... nasib baik.

Notakaki: tiba-tiba datang umah nak meminang! haru biru....! PATI pulak tu... how come! aduhhhhh!

Kurang asam punya orang!

Assalamualaikum & morning..

Sakit hati sungguh. Pagi-pagi dah ade orang cari pasal. Mentang-mentang dia berkereta, aku pulak jalan kaki, berpayung pulak tu!

Aku dah perasan satu kereta ni, dipandu oleh seorang lelaki lingkungan 30-an. Jarak aku dengan dia lebih kurang 20 meter. Lepas dia ambik tiket parking, aku tengok dia stop kejap. Tak terus gerakkan kereta dia. Aku pulak duk pandang phone sambil ber'YM'. Aku perlahankan langkah aku sebab aku perasan ade lopak air kat depan..

Tapi bila tiba aku sampai kat lopak air tu, terus kereta tu bergerak dgn rakus! Demmmmm! Walhal dia nampak aku lalu tepi lopak tu.. abis basah sandle & jubah aku pakai. Serius sakit hati. Dah la aku dah lambat sampai opis. Dengan payung di tangan, hujan pulak tu. Memang tak leh nak control mulut... terus menyumpah sendirian! Ape punya perangai orang laaaaa...

Yang pasti mamat tu memang pekerja kat PWTC jugak! Aku xsempat nak usha muka dia sebab aku tak expect dia akan berbuat demikian. Sungguhhhhhhh... aku geram!


Notakaki: Rasa nak balik awal karang, nak tinggal surat layang atas kereta dia! Arghhhh.. aku tak kira! Aku nak letak jugak!
Related Posts with Thumbnails