My photo
Im juz an ordinary lady.. Nuthin special bout me.. I love my husband & my family so much... Like to do anything sound in my head tell me to do. Not too messy n clumsy.. Nice n friendly for sure.

Sunday, January 9, 2011

Bila usia dah semakin tua...

Oppsss.. sudah tua rupanya aku. Umur aku?? Biarlah rahsia.. hehe! Pada sesiapa yang tahu tu, diam-diam ye. hehehe! Bila dah meningkat usia ni, makin banyaklah yang perlu difikirkan.... Bermula dari soal amalan, peribadi, kerja, duit & masa depan.....

Amalan... 
Amal ibadat. Sudah cukup ke aku? Masih belum & sentiasa berusaha mengejar ganjaran-ganjaran dariNya. Tak tahu bila Dia akan menjemput kita pulang. Bersiap sedialah setiap saat. Ajal tak mengenal usia, tak mengenal paras rupa, pendek kata tak mengenal sesiapa. AKu selalu pk, bilalah masa aku akan tiba. Macam mana nak menghadapi situasi di saat-saat akhir. Wallahualam....

Soal peribadi...
Spt biaselah laa. Bila dah bujang, mesti ada yang tanya bila mau berdua. Bila dah berdua, tanya pulak bila mau bertiga.. erkkk! Maknanya menimang cahayamata la tu. hehehe! For me, nak cakap tak fikir tu bohong sgt la kan. Cuma mungkin belom sampai masanya.. tak sampai seru. (ayat selamat) Teringin nak menikmati alam perkahwinan tapi tak terfikir secara serius pon. Sebab aku masih mudaaa.. yehaaaaa! hahaha! Banyak mende lagi yang aku nak kejar... hohoho! Untuk diri sendiri sebenarnya....

Kerja...
Alhamdulillah rezeki Dia tu sentiasa ada di mana-mana. Tak menganggur begitu lama di rumah, hanya 2 bulan & aku terus dapat kerja. Tapi masih mencari 1 kerja yang 'secure' untuk masa depan aku & bakal famili yang aku nanti. Menyelam sambil minum air kata orang. Tak salah buat 2-3 kerja, kerja tu kan salah satu ibadah yang dituntut... :)

Duit...
Tak pernah cukup. Namun bersyukur selagi dikurniakan rezeki. Dalam dunia ni semua memerlukan duit. Namun duit bukanlah segalanya. Gunakan sebaik mungkin... sebagai batu loncatan utk kita memperoleh pahala. Sebab semua tu datang dariNya... selagi Dia mengizinkan kita memilikinya.

Masa depan...
Bak kata omputih.. future! hehehe! Banyak plan untuk masa depan tapi masih terfikir juga, sempat ke aku nak merasai 'masa depan' tu. Semoga dipanjangkan umur & dapat menikmati sebahagian kurniaanNya. Masih terlalu jauh perjalanan aku sebenarnya. Tak tahu apa yang akan terjadi di depan sana. Banyak jalan nak kene lalu ke? Bersimpang siur ke jalan tu? Ada terowong bawah tanah ke? Nanti nak berjalan ke nak naik bullet train ke.... Semua tu belum pasti.

Notakaki: Yang aku tahu... aku bersedia menempuh setiap inci perjalanan di hadapan aku sehingga sampai ke hujung jalan... jalan mati! Susah senang, pahit getir, menangis ketawa.. akan tetap aku tempuh jugak nanti. Takde apa yang senang dalam hidup kita.

4 comments:

  1. salam...

    saya doakan semoga cepat2 anda berdua..

    :)..

    ReplyDelete
  2. lu sekang ade ngintai2 tak mase drive?

    ReplyDelete
  3. orait..semoga berbahagia di masa hadapan ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails